Oleh : Imran Haaz
Ada pihak mungkin sudah mengampunkan dia. Ada pihak mungkin sudah lupakan semua sikap yang tidak menyenangkan kepada umat Islam, pegangan mereka dan kitab mereka yang tidak pernah padam sepanjang hayatnya. Bukankah ini yang dinamakan sebagai assobiyyah sebenar-benarnya. Iaitu apabila kepentingan berpolitik diletak lebih atas dari mempertahankan kesucian agama?
Ada pihak mungkin sudah mengampunkan dia. Ada pihak mungkin sudah lupakan semua sikap yang tidak menyenangkan kepada umat Islam, pegangan mereka dan kitab mereka yang tidak pernah padam sepanjang hayatnya. Bukankah ini yang dinamakan sebagai assobiyyah sebenar-benarnya. Iaitu apabila kepentingan berpolitik diletak lebih atas dari mempertahankan kesucian agama?
Apakah Islam itu hanya benar jika di bawah
panji-panji tertentu? Walaupun Islam dilanggar dan dirodok sesuka hati oleh teman
tidur sebantal yang bukan Islam? Benarnya Islam itu tidak pernah terletak pada
mana-mana panji, slogan atau parti. Benarnya sesuatu yang disabitkan dengan Islam ialah bilamana setiap
tindak tanduk dan perbuatan itu selari dengan al Qur'an dan as Sunnah. Apabila
ayat-ayat al Qur'an yang digunakan di dalam khutbah Jumaat pun 'perlu mendapat
restu' pembenci ayat al Qur'an di bawah, maka apa lagi yang mereka mahukan
sebagai dalil untuk menunjukkan persemendaan yang dilakukan tersebut, tidak
selari dengan al Qur'an dan perintah Allah. Bukankah Islam lebih banyak
diserang, dihina dan diperolok-olokkan selepas 2008? Tidak tahu ia berlaku?
Ya.. tentu sahaja tidak tahu jika hidup hanya berkeliling kepada manusia-manusia dengan set pemikiran yang telah dibentuk untuk menjadi pak turut dan membaca berita politik dalam akhbar politik untuk mendapat berita semasa. Bagi mereka dunia itu ialah sebagaimana yang digambarkan dalam akhbar dan blog-blog politik mereka. Mereka tidak tahu langsung bahawa api permusuhan terhadap Islam sedang marak dan sedang cuba dipadamkan dengan bertungkus lumus oleh manusia-manusia Islam biasa yang lain yang tidak pernah memakai pakaian Islam dan tidak pernah mendakwa diri mereka lebih Islam daripada orang lain. Baca artikel penulisan Tuan A. Karim Omar pada pautan di bawah ini:
Ya.. tentu sahaja tidak tahu jika hidup hanya berkeliling kepada manusia-manusia dengan set pemikiran yang telah dibentuk untuk menjadi pak turut dan membaca berita politik dalam akhbar politik untuk mendapat berita semasa. Bagi mereka dunia itu ialah sebagaimana yang digambarkan dalam akhbar dan blog-blog politik mereka. Mereka tidak tahu langsung bahawa api permusuhan terhadap Islam sedang marak dan sedang cuba dipadamkan dengan bertungkus lumus oleh manusia-manusia Islam biasa yang lain yang tidak pernah memakai pakaian Islam dan tidak pernah mendakwa diri mereka lebih Islam daripada orang lain. Baca artikel penulisan Tuan A. Karim Omar pada pautan di bawah ini:
Guru tafsir saya
pernah berpesan, amalkan membaca doa yang termuat di dalam surah al Mumtahanah
ayat 5 seperti di bawah dalam waktu-waktu sebegini.
"Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau
jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana tindasan orang- orang
kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah sahaja
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (al Mumtahanah ayat 5)
Api diluar sana sedang marak dan ia semakin besar untuk ditangani oleh orang-orang Islam yang berpecah. Tidak tahu selama mana ia dapat ditahan daripada membakar dengan lebih besar, tetapi peringatan ini harus terus diberikan.
Dan
berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah
yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan
kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama
bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak
dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi
yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi
orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan
yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta
berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang
demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi
pertolongan. (al Hajj ayat 78)
1.
2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. ©
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas
|