Monday, October 14, 2013

Terlihat Kemenangan, Bukit Uhud Jangan Ditinggalkan

7
Alhamdulillah.. kes Isu nama Allah sudah sebahagiannya selesai pada hari ini. Dalam kelegaan yang memenuhi hati dan perasaan kita pada hari ini, jangan kita lupa dengan pesan Allah kepada kita di dalam al Qur'an :

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. 
(al Baqarah ayat 120)

Terus berhati2. Terus memerhati dan terus istiqamah dalam pendirian dan tindakan. Rapatkan saf dan 'bukit Uhud' jangan ditinggalkan. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang berusaha keras. Semoga kita masing-masing mempunyai bahagian yang baik di dunia dan akhirat dalam perjuangan ini. Tidak kira siapa atau pun betapa besar dan kecilnya nilai sumbangan, kita semua telah bersama mengharungi cabaran dan ujian ini sejak beberapa tahun yang lepas. Setiap pengorbanan yang dilakukan akan dibalas Allah dengan kemenangan yang setimpalnya.

Semoga Allah memberikan kekuatan, kesabaran serta ketenangan kepada barisan panel hakim yang telah membuat keputusan dalam memberi kemenangan kepada umat Islam untuk mengharungi tindakan-tindakan serta serangan peribadi yang bakal dihalakan kepada mereka oleh golongan gerakan dajjal selepas ini nanti. 


Setiap pengorbanan ada balasan yang indah untuk apa yang dikorbankan nanti di dunia dan akhirat. Hari ini ialah hari yang indah bagi mereka yang berusaha sejak sekian lama dalam menangani fitnah isu ini. Lebih indah lagi, kemenangan ini berlaku pada hari wukuf, sehari sebelum Aidil Adha.

Selamat menyambut Aidil Adha untuk semua.. Ingat, Bukit Uhud jangan ditinggalkan.




© 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

7 comments:

Hasanah said...

bila tengok berita rasa kesyukuran yang amat sukar untuk digambarkan bila keputusan yang dibuat memihak kpd kita.. namun begitu, spt yg tuan maklumkan kita tak boleh leka n alpa dengan kemenangan yang diperoleh krn bila2 masa shj puak2 golongan dajal ini akan menyerang semula.. sedih juga krn puak2 ini byk tgolong dlm golongan 1 bangsa n agama sendiri yg mengutamakan wahan dunia yang sementara ini.. tidakkah mereka ini sedar yang pd bila2 masa shj Allah akan menarik kembali nikmat yang telah dia pinjamkan smentara ini..?? saya dulu juga seorang yang mengikut wahan dunia hingga lupa tuhan yg mberi rezeki.. pernah dulu 1 ketika duit beribu bkepuk d tgn tp yang peliknya x sampai seminggu habis begitu shj n byk hutang yg sy buat dlu.. tetapi sjak sy sedar akn kesilapan lalu sy berusaha menjadi seorg insan yang sentiasa bsyukur dgn apa yg ada.. n alhamdulillah.. wpun dlm tgn ada sedikit ttp boleh mencukupi smpi 1 bln.. benarlah janji Allah bila setiap rezeki dsyukuri, Allah akan tambahkan nikmat yang x dduga.. moga kita semua terhindar dr wahan dunia yang sementara ini..

p/s: btw rasa sungguh seronok melihat air muka peguam puak kristian yang teramat sungguh pahit kelat bila mereka keluar dr bilik keputusan tu.. rasa mcm nk gelak jahat tp tpaksa menahan diri krn takut pulak bila terjadi spt perang uhud nnt mereka pula yang gelak jahat kpd kita.. nauzubillah..

...Juwita Maya... said...

Tetapi resam manusia...mudah terleka... ;-)

satuhala said...

Hasanah..

Itu yg jd masalah kita apabila lawan kita termasuk yang tidur sebantal dan duduk di bawah selimut dengan kita.. Kita tidak boleh alpa.. Kita harus tidur dengan membuka sebelah mata..

Kita mestyi istiqamah walaupun jumlah kita kecil berbanding mereka.. sentiasa berpegang dengan al Qur'an dan sunnah kerana ini zamannya manusia berpura-pura ada di merata-rata tempat disekeliling kita. Dgn al Qur'an dan sunnah, InsyaAllah kita selamat..

Benar rezeki yg diberkati itu akan terasa seperti gunung emas yang mendamaikan diri dari segala kehendak.. Bersyukur dgn apa yg ada, InsyaAllah, Allah tambahkan nikmat bagi yang bersyukur..

Dan kita boleh tgk sendiri bagaimana org dgn pendapatn kecil tetapi berkat lebih banyak tersenyum dari yang berpendapatan lima dan tujuh angka yang lebih kerap berkerut wajah..

Itu bezanya keberkatan.

Kita juga harus bersimpati ke atas golongan Kristian ini kerana mereka masih belum dibuka peluang untuk menerima hidayah Allah.. kita usahakan dan doakan agar isu ini dapat membuka hati ramai dikalangan mereka untuk mengetahui tentang hakikat bahawa agama Kristian itu telah terpesong dari trajektori asalnya..

Mrk harus kembali ke jalan yang lurus iaitu Islam sepertimana yang dibawakan oleh nabi-nabi dan rasul-sarul sebelum ini termasuk Isa a.s. (Jesus) dan dilengkapkan semasa Muhammad s.a.w.

Kita juga harus bersyukur kerana kita dilahirkan Islam tanpa perlu terlibat dan bergelumang di dalam agama2 pada jalan yang salah di dalam menuju keredhaan Allah.

Semoga hidayahNya ke atas kita terus kekal sampai bila2.

satuhala said...

Benar Juwita..

Kerana kita adalah Insan. Asal perkataan insan itu sendiri adalah `an-nisyan (alpa).. kerana itulah kita sentiasa perlu diperingatkan..

Kerana itulah Allah menghantar kekasih-kekasihNya untuk mengajarkan kita supaya kita tidak lupa.

Kita mempunyai Perjanjian Ruh dengan Allah bahawa kita mengakui Dia adalah satu-satunya Tuhan yang disembah dan selain diriNya tiada.

Kita elakkan kealpaan dgn saling ingat-mengingatkan. Kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran supaya kita tidak termasuk dari kalangan mereka yang rugi nanti. In Sya Allah.

nzmydzul said...

Assalamualaikum Tuan Imran.

sy sebenarnya ada soalan yang saya tak tahu nak tanya siapa.

mungkin pelik sikit.

Tuan, apa pendapat tuan jika saya percaya bahawa mati/sakratulmaut itu tak sakit?

...Juwita Maya... said...

Insyaallah..amin...

satuhala said...

Wa'alaikumsalam wbt NzmydZul,

Mati seorang manusia sama seperti cara hidupnya seorang manusia. Ada yang hidup sihat, ada yang hidupnya sakit dan ada yang hidupnya penuh dengan kesengsaraan.

Begitu juga dgn matinya seorang manusia. Orang2 yg beriman ada yang mati dengan mudah dan ruhnya keluar bagi air yg keluar dr cerek. Itu yg disebutkan di dalam hadis nabi. Ada juga yang mati dgn cara yang menyakitkan. Semuanya bergantung kepada cara kehidupan seseorang itu.

Ada yang mati dgn sakit dengan jaminan dilepaskan dari beberapa azab dan dosa yg pernah dilakukan. Ada yang mati dgn sakit kerana Allah mahu tinggikan lagi martabatnya dengan ujian tersebut. Ada yang mati dengan sakit kerana Allah mahu menyiksa dia di dunia dan diakhirat.

Ada yang mati dengan senang kerana Allah dia insan yang amat menyenangkan. Ada yang mati dengan tenang kerana Allah tidak mahu menghapuskan dosa-dosanya di dunia dan memilih untuk menghukumnya sepenuhnya diakhirat. Ada yang mati dengan tenang kerana Allah tidak mahu mengangkat dirinya dengan martabat serta kedudukannya diakhirat.

Segalanya mengenai Ruh dan pengalaman Ruh itu berada dalam pengetahuan Allah. Kita tidak tahu melainkan yang sedikit. Dan yang sedikit itu sya kongsikan sebagai jawapan.

Harap ia mencukupi. Wallahua'lam.