Sunday, November 25, 2012

Pak Menteri Cakap Re-Run Di Asstro Itu Biasa..?

4

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Sedap mulut Pak Menteri ini membela Stesen Kabel Kebal. Rerun itu biasa katanya. Itu amalan seluruh dunia hujahnya. Jadi, bukankah jawapan ini seolah membawa maksud rakyat Malaysia yang mempersoalkan kualiti rancangan dan sampah sarap yang dihidangkan Stesen Kabel Kebal setiap hari di dalam channel Melayu itu berindak dengan satu tindakan bodoh kerana tidak seiring dengan kehendak dunia? Rerun sekali dua tidaklah mengapa wahai Pak Menteri. Rerun sampai terjuih bibir dan berbuih mulut tengok filem Rerun berpuluh kali sebulan apa ceritanya?




Rerun itu biasa Pak Menteri? Wakil rakyatkah yang sedang bercakap dalam Parlimen tentang isu Stesen Kabel Kebal ini? Apakah kita melantik wakil rakyat di Parlimen untuk membela kepentingan rakyat atau membela kepentingan sesebuah syarikat?!
Rerun itu biasa Pak Menteri? Jadi perlu tunggu sampai perkara luar biasa berlaku baru hendak ambil tindakan atas aduan rakyat? Habis tu ke mana perginya slogan Rakyat diutamakan, pencapaiaan diutamakan? Sudah tukar?  Atau itu hanya slogan dimulut tetapi dihati kapitalis diutamakan, aduan rakyat ditongsampahkan?

Rerun itu biasa Pak Menteri?  Jadi Pak Menteri mahu yang luar biasa baru hendak bertindak? Jangan malu-malu Pak Menteri.  Ok, bayangkan situasi ini pula Pak Menteri. Seorang lelaki memesan semangkuk laksa. Lalu laksa itu siap dan dihidangkan. Bila dibawakan bil kepadanya, dia terkejut melihat semangkuk laksa yang dimakannya dicaj sebanyak dua kali. Semangkuk laksa biasa berharga RM 5 dicaj sebanyak RM 10. Bila ditanyakan kepada tuan punya kedai, dia menjawab ‘Ikut suka hati aku nak caj berapa kali pun?’ Lalu aduan dibawakan kepada pihak berkuasa. Tetapi malangnya jawapan balas pihak berkuasa sama dengan jawapan Pak Menteri di atas. ‘Semangkuk laksa dicaj dua kali itu perkara biasa,’.

Lihat video di bawah ini. Senarionya, Stesen Kabel Kebal mengenakan caj bulanan kepada pelanggannya. Langganan asas membolehkannya dapat menonton beberapa saluran asas seperti  saluran 104. Satu lumrah bagi semua saluran asas ini ialah, kesemuanya semak dan penuh dengan rancangan rerun yang menyesakkan nafas. Lalu pihak Stesen Kabel Kebal menawarkan  kepada penggunanya yang bosan dengan rerun basi dan berulat di dalam saluran-saluran asas dengan tawaran sesuatu yang ekslusif. Iklan dan tawaran kemudian dibuat supaya pelanggan melanggan pakej Warna untuk program-program ‘ekslusif-haark ptuih’ berbahasa Melayu. . Bosan dengan ulat dari program basi yang mengerumuni saluran asas, maka ramai kemudiannya melanggan pakej tambahan saluran Melayu. Pada sangkaan mulanya, situasi basi dan berulat akan berkurangan di saluran tambahan tersebut. Tetapi malangnya, rerun yang telah basi dan berulat yang cuba dielakkan, turut menjangkiti  saluran ‘ekslusif-haark ptuih!’. Lebih teruk lagi, telah banyak kali situasi di bawah ini berlaku bilamana saluran asas menayangkan rerun dan dalam masa yang sama saluran tambahan yang dilanggan dengan bayaran tambahan juga menayangkan rerun filem yang sama. Jadilah kes ‘membayar semangkuk laksa dengan dua kali caj, berleluasa. Jadi apakah perkara ini juga biasa Pak Menteri?
Jadi bila mahu ambil tindakan? Jangan pula Pak Menteri berhujah dengan hujah akal rendah dengan mengatakan video itu besi demi menjaga kepentingan sendiri sudahlah. Ambil tindakan atau rakyat mengambil tindakan sendiri dengan memberi cuti panjang kepada Pak Menteri supaya boleh pencen dan menonton Rerun Stesen Kabel Kebal lepas PRU 13 nanti. Tonton sampai lebam! Bukankah itu biasa Pak Menteri?

Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak akan menolak kereta masuk ke lombong hanya kerana tayarnya yang pancit. ASWJ menukar tayar keretanya yang pancit supaya keretanya yang terhuyung hayang tadi kembali bergerak dengan betul. Jika pemerintah itu kenderaan, Pak Menteri ini boleh jadi antara tayar pemerintahan yang pancit. Mungkin Perdana Menteri kena biasa-biasakan diri turun padang ke kawasan Parlimen menteri tersebut untuk mula mencari winnable candidate yang baru.

Yang betul dikatakan betul, yang salah tetap salah dan video di atas janganlah dikatakan besi. A’uzubillahi An Akuna Minal Jaahilin (al Baqarah ayat 67).

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

...Juwita Maya... said...

huhu ~~ tak tahu pun sebab umah saya xde astro..cuma kalau pergi rumah org lain atau balik kg je tgk astro..ntah mengapa, x berminat ada astro di rumah, bukan x mampu, just tak mahu :)

satuhala said...

Juwita,
Ada yg baik dan banyak yg tidak baik ttg Asstero ni.. ada juga beberapa penulisan di dalam blog ini juga mendapat idea dari beberapa rancangan drpd perkhidmatan mrk.. cuma yg geramnya bilamana kualiti perkhidmatan sgt teruk..

Tidak ada yg ruginya kalau tak melanggan.. untuk melakukan apa yg Juwita dan family lakukan dgn menolak untuk melanggannya merupakan satu perkara yg tidak semua org mampu lakukan.. semakin ramai yg sedang berusaha melakukannya.. semoga semakin ramai yg sekuat Juwita & family..

...Juwita Maya... said...

hmph...maybe saya dan suami kurang menonton tv agaknya...saya lebih suka berdiam diri dan membaca, menulis (saya sukakan magazine, novel, malahan komik doraemon pun saya baca lagi) dan suami saya sukakan komputer software la, buat research pasal kereta la..dan selebihnya kami berborak je sebelum tidur. anak2 pun dh terikut sama..tapi tipulah kalau saya kata anak2 saya langsung x tengok kartun..ada jugak tengok tapi cuma tengok kartun yg ditayangkan di tv sahajalah..entahlah, x bole cakap jugak manalah tahu esok2 ada rasa nak pasang astro plak tapi wat masa ni, macam tu lah.... :)
selalu gak dengar kawan2 merungut pasal astro dan selalunya saya hanya menjadi pendengar setia yg langsung x boleh nk komen apa2.. huhu~~

satuhala said...

Juwita,
Melihat bgmana masa diisi Juwita dan suami, jelas sekali ianya diisi dgn perkara2 berfaedah dan tidak membuang masa..

Doraemon pun ok.. saya juga suka dgn kartun.. byk pengajaran boleh dapat di situ, tp adakalanya kena tapis juga..

Rungutan dan Astro ibarat lagu dan irama.. ia tak dapat dipisahkan melainkan mereka sendiri berusaha utk pisahkan keduanya..

Bagus sekali biasakan diri membaca dalam rumah.. anak2 akan terbiasa dgn budaya sihat mcm ni..