Monday, February 10, 2014

Syurga Terhenti Di Putrajaya?

1
Oleh : Imran Haaz

Seorang Muslimah, saudara baru kepada kita semua telah diugut bunuh hanya kerana dia bertudung. Hanya kerana dia bertegas bertudung bagi mematuhi perintah Allah, dia mendapat tekanan dari sekumpulan pentadbir sebuah sekolah vernacular berbahasa Cina di selatan Persekutuan Tanah Melayu.

Dia seorang berbangsa Cina yang memeluk agama Islam. Kisahnya hanya mendapat reaksi dan bantuan NGO-NGO Islam dan orang-orang perseorang Islam yang mahu membantunya atas rasa persaudaraan Islam. Pas menyepi.

Ingat fakta ini. Guru tersebut seorang wanita, berbangsa Cina dan menganut agama Islam dan diugut bunuh.

Kemudian berlaku satu lagi kes, seorang wanita, berbangsa Cina, dan penganut Dap tegar. Dia membuat sebuah video provokasi yang diberi tajuk Onederful Malaysia. Oleh kerana dia ada menyebut sesuatu yang dikatakan melukakan perasaan orang-orang Melayu yang sudah tentunya beragama Islam, maka sekumpulan NGO telah mengadakan satu protes dan memberikan tawaran supaya mana-mana pihak yang Berjaya menampar wanita tersebut akan diberikan ganjaran wang tunai.

Saya tidak mahu menyentuh samada tawaran yang diberikan itu melampau atau sangat lembut. Yang mahu disentuh di dalam penulisan hari ini ialah, beza layanan yang diterima oleh kedua-dua wanita tersebut oleh pihak yang mengaku diri pejuang Islam di negara ini.

Kemudian Lim Guana Eng  Mengeluarkan fatwa. Pas perlu menghantar Unit Amalnya untuk mempertahankan politikus wanita yang biadab tersebut. Semua ketumbukan unit amal Pas termasuk segela jentera perang mereka perlu di ‘deploy’ dengan segera untuk mempertahankan politikus biadab tersebut. Dalil yang digunakan Lim Guana Eng untuk mewajibkan Pas menghantar unit amal mereka untuk mempertahankan wanita tersebut adalah seperti berikut :



Pas perlu mempertahankannya kerana dia adalah seorang wanita dan dia seorang cina. Orang melayu harus mempertahankan orang Cina. Itu fatwa Lim Guana Eng. Fatwa yang lebih wajib dipatuhi mengatasi ayat-ayat al Qur’an. Seolah fatwa itu datangnya dari Otoriti manusia yang diangkat lebih tinggi kedudukannya dari Allah.


Kenapa Pas boleh berdiam diri semasa guru wanita di dalam kes hijab tersebut berlaku. Bukankah dia seorang wanita dan juga seorang Cina? Bukankah dia juga layak mendapatkan bantuan gerombolan pertahanan daripada unit amal Pas untuk melindunginya dari ugutan bunuh? Perhatikan perbezaan berikut :

Ciri-Ciri
Guru Muslimah
Politikus
Jantina
Wanita
Wanita
Bangsa
Cina
Cina
Penganut
ISLAM
DAP-Kristian?
Apa Kes?
Diugut Bunuh Kerana Pertahan Prinsip Islam
Diugut Tampar Kerana Mulut Celupar Menghina Orang

Lihat perbezaan di atas. Kedua-duanya mempunyai persamaan kecuali bagi apa yang menjadi anutan mereka. Malang bagi guru Muslimah tersebut kerana dia menganut Islam. Jika dia menganut DAP tentu sahaja dengan sekelip mata ‘kereta-kereta kebal dan jet-jet pejuang Pas’ akan di ‘deploy’ dengan segera ke selatan tanahair.

Penyakit apa semua ini? Saya hanya mampu menggelengkan kepala tidak percaya. Apakah syurga itu terhenti di Putrajaya?

Lihat permainannya di sini. Mereka melakukan provokasi dan mereka berlindung dibelakang orang-orang Melayu di dalam Pas supaya apa sahaja yang berlaku nanti, ia akan melibatkan pertembungan antara orang-orang Islam dan bukannya orang-orang Islam dengan mereka. Bila kekacauan yang mungkin dirancangkanberlaku nanti, ia tidak akan berlaku seperti mana berdekad lepas, ia akan berlaku dalam keadaan mereka selesa menghirup suasana percutian tanpa sebarang masalah. Mereka boleh bercuti di Pulau Sentosa atau Taiwan ketika melayu-melayu ini bergaduh sesama sendiri nanti.

Sukar untuk menghela nafas dalam situasi dada terhimpit sebegini. Apa sebenarnya yang telah terjadi kepada mereka? Kenapa fikiran mereka menjadi sebegitu?

Simpati saya kepada muslimah yang diugut bunuh tersebut. Tiada ‘pejuang Islam’ yang akan datang berhimpun mempertahankannya. Malang bagi dirinya kerana menjadi penganut Islam dan bukan penganut DAP untuk mendapatkan pertolongan unit amal Pas.


Ya Allah.. Janganlah Kau gelapkan hati kami sebagaimana Engkau menggelapkan hati orang-orang yang telah Engkau gelapkan hati mereka. Ameen.



 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. © 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

1 comment:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, salam penulisan. Singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.