Nampak sangat kerap baca Perlembagaan Singapura sebagai kiblat rujukan. Dalam Perlembagaan Singapura, Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah ditulis dalam tulisan rumi sahaja. Ia disebut jelas di dalam artikel 153A Perkara 2 seperti berikut :
(2) The national language shall be the Malay language and shall be in the Roman script:{a}
Tapi Perkara 152 di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menegaskan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan lain-lain bentuk tulisan adalah tidak dilarang.
Ia kemudian diperjelaskan di dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Perkara 9 seperti berikut :
Tulisan bagi bahasa kebangsaan
9. Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.
Mereka-mereka yang tidak faham dengan asal usul tulisan Bahasa Melayu tentu sahaja tidak faham kebijaksanaan pihak yang merangka Perlembagaan ini dengan memberikan ruang luas kepada mana-mana bentuk tulisan yang membentuk bahasa Melayu. Bahasa Melayu pernah ditulis dengan Skrip Rencong, Rajang, Kawi, Pali, Sanskrit dan Jawi. Jadi meletakkan limitasi kepada penulisan Bahasa Melayu kepada tulisan Latin atau rumi, membawa maksud menafikan sejarah serta susur galur bangsa Melayu dan evolusi sistem tulisan mereka. Meletakkan limitasi sedemikian rupa bermakna meludahi sejarah pembentukan sistem bahasa untuk bangsa Melayu.
Akta Bahasa Kebangsaan juga menjelaskan Tulisan Melayu ialah Tulisan Jawi.
Apakah dengan mempamerkan sikap sebegini, Ong Kian Ming mempunyai rasa iri dan menunjukkan sisi anti sifat dan personaliti Melayu di dalam berbahasa? Jika bahasa Mandarin dan cina boleh dibenarkan berkembang di Persekutuan Tanah Melayu, kenapa pula Bahasa Kebangsaan di dalam tulisan Melayu/Jawi hendak dihapuskan?
Jika Perlembagaan Persekutuan pun tidak ada masalah dengan penggunaan skrip Jawi untuk bahasa Melayu, siapa Ong Kian Ming untuk mempertikaikannya?
Apakah Ong Kian Ming anti kepada semangat Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Atau apakah dia cuba menghasut rakyat membenci semangat Perlembagaan Persekutuan? Bolehkah Ong Kian Ming dan Nyonya di dalam gambar di bawah disabitkan dengan sentimen rasis dan perkauman kerana membenci tulisan orang-orang Melayu? Jika dia menyatakan sesuatu yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, dia juga dalam masa yang sama meludah Perlembagaan DAP. Apa kata Karpal Singh selaku peguam terkenal dan juga Pengerusi DAP tentang perlakuan Ong Kian Ming dan Theresa Kok di bawah yang mempertikaikan penggunaan tulisan Jawi di Malaysia? Jika benar mereka menghormati Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang sering dilaung-laungkan, maka, kenapa pula apa yang dilaungkan itu tidak dicerminkan melalui sikap dan perbuatan?
Satu lagi persoalan timbul, kenapa pasca 2008, mereka ini kelihatan suka benar melakukan tindakan offensif yang menyentuh sensitiviti Islam dan Melayu di sini? Apakah mereka mengharapkan orang-orang Islam/Melayu melakukan reaksi dan bertindakbalas lantas kesempatan itu akan diambil mereka untuk memainkan sentimen bahawa mereka sentiasa dimangsai (mainkan sentimen victimization) oleh kaum pribumi negara? Yang pasti mereka tahu bahawa penyokong mereka akan menelan apa sahaja yang keluar daripada mulut mereka. Sentimen dimangsai itu merupakan salah satu taktik meraih simpati yang tidak pernah pudar dan setiasa bugar dalam memberikan mereka kekuatan sokongan. Ini semua perlu dihentikan supaya negara tidak menjadi huru hara dek kerana cita-cita politik segolongan dari rakyat negara ini.
Untuk apa yang dimuatkan di atas, mereka harus memberikan penjelasan. Jika tidak, sudah pasti kita boleh mencadangkan bahawa destini yang menimpa umat Melayu Singapura dan kedudukan bahasa mereka dan tulisan mereka akan turut terhidang dalam masa depan nanti jika pihak-pihak ini memegang tampuk kuasa. Na'uzubillahi min Dzaalik. Semoga itu tidak berlaku.
P/s :
Klik untuk besarkan.
Rujukan :
{a} http://statutes.agc.gov.sg/aol/search/display/view.w3p;page=0;query=DocId%3A%22cf2412ff-fca5-4a64-a8ef-b95b8987728e%22%20Status%3Ainforce%20Depth%3A0;rec=0