Oleh : M.I.A./Imran Haaz
Bismillahir
Rahmanir Raheem.. Pada tanggal 5 Oktober 2011, seorang penulis biadab telah menulis berkenaan permasalahan yang berlaku pada
ketika ini di Timur Tengah terutamanya di Palestin. Penulis tersebut dengan
biadab mencadangkan serta menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang
bertanggungjawab yang mengakibatkan berlakunya konflik yang berpanjangan di
antara orang-orang Arab dengan Yahudi sehingga kini.
Di
dalam surat yang menyatakan pendapatnya yang disiarkan di dalam sebuah akhbar
Inggeris tempatan, dengan tajuk, Behind the Arab Conflict, beliau menyatakan
bahawa perbuatan Rasulullah s.a.w. mengarahkan perubahan kiblat dari Baitul
Maqdis ke Mekah, merupakan punca utama yang menyebabkan berlakunya konflik ganas
antara orang-orang Arab dengan Yahudi. Beliau juga menyatakan, orang-orang
Palestin merupakan mangsa yang tersepit di dalam konflik ganas tersebut
disebabkan arahan perubahan kiblat ini.
Sebelum
ini telah saya nyatakan di dalam blog ini bahawa pada setiap saat dan masa,
akan terdapat usaha terancang dari pihak-pihak yang dikawal oleh satu gerakan
dari luar untuk menjalankan usaha bagi memburuk-burukkan Islam. Mereka
melakukan melalui pelbagai gaya dan cara. Ini termasuklah dengan menggunakan
media-media yang kini dikawal oleh tangan-tangan mereka. Mereka juga merekasaya
segala bentuk perjuangan baru di atas nama hak asasi manusia, sedangkan pada
hakikatnya, apa yang mereka perjuangkan itu bertentangan dengan nilai-nilai
yang dapat membina ketamadunan manusia-manusia sihat, malah bakal mengancan
kepada survival bangsa manusia itu sendiri di muka bumi ini.
Salah
satu percubaan ini termasuklah idea-idea yang cuba ditanamkan ke dalam
pemikiran orang ramai bahawa konflik Zionis dengan Palestin ini bermula dari
pihak orang Islam. Percubaan ini turut dilakukan di muka bumi negara ini. Percubaan
untuk meletakkan beban pertuduhan konflik ganas ini ke atas Rasulullah s.a.w.
merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dibiarkan
begitu sahaja. Saya biasa menulis kepada pihak akhbar tersebut sebagai jawapan
balas atau teguran kepada apa yang kelihatan tidak betul tetapi jarang tulisan
tersebut disiarkan.
Walaubagaimanapun,
pada kali ini, pihak mereka menyiarkan jawapan balas ringkas saya kepada
penulis terbabit supaya dia lebih berhati-hati dan mempunyai sikap
bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang dilakukannya. Jawapan balas saya yang
dihantar pada 5 Oktober 2011, disiarkan di dalam akhbar tersebut pada 10
Oktober 2011. Imbasan imej jawapan tersebut seperti di bawah.
Sebelum
ini, saya telah menjelaskan bahawa setiap apa sahaja yang cuba ditimbulkan
pihak mereka, perancangan mereka akan turut meliputi jangkaan mereka terhadap
reaksi tindakbalas orang-orang Islam. Perancangan mereka biasanya meliputi
segala sesuatu. Pemerhatian yang
dilakukan di dalam pengalaman interaksi balas dengan pihak mereka sebelum ini
mengajar saya satu perkara. Isu-isu tersebut sememangnya ditimbulkan bagi tujuan
supaya ianya disambut dengan pantas oleh orang-orang Islam. Mereka sangat
mengharapkan supaya orang-orang Islam menyahut provokasi mereka dengan berhujah
balas menggunakan perkara-perkara berikut sebagai intipati jawapan. Mereka
sangat berharap bahawa provokasi mereka disambut dengan hujah-hujah berupa
hukum-hukum Islam, ayat-ayat al Qur’an, pengungkitan keistimewaan kedudukan
Islam di Malaysia dan dalam masa yang sama mencadangkan kedudukan mereka yang
tidak sama tinggi di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Itu
yang mereka harapkan serta jangkakan. Apabila Muslim menyahut provokasi mereka
dengan cara atau gaya sedemikian rupa, ia seumpama pucuk dicita ulam mendatang
bagi pelaksanaan agenda mereka. Apabila Muslim mula berhujah dengan hujah-hujah
agama, ia ibarat bola tanggung yang ditunggu-tunggu mereka untuk direjam.
Pengalaman
mengajar saya supaya setiap provokasi yang ditimbulkan pihak mereka, ia perlu
ditangkis dengan cara yang tidak pernah disangka mereka.
Jika
sebelum ini saya telah menunjukkan bagaimana hujahan di dalam bentuk
topik-topik seperti Deklarasi Hak Asasi
Manusia 1948, Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara, Kod Etika Kewartawanan,
Bible dan sebagainya akan membuatkan hala tuju serangan mereka ke atas al
Qur’an, sunnah dan Islam menjadi bercelaru. Kali ini saya ingin berkongsi satu
lagi kaedah menjawab serangan mereka sehingga menyebabkan dan memaksa mereka
untuk mempertahankan diri dengan lekas. Perbuatan mereka yang gopoh menjawab
jawapan balas yang telah direncahkan dengan provokasi akan menyebabkan mereka
mencederakan kredibiliti apa sahaja perkara yang mahu perjuangkan. Telah
menjadi rahsia yang terbuka di bumi Malaysia ini yang gerakan Kristian sedang
mengintai segenap peluang dan keadaan untuk memastikan negara ini kembali di
bawah pemerintahan mereka.
Sesuatu
yang saya mahu semua sahabat-sahabat pengunjung blog ini untuk ingat ialah
negara kita ini baharu sahaja bebas dari cengkaman kuasa bertunjangkan Kristian tidak sampai 60 tahun. Setelah beratus tahun mereka
mengaut segala bentuk keuntungan dan memeras pribumi untuk menyediakan empayar
yang selesa buat mereka, mereka terpaksa melepaskan satu persatu daripada
negara yang dijajah mereka melalui gerakan dekolonialisasi.
Tetapi
kita sering terlupa, bahawa mereka tetap ingin kembali. Mereka ingin negara ini
di bawah genggaman mereka sepertimana ianya pernah berlaku satu ketika dahulu.
Tetapi jalan penjajahan yang mereka pilih kali ini, bukanlah dengan cara
peperangan dengan mengirimkan kapal-kapal perang pengganas Kristian sepertimana
yang pernah mereka lakukan sejak ratusan tahun yang lalu. Gaya dan cara itu
tidak akan berhasil memenangi hati dan jiwa orang-orang Melayu untuk bersetia
kepada mereka. Walaupun mereka berjaya menjajah negara ini sejak ratusan tahun
lamanya, hanya sedikit jumlah yang berjaya dimurtadkan. Gaya dan cara mereka
kini berbeza. Mereka cuba memenangi hati dan jiwa-jiwa muslim untuk dimurtadkan
melalui gaya halus.
Penyebarluasan
hiburan bejat dan songsang bagi menyebabkan umat Melayu Islam leka dan terbuai
dalam kealpaan memudahkan percubaan mereka. Mereka menyebarkan doktrin-doktrin
Kristianisasi secara halus. Mereka menembus masuk kepada setiap pertubuhan
politik melayu Islam sebagai kumpulan kolum kelima. Mereka meruntuhkan
perjuangan dari dalam. Kedua-dua pihak telah ditembusi. Lihat sahaja bila
sekumpulan lebai yang satu ketika dulu begitu garang dengan gerakan ini, kini
mula lembik tengkuk melihat kelibat nyonya Anak Malaysia tiba-tiba bertudung.
Sedangkan semua perlakuan itu dilakukan bagi menipu dan mendapatkan mileage politik. Malang sekali ramai
telah diprogramkan untuk berasa selesa dengan tidak mengambil tahu mengenai apa
yang berlaku di dunia. Mereka menolak akhbar, berita di televisyen dan media
semata-mata kerana pemimpin mereka mengarahkan merekaberbuat demikian. Dalam
halusinasi ‘segalanya tidak apa dan normal’ dalam kehidupan mereka, mereka
tidak langsung pernah sedar akan apa yang sedang berlaku ketika mereka selesa
bertakbir di bawah tempurung kelapa seolah-olah mereka jagoan Islam.
Sejak
pemerintahan negara diambilalih oleh seorang pemimpin yang amat lemah sebelum
ini, golongan yang menjadi agen gerakan dajjal bermaharajalela di dalam
masyarakat menyebarkan dengan kencang segala agenda yang sejak dari dahulu lagi
mereka ingin sebarkan. Syukur pemimpin itu telah meletakkan jawatan. Malang
sekali apabila kesan kerosakan di dalamkepimpinannya meninggalkan legasi
penyakit yang sukar untuk diubati. Penyakit dalam bentuk gerakan anti-Islam menembusi
setiap ruang. Dengan bajet dan bantuan kewangan yang tinggi serta tidak pernah
putus, gerakan mereka amat tersusun dan dibantu dalam semua segi bagi
melancarkan gerakan. Malang sekali apabila muslim yang mahu berjuang menentang
mereka, kebanyakannya terpaksa bertindak sendiri atau berkumpul di dalam
jemaah-jemaah yang menggerakkan gerakan serta perancangan mereka dalam keadaan
bajet yangtidak cukup atau hanya secukup makan. Ramai yang mengorbankan
pendapatan harian dan bulanan mereka sebagai bajet untuk berjuang di jalan
Allah tanpa sedikit pun mereka dibantu oleh tangan-tangan yang seharusnya
membantu. Asnaf fisabillah di dalam pemberian zakat telah disempitkan skopnya
sehingga menyebabkan gerakan serta perjuangan bagi memastikan gerakan yang
mengancam Islam kelihatan lebih kecil dari bulu hidung kuman di dalam teropong
bantuan mereka. Malang sekali apabila sejumlah besar jumlah wang zakat
dibelanjakan untuk paraphernalia
sebagai cenderahati kepada si penunai zakat, sedangkan yang menunaikan zakat
itu tidak mengharapkan apa-apa kecuali redha Allah. Bukankah ada baiknya
sedikit dari jumlah tersebut disalurkan kepada NGO-NGO yang ikhlas
memperjuangkan Islam dan menangkis serangan hebat yang dibuat oleh gerakan yang
mahumelihat Islam jatuh dan hancur di negara ini. Perkukuhkan perjuangan dnegan
bantuan sedemikian rupa supaya segala skop yang boleh dianggap sebagai
pertahanan umat Islam dapat diperkasakan.
Sayang
sekali skop capaian zakat kita telah disempitkan. Terpaksalah NGO-NGO muslim
bergerak di atas pembajaan yang tidak subur dan terpaksa juga sekumpulan muslim
yang mahu berjuang, berperang ala gerila di alam siber, usrah-usrah, kuliah
serta pentas-pentas ceramah. Tiada bantuan bukanlah satu alasan untuk tidak
berjuang. Sibuk dengan kerjaya dan keluarga juga bukanlah satu alasan bagi meletakkan perjuangan itu ke
tempat yang terkebelakang. Kita semua akan ditanya nanti apa yang kita lakukan
ketika negara ini sedang diserang bertubi-tubi secara halus dan jelas dengan
doktrin-doktrin yang cuba menyimpangkan umat Islam dari landasan asal serta percubaan
menghinakan segala yang boleh disabitkan dengan Islam di dalam negara ini.
Cukupkah dengan bertakbir pada 65 decibel untuk mengatakan kita telah berjuang?
Jika benar kita telah berpuluhan tahun berjuang, kenapa kedudukan umat Islam di
dalam negara ini semakin lemah dan semakin terancam dengan populasi serta
gerakan yang hanya mewakili kurang dari 9% rakyat negara ini?
Lihat
sahaja petikan surat kepada media yang disiarkan oleh media yang menjadi agen
provokator dari sayap gerakan dajjal di bumi Malaysia ini seperti yang termuat
di atas. Bukan mereka tidak faham dengan sensitiviti umat Islam. Bukan mereka
tidak tahu apa yang boleh ditafsirkan sebagai menghina serta fitnah ke atas Nabi
Muhammad s.a.w. yang amat kita sayangi dan muliakan. Tidak cukup keimanan
seseorang Muslim apabila dia tidak menyintai Allah dan RasulNya melebihi tahap
sayang dan cintanya dia kepada dirinya sendiri dan ibu bapanya. Harap jangan
berpeluk tubuh membiarkan Nabi dan Rasul yang amat kita cintai dan sayangi
dihinakan serta difitnahkan sedemikian rupa. Tidak kira siapa sahaja yang melakukannya, samada bukan muslim atau pun muslim, samada pemerintah atau pun tok-tok guru, kita tidak boleh membiarkan penghinaan ke atas rasul yang mulia ini daripada dilakukan. Begitu juga dengan perlakuan penulis ini. Sangat biadap perbuatan penulis
tersebut apabila dia mengatakan Rasulullah s.a.w. sebagai punca dunia ini tidak
aman hasil dari konflik yang berlaku di Palestin. Sebuah konflik yang
dikatakannya juga berpunca dari Rasulullah s.a.w.
Adalah
amali yang menjadi kebiasaan media tersebut untuk melontar batu dan sembunyi
tangan. Malah kebiasaan surat-surat bantahan yang dikirim oleh ramai muslim
sebagai protes tidak akan disiarkan. Seolah-olah majoriti dari pembaca yang
membaca akhbar mereka mempunyai rasa dan aspirasi yang sama dengan apa yang
cuba mereka sampaikan. Dalam kes tersebut yang berlaku pada Oktober tahun lalu
(2011), sebaik membacanya, hati saya dirasakan seolah dicurah petrol RON 95
yang mudah membakar minyak dan hati.
Tetapi
saya tidak mahu bertindak sepertimana yang selama ini saya bertindak. Berhujah
menggunakan hujah agama Islam serta teks-teks al Qur’an dengan golongan ini,
seumpama memulangkan bola tanggung kepada mereka untuk direjam pada kelajuan
rejaman Lin Dan. Saya sudah melaluinya dan menyebabkan Islam dan segala yang
disabitkan dengan agama suci ini dipermainkan apabila kita menjawab serta
bertindak balas di dalam rangka pemikiran yang dimahukan mereka. Ia sudah saya
jelaskan di dalam artikel Gerakan Dajjal Bah. 3 (Serangan Melalui Media).
Pada
kes ini saya cuba fikirkan bagaimana untuk membuat provokasi yang sesuai supaya
tuan punya diri yang menghinakan Rasulullah s.a.w. ini akan menggunakan media
gerakan dajjal ini dan lisan pada dirinya untuk bertindakbalas kepada saya dan
kredibiliti saya. Apalah ada pada nama saya untuk dihinakan jika nama serta
kemuliaan Rasulullah s.a.w. tidak dipertahankan. Biar dia menyerang kredibiliti
yang dipalsukan itu sekaligus memerangkap dirinya untuk mengatakan sesuatu yang
melukakan kepada teks Bible yang menjadi tunjang kepada gerakan mereka.
Saya
tercari-cari kaedah bagaimana untuk memprovokasi si penulis itu untuk bertindak
balas dalam rangka jawapan yang bakal melukakan intipati gerakan mereka. Sehinggalah
saya teringat kepada soalan yang pernah saya tanyakan kepada seorang guru silat
yang mengajar seni tempur senjata lebih sepuluh tahun dahulu.
Ia
dipelajari dari pengalaman saya di dalam aktiviti silat satu ketika dulu. Suatu
ketika dahulu saya sangat aktif di dalam
aktiviti silat sehingga saya berhenti atas satu sebab yang akan saya ceritakan
nanti dan kongsikan di dalam blog ini. Apabila memasuki fasa jurulatih, antara
pelajaran awal yang harus dikuasai ialah seni tempur dengan senjata. Salah satu
daripadanya ialah keris. Keris memang suatu senjata yang hebat dan keseluruhan
penciptaannya dipenuhi falsafah perjuangan.
Malah
seni permainan senjata itu juga mempunyai adab dan langkah-langkah yang
menunjukkan kemuliaan serta betapa gentlemennya
pendekar Melayu. Ribuan tahun mereka telah diasuh untuk berperang dengan
beradab sehinggalah masuknya bangsa-bangsa yang tidak kenal adab dan tidak tahu
beratur.
Pada
rupa bentuk keris terdapat ricik yang setiap satunya mewakili falsafah-falsafah
pembuatan. Pernah seorang pakar keris berkata, “Kalau keris dibuat hanya sebagai
senjata, tidak mungkin ia dibuat seindah ini.” Itu
kata-kata pakar keris, Tuan Mohd Nordin Abd. Hamid suatu ketika apabila beliau
ditemubual sebuah akhbar tempatan tidak lama dahulu.
Benar, keris merupakan antara senjata yang ditukang penuh keindahan.
Empu-empu keris meletakkan sepenuh jiwa mereka di dalam penciptaan setiap bilah
yang sedang diperbuat. Melayu dan umat Nusantara telah lama menjadi umat yang
setiap inci kehidupan mereka diselubungi seni. Sebuah bangsa yang hebat dan
diciptakan Allah sangat dekat dengan segala seni keindahan. Lihat sahaja hasil
pertukangan Melayu ke penempaan keris sehingga ke adab berbahasa dan beretika.
Dari gaya duduk hingga ke cara berjalan, setiap satu mempunyai adat dan
seninya. Menegur kesalahan juga dibuat dengan penuh seni dan berbahasa lapik
yang disulam supaya mesejnya sampai tetapi dihias dengan haruman bahasa yang
tidak menjatuhkan dan menghinakan. Melayu dan rumpun-rumpun bangsa Nusantara
telah lama hidup dan mati dan bernafas di dalam seni. Sehinggalah sampah-sampah
hanyut dari barat mula diangkat orang sebagai seni dan mereka cuba pula mengajar kita untuk memandang tinggi kepada budaya import tersebut dan menganggap seni dengan akar budaya tempatan sebagai berkualiti rendah dan ketinggalan zaman.
Begitu juga di dalam adat
tempur pendekar Melayu satu ketika dulu. Keris tidak dihunus sebaik pertarungan
bermula. Permulaan tempur, musuh dihentak dengan buntut
keris terlebih dahulu. Ia sebagai amaran supaya berhenti melawan. Amaran yang
harus diterjemah sebagai peluang untuk berundur dan tidak meneruskan
pertarungan yang tidak menguntungkan. Tetapi jika masih melawan, hentakan kedua
pula akan dibuat dengan menggunakan muncung hulu. Ia ibarat amaran kedua. Jika
masih tidak mengendahkan isyarat-isyarat amaran tersebut, barulah keris yang
bersarung itu akan dicabut dari sarung. Keris yang dicipta dengan penuh ketelitian,
kedudukan ganjanya akan sentiasa tidak muat dimasukkan sepenuhnya ke dalam
sampir. Ia sentiasa dalam kedudukan bersedia untuk berkhidmat kepada tuannya.
Ia dicipta dan ditempa supaya mudah tercabut segera apabila khidmatnya
diperlukan. Setelah peluang kedua diberikan dan tidak diendahkan, keris yang
dicabut tersebut masih belum boleh digunakan sebagai senjata untuk membunuh.
Amaran ketiga dalam adab pendekar Melayu harus diberikan. Keris kemudian akan
digunakan untuk mencederakan sedikit wajah, bermula dengan telinga kiri,
kemudian kanan dan berakhir dengan hidung. Wajah ialah perlambangan maruah.
Menghiris sedikit anggota wajah sudah harus ditafsirkan sebagai maruah yang
telah dilukakan. Bagi yang memahami bahawa amaran ketiga dalam bentuk pencederaan
wajah ini akan disusuli tindakan yang lebih keras, maka berundur diri di dalam
barisan peluang-peluang yang telah diberikan itu harus dipertimbangkan. Jika
masih berdegil, barulah jalan terakhir di dalam adat pertarungan itu diambil.
Keris kemudiannya akan dihunus dan ditikam ke anggota badan. Jarang ada yang
ditikam dengan keris perbuatan empu keris handalan dapat menghirup udara segar
pagi hari minggu berikutnya. Keris, dari asal perbuatannya sehingga ke
penggunaannya dihias indah ia dengan seni, kesabaran dan tindakan jitu.
Saya pernah
bertanya kepada salah seorang guru silat apa fungsi belalai gajah di dalam
ricikan keris pada kedudukannya di bawah ganja. Jawapan berikut diberikannya
kepada saya dan saya masih ingat akan kata-kata itu walaupun ianya dijawab
hampir lima belas tahun yang lepas.
“Benamkan seluruh lok dan
tenggelamkan belalai gajah sampai ke ganja, ditusuk ia parah, direntap nanti hilanglah
pula segala maya.”
Belalai
gajah menurut guru silat terbabit, ialah bagi tujuan merobek isi perut si
mangsa apabila mangsa cuba mencabut tikaman keris yang sudahpun dibenamkan ke
anggota tubuhnya. Jika tikaman itu melukakan, merawat tikaman itu akan lebih memarahkan
keadaan.
Dari
sana satu idea timbul untuk menyerang kembali si penulis biadab tersebut menggunakan
falsafah seni tempur keris tersebut. Jawapan balas kemudian dirangka seringkas
mungkin supaya falsafah seni tempur keris ini dapat dipadatkan dan digunakan
bagi pertempuran dalam media. Jika dahulu gelangannya daratan, kini
gelanggannya media dan alam siber. Jika dahulu senjatanya mungkin keris yang
ditarikan dengan gerak penuh seni, kini senjatanya ialah papan kekunci laptop
dan modem broadband.
Jawapan
kepada penulis biadab itu harus dirangka supaya ia dilihat sebagai sebuah
provokasi yang akan menyebabkan dirinya berasa panas punggung. Seluruh seni
tempur keris itu harus dipadatkan dalam sebuah jawapan ringkas. Dari ‘mengetuk
kepala’ di penulis tersebut dengan hulu keris, kemudian ‘menghiris wajahnya’
supaya dia kembali berpijak di bumi nyata dan kemudian ‘menikam’ perjuangannya sehingga
membenamkan ‘belalai gajah sehingga ke ganja’ dengan jawapan provokasi. Tikaman
provokasi yang akan menyebabkan dirinya menjawab kembali dalam gaya yang telah
diiginkan. Apabila sahaja dia menjawab provokasi tersebut, dia akan bertindak
seolah-olah cuba mahu merawat tikaman ‘keris’ yang sudah dalam tenggelam dalam
tubuhnya. Cabutan ‘keris’ tersebut akan menyebabkan bahagian belalai gajah
tersebut merobek seluruh perjuangan gerakan dajjal yang bermotifkan penguasaan
kembali kuasa nasrani di negara ini. Harus diingatkan kepada sahabat
pengunjung, apabila saya menggunakan perkataan ‘mengetuk kepala’, ia tidak
seharusnya ditafsirkan secara tersurat. Ia hanya sebuah manifestasi kepada makna
perlakuan membuat pukulan kepada daya intelektual serta maruah diri penulis
itu. Pukulan ke wajah dan kepala tidak dibenarkan sama sekali oleh Rasulullah
s.a.w. walaupun dalam keadaan sedang berperang.
Bukan
mudah untuk membuatkan sebuah akhbar yang saban hari menghina Islam dan umatnya
secara halus dan terang dalam penerbitan mereka untuk menikam perjuangan mereka
sendiri. Bukan mudah untuk membuatkan sebuah penerbitan yang bertunjangkan
perjuangan mahu mengembalikan penguasaan golongan nasrani menerbitkan sesuatu
yang boleh ditafsirkan sebagai menembak kaki sendiri. Bukan mudah untuk
membuatkan mereka terasuk dengan racun tikaman ‘keris’ untuk segera meraban
mengatakan bahawa kitab pegangan mereka itu tidak betul dan punyai banyak
kesalahan fakta tanpa perlu kita berkata sedemikian. Dengan memahami seni
pertempuran mudah warisan nenek moyang, perkara itu dipermudahkan Allah untuk
dilakukan. Cuba bayangkan, sebuah penerbitan yang bertunjangkan gerakan untuk
mengembalikan kuasa nasrani dan bukan Islam di negara ini, dengan jumlah
pengedaran (atau longgokan sebenarnya) yang mencecah lebih 300,000 naskhah
sehari, yang rata-rata pembacanya berkongsi aspirasi yang sama, tiba-tiba
menerbitkan di dalam akhbar propaganda mereka “Bible itu tidak betul dan penuh
dengan kesalahan fakta dan tidak layak digunakan sebagai rujukan.” Dengan izin
Allah ianya dapat dilakukan. Kuasa Allah, hanya dengan provokasi ringkas oleh
seekor nyamuk kecil, sebuah organisasi yang kukuh dan kuat boleh termakan
provokasi dan bertindak merosakkan perjuangan mereka hanya kerana panas
punggung terkena racun tikaman yang telah dirancangkan ke atas mereka. Tiada
apa yang boleh menggerunkan ada pada seekor nyamuk kecil yang bergerak sendiri,
kecuali atas kehendak Allah, terkadangnya sehingga nyamuk itu boleh menumbangkan
Raja sebesar Namrud. Muslim harus tetap bergerak, tidak kira apa kekuatan yang
ada pada kita. Setiap hari dalam hidup kita adalah hari-hari perjuangan, dari
belajar bersungguh-sungguh untuk memantapkan generasi pelapis Muslim yang
bijak, kepada bekerja dan mencari rezeki yang bersungguh-sungguh untuk mencari
keredhaan Allah, jika semboyan jihad telah berbunyi, tiada alasan yang kita
tidak bersedia dengan perjuangan. Ini kerana setiap hari dalam hidup kita ialah
hari-hari perjuangan.
Untuk
jawapan kepada surat biadab penulis tersebut, jawapan di bawah seperti yang
disiarkan diakhbar berikut dirangka supaya ia memprovokasi si penulis tersebut
untuk menjawab dan kemudian merosakkan reputasinya dan perjuangannya nanti.
Sengaja
di dalam surat itu saya menggunakan bahasa keras sebagai permulaan. Pertama
kerana penulis itu sangat biadab terhadap Rasulullah s.a.w. Manakan mampu
berbahasa lunak jika Umar r.a. sendiri mahu memancung setiap orang yang menghina
Rasulullah s.a.w. Kedua, ia bagi tujuan mengetuk ‘kepalanya dengan buntut
keris’. Jawapan ringkas balas tersebut dirangka supaya ia kemudiannya akan
membuatkan si penulis tersebut merasakan ‘wajahnya@maruahnya dihiris’ supaya
dia panas dan akan terbangkit rasa mahu membuat serangan kembali. Provokasi
tersebut akan membuatkannya menyerang dengan lebih panas apabila saya
menyuruhnya merujuk ‘ fakta sebenar’. Sahabat pengunjung blog ini sudah sedia
maklum dengan penulisan-penulisan di dalam blog ini yang sentiasa menyatakan
ayat-ayat Bible sudah diubah dan tidak
boleh dijadikan sandaran fakta tanpa pengesahan dari Al Qur’an. Apabila saya
mengarahkannya untuk merujuk ‘fakta sebenar’ dengan mengarahkannya merujuk
kepada ayat di dalam Bible, ia bukanlah bagi tujuan menyuruhnya mencari fakta.
Tetapi ianya disengajakan supaya selepas dia diprovokasi, dia sendiri akan
terasuk untuk mengatakan sesuatu yang melukakan perjuangan mereka. Mereka akan
melakukannya bagi tujuan untuk menggambarkan kepada masyarakat betapa antara
mereka dan hasrat gerakan nasrani untuk penguasaan di bumi Allah ini terdapat
garis pemisah. Satu modus operandi biasa bagi ejen provokator seperti ini untuk
mengatakan sesuatu yang yang menggambarkan mereka sebenarnya berdiri atas dasar
intelektual, hak asasi dan sebagainya.
Melalui
pemerhatian yang dilakukan sejak sekian lama, apabila sahaja mereka dibidas dan
diprovokasi, mereka akan segera menjalankan kawalan kerosakan (damage control). Ia dapat dilihat dalam
jawapan balas yang dibuat oleh penulis tersebut di bawah. Perhatikan bagaimana
mereka dengan muka tebal bercakap seolah-olah mereka pihak yang tidak bersalah
dan sentiasa bertindak secara intelek dan rasional.
Saya
membahagikan set jawapannya kepada tiga bahagian damage control. Bahagian pertama yang ditandakan dengan warna biru
seperti di bawah. Jawapan itu sebahagian daripada modus operandi biasa.
Kebiasaan bagi mereka, antara perkara pertama yang akan dilakukan mereka bagi
melumpuhkan keupayaan musuh ialah dengan meletakkan label. Dalam bahagian
pertama tersebut, sedaya upaya dia cuba menggambarkan saya sebagaimana
mana-mana muslim yang menentang mereka dengan label Islamis. Perhatikan
perkataannya
‘..Instead the writer links it to religous
sentiment.. (..malangnya si penulis mengaitkannya dengan sentimen agama..’.)
Anda
tidak perlu menjadi sehebat saintis roket untuk mengagak niatnya dalam berkata
demikian. Jelas dia mahu menjalankan modus operandi biasa dengan mencadangkan
label Islamis ke atas saya dengan jawapan sebegini. Apabila ‘kepalanya
diketuk’, dengan segara misi damage
control dijalankan. Tetapi, satu perkara yang tidak disedarinya ialah,
dialah orang yang pertama sekali mengaitkan isu konflik di Palestin dengan
sentimen agama. Surat balasan saya hanyalah bagi tujuan menyedarkannya. Perhatikan
ayat yang digunakannya bagi menuduh Rasulullah s.a.w. dan Islam sebagai punca
konflik Asia Barat. Ayat yang digunakan dalam surat pertamanya seperti berikut
:
‘..Palestinians are
really victims of Arab-Jew animosity which dates back to the birth of of
Muhammad faith from the seventh century Arabian Peninsula. Having faced
Jerusalem during prayers, Muhammad ordered his followers to face Mecca after
the Jews refused to accept the new monotheism..’ (Orang-orang Palestin merupakan
mangsa kepada permusuhan silam antara orang Arab dan Yahudi yang bermula sejak
dari munculnya agama Muhammad di Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke 7 Masihi.
Menghadap Jerusalem sebagai kiblat sebelumnya, Muhammad kemudiannya mengarahkan
para pengikutnya untuk menghadap ke Mekah setelah orang-orang Yahudi menolak
untuk menerima agama tauhid yang baru..)
Bukankah
dia sendiri yang mengaitkan isu ini dengan sentimen agama pada mulanya? Oleh
kerana gelabah akibat dihentam, dia cuba pula bertindak seolah-olah dia sesuci
malaikat dan bercakap hanya atas soal hak asasi kemanusian dan berdiri atas
sentimen intelek. Seolah-olah perkataannya di dalam jawapan balas kepada surat
saya itu, ibarat meludah ke langit dan jatuh menimpa muka sendiri. Entah
kenapa, si penulis itu sangat mudah diprovokasi supaya segera menari mengikut
rentak yang saya mahukan.
Akibat
termakan provokasi, dia kemudiannya berhujah dengan menjadikan kitab Bible
sebagai sasaran kritikannya. Jelas dia telah termakan umpan saya. Dia mahu merawat
‘tikaman keris’ jawapan saya sehingga menyebabkannya mengatakan sesuatu yang
melukakan perjuangan akhbar yang berkongsi aspirasi kepada penguasaan semula
golongan nasrani di muka bumi ini. Perhatikan jawapan balasnya apabila dia
mengatakan perkara berikut :
‘... (the writer) quotes
an ancient, outdated book, not in use, the contents which are unknown to many
as fact of history..’ {‘...(penulis) memetik sebuah buku lama, diluar masakini,
yang mempunyai isikandungan yang tidak dianggap oleh ramai pihak sebagai fakta
yang boleh dijadikan sandaran sejarah..”
Serangannya
ke atas Bible dibuat kerana marahkan saya yang memprovokasinya supaya merujuk
kepada teks di dalam kitab Joshua. Dia mengatakan tindakan saya menyuruhnya
merujuk kepada teks dari sebuah kitab tua, diluar masa kini dan penuh dengan
kesalahan fakta dibuat secara sembrono dan tidak bersandarkan prinsip
argumentasi intelektual bagi membuat sebarang penilaian fakta sejarah.
Tetapi
dia terlupa yang jawapan balas saya bukanlah bertujuan untuk mengajaknya
berdiskusi secara intelektual, tetapi direkacipta khusus bagi memprovokasi
dirinya supaya menghina semaksimum mungkin sikap dan apa jua tindakan yang
dilakukannya di dalam penulisan awalnya yang menghina Rasulullah s.a.w.
Apabila
saya menyuruhnya merujuk kitab Joshua fasal 1, ia dibuat sebagai ketukan kepada
kepalanya apabila dia menyatakan perkara berikut di dalam penulisannya sebelum
ini :
‘...the Jews and
Palestinians are known to have lived peacefully before that era in Biblical
times.’ (‘... Orang-orang Yahudi dan Palestin telah diketahui hidup bersama
sebelum era tersebut (era sebelum perubahan kiblat) secara aman sejak dari
zaman Biblikal.’)
Sejak
zaman biblikal mereka hidup aman bersama orang-orang Yahudi? Entah apa yang
dimerepekkan si penulis tersebut semata-mata mahu menyucikan dosa Zionis di
Palestin dan cuba mengalihkan pertuduhan tersebut kepada Islam. Kerana itulah saya
menyuruhnya merujuk ayat 4 di dalam Kitab Joshua fasal 1. Persengketaan antara
orang Yahudi dan bangsa asal yang menghuni tanah Canaan (Palestin), iaitu
bangsa Amorites, Kanaan dan sebagainya bermula sejak zaman tersebut. Saya
menyatakan persengketaan antara Bani Israel dan kemudiannya Yahudi dengan bangsa-bangsa
asal yang menghuni Canaan yang dikenali sebagai Palestin kini telah bermula
lebih 2,000 tahun sebelum Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu dari Allah supaya
mengalihkan kiblat dari menghadap Jerusalem dan kemudiannya diubah ke arah
Mekah. Jadi apabila saya menyuruhnya merujuk kepada Kitab Joshua fasal 1
tersebut, ia adalah sebagai jawapan spesifik yang mahu menyedarkannya tentang apa
yang disebutnya sebagai keamanan yang sudah sedia wujud antara Yahudi dan
orang-orang Palestin sejak zaman Biblikal, hanyalah imaginasinya yang
disangkanya wujud di alam realiti.
Bahagian
kedua jawapan balasnya merupakan percubaannya untuk menunjukkan dia juga dapat
berbicara secara intelek. Cuma malangnya, apa yang mahu dihujahkannya, diambil
secara bulat-bulat dari wikipedia. Satu perbuatan biasa bagi mereka yang ingin
melonjakkan daya intelektualisme secara ekspress. Tiada salahnya menggunakan
wikipedia untuk rujukan. Malah wikipedia juga banyak membantu ramai pihak
termasuk saya di dalam setiap penulisan. Tetapi perbuatannya yang cuba
melonjakkan imejnya secara ekspress dibuat bagi tujuan memburukkan kedudukan
intelek pihak lawan adalah satu perbuatan yang sangat memualkan.
Perhatikan
apa yang diperkatakan olehnya apabila dia cuba berhujah bagi menafikan jarak
tahun yang memisahkan peristiwa antara pra-serangan Joshua ke atas Canaan
dengan arahan perubahan kiblat pada zaman nabi. Walaupun dia apada awalnya
berkata bahawa Bible itu merupakan kitab yang tidak boleh dijadikan sandaran,
tidak mempunyai fakta tepat serta penuh dengan kesalahan, dia tidak senang
duduk sekiranya luka terhadap ‘pandangan intelektualnya’ tidak diubati dengan
sebuah lagi set jawapan yang boleh meletakkannya di dalam golongan intelektual
secara ekspress dan meletakkan saya yang menyanggahnya di dalam kelas manusia kurang
intelektual. Apakah saya peduli dengan sebarang label mereka? Tidak sama
sekali. Saya sentiasa percaya, jika saya ikhlas dalam setiap apa yang
dilakukan, tiada siapa dapat membawa kerugian kepada apa yang cuba dilakukan.
Apabila
saya menyatakan kejadian itu berlaku 2,046 tahun sebelum peristiwa perubahan
Kiblat yang lantas mencetuskan permusuhan antara Bani Israel dan orang-orang
tempatan di Canaan sehingga kini, dia cuba menyanggah kenyataan itu dengan cuba
berbicara di dalam bahasa fakta Biblikal yang sebelum ini dikatakannya tidak
layak untuk dirujuk. Memang pelik dengan ketidaktetapan pendirian si penulis
ini.
Kemudian
dia cuba membentangkan fakta yang kitab Joshua itu ditulis sekitar tahun 640–609 Sebelum Masihi. Lalu dari tarikh
kitab tersebut ditulis, dia mencongak jarak masa sehingga ke tahun perubahan
kiblat berlaku pada 624 Masihi. Jarak masa yang didapatinya dari congakan
tersebut adalah lebih kurang berjarak 1,300 tahun. Ketika congakan tersebut
didapati jauh berbeza dengan congakan yang dibuat saya iaitu lebih dari 2,000
tahun, dia seolah-olah mendapat momen eureka. Segera dia mencatat itu sebagai
fakta bagi menggambarkan kehebatan intelektualnya membuat congakan dan dalam
masa yang sama dia mahu memperlekehkan lawannya. Malah dalam masa yang sama dia
menaikkan dirinya ke tahap seorang sarjana Bible dengan hanya merujuk satu
penulisan di dalam wikipedia.
Satu kesilapan yang
dilakukannya ialah, dia tidak dapat membezakan antara tarikh peristiwa kemasukan pasukan Joshua ke Canaan
itu berlaku dan hari di mana cerita mengenai peristiwa itu dibukukan. Tahun di
mana peristiwa kemasukan Joshua ke Canaan dan tahun di mana peristiwa tersebut
dibukukan adalah dua perkara yang berbeza. Terdapat beberapa cadangan tahun untuk
tahun di mana Joshua memasuki Canaan. Ada yang mencadangkan tahun 1,210 SM, ada
pula mengatakan ia berlaku pada 1,473 SM dan ada pula mengatakan ia berlaku
pada 1,422 SM. Setiap satu tarikh yang dicadangkan menimbulkan pelbagai
kekeliruan. Selepas ini saya akan menunjukkan contoh bagaimana kekeliruan
tersebut boleh berlaku.
Bagaimana saya
mendapat 2,046 tahun sebagai jarak masa antara peristiwa kemasukan Joshua dan
pasukannya ke Canaan dengan arahan perubahan kiblat dibuat semasa zaman
Rasulullah s.a.w.? Ia dicongak dengan mengambil kira beberapa faktor berikut:
1) Tahun perubahan
Kiblat ialah bersamaan 624 Masihi.
2) Penentuan tahun di mana pasukan Joshua
menyeberangi Sungai Jordan untuk memasuki Canaan terbukti menimbulkan banyak
masalah. Terdapat banyak tarikh yang telah dicadangkan oleh sarjana-sarjana
Bible. Tetapi setiap satu tarikh yang telah dicadangkan menimbulkan terlalu
banyak kekeliruan yang lain. Dalam penulisan ini saya tunjukkan 2 contoh tarikh
yang telah dicadangkan yang saya petik dari dua buah penerbitan. Yang pertama
dipetik dari garis masa yang dimuatkan di dalam Good New’s Bible (Today’s
English Version) yang mencadangkan tahun 1,210 SM sebagai tarikh Joshua
memasuki Canaan. Saya membuat pemeriksaan balas dan membuat pengiraan semula
dengan merujuk kepada beberapa ayat di dalam Bible yang boleh dijadikan sandaran
jarak masa. Ia dibuat dengan kaedah berikut :
a. Bible dalam
milikan saya mencadangkan tahun kemasukan Joshua dan pasukannya ke Canaan
berlaku pada 1210 SM.
Ada beberapa tahun yang telah dicadangkan
oleh para sarjana Bible mengenai tahun sebenar kemasukan pasukan Joshua ke
Canaan. Antaranya ialah 1210 Sebelum Masihi. Pemeriksaan balas kepada tahun
yang dicadangkan sebagai tahun kemasukan Joshua ke Canaan terpaksa ditolak atas
dua sebab.
Pertama, perkara ini terpaksa ditolak
kerana terdapat bukti dalam rekod Tell Amarna yang menunjukkan Bani Israel pada
ketika itu telah pun diperhambakan di Babylon. Perhambaan golongan Bani Israel
merupakan peristiwa yang dicatatkan di dalam Bible berlaku beratus tahun
selepas peristiwa kemasukan ke Canaan. Jadi tarikh ini (1210 SM) mungkin kurang
tepat.
Kedua, dengan menggunakan Bible yang
sama, saya mengambil tahun kerajaan Solomon didirikan sepertimana yang
dicatatkan di dalam garis masa Bible tersebut bersamaan 970 SM. Dari situ, saya
mengambil ayat seperti yang tercatat di dalam fasal 6 ayat 1 Kitab Raja-Raja
(Book of Kings) untuk membuat congakan bagi memeriksa samada tarikh 1210 SM itu
bertepatan atau tidak dengan peristiwa-peristiwa yang dicatatkan berlaku di
dalam Bible. Congakan tersebut dibuat
dengan membuat pengiraan ke belakang dengan menggunakan Kitab Raja-Raja (Book
of Kings) fasal 6 seperti berikut :
“And it came to pass
in the four hundred and
eightieth year after the children of Israel were come out of the land of
Egypt, in the fourth year
of Solomon's reign over Israel, in the month Zif, which is the second
month, that he began to build the house of the Lord.”
Ayat di atas menunjukkan bahawa pada
ketika Haikal Sulaiman mula didirikan, 480 tahun telah pun berlalu dari tahun
keluarnya Moses bersama Bani Israel dari Mesir. Bible tersebut mencatatkan
tahun Solomon menaiki takhta adalah bersamaan dengan 970 SM. Rujuk imbasan
Bible di bawah.
Pengiraan diringkaskan seperti berikut :
i.
Tahun Haikal Sulaiman didirikan = 970 SM + ( -
4) Tahun = 966 SM (-4 disebabkan tahun Sebelum Masihi dikira secara ke
belakang)
ii.
Tahun 966 SM ini merupakan tahun dalam hitungan
Gregorian. 1 tahun Solar dalam kalendar Gregorian adalah bersamaan dengan
365.25 hari.
iii.
480 tahun seperti yang disebut di dalam 1 Kings
fasal 6 ayat 1, dihitung menurut kalendar Lunar Hebrew lama. Sistem kalendar
Hebrew yang digunakan kini telah ditambahbaik bagi menjadikannya hampir selari
dengan hitungan tahun solar. Ia diperkenalkan pada abad ke 4 M. 1 tahun lunar
di dalam hitungan kalendar Hebrew lama ialah hampir bersamaan 354 hari. Kurang
11 hari dari hitungan sistem Gregorian.
iv.
Oleh kerana 480 tahun yang dicatatkan dalam 1
Kings fasal 6 ayat 1 ialah dalam hitungan tahun Lunar Hebrew, maka jumlah hari
yang ada di dalam 480 tahun Lunar = 480 tahun x 354 hari Lunar = 169,920 hari.
v.
169,920 hari = 465.22 tahun solar (Gregorian)
vi.
Untuk mendapatkan tarikh masuknya Joshua ke
Canaan :
966 SM (Gregorian) + 465 (Gregorian) – 40
(Hebrew) = Tahun Joshua masuk ke Canaan.
Di mana; 966 SM (Gregorian) = Tahun Haikal Sulaiman Dibina dalam
hitungan tahun Solar atau Gregorian.
465(Gregorian) = Jumlah jarak tahun Solar atau
Gregorian antara keluarnya Bani Israel dari Mesir hingga ke tahun Haikal
Sulaiman mula dibina.
(-) 40 (Hebrew) = 40 tahun Bani Israel sesat di
gurun. Ia diambil dari kitab Deuteronomy fasal 1 ayat 3. 40 tahun ini
seharusnya dihitung dengan menggunakan pengiraan tahun Lunar. Pengiraannya : 40 tahun x 354 hari = 14,160
hari. Jadi, jumlah tahun solar Bani Israel sesat ialah bersamaan : 14,160 hari
÷ 362.25 = 38.77 tahun. Lebih kurang bersamaan dengan 39 tahun.
Jadi, tahun Joshua masuk ke Canaan = 966
+ 465 – 39 = 1,392 Sebelum Masihi dan
bukan 1,210 SM seperti yang dicadangkan.
b. Dalam Aid To Bible Understanding, sebuah ensiklopedia
bagi memudahkan pemahaman Bible, tarikh 1,473 SM pula dicadangkan sebagai tahun
kemasukan Joshua ke Canaan.
Sekali lagi dengan menggunakan kaedah
yang sama dengan yang dibentangkan di atas.
i.
Tahun Haikal Sulaiman dibina = 1,034 SM
(Gregorian)
ii.
480 tahun jarak antara pembinaan Haikal tersebut
dengan tarikh keluarnya Bani Israel dari Mesir. 480 tahun dalam kalendar Hebrew
bersamaan dengan 465 tahun dalam kiraan tahun Gregorian.
iii.
Perlu beri perhatian kepada jarak masa 40 tahun
(Hebrew) atau 39 tahun (Gregorian) ketika Bani Israel sesat bersama Moses
sebelum peristiwa kemasukan Joshua dan pasukannya ke Canaan.
iv.
Jadi, 1,034 SM (Greg) + 465 (Greg) – 39 (Greg) =
Tahun Joshua masuk ke Canaan.
v.
Tahun yang sepatutnya dicatatkan ialah 1,460 SM
dan bukan 1,473 SM seperti di dalam buku tersebut. Kesilapan ini mungkin
berlaku kerana pihak mereka tidak membezakan antara jumlah hari dalam tahun
Hebrew dan kiraan Gregorian.
c. Setelah mendapat
kekeliruan samada 1,392 SM atau 1,460 SM dan pelbagai lagi tarikh yang telah
dicadangkan sebagai tahun masuknya Joshua ke Canaan. Satu lagi pengiraan dibuat
sebagai pemeriksaan balas. Pada kali ini, saya menggunakan kaedah penentuan
tarikh dengan menggunakan perhitungan tahun Jubli (Jubilee) yang biasa
digunakan orang-orang Yahudi.
Perhitungan tahun Jubilee ini diambil dari tahun Jubilee ke 17. Dasar
pengiraannya seperti berikut :
i.
Satu Tahun Jubilee bersamaan 50 tahun Lunar
Hebrew. Ia diambil dari Kitab Orang-Orang Lawi (Leviticus) fasal 25 ayat 3 hingga 13 seperti berikut :
3 For six years sow your fields, and for six years
prune your vineyards and gather their crops. 4 But in the seventh year the land is to have a
year of sabbath rest, a sabbath to the Lord. Do not sow your fields or prune your
vineyards. 5 Do not reap what grows of itself or harvest the grapes of your untended vines. The land is to have a year of rest. 6 Whatever the land yields during the sabbath year will be food for you—for yourself, your male and
female servants, and the hired worker and temporary resident who live among
you, 7 as well as for your livestock and the wild
animals in your land. Whatever the land produces may be
eaten. 8 “‘Count off seven sabbath years—seven times
seven years—so that the seven sabbath years amount to a period of forty-nine
years. 9 Then have the trumpet sounded everywhere on the tenth day of the
seventh month; on the Day of Atonement sound the trumpet throughout your land. 10 Consecrate the fiftieth year and proclaim
liberty throughout the land to all its inhabitants. It
shall be a jubilee for you; each of you is to return to your family property and to your own clan. 11 The fiftieth year shall be a jubilee for you; do not sow and do not reap what grows
of itself or harvest the untended vines.12 For it is a
jubilee and is to be holy for you; eat only what is taken directly from the
fields. 13 “‘In this Year of Jubilee everyone is to return to their own property.
ii.
Satu Tahun Jubilee bersamaan 50 tahun Lunar
Hebrew. Merupakan pengulangan set 6 Tahun Bekerja + 1 Tahun Sabbat sebanyak 7
kali. 7 tahun x 7 = 49 Tahun. Set 49
tahun ini digenapi dengan tahun ke 50 yang digelarkan sebagai tahun Jubilee.
iii.
Rujukan yang dibuat kepada Seder Olam Rabah,
sebuah Kitab yang disusun oleh Rabbi Yose ben Halafta (meninggal 160 M, menunjukkan
bahawa tahun Jubilee ke 17 berlaku pada zaman Ezekiel. Menurut apa yang
dicatatkan di dalam Seder Olam Rabah 3,
waktu pada ketika catatan Ezekiel fasal 40 ayat 1, ketika itu merupakan tahun
Jubilee ke 17. Tahun Jubilee ke 17 bermakna telah berlalu 17 x 50 tahun = 850
tahun (Hebrew) sejak tahun kemasukan Joshua ke Canaan. Tidak semua sarjana
bersetuju dengan apa yang dicatatkan di dalam Seder Olam Rabah yang menyatakan Ezekiel
fasal 40 ayat 1 itu merujuk kepada tahun Jubilee ke 17 5. Tetapi, pengiraan yang dibuat di sini, mengambil
pendapat Rabbi Yose ben Halafta di dalam Seder Olam Rabah. Ia diambil bukan
kerana pendapatnya lebih tepat, tetapi diambil supaya mengehadkan kekeliruan
supaya kecelaruan yang lebih besar tidak berlaku.
iv.
850 tahun (Hebrew) bersamaan dengan 823 tahun
Gregorian.
v.
Ezekiel menyatakan di dalam Ezekiel fasal 40
ayat 1, bahawa pada ketika itu (Jubilee ke 17), telah berlalu 14 tahun jarak
masa Haikal Sulaiman dihancurkan tentera Babylon. Satu lagi masalah timbul. Terdapat
pelbagai tahun yang telah dicadangkan pelbagai sarjana sebagai tahun di mana Haykal
Sulaiman dihancurkan. Antaranya 586 SM 6
, 599 SM 7, 607 SM 8 , 572 SM 9 dan beberapa cadangan lagi.
Bagi tidak merumitkan lagi pengiraan yang semakin rumit, saya mengambil 599 SM
sebagai tahun Jubilee ke 17. Tahun tersebut diambil bukanlah atas dasar tahun
itu lebih tepat berbanding lain-lain tahun yang menjadi cadangan. Tetapi dengan
tawaran pilihan pelbagai tahun yang mengelirukan, tahun 599 SM tersebut diambil bagi tujuan mengehadkan
pembaziran masa bagi mencari satu hipotesis dalam seribu kecelaruan yang
ditawarkan ayat-ayat Bible. Tiada satu tahun pun yang boleh didakwa sebagai
tahun yang tepat bagi menggambarkan Ezekiel fasal 40 ayat 1. Yang ada cuma
cadangan-cadangan yang dikemukakan bersandarkan kepada teks-teks dan
dokumen-dokumen sejarah setempat.
vi.
559 SM + 823 (Gregorian) = 1,422 SM. 1,422 SM
ini merupakan salah dari dari ratusan kemungkinan tahun di mana peristiwa
kemasukan pasukan Joshua ke Canaan itu berlaku. Julatnya boleh jadi antara
1,210 SM sehingga 1,473 SM di dalam tahun-tahun yang dicadangkan sarjana Bible.
vii.
Mengambil 1,422 SM sebagai salah satu
kemungkinan tahun di mana Joshua memasuki Canaan, jarak antara peristiwa itu
berlaku dengan arahan perubahan kiblat kemudian dicongak.
viii.
1,422 SM + 624 M = 2,046 tahun. Ini merupakan
antara kemungkinan jeda masa antara kemasukan ke Canaan dan peristiwa perubahan
Kiblat. Ia tidak tepat dan tiada tarikh yang boleh diyakini tepat mengenai
peristiwa terbabit. Ia hanya satu jeda masa yang dibuat dari hipotesis dari
sejumplah pilihan mengelirukan yang ada.
ix.
Tetapi, ke semua tarikh yang dicadangkan sebagai
tarikh kemasukan Joshua ke Canaan tidak tersasar jauh dari jarak 2,000 tahun
sebelum peristiwa sebelum peristiwa perubahan kiblat.
Jika,
tuan-tuan sahabat pengunjung memang telah lama membaca penulisan di blog
satuhala ini, tuan-tuan pasti pernah membaca bagaimana masalah jumlah tahun
sebenar tempoh Bani Israel bermastautin di Mesir pernah saya singgung di dalam
blog ini. Perkara tersebut juga menimbulkan pelbagai kekeliruan yang seharusnya
tidak terdapat pada kitab-kitab yang dikatakan diwwahyukan oleh Tuhan. Untuk
membacanya, klik sini (http://satuhala.blogspot.com/2009/11/palestin-sebuah-post-mortem-3.html)
Bersandarkan
kepada contoh pengiraan yang dibuat di atas, saya menulis di dalam surat
balasan tersebut bahawa telah berlalu satu tempoh yang melampaui 2,000 tahun persengketaan
antara Bani Israel dan kemudian bangsa Yahudi dengan penduduk-penduduk asal
tanah Palestin. Jadi, sikapnya yang sembrono menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai
pengacau yang telah mengacau ‘keharmonian antara penduduk Yahudi dengan
penduduk lokal Palestin sejak zaman Biblikal’, adalah diambil dari fakta-fakta
angin yang hanya berakar kepada imaginasi yang berpunca kepada kebenciannya
terhadap Islam dan Rasulullah s.a.w.
Kesilapannya
dengan menggunakan perkara berbeza untuk berhujah mengenai jarak masa antara
perubahan Kiblat dengan tahun kemasukan Joshua ke Canaan menimbulkan situasi
pelik. Ia ibarat mengatakan Malaysia baru 20 tahun merdeka hanya kerana dia
merujuk tarikh teks buku sejarah PMR yang pertama kali ditulis pada 1993.
Sedangkan dia seharusnya merujuk kepada tahun peristiwa merdeka itu berlaku
jika mahu berbicara tentang tahun kemerdekaan. Bukanlah dengan merujuk kepada
tarikh peristiwa itu dibukukan. Ini merupakan sikap dan pendekatan yang sangat
pelik.
Pada
bahagian ketiga dalam jawapan balasnya, dia cuba mengatakan bahawa sejak
zaman-berzaman, kekejaman dan pembunuhan telah dilakukan atas nama Tuhan. Tetapi
suatu hakikat yang sebenar yang dia tidak dapat fahami ialah, hampir ke semua
kekejaman yang dilakukan atas nama Tuhan itu dilakukan oleh mereka-mereka yang
telah lama tersesat dari jalan sebenar yang menuju keredhaan Tuhan. Penulisannya
ditamatkan disitu bagi menyanggah nasihat saya kepadanya supaya tidak cuba
untuk memarahkan serta membakar lebih teruk lagi api permusuhan dengan
komen-komen tidak bertanggungjawabnya.
Penulisan
keduanya yang cuba menjawab surat balasan saya, tidak saya jawab kerana dia
telah memenuhi semua kehendak saya bagi memberikan set-set jawapan yang
memudaratkan pihaknya dan akhbar yang berkongsi aspirasi dengannya sendiri.
Saya sangat berpuas hati dengan aksi menembak kaki sendiri yang dipamerkan di
dalam jawapan balasnya. Tidak perlu untuk memanjangkan satu perkara yang membuang
masa dan menjejaskan produktiviti untuk menghasilkan perkara-perkara lain yang
lebih berfaedah. Jelas jawapan balasnya telah merosakkan apa yang cuba dirancangkannya
pada penulisan awalnya. Jadi, tidak pelru membuang masa untuk beragumentasi
dengan pihaknya. Ia hanya membuang masa.
Walaubagaimanapun,
oleh kerana dalam penulisan kali ini, saya telah menyentuh mengenai peristiwa
kemasukan Joshua (Yusya’ bin Nun) ke Canaan, saya akan menjelaskan satu lagi
bentuk fitnah yang sehingga kini dicanangkan pada setiap masa oleh orang-orang
Yahudi dan Nasrani terhadap nabi dan rasul yang sentiasa dimuliakan di dalam
Islam. Ia mengenai satu lagi fitnah yang direkasaya pihak mereka ke atas
seorang lagi rasul yang mulia. InsyaAllah, pada hari Isnin, 18 Jun 2012 tepat
jam 5:30 pagi saya akan membentangkan satu lagipenulisan bagi menjawab fitnah
ahli kitab terhadap Musa a.s.
Ahli
kitab mendakwa Joshua (Yusya’ bin Nun) telah diberikan kemuliaan oleh Tuhan
untuk memasuki Canaan kerana Tuhan amat murka dengan Moses (Musa a.s.). Ini
kerana menurut rekasaya fitnah mereka, Moses dikatakan mereka telah bersikap
biadab dengan Bani Israel. Dalam penulisan itu, saya akan menjelaskan bagaimana
Bani Israel secara biadab mengalihkan kemurkaan Tuhan ke atas sikap dan
perbuatan mereka yang biadab, lalu mereka mengalihkan beban kesalahan perbuatan
mereka itu ke atas bahu Moses (Musa a.s.). mereka mengatakan sikap Moses yang
menyebabkan dia diharamkan dari memasuki Canaan yang membentuk antara daerah
Palestin masa kini. InsyaAllah, panjang umur saya akan memuatkannya pada tarikh
yang telah dijanjikan.
Rujukan
:
1) Good News Bible, Special Missionary Edition, American Bible Society.
2) Aid to Bible
Understanding; Watchtower Bible & Tract Society of New York; m/s 335 & 336
3) Flavius
Josephus, The Complete Works, Thomas Nelson Publishing.
4) Transactions of the
Chronological Institute of London, Volumes 1-2, By Chronological Institute of London. m/s 81 hingga 83
5) William Greenhill, James
Sherman; An exposition of the prophet Ezekiel: with useful observations
thereupon; m/s 775
6) John Robertson MacArthur; Biblical
Literature And Its Backgrounds; pg 66
7) Samuel Davidson; An
introduction to the Old Testament: critical, historical and Theological, Volume 3 (Destruction of Jerusalem 599 BC m/s
140
8) Aid to Bible Understanding; Watchtower Bible & Tract Society of New York; m/s 912.
9) Wilhelm Martin Leberecht De Wette;
A critical
and historical introduction to the canonical scriptures of the Old Testament, Volume 2 m/s 426 (572 BC)
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.