Monday, September 29, 2014

Sebuah Sinetron, Anuar Ibrahim, Tajaan VIP, 307, Cara Menggulingkan Raja Di Papan Catur

0
Saya sedang menulis sesuatu. TV dibiarkan terpasang selepas menonton Buletin 1:30. Biar suasana bising, kerana saya tidak suka menulis ketika keadaan sunyi.

Kebiasaannya saya mendengar lagu melalui headphone. Malang sekali headphone saya rosak dan belum diganti baru. Leka menulis, saya terdengar nama Anwar Ibrahim disebut. Apa pula halnya Anuar Ibrahim dengan sinetron tidak masuk akal petang-petang Isnin.

Saya menghentikan penulisan. Memberi fokus kepada sinetron. Alat kawalan jauh dicapai untuk memutarkan kembali sinetron tersebut dari mula. Tajuk Sinetron, Sinar. Bersiaran pada jam 3:00 melalui slot sinetrom TV3 pada 29 September 2014.

Meneliti kandungan sinetron tersebut, ternampak seperti sebagaimana biasa di dalam mana-mana teori konspirasi, penyampaian-penyampaian maklumat yang di dalam beberapa lapisan yang tidak mudah ditangkap dengan pengamatan biasa.


Entah kenapa sinetron ini sibuk bermain dengan perkara berikut :

1)      Anuar Ibrahim mendapat tajaan VIP.
2)      No 3 dan 307 (Bulan 3 MH370?) disebut sebagai tempat di mana Anuar Ibrahim mendapat ruang perlindungan selepas mengalami masalah.
3)      Papan catur yang memberi fokus kepada perancangan berikut. Untuk menjatuhkan Raja, perlu jatuhkan Ratu yang melindungi Raja. (Untuk menjatuhkan sistem Raja, perlu jatuhkan sistem yang melindungi institusi tersebut)

Ya.. mungkin ia sekadar skrip sinetron tidak masuk akal petang-petang Isnin. Terpulanglah kepada pengamatan masing-masing.

Tetapi melihatkan kepada perkara-perkara yang sedang berlaku lewat ini di dalam negara. Dengan masalah melibatkan survival politik sesetengah pihak, trajedi yang berlaku sebaik plan A penguasaan Amerika melalui proksinya gagal pada bulan Mac 2014 dan percubaan demi percubaan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 yang merupakan satu-satunya Akta perundangan yang melindungi peruntukan Perlembagaan terutamanya Majlis Raja-Raja daripada sebarang pertikaian, penghinaan dan serangan, maka isikandungan sinetron ini diamati dengan pandangan penuh curiga.

Mungkin ia sekadar sebuah sinetron yang suka bermain dengan pemasukan unsur-unsur konspirasi dan mungkin juga penghasil sinetron ini ingin menyampaikan sesuatu atau membuat sesuatu pernyataan mengenai berapa dalamnya tangan-tangan konspirasi terlibat dalam Malaysia.

Oleh kerana teori konspirasi sentiasa dikaburkan di dalam lapisan-lapisan penyampaian yang berbeza, maka terpulanglah kepada pendekatan masing-masing untuk memahami episode sinetron ini dalam fahaman masing-masing.

Menafsirkan sinetron mengikut kefahaman masing-masing merupakan hak asasi dalam kebebasan bersuara yang sentiasa diperjuangkan oleh golongan yang memperjuangkan hak bersuara kecuali jika manusia-manusia yang hipokrit.

Sinetron mungkin sekadar sinetron. Jangan membuang masa menontonnya kecuali anda mahu meneliti isikandungannya.Cuma satu perkara yang menarik, nama ini bukanlah kali pertama digunakan di dalam filem atau drama. Sebelum ini sebuah filem bertajuk Rendition juga sibuk menjaja nama tersebut dengan bermacam konspirasi.



Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang diniatkan penghasil kerja seni ini semua.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: