Pada 4 November 2011, saya menulis sepucuk surat kepada
Utusan Malaysia. Ia berkenaan peranan yang dimainkan sekumpulan peguam yang
bermati-matian mahu mempertahankan aktiviti serta program berkenaan kebebasan
kecenderungan seksual di Malaysia. Isikandungan surat itu boleh dicapai disini. Mungkin tingkat kehebatan intelektual mereka-mereka di Utusan Malaysia
itu terlalu tinggi di balik awan, maka surat tersebut menjadi penghuni tong
sampah di meja editorial mereka.
Ia tidak diterbitkan. Tetapi itulah yang telah saya
jangkakan. Saya menulis surat-surat protes kepada semua akhbar yang di baca
jika terdapat isu yang saya rasa perlu diperbetulkan dan diberi perhatian. Lebih
banyak yang tidak disiarkand dari yang disiarkan. Mungkin adakalanya saya
menulis sesetengah dari surat tersebut dengan papan kekunci computer yang
ditekan dengan penumbuk. Mungkin bahasanya adakalanya kedengaran keras. Tetapi itulah
satu-satunya cara yang terbaik. Ia lebih baik dari benar-benar menumbuk
seseorang. Tetapi terkadangnya ada manusia yang lebih rela melihat manusia sesama
manusia bertumbuk dari mahu melihat mereka bergasak dengan hujah dan perbincangan
yang lebih bertamadun. Saya mengubat kemarahan dalam isu-isu tertentu dengan
terus menghubungi samada melalui surat atau email kepada mereka-mereka yang
mencetuskan rasa tidak berpuas hati tersebut. Apalah yang hendak ditakutkan
jika kita berpegang kepada kebenaran. Dan yang benar itu tidak pernah pula lari
dari al Qur’an dan sunnah.
Dalam surat tersebut, saya menyatakan dan mencadangkan
kepada Kementerian Pengajian tinggi supaya mengetatkan syarat pengambilan
pelajar-pelajar perundangan. Ini disebabkan saya memerhatikan kecenderungan sesetengah
kumpulan peguam untuk berada di dalam perjuangan yang keliru dan berada
ditempat yang sentiasa silap dalam setiap keputusan yang diambil mereka. Berikut
sedikit petikan isikandungan surat dengan tajuk “Survival Bangsa Manusia : HakAsasi paling Utama”.
……Saya menjadi
semakin hairan dengan sikap yang semakin pelik diambil oleh majils peguam.
Apakah mereka hanya mahu menjadi juara kepada segala perkara yang menentang
segala norma masyarakat yang bertamadun yang mengimpikan sebuah kehidupan aman
dan dapat melahirkan genarasi yang sihat fizikal, mental dan rohani mereka.?
Kenapakah hak yang paling mudah seperti hak untuk menjamin survival bangsa
manusia tidak dapat mereka fahami dengan mudah?
Jika
demikianlah bentuk pemikiran golongan yang menguasai majelis peguam, saya ingin
memohon kepada Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menaikkan syarat kelayakan
bagi mana-mana individu yang mahu mengikuti pengajian perundangan supaya lebih
ketat lagi sebagaimana syarat untukmengikuti pengajian perubatan. Ini kerana cream of the crop profession guaman yang seharusnya berada di dalam majelis
tersebut, gagal untuk meyakinkan masyarakat yang mereka mempunyai akal fikiran
yang sihat dan dapat berfikir dengan lojik dalam menentukan apa keutamaan yang
seharusnya menjadi perjuangan hak asasi manusia.
Saya tidak
memaksudkan semua peguam berakal fikiran sedemikian rupa, tetapi perilaku
majelis peguam yang mewakili profession guaman tersebut, semenjak akhir-akhir
ini telah mencadangkan kepada masyarakat bahawa majelis tersebut kini diwakili
oleh mereka-mereka yang semakin hilang upaya untuk membuat penilaian kepada apa
yang harusnya menjadi keutamaan di dalam perjuangan hak dan asasi. Mereka tidak
kedepan apabila isu orang-orang miskin diketengahkan media. Mereka juga tidak
kehadapan untuk menyokong pembentukan sebuah Negara bertamadun yang aman dan
terhindar dari kebejatan sosial dan kekacauan. Kerap kali merekalah yang berada
pada sisi yang salah di dalam perjuangan hak membina sebuah bangsa Malaysia
yang benar-benar bertamadun.
Surat tersebut bertarikh 4 November 2011. Kini, setelah
lebih setahun dua bulan dari tarikh penulisan tersebut, Majlis Peguam
mengeluarkan satu kenyataan berbunyi seperti berikut:
“Both AG Tan Sri (Abdul) Gani (Patail)
and I are extremely concerned about the quality of law graduates,”
Kemudian perkara berikut dicatatkan di dalam laopran akhbar
hari ini.
During his (Bar
Chairman) speech, he disclosed that they had agreed to the setting up of a
high-level task force to “review the state of legal education in Malaysia, and
to recommend how to raise standards to a level of excellence”.
Mereka menyatakan bahawa mereka semakin risau dengan kualiti
graduan undang-undang yang diserap masuk ke dalam sistem perundangan. Perubahan
kepada sistem pendidikan perundangan adalah perlu bagi memastikan piawaian
(standard) profession ini dapat dipertingkatkan ke satu tahap yang lebih
tinggi. seolah-olah perkataan mereka membenarkan apa yang saya tulis pada 14 purnama yang lepas.
Saya tersenyum membaca petikan akhbar tersebut. Bukankah apa
yang dicadangkan itu telah saya cadangkan 14 purnama lebih awal? Owh.. saya
tidak mahu menulis lebih panjang lagi. Keratan akhbar ini menyebabkan saya
hanya mahu tersenyum. Saya hanya mahu menghabiskan dengan segera penulisan ini
supaya ia dapat dimuatnaik ke blog satuhala dengan segera. Selepas dimuatnaik,
saya mahu menuju ke kedai mamak. Saya mahu memesan kopi O kaw. Saya mahu
melayan perasaan indah ini sambil tersenyum seorang diri sebentar lagi di kedai
mamak. Biar orang lihat saya seperti orang gila menghadap secawan kopi. Biarkan
mereka katakan saya gila, bodoh dan sebagainya. Tahun ini sungguh mengembirakan
bila semua perkara yang saya perjuangkan sejak bertahun-tahun dahulu menjadi realiti
yang baru memunculkan wajahnya. Syukur kepada Allah kerana menjauhkan saya dari
bersikap tidak konsisten dalam apa sahaja yang diperjuangkan. Kini orang-orang yang
memaki hamun saya sejak 2007 sedang menjilat ludah mereka kembali. Benarlah kebenaran
itu akan datang dengan masa. Cuma masa itu kerap kalinya menguji kekuatan dan kesabaran
hamba-hamba Allah yang kerdil seperti saya dan kita semua.Apa pun secawan kopi di petang Rabu ini adalah suatu saat yang indah petang ini. Kopi O Kaw satu!
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.