Friday, November 4, 2011

Survival Bangsa Manusia : Hak Asasi Paling Utama.

Oleh M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Ramanir raheem.. Selamat Menyambut Aidil Adha kepada semua yang berkunjung ke sini. Saya sedikit sibuk kebelakangan ini. Maaf kerana lambat membuat update kepada blog dan membalas komen-komen yang dibuat. Terima kasih. Cuma pada kali ini saya masukkan ke dalam post blog ini surat yang saya tulis kepada ruangan Forum Utusan Malaysia berkenaan percubaan pihak-pihak tertentu yang tidak putus-putus berusaha menguji kesabaran umat Islam dengan secara bertali arus melakukan perkara-perkara yang dianggap umat Islam sebagai mencabar kedudukan agama mereka sebagai Agama bagi Persekutuan Tanah Melayu ini. mereka berbuat demikian dengan harapan, pada suatu hari nanti, akan ada muslim bertindak diluar batasan setelah tidak tahan diasak secara bertubi-tubi. Usaha menentang gerakan ini secara berhemah dan mengikut kerangka undang-undang harus dilakukan supaya kita dapat memberikan sedikit waktu dan kelapangan kepada sekumpulan muslim yang juga terlalu cintakan agama ini, supaya terhalang kemarahan mereka dari diterjemahkan melalui perbuatan yang memang ditunggu-tunggu oleh pihak-pihak yang memusuhi kedudukan Islam di dalam negara ini.

Saya menulis surat ini kepada ruangan Forum Utusan Melayu kerana saya tahu bahawa golongan pemerintah serta mereka-mereka yang berada disekeliling pemerintah termasuk golongan pembuat dasar bagi kerajaan yang memerintah Malaysia, membaca akhbar tersebut sebagai salah satu input kepada mereka. Saya juga membaca akhbar tersebut bersama beberapa akhbar lagi setiap hari bagi mendapatkan maklumat lengkap untuk sesuatu itu dalam pelbagai dimensi pemahaman yang berbeza-beza. Saya tidak pasti samada ianya akan disiarkan ataupun tidak, tetapi ada baiknya saya berkongsi dengan sahabat-sahabat pengunjung terlebih dahulu supaya apa yang saya tuliskan kepada ruangan tersebut boleh dimanfaatkan kefahaman serta dikongsi cara bagaimana untuk berhadapan dan berhujah dengan golongan ini.

Sahabat-sahabat akan mendapati bahawa saya tidak menggunakan hujah agama di dalam surat tersebut. Ini disengajakan. Ia berkaitan seni perang Melayu yang saya belajar dengan guru silat saya dalam menterjemahkan falsafah tikaman keris pada tubuh musuh kita. Saya akan buktikan kepada pihak sahabat bagaimana falsafah ini berfungsi melalui praktik yang telah saya amalkan sejak sekian lama. Ia akan dijelaskan di dalam dua posting panjang selepas ini bagi membincangkan dialog saya dengan seorang timbalan pengarang sebuah akhbar Inggeris pada 2009 berikutan isu Beyonce dan sebuah surat ringkas saya kepada akhbar Inggeris yang sama sebelum ini. InsyaAllah.. diberikan Allah kesempatan, saya dapat menyiapkan penulisan itu dengan lebih awal nanti. Berikut surat saya kepada ruangan forum Utusan Malaysia. Semoga memberi idea dan manfaat yang lebih mampu diperkembangkan dengan kuat dan luas kepada apa yang sudah sedia kuat di dalam diri para sahabat pengunjung.   

Survival Bangsa Manusia : Hak Asasi Paling Utama.

Saya berasa terpanggil untuk menulis kepada ruangan ini atas desakan perasaan yang terlalu rimas dengan kebejatan serta kekakuan pemikiran yang menyelubungi sekumpulan manusia yang senang terhirup candu delusi kebebasan. Desakan ini juga disulam perasaan amat kesal dengan sekumpulan manusia lagi yang cuba menjadi juara dengan memberikan sokongan dengan gaya sondolan tanpa didahului dengan berfikir sebelum bertindak.


Forum Kebebasan Homoseksual sudah mula meniti dari bibir ke bibir. Dari nada tidak suka kemudian berombak menjadi nada kecaman. Sebagai muslim yang bertanggungjawab, golongan homoseksual muslim seharusnya didekati untuk membolehkan mereka membuat penilaian semula kepada jalan hidup yang pernah mereka tempuhi dan kembali ke landasan terbaik. Tetapi sayangnya jalan hidup mereka yang mereka lalui secara sedar kini dijadikan modal oleh sekumpulan oportunis bagi mendapatkan keuntungan singkat untuk tujuan-tujuan tertentu yang telah dirancangkan mereka. Masyarakat sebenarnya malas mahu memberi perhatian kepada kumpulan oportunis ini. Membuang masa kemanusian yang produktif hatta jika berpaling menjeling sejenak kepada mereka, apatah lagi mahu menulis dan berhiruk pikuk mengenai mereka yang secara jelas mahu menguji kesabaran manusia-manusia yang cuba untuk terus berfikiran rasional di negara ini. 


Tetapi kerap kali merekalah yang memukul gendang dengan kuat dipintu rumah-rumah orang yang telah lama berdiam diri. Berdiam diri bukanlah kerana merestui. Tetapi berdiam diri kerana telah lama sebagai sebuah bangsa yang telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi di dalam menjaga adab dan perasaan manusia lain, mereka mengkesampingkan amarah mereka demi sebuah Negara yang makmur.

Saya juga menjadi semakin tidak faham dengan tindak tanduk golongan yang cuba menonjolkan diri sebagai pejuang hak asasi manusia. Mereka menamakan diri mereka dengan pelbagai nama dan julukan yang menunjukkan mereka memperjuangkan hak asasi manusia, tetapi entah di mana silapnya, mereka gagal untuk memahami apa keutamaan yang paling besar yang perlu mereka berikan perhatian.

Tanyakan mana-mana pihak, apakah hak asasi manusia paling utama yang perlu dijamin oleh mana-mana badan yang memperjuangkan hak tersebut. Tentu sahaja survival kepada kelestarian wujudnya bangsa manusia perlu diletakkan dipuncak utama segala hak. Apa sahaja aktiviti, perlakuan serta kecenderungan mana-mana pihak yang boleh menjejaskan kelestarian wujudnya bangsa manusia yang sihat , haruslah ditentang dengan konsisten.
Manusia perlu berkembang biak. Hanya dengan berkembang biak, survival bangsa manusia dapat dijamin untuk terus menjadi pentadbir muka bumi ini di masa akan datang. Bagaimana mungkin generasi hari ini dapat diganti dengan sebuah generasi yang sihat jika benih yang dikatakan hebat tidak ditanam ditempat yang betul. Bukankah ianya satu perbuatan yang sangat membazir dan sangat meresahkan?

Bayangkan situasi di mana sesebuah negara mempunyai lebih 50%  penduduknya mengamalkan budaya homoseksual. Siapa sahaja pengamalnya, samada seorang doktor, peguam, hakim, ahli majelis peguam dan sebagainya pasti tidak akan dapat menyalurkan benih-benih berisi kod genetik yang mereka sanjungi hebat kepada salinan generasi seterusnya.

Apakah yang akan tinggal kepada negara itu sebaik mereka-mereka yang mendakwa diri mereka hebat di dalam profession mereka ini memasuki fasa usia tua? Golongan mereka tidak akan diganti dengan generasi yang baru. DNA kecemerlangan yang sentiasa didabik mereka terbuang dan tertumpah ditempat yang tidak langsung menumbuhkan hasil. Apakah yang akan tinggal kepada negara tersebut? Sebuah negara yang bergantung harapan kepada sekumpulan homoseksual kerepot yang akan menemui ajal dalam tempoh yang semakin tidak bertangguh lagi? Apa bentuk masa depan yang ada pada negara-negara sebegini?

Apakah perkara hak asasi utama yang mudah seperti ini pun gagal untuk difahami oleh mereka-mereka yang mendakwa diri mereka sebagai golongan intelek? Pelik benar kerana setiap kali timbulnya isu-isu perjuangan kosong yang menentang arus norma masyarakat berketamadunan tinggi, wajah-wajah yang sama pasti berdiri menebalkan muka berpura-pura terbuka bagi menyatakan sokongan. Siapa sebenarnya mereka ini? Siapa pula dibelakang gerakan bertali arus ini yang sentiasa bersahut-sahutan lolongan antara mereka bagi menunjukkan apa yang diperjuangkan mereka mempunyai berat suara yang perlu diberikan perhatian oleh sang pemerintah?

Lebih menghairankan apabila golongan yang menyokong forum seumpama ini juga merupakan golongan yang sentiasa bertenggek di dahan hak perjuangan hak asasi wanita. Apa hak wanita di dalam kitab perjuangan mereka itu hanya tertakluk kepada perlakuan-perlakuan bejat yang harus mendapat emansipasi untuk bertindak dan berkelakuan melampaui perlakuan alam haiwan?

Kenapa hak golongan gadis dan remaja-remaja perempuan yang memilih jalan keseronokan sementara dengan terlibat dengan perlakuan lesbianisma tidak dibimbing dan diberitahukan kepada mereka bahawa perlakuan mereka itu bakal mendedahkan diri mereka kepada risiko menghidap kanser payu dara. Dunia perubatan telah bersetuju bahawa dengan berkahwin awal dan melahirkan anak seawal usia 20-an serta menyusukan anak tersebut di dalam tempoh penyusuan sebaik-baiknya 2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat barah payu dara dengan lebih signifikan.

 Apakah pihak yang menyokong forum bejat ini mahu gadis-gadis remaja terdedah kepada risiko tersebut, hanya semata-mata kerana mahukan kebebasan melakukan sebuah keseronokan yang dinikmati kurang 10 minit tetapi akhirnya membiarkan mereka menanggung sebuah penderitaan yang berkekalan sepanjang hayat? Apakah tiada langsung rasa simpati golongan yang menyokong forum bejat ini ke atas nasib dan masa depan malang yang bakal dihadapi majoriti dari pelaku lesbian ini? Anda sesungguhnya merupakan manusia-manusia yang tidak berhati perut dan menggunakan ketidakmatangan fikiran anak-anak remaja demi kepentingan pihak anda sendiri dan bukan mereka.

Bagaimana pula sekiranya di dalam tempoh tidak berapa lama dari hari ini, wujud pula sekumpulan manusia yang menuntut hak untuk mengadakan hubungan seks dengan haiwan atau mengadakan hubungan seks sesama mereka ditengah-tengah orang ramai? Apakah majjlis peguam juga mahu menyatakan sokongan jitu, padu serta tidak berbelah bahagi kepada tuntutan golongan ini atas alasan itu merupakan hak asasi mereka yang perlu dihormati?

Saya menjadi semakin hairan dengan sikap yang semakin pelik diambil oleh majils peguam. Apakah mereka hanya mahu menjadi juara kepada segala perkara yang menentang segala norma masyarakat yang bertamadun yang mengimpikan sebuah kehidupan aman dan dapat melahirkan genarasi yang sihat fizikal, mental dan rohani mereka.? Kenapakah hak yang paling mudah seperti hak untuk menjamin survival bangsa manusia tidak dapat mereka fahami dengan mudah?

 Jika demikianlah bentuk pemikiran golongan yang menguasai majelis peguam, saya ingin memohon kepada Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menaikkan syarat kelayakan bagi mana-mana individu yang mahu mengikuti pengajian perundangan supaya lebih ketat lagi sebagaimana syarat untukmengikuti pengajian perubatan. Ini kerana cream of the crop profession guaman yang seharusnya berada di dalam majelis tersebut, gagal untuk meyakinkan masyarakat yang mereka mempunyai akal fikiran yang sihat dan dapat berfikir dengan lojik dalam menentukan apa keutamaan yang seharusnya menjadi perjuangan hak asasi manusia.

Saya tidak memaksudkan semua peguam berakal fikiran sedemikian rupa, tetapi perilaku majelis peguam yang mewakili profession guaman tersebut, semenjak akhir-akhir ini telah mencadangkan kepada masyarakat bahawa majelis tersebut kini diwakili oleh mereka-mereka yang semakin hilang upaya untuk membuat penilaian kepada apa yang harusnya menjadi keutamaan di dalam perjuangan hak dan asasi. Mereka tidak kedepan apabila isu orang-orang miskin diketengahkan media. Mereka juga tidak kehadapan untuk menyokong pembentukan sebuah Negara bertamadun yang aman dan terhindar dari kebejatan sosial dan kekacauan. Kerap kali merekalah yang berada pada sisi yang salah di dalam perjuangan hak membina sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar bertamadun.

Tidak perlu majelis peguam serta golongan-golongan yang menyokong forum bejat tersebut, berasa kecil hati dengan penulisan saya ini. Apakah hak asasi untuk menyatakan pendapat serta bersuara itu hanya milik pihak mereka untuk menyakitkan hati majoriti rakyat Malaysia yang cintakan ketamadunan serta mengimpikan kelahiran generasi-genarasi yang sihat sahaja? Jadi, apakah salah bagi saya pula bersuara mengikut hak yang sering dilaungkan-laungkan oleh pihak mereka?

Boleh sahaja mereka gelarkan saya homophobic, gelarkan saya anti-homoseksual, gelarkan apa sahaja yang mereka mahu, sesungguhnya jika saya digelarkan dengan gelaran demikian demi sebuah niat bagi menjamin survival serta kelestarian kewujudan bangsa manusia, maka dengan lapang dada dan penuh nikmat, saya  akan menghirup semua gelaran itu sepertimana menghirup secawan kopi panas di pagi hujan lebat yang menenangkan. Saya melihat lambat laun, segala kebejatan yang teruk melanda tanah  sebelah langit maghrib akan menghujani bumi indah Nusantara ini sekiranya kegiatan golongan-golongan ini tidak dibendung mengikut kerangka undang-undang yang sediada. Bola di kaki pemerintah. Terpulanglah, kerana setiap lima tahun sekali, majoriti besar rakyat yang lebih suka berdiam akan menterjemahkan rasa hati mereka di dalam dua buah garisan bersilang di atas sekeping kertas kecil yang berisi harapan masa depan yang mereka inginkan. Berikan peluang kepada golongan ini untuk menterjemahkan kepada harapan mereka bahawa masa depan mereka sebagai manusia-manusia yang cintakan keamanan serta gaya hidup berketamadunan tinggi kekal terjamin di bawah pemerintah yang tidak akan berkompromi di dalam bersekongkol dengan pemusnah survival bangsa manusia.

Nizam Alias,
Seberang Jaya, Pulau Pinang.




© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

12 comments:

Surat yang bagus.. tapi saya nak lihat dari segi agama. Saya berdoa semoga di malaysia ini tidak diturunkan bala seperti yang ALLAH SWT timpakan pada kaum Nabi luth, kaum thamud dan kaum2 lain yang pupus.. Saya takut.. ..
 
Salam MIA

content mantap & menyengat. Sgt setuju MIA tidak menggunakan agama. Bercakap di dalam kerangka mereka..harap utusan publish cepat...tp sy jarang baca utusan :)

Akhbar Sinar lebih terbuka...artikel isu sama tp 2 penulis berbeza hujah diletak sblah menyeblah...1 pro isu ni & 1 cons (Sinar Harian 15 Nov 2011)
 
syabas tuan.. mata pena tuan sememangnya lebih tajam dari mata keris..
 
Kunjungan ke sini & follow.
 
Alhamdullilah.. Semoga surat yg saudara hantar ini dpt membuka mata dan minda mereka agar dpt melihat dari segala aspek serta membetul apa yg telah silap.
 
lama tak update blog....
 
lama tuan tak update
 
Assalam tuan, akhirnya saya merungut kerana agak lama menunggu buah fikir dari tuan dan paling ditunggu tentunya karya terbaharu tuan. Semoga Allah merahmati tuan dengan ilham dan masa yang berkah.
 
Salam Juwita Maya,
Memang sengaja saya tidak berhujah menggunakan hujah agama atas pertimbangan tertentu menurut kepada perspektif siapa yang menimbulkan isu. Pada hemat saya hujah dalam bentuk agama merupakan suatu bola tanggung yang dimahukan pihak2 ini. jadi terpaksalah berfikir dan menulis dalam konteks diluar jangkaan mrk. TQ Juwita, InsyaAllah hujah dalam bentuk agama ada dalam penjelasan surat ini nanti.
 
Salam Zara,
Biasa bergesel bahu dengan kumpulan seperti di atas membuatkan Zara faham bahawa mereka perlu diperangi dengan cara yg bukan tradisional. TQ atas sokongan.
 
Salam Tanjung Rhino RC & Somoon,
Segala puji bagi Allah. Kita hanya medium di mana idea2 tu disalurkan.
 
Wa'alaikumsalam Shamsadis, Adila & Anon,
Update tu ada, tapi perlukan sedikit lagi semakan fakta supaya apa yang disebut dan ditulis di dalam ini bersandarkan kepada kebenaran dan bukan atas dasar bersuka-suka. TQ. InsyaAllah ada update dalam waktu terdekat ni. TQ.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email