Monday, February 4, 2013

KeAdilan Untuk Patrick Teo

9
Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Wassatiyyah ialah keadaannya bilamana keadaan memerlukan kita berlembut, kita seharusnya berlembut. Bilamana keadaan memerlukan kita bertegas, kita seharusnya bertegas. Keadaan bilamana kita perlu menghukum, maka kita perlu menjalankan hukuman tersebut. Bukan berterusan berlembut pada setiap saat dan masa meskipun kepala kita dipijak-pijak dengan kasut bekas pijakan najis mugallazah.


Kini telah muncul satu bentuk trend yang cuba memprogramkan ke dalam fikiran umat Islam supaya sentiasa bersifat dan bersikap dormant. Berlembut tidak kena tempat. Semuanya kerana cuba untuk menyesuaikan diri dalam kelompok ‘Muslim berhemah’. Kala mana spesifikasi yang menentukan siapa itu Muslim yang berhemah ditentukan oleh kehendak politik dan tekanan yang cuba dipaksakan ke atas orang-orang Islam oleh mereka-mereka yang bukan Islam. Muslim perlu sentiasa berlembut. Itu kehendak mereka. Itu juga yang telah secara tanpa sedar merasuk pemikiran kita. Jika Muslim itu perlu sentiasa berlembut pada setiap saat dan masa, entah apa pula tujuan sebahagian besar ayat-ayat Madiniyyah di dalam al Qur’an diturunkan. Apakah ia hanya sekadar bahan perhiasan dan lagu-laguan para qari yang hanya suka mendengar dan memperdengarkan tetapi jauh dari menjadikannya sebagai amali yang dituntut?



Orang-orang Islam memang telah sejak awal dari zaman Adam a.s. merupakan umat yang berada di atas landasan kesederhanaan. Gambaran personaliti seorang yang dirujuk sebagai Muslim itu sentiasa di dalam satu ruang lingkup yang tidak akan sama sekali lari dari kesederhanaan. Kesederhaan itu bukan bermaksud dormant, lembut dan lembik. Bukanlah ia juga bermaksud kaku dan rigid kepada satu bentuk sikap yang diambil. Tetapi kesederhaaan itu meliputi bentuk tindakan dan tindakbalas tepat yang diambil mengikut ukuran darjah kesesuaian satu tindakan yang perlu ditangani oleh orang-orang Islam. 

Kesederhanaan itu seperimana yang telah dijelaskan tadi, bilamana kelembutan itu perlu, kita ambil pendekatan berlembut. Bilamana ketegasan itu perlu, kita bertindak dengan tegas. Bilamana bentuk tindakan undang-undang itu perlu, kita bertindak dengan tindakan undang-undang. Bilamana timbulnya keperluan untuk berperang, maka kita bertindak mengikut keperluan berperang terbabit.

Timbul baru-baru ini isu kenyataan menghina al Qur’an dan umat Islam oleh Patrick Teo. Seorang figura dunia media dan hiburan. Diberikan Allah kelebihan lunak suara yang sedap. Malang sekali pemberian Allah kepadanya itu telah digunakan oleh akaun laman yang dikatakan miliknya untuk memaki hamun suara-suara Allah di dalam al Qur’an. Petikan kenyataan yang dikatakan milik beliau seperti di bawah.



Kemarahannya berpunca dari tindakan kerajaan negeri Kedah yang menguatkuasakan undang-undang yang menghalang penghibur wanita dari membuat persembahan hiburan di negeri itu. Saya sendiri menyokong sekiranya peraturan sedemikian rupa ditegakkan. Tetapi malang sekali apabila percubaan menegakkan undang-undang yang lebih mesra kepada Islam dan kesihatan moral serta akhlak penduduk-penduduk Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Selangor sebelum ini, hanya mahu ditegakkan atas dasar politik dan bukan mencari keredhaan Allah. Jika keredhaan Allah yang dicari, tentu sahaja mereka berpegang teguh kepada keputusan yang telah diambil. 

Jika keredhaan Allah yang mereka cari, tentu sahaja mereka istiqamah dalam berpegang teguh kepada pendirian yang diambil. Jika keredhaan Allah yang mereka tagih, tentu sahaja mereka sanggup syahid politik a mempertahankan apa yang cuba mereka bawakan sebagai perubahan yang sentiasa mereka laung-laungkan bakal hadir bersama kemenangan mereka.

Tetapi semua itu tidak berlaku. Azam dan kekuatan mereka hanya dapat bertahan dengan asakan yang  tidak pun sampai 7 hari. Malah ada yang lebih teruk lagi apabila ianya tidak pun sampai 48 jam.  Setelah 7 hari maksimum atau 48 mininum didesak, mereka segera kluk klek. Mereka segera flip flop. Mereka segera menjadi muzabzib. Kita bercakap berdasarkan rekod. Kita bercakap berdasarkan bukti dan kita bercakap kerana tidak telah lama memerhati dengan akal dan bukan menjadi zombi-zombi taksub yang sangat emosi. Perhatikan teori flip flop 48 jam berdasarkan sekelumit kecil dari lebih banyak bukti-bukti yang ada. Perhatikan bagaimana mereka segera takut dan menggeletar lutut bila disergah Benggali, Roni dan Company (BRC) dan segera menukar segala keputusan mereka mengikut kehendak BRC. Pertama bila isu untuk mengehadkan penjualan arak di Selangor. Mereka perkenalkan, BRC sergah, Hassan Ali kemudiannya syahid politik. Kemudian peraturan gunting rambut melibatkan lelaki dan wanita di Kelantan. Mereka cuba tegakkan, BRC & MCA sergah, mereka segera flip flop dan kali ini tiada siapa syahid politik. Kemudian dalam isu terbaru yang mengakibatkan Patrik Teoh mengeluarkan kata-kata kesat kepada Islam dan al Qur’an. Perhatikan keratan akhbar di bawah.




Cukup-cukuplah dengan ketaksuban dan assobiyyah. Perkara betul kita katakan betul, perkara salah kita tetap katakan salah. Tidak kira siapa mereka dan tidak kira apa nama gerakan atau wahdah perjuangan mereka.

Seorang lelaki (ayah kepada wanita yang meriwayatkan hadis) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah dianggap assobiyyah, orang yang sayang kepada kaum bangsanya?” Jawab Nabi s.a.w, “Tidak, tetapi assobiyyah ialah apabila seseorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majjah)

Berbalik kepada isu Patrick Teoh. Selepas kenyataan yang dikeluarkannya, dia mendapat reaksi yang pelbagai dari pelbagai golongan Muslim dengan tingkat kecintaan mereka terhadap Allah dan RasulNya. Ada yang memaki hamun Patrick Teoh kembali. Ada yang mahu dia segera dihukum. Ada yang cuba berhujah dengannya. Ada yang mencabar dia berdebat. Ada pula yang menjemputnya untuk berdialog bagi menjelaskan Islam kepadanya. Semua itu reaksi biasa yang harus dia telan kerana manusia tidak semuanya sama dan serupa.



Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana muslim yang bertindak dengan memaki hamun beliau. Mereka mungkin bertindak kerana mereka terlalu sayangkan agama mereka. Reaksi yang dilontarkan mereka itu mungkin berlaku dengan spontan. Mereka juga mungkin tidak mempunyai apa-apa keupayaan untuk membalas kenyataan yang dikira biadab tersebut selain dengan membalasnya dengan kadar yang serupa seperti yang dilakukan oleh Patrick. An eye for en eye, tooth for tooth kata Bible yang diimani Patrick. Jadi seharusnya dia menjangkakan semua ini.

Saya juga tidak mahu memberikan komen kepada kumpulan muslim yang mahu mengajaknya berdebat. Bagi saya, itu bukan tindakan yang tepat di dalam situasi dan penghinaan demi penghinaan bertali arus yang semakin kerap dilakukan kepada Islam. Ini tidak memenuhi rukun kesederhanaan yang dituntut. Ini tidak menepati konsep wassotiyyah yang sedang bermain dari bibir ke bibir.

Saya juga tidak mahu memberikan komen kepada kumpulan muslim yang mahu mengajaknya berdialog. Bagi saya, tindakan ini juga kurang tepat di dalam situasi dan penghinaan demi penghinaan bertali arus yang semakin kerap dilakukan kepada Islam. Ini tidak memenuhi rukun kesederhanaan yang dituntut. Ini tidak menepati konsep wassotiyyah yang sedang bermain dari bibir ke bibir. Tetapi saya ingin menegur beberapa kumpulan pertubuhan yang cuba menggunakan konsep ini tetapi dalam masa yang sama mengambil pendirian menghina dan mengutuk orang-orang Islam yang bertindak memaki hamun Patrick. Seolah-olah mereka itu lebih hebat dan suci. Holier Than Thou kata James Hetfield dalam Metallica. 

Seolah-olah mereka cool, kerana dapat menahan sabar ketika nama Allah, hukum-hukum Allah dan Rasulullah s.a.w. dicerca dan dihinakan. Tetapi apabila ibu mereka dikutuk dan dihina dengan perkataan-perkataan lucah, mereka segera melompat dan mengamuk bagai orang hilang kewarasan akal. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Ketika Allah dan nabi dihina dengan perkataan lucah, mereka dapat kawal perasaan, tetapi apabila ibu mereka sendiri dikutuk dengan perkataan lucah, mereka mengamuk bagai orang gila. Ini tidak lain dan tidak bukan, menunjukkan mereka merupakan golongan Islam yang telah ditundukkan untuk bersikap dormant dan tanpa sedar mempunyai kasih sayang kepada Allah dan rasulNya pada tahap kasih sayang yang tidak melebihi kasih sayang kepada ibu bapa mereka.

Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak sempurna Iman seseorang sehinggalah dia mencintai aku melebihi orang tuanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.” (Riwayat Bukhari dari sahabat Anas r.a.)

Asbabul wurud (sebab turun) hadis ini adalah semasa Umar al-Khattab r.a berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau paling aku cintai melebihi segala sesuatu kecuali diriku (yang lebih aku cintai)”.

Dari Lalu Rasulullah s.a.w. menegur Umar dan membetulkan ucapan Umar tadi dengan berkata, “Tidak ya Umar, katakanlah ‘Sesungguhnya engkau (Ya Rasulullah) paling aku cintai melebihi segala sesuatu termasuk diriku sendiri”. Lantas Umar mengubah ucapannya tadi dengan berkata, “Demi Allah ya Rasulullah, sesungguhnya sekarang aku mencintai engkau melebihi sesuatu termasuk diriku”. Maka Rasulullah menjawab, “Sekarang ini ya Umar (yang lebih tepat)”. (HR Bukhari daripada sahabat Abdullah bin Hisyam)


Jadi apakah tindakan yang betul yang perlu diambil di dalam kes seperti kes Patrick Teo? Bukankah dia telah memohon maaf dan mengatakan bahawa dia tidak tahu bahawa apa yang diucapkannya itu menyentuh sensitiviti umat Islam? Melepasi usia pencen dan bertongkat dan masih belum tahu perkara tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam adalah satu kenyataan yang amat pelik. Tetapi kita tidak akan menghukum dia dengan sebarang persepsi sebelum dia diberikan keadilan yang sepatutnya.

Jadi apa tindakan yang sepatutnya diambil ke atas beliau? Oleh kerana keadilan merupakan antara prinsip paling utama dalam sistem perundangan tidak kira syariah atau sivil, maka keadilan jugalah yang kita mahu ditegakkan kepada Patrick Teoh.

Kita tidak akan menerima sebarang permohonan maaf darinya selagi alasan yang dikemukakan di dalam permohonan maafnya itu dapat dibuktikan benar. Kenyataannya yang mengatakan bahawa dia tidak tahu tentang sensitiviti umat Islam perlu dibuktikan benar  terlebih dahulu. Jika benar, kita terima permohonan maafnya dan menjadi tugasan kita untuk menjelaskan kepadanya tentang Islam dan menjaga keselamatan dirinya dari menjadi sasaran perasaan marah umat Islam yang lain.

Jika tidak benar dan didapati dia memang sedar dan tahu bahawa tindak-tanduknya itu menyentuh sensitiviti umat Islam serta boleh menimbulkan keadaan huru hara serta perasaan marah umat Islam seperti yang dinyatakan di dalam perkara 298 Kanun Keseksaan (Akta 574) seperti berikut:

298. Uttering words, etc., with deliberate intent to wound the religious feelings of any person.
Whosoever, with deliberate intention of wounding the religious feelings of any person, utters any word or makes any sound in the hearing of that person, or makes any gesture in the sight of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one year, or with fine, or with both. 1

Maka keadilan dalam bentuk hukuman perlu dijalankan pihak pemerintah. Kita faham kedudukan diluah mati emak, ditelan mati bapa yang dihadapi pemerintah. Tetapi, kes seumpama ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Jika tidak sekarang, mungkin lepas bulan April nanti selepas PRU 13. Kita tidak akan menuduh dia bersalah sebelum dia dibuktikan bersalah.

Dalam prinsip am perundangan seseorang tidak akan dihukum sebelum dia didapati bersalah. Seseorang itu itu tidak boleh dikatakan bersalah dengan sesuatu jenayah melainkan dibuktikan kesalahannya tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Untuk mensabitkannya dengan liabiliti perbuatan salah, dua perkara berikut perlu dibuktikan wujud di dalam pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Yang pertama actus rea dan yang kedua mens rea.

Actus Rea dan mens rea diambil dari prinsip yang disebut di dalam bahasa Latin sebagai  Actus Non Facit Reum Nisi Mens sit  Rea. Ia membawa maksud, sesuatu tindakan itu tidak menjadikan seseorang itu bersalah kerana melakukan sesuatu jenayah melainkan dalam fikirannya itu juga turut bersalah atau mempunyai niat yang salah. Actus rea ialah pembuktian perbuatan itu dilakukan oleh si tertuduh. 

Manakala mens rea pula ialah membuktikan si tertuduh tadi mempunyai niat yang melampaui keraguan munasabah untuk melakukan kesalahan tersebut.

Terdapat satu lagi prinsip penting dalam liabiliti jenayah ialah acta exteriora indicant interiora secreta. Ia mendekati maksud perbuatan melambangkan niat.

Perkara yang perlu dibuktikan ialah seperti berikut:
1)       Bahawa samada Patrick mempunyai niat iaitu keadaan fikiran yang jelas terhadap penghinaan terhadap Muslim dan al Qur’an yang menimbulkan kecederaan kepada perasaan umat Islam di Malaysia. Ini disebut sebagai mens rea perlakuan tersebut.

2)      Bahawa memang Patrick yang menulis tweet tersebut dan bukan orang lain yang melakukannya. Di sini diletakkan suatu tanggungjawab  ke atasnya atas alasan dia telah menyebabkan wujudnya suatu kejadian yang dilarang oleh undang-undang. Keadaan ini disebut sebagai actus rea.

Bagaimana mungkin kita dapat memberikan keadilan kepada Patrick Teoh sekiranya dia tidak dibawa ke muka pengadilan. Hanya mahkamah selayaknya meletakkan di mana keadaan Patrick. Hanya mahkamah jugalah selayaknya menentukan samada Patrick benar-benar tidak tahu bahawa perbuatannya itu menyentuh sensitiviti serta melukakan perasaan umat Islam dinegara ini ataupun tidak, meskipun dia telah lama hidup sebagai warganegara di negara ini dan dia seolah tidak mengetahui tentang prinsip kelima rukun negara berkenaan kesopanan dan kesusilaan.

 Saya pasti tindakan membawa Patrick Teo untuk diberikan keadilan dengan membawanya ke mahkamah untuk diadili pasti akan disokong oleh semua yang sentiasa mahu segala prinsip keadilan di negara ini ditegakkan. Zainah Anwar yang pernah menjadi orang kuat Sister In Islam juga selalu menggunakan hujah keadilan undang-undang perlu ditegakkan.



Begitu juga dengan Datuk Seri Rais Yatim. Dia pernah menyatakan bahawa undang-undang di dalam negara ini cukup untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang melakukan penghinaan ke atas Islam. Sehingga hari ini, belum kelihatan dengan jelas apa-apa bentuk tindakan yang tegas dikenakan kepada pihak-pihak yang menghina Islam selepas kenyataan tersebut yang disebutkan pada 2009.


Datuk Seri, saya mendengar sebuah iklan yang disiarkan di dalam radio Klasik FM di mana Datuk Seri meminta supaya ‘orang-orang kita berbudi bahasa dengan tidak membiarkan telefon berdering berkali-kali tanpa diangkat’. Untuk pengetahuan Datuk Seri, saya sedang ‘mendail telefon’ Datuk Seri melalui artikel ini supaya ‘Datuk Seri’ segera mengangkatnya dan ambil perhatian serius kepada semua perkara ini. Tolong jangan biarkan telefon itu berdering berkali-kali Datuk Seri. Bukankah itu tidak digalakkan oleh Datuk Seri sendiri? Jadi, tolonglah usahakan agar Patrick Teoh dibawa ke muka pengadilan untuk diberikan keadilan. Datuk Seri berada dikalangan mereka-mereka yang dekat dengan pihak yang boleh memastikan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang ditegakkan. Tolong bawakan perkara ini kepada merekayang sepatutnya. Tolong juga pastikan teguran Datuk Seri pada 2009 bukan seperti mencurah air ke daun keladi. Tiada siapa akan mempersoalkan sekiranya undang-undang negara ditegakkan secara adil. Hanya penjenayah serta mereka-mereka yang mahu memberontak kepada negara sahaja akan menentang perlembagaan dan mana-mana undang-undang yang ditegakkan seadil-adilnya. Mereka-mereka yang waras pastinya bersetuju dengan prinsip keadilan yang mahu dijalankan.




Begitu juga dengan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST). Mereka pastinya tidak akan menentang sebarang tindakan untuk menegakkan undang-undang negara tanpa mengira siapa sahaja yang melakukannya. Pernah suatu ketika dahulu, ketika isu pijak kepala lembu di Shah Alam berlaku, pihak mereka bersuara agar semua yang melakukan penghinaan kepada mana-mana agama, dikenakan tindakan undang-undang. Sudah pastinya tindakan membawa Patrick Teo ke muka pengadilan untuk diberikan keadilan kepadanya juga tidak akan dihalang MCCBCHST.  Bukankah ini sebahagian dari prinsip yang mereka katakan harus ditegakkan satu ketika dahulu. Jika mereka menolak untuk bersetuju dengan cadangan artikel ini supaya Patrick Teo diberikan keadilan dengan membawanya ke mahkamah, maka dengan tindakan penolakan itu, mereka jelas bersikap double standard. Saya percaya MCCBCHST tetap berpegang dengan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang di dalam negara ini sebagaimana mereka pernah membuat kenyataan tersebut di dalam kes pijak kepala lembu di Shah Alam satu ketika dahulu.



Kementerian Dalam Negeri juga harus memandang serius perkara ini. Saya percaya bahawa ketegasan yang pernah ditunjukkan oleh mereka dalam kes pijak kepala lembu suatu ketika dahulu akan dilakukan sekali lagi. Jika tindakan terdahulu dilakukan bagi menenangkan perasaan orang-orang bukan Islam yang dikatakan begitu terguris dengan insiden tersebut dengan mendakwa tertuduh-tertuduh tersebut di mahkamah, mengapa tidak pula tindakan yang sama diambil ke atas Patrick Teo? Sehingga ke hari ini, belum terlihat tanda-tanda keadilan ke atas Patrick Teo akan dijalankan. Buat masa ini, kita faham dengan kekangan yang dihadapi. Tetapi, apa yang majoriti dari umat Islam mahukan ialah, keadilan dapat ditegakkan dalam waktu terdekat nanti. Tidak kira sebelum atau selepas PRU 13. Menerusi keadilan yang diberikan kepada Patrick Teo inilah, barulah kita menetapkan apa reaksi yang patut diberikan kepada Patrick Teo.





Kita hanya akan menerima permohonan maafnya sekiranya mahkamah membuktikan bahawa memang benar dia tiada niat untuk menghina serta melukakan perasaan umat Islam. Hanya setelah Patrick didapati oleh mahkamah tiada niat dan tidak tahu bahawa tindakannya itu melukakan perasaan umat Islam, barulah kita menerima permohonan maafnya. Setelah itu, bolehlah mana-mana NGO yang beria-ia mahu berdialog dengannya, menjemputnya untuk berdialog bagi menyampaikan berita-berita serta menjelaskan Islam kepadanya. Ini barulah tepat dengan konsep kesederhanaan. Bukan sibuk mendabik dada sebagai kumpulan yang sederhana tetapi dalam masa yang sama melukakan perasaan umat Islam yang lain yang marah dengan Patrick. Inilah masanya yang tepat untuk berdialog, iaitu setelah dia dibuktikan tidak bersalah dan tidak tahu.

Walaubagaimanapun, sekiranya dia didapati memang mempunyai niat dan melakukan kesalahan tersebut, maka harapan kita ialah pihak pemerintah menjalankan hukuman yang sepatutnya mengikut lunas-lunas undang-undang yang sediada. Hanya selepas didapati bersalah, baharulah mana-mana NGO yang mahu berdebat dengannya, boleh menjemputnya untuk berdebat setelah dia menjalani hukuman supaya memperbetulkan persepsi buruknya tentang Islam.

Prinsip kita mudah iaitu tiada maaf sebelum dia diadili dan tiada hukuman sebelum jelas dia bersalah. Bagi yang merasakan diri sentiasa holier than thou, mungkin video di bawah ini perlu ditonton sehingga tamat. Lihat sahaja bagaimana tersentuhnya insan ini bilamana dia berbicara tentang Islam dan bagaimana dia tersentuh dan sebak bilamana Rasulullah s.a.w. dihinakan. Tengok dan muhasabah. Wallahua’lam.




Nota kaki :
a.       Syahid Politik    : terma ini merupakan terma yang digunakan oleh Syed Hussein al Alattas di dalam temuramah beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 30 september 2006. Beliau menyatakan, bilamana sesuatu perubahan untuk memerangi rasuah mahu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka hendaklah yang mahu menjalankannya sanggup melakukannya sehingga tidak takut kedudukan politik mereka sendiri menjadi korban. Begitu juga dengan terma syahid politik yag digunakan di atas, ianya bermaksud, sekiranya benar-benar mahu menegakkan Islam secara keseluruhannya di dalam negara ini, maka tidak dapat tidak, mereka semua mesti berani melakukannya biarpun kedudukan politik mereka terkorban. Tetapi malangnya tiada siapa yang berdegar-degar mengatakan diri mereka pejuang Islam, sanggup syahid politik kerana Allah semata-mata. Mereka lebih rela dan sanggup mati katak dengan dehem seorang benggali lumpuh.



Rujukan :
1. Penal Code (Act 574), (2009), International Law Book Series, Petaling Jaya, Selangor, hlmn. 122.

2. Dato' Haji Mohammad Shariff Bin Hj. Abu Samah & Datin Hjh. Asidah Binti Haji Mohd Ali, Undang-Undang Jenayah Di Malaysia, (2009), International Law Book Series, Petaling Jaya, Selangor, hlmn. 65 hingga 87.

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

9 comments:

shamsadis said...

Bagus.

penat aku baca artikel hang nie, dah lari niat nak study esok mau study.



Anonymous said...

Salam IH, Memang sudah terang lagi bersuluh, dia menyatakan dengan niat dan dia paham benar apa yg dia tulis. Dia mmg menyatakan dengan niat utk provokasi.. perkataan dia tidak mampu diterima oleh muslim. Ia kenyataan yang sangat mengguris hati umat islam PIGTRICK oh sorry tersalah eja pulah..ya la i tak sekolah tinggi patrick, tak jadi pembaca berita pon... PIG = tonyok Trick = helah Si tonyok yg banyak helah.. P**cung saja.. Mohon IH perjelaskan Sampai tahap mana kita boleh seret Pigtrick ni? Kalo zaman Che Det dah ISA dah dia tu

Unknown said...

mohon share~ ♥

rizal hass said...

Assalamualaikum, satu kupasan yang sangat jelas dan berilmiah, menjangkau pelbagai ilmu, sangat sesuai dengan kompleksiti hidup muslims dalam era post modern ini...malangnya pendukung2 bersih, yang rata-rata menyembah ALLAH tidak pula berani mengambil sebarang tindakan ke atas kafir laknatullah macam ni, mungkin atas sebab, PT comrade satu barisan mereka, satu bersih, satu pakatan!
Malangnya PT tidak berfikiran seperti mereka apabila mengkritik kerajaan negeri kedah yang ditadbir PAS. Sekali lagi PAS dipinggirkan pakatannya sendiri.dan pengikut2 mereka sekali lagi keliru sendiri, berkira2 antara marah, maruah dan putrajaya?!

PEMIKIR said...

Sebuah kupasan isu yang saya kira sangat bernas dan wajar sekali tindakan yang disarankan Abg Imran tu dilaksanakan oleh pihak berwajib. Saya menyokong tindakan tersebut sepenuh hati.


satuhala said...

Shamsadis,
Yang membacanya pun penat.. bayangkan yang menulisnya pula.. 3 minggu diambil utk siapkan penulisan. 7 tahun persediaan dibuat utk persiapan material sekiranya isu seumpama ini timbul. Bila sahaja timbul, seluruh arkib yang disiapkan perlu dibuat carigali. maka siaplah penulisan tersebut yang ditulis dalam 3 minggu+ untuk pembacaan tidak sampai 10 minit.

TQ atas sokongan. jangan sampai lupa study dah la..

satuhala said...

Boleh saja Daeng Selili..

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Rizal Hass,
Itu semua petunjuk jelas mengenai karakter mereka dari Allah. Hanya yang fanatik memilih untuk menjadi buta tentang perlakuan buruk tersebut.

satuhala said...

Pemikir,
Kita hanya menyarankan. Kita cuba mendesak pemerintah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penguasa mengikut lunas undang2. Bola dikaki mereka. Tetapi wisel ditangan kita.