Oleh : Imran Haaz
Seorang Muslimah, saudara baru kepada kita semua telah diugut bunuh hanya kerana dia bertudung. Hanya kerana dia bertegas bertudung bagi mematuhi perintah Allah, dia mendapat tekanan dari sekumpulan pentadbir sebuah sekolah vernacular berbahasa Cina di selatan Persekutuan Tanah Melayu.
Seorang Muslimah, saudara baru kepada kita semua telah diugut bunuh hanya kerana dia bertudung. Hanya kerana dia bertegas bertudung bagi mematuhi perintah Allah, dia mendapat tekanan dari sekumpulan pentadbir sebuah sekolah vernacular berbahasa Cina di selatan Persekutuan Tanah Melayu.
Dia seorang berbangsa Cina yang memeluk agama Islam.
Kisahnya hanya mendapat reaksi dan bantuan NGO-NGO Islam dan orang-orang
perseorang Islam yang mahu membantunya atas rasa persaudaraan Islam. Pas
menyepi.
Ingat fakta ini. Guru tersebut seorang wanita, berbangsa
Cina dan menganut agama Islam dan diugut bunuh.
Kemudian berlaku satu lagi kes, seorang wanita, berbangsa
Cina, dan penganut Dap tegar. Dia membuat sebuah video provokasi yang diberi
tajuk Onederful Malaysia. Oleh kerana dia ada menyebut sesuatu yang dikatakan
melukakan perasaan orang-orang Melayu yang sudah tentunya beragama Islam, maka
sekumpulan NGO telah mengadakan satu protes dan memberikan tawaran supaya
mana-mana pihak yang Berjaya menampar wanita tersebut akan diberikan ganjaran
wang tunai.
Saya tidak mahu menyentuh samada tawaran yang diberikan itu
melampau atau sangat lembut. Yang mahu disentuh di dalam penulisan hari ini
ialah, beza layanan yang diterima oleh kedua-dua wanita tersebut oleh pihak
yang mengaku diri pejuang Islam di negara ini.
Kemudian Lim Guana Eng Mengeluarkan fatwa. Pas perlu menghantar Unit
Amalnya untuk mempertahankan politikus wanita yang biadab tersebut. Semua
ketumbukan unit amal Pas termasuk segela jentera perang mereka perlu di
‘deploy’ dengan segera untuk mempertahankan politikus biadab tersebut. Dalil yang
digunakan Lim Guana Eng untuk mewajibkan Pas menghantar unit amal mereka untuk
mempertahankan wanita tersebut adalah seperti berikut :
Pas perlu mempertahankannya kerana dia adalah seorang wanita
dan dia seorang cina. Orang melayu harus mempertahankan orang Cina. Itu fatwa
Lim Guana Eng. Fatwa yang lebih wajib dipatuhi mengatasi ayat-ayat al Qur’an.
Seolah fatwa itu datangnya dari Otoriti manusia yang diangkat lebih tinggi
kedudukannya dari Allah.
Kenapa Pas boleh berdiam diri semasa guru wanita di dalam
kes hijab tersebut berlaku. Bukankah dia seorang wanita dan juga seorang Cina?
Bukankah dia juga layak mendapatkan bantuan gerombolan pertahanan daripada unit
amal Pas untuk melindunginya dari ugutan bunuh? Perhatikan perbezaan berikut :
Ciri-Ciri
|
Guru
Muslimah
|
Politikus
|
Jantina
|
Wanita
|
Wanita
|
Bangsa
|
Cina
|
Cina
|
Penganut
|
ISLAM
|
DAP-Kristian?
|
Apa Kes?
|
Diugut
Bunuh Kerana Pertahan Prinsip Islam
|
Diugut
Tampar Kerana Mulut Celupar Menghina Orang
|
Lihat perbezaan di atas. Kedua-duanya mempunyai persamaan
kecuali bagi apa yang menjadi anutan mereka. Malang bagi guru Muslimah tersebut
kerana dia menganut Islam. Jika dia menganut DAP tentu sahaja dengan sekelip
mata ‘kereta-kereta kebal dan jet-jet pejuang Pas’ akan di ‘deploy’ dengan segera ke selatan
tanahair.
Penyakit apa semua ini? Saya hanya mampu menggelengkan kepala
tidak percaya. Apakah syurga itu terhenti di Putrajaya?
Lihat permainannya di sini. Mereka melakukan provokasi dan
mereka berlindung dibelakang orang-orang Melayu di dalam Pas supaya apa sahaja
yang berlaku nanti, ia akan melibatkan pertembungan antara orang-orang Islam
dan bukannya orang-orang Islam dengan mereka. Bila kekacauan yang mungkin
dirancangkanberlaku nanti, ia tidak akan berlaku seperti mana berdekad lepas,
ia akan berlaku dalam keadaan mereka selesa menghirup suasana percutian tanpa
sebarang masalah. Mereka boleh bercuti di Pulau Sentosa atau Taiwan ketika melayu-melayu
ini bergaduh sesama sendiri nanti.
Sukar untuk menghela nafas dalam situasi dada terhimpit
sebegini. Apa sebenarnya yang telah terjadi kepada mereka? Kenapa fikiran
mereka menjadi sebegitu?
Simpati saya kepada muslimah yang diugut bunuh tersebut.
Tiada ‘pejuang Islam’ yang akan datang berhimpun mempertahankannya. Malang bagi
dirinya kerana menjadi penganut Islam dan bukan penganut DAP untuk mendapatkan
pertolongan unit amal Pas.
Ya Allah.. Janganlah Kau gelapkan hati kami sebagaimana
Engkau menggelapkan hati orang-orang yang telah Engkau gelapkan hati mereka.
Ameen.
2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. ©
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
|