Sunday, February 7, 2010

Arab atau Delusi akibat Bipolar Disorder?

5
Oleh : M.I.A.

Seorang pengamal politik ala Machiavelli telah mengeluarkan fatwa bahawa bangsa-bangsa Arab sudah lama menggunakan nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan mereka. Dia mengeluarkan fatwa demikian pada ketika pilihanraya Sarawak sudah pun dekat. Dia mengeluarkan fatwa demikian selepas berkira-kira untung dunia yang dijangka membawa laba kepada perjuangannya.

Tetapi yang paling memusykilkan mana-mana manusia dengan akal yang waras ialah persoalan berikut. Persoalan ini juga turut membingungkan mana-mana ahli antropologi dan penjejak sejarah kewujudan bangsa manusia. Bawakan kepada mana-mana antropologis di mana-mana universiti di dunia ini kecuali universiti Georgetown, tempat lahir George Washington dan beberapa figura yang ditakdirkan mereka bakal dijadikan pentadbir sesebuah negara. Bawakan persoalan ini untuk dikaji dan dijawab mereka. Apakah mereka-mereka di bawah ini merupakan orang-orang Arab?



Jika benar mereka orang arab, dari leluhur mana mereka dilahirkan? Apakah mereka keturunan Arab dusun hutan hujan khatulistiwa yang belum pernah di temui oleh mana-mana ahli antropologis selama ini? Jika benar mereka merupakan bangsa Arab dari leluhur Arab yang hilang dan tidak pernah direkodkan sejarah, inilah peluang bagi mana-mana ahli antropologi untuk mendapat hadiah kemenangan nobel dengan mengkaji spesis Arab baru ini. Rebutlah peluang ini untuk membuktikan mereka di dalam gambar di atas sebagai bangsa-bangsa Arab yang baru ditemui di dunia timur jauh. Cepat… hadiah nobel menanti anda…

Mereka cuba mengajar muslim seolah-olah muslim itu terlalu bodoh, bengap, benak dan bebal. Seolah-olah mereka itu Straight-A student yang bijak dalam mencatur keperluan hak beragama bagi muslim yang totok. Tetapi mereka terlupa, dalam kebijaksanaan yang dirasakan ada pada diri mereka itu, terkandung peratusan kemungkinan mereka menghidapi satu jenis penyakit mental melebihi mana-mana muslim yang dianggap mereka totok. Klik sini.

Jika didapati mereka ini bukan Arab, apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap mereka? Apakah mereka boleh dirujuk kepada pakar psikiatri kerana kecelaruan pemikiran mereka? Jika dibawa ke pakar psikiatri, apakah berkemungkinan mereka akan didiagnos mengidap penyakit jiwa yang dikenali sebagai bipolar disorder? Semakin membingungkan bila saja cuba menyelesaikan persoalan betapa Arabnya mereka-mereka di atas tadi. Benarlah kata-kata seorang sahabat, dunia ini semakin membingungkan.


© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

5 comments:

Anonymous said...

mereka hanya pentingkan kepentingan politik dengan mengadaikan agama...

satuhala said...

Anonymous 1:29.. golongan seperti mereka sudah wujud semenjak lama dahulu.. kita doakan supaya kita juga tidak menjadi seperti mereka dalam hayat kita yang berbaki ini nanti. Amin.

M. Razi said...

Saudara Nizam, pernahkah Machiavelli pada zamannya mengaku dirinya seorang nabi dan rasul? Mungkin jugak tak pernah terlintas di fikiran Si Machiavelli zaman itu nak jadi nabi. Pada pendapat saya lah kan, kalau lah Sang ‘pengamal politik ala Machiavelli’ yang saudara maksudkan dalam artikel di atas, ditakdirkan suatu hari nanti ‘mengaku’ dirinya adalah seorang nabi dan rasul, untuk Malaysia khususnya, dan dunia am nya, sudah pasti berduyun-duyun sudi ‘mendaftar’ menjadi umatnya dan mereka ini sudah pasti tidak menunggu masa lagi mengurap “Sang Nabi” itu dengan minyak suci…. CD CD sabdanya akan menjadi ‘alunan suci’ di kedai-kedai dan rumah rumah, kalam-kalamnya akan dijadikan ‘tangkal dan azimat’ oleh umat-umatnya, khutbah-khutbahnya akan mendapat liputan di seluruh dunia…. Sekiranya ini berlaku sudah pasti Sang ‘pengamal politik ala Machiavelli’ ini nanti akan mengatasi keagungan dan kemuliaan Si Machiavelli yang ori itu sendiri… (Panas ati den nih!)

satuhala said...

Salam M.Razi,
Machiavelli di dalam bukunya the Prince menggunakan contoh berikut. Dia menyuruh sesiapa sahaja yang mahu berkuasa dan mengekalkan keharuman namanya supaya menunggang agama sebagaimana yang dilakukan oleh Ferdinand of Aragon, Raja Sepanyol. Ferdinand of Aragon menggunakan dan memanipulasi institusi gereja yang naif untuk menyokong gerakan perang dan politiknya sehingga dia berjaya. Dia sentiasa cuba meletakkan dirinya sebagai mewakili perjuangan agama dan perjuangan berteras agama sebagai menarik sokongan dan bantuan dari gereja. dari sini, kita fahamai bahawa nama, kedudukan dan percaturan politik yang membawa kemenangan kepada sesiapa yang mahu memerintah adalah sesuatu yang sangat penting untuk dikecapi. Dalam menuju tempat itu, menunggang doktrin agama dengan memotretkan diri selari dengan perjuangan agama dan perbuatan hebat tokoh-tokoh agama dulu merupakan satu keperluan.

Dunia sudah melihat banyak pihak yang menggunakan agama sebagai katalyst untuk mendapatkan sokongan dan laba politik.
Ramai yang tidak tahu bahawa sang pengamal politik ala machiavelli ini pernah memesongkan sebuah hadis yang merujuk secara terus kepada Rasulullah lalu disimpangkan maksud hadis itu supaya dapat difahami oleh pengunjung blognya bahawa hadis itu merujuk kepada dirinya. Saya menegur beliau melalui ruang komen, tetapi dihamun oleh pengikut fanatik beliau. Jika M.Razi berminat untuk melihat bagaimana figura ini mengakui hadis yang merujuk Rasulullah sebagai merujuk kepadanya, boleh email kepada saya di satuhala@yahoo.com utk dapatkan maklumat P&C tersebut.

Maka apa yang saudara takutkan itu sebenarnya sudah hampir berlaku satu ketika yang tidak lama dulu.
TQ n wasallam..

M. Razi said...

@Muhammad Ibnu 'Az

Salam...
Selepas 10 bulan, apa yang saya tuliskan dulu akhirnya menjadi nyata. Akhirnya dia telah menjadi 'Nabi' oleh 'umatnya'...

Malah hari ini, 16 Disember... Sudah kecoh mengenai syariat barunya... Semua agama adalah sama... Aduhai...

Sungguh ngeri bila memikirkan, sekiranya mala petaka akan menimpa semua sedikit masa lagi.