Thursday, May 24, 2012

Dialog Dengan Timbalan Pengarang Akhbar Inggeris

9
oleh :Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. pada 2009, ketika Beyonce cuba mengadakan persembahan di Malaysia, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan kutukan ke atas sekumpulan pemuda PAS yang mengadakan demo bantahan. Mereka membantah persembahan Beyonce yang sepertimana kita ketahui mempunyai kecenderungan yang menggalakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak elok.

Saya bukan ahli PAS, tetapi sebarang kutukan atas perjuangan yang benar yang mahu ditegakkan atas nama Islam dan mengikut jalan yang dinyatakan Allah di dalam al Qur’an dan sunnah kekasihNya, ia bererti perkara tersebut turut menghina seluruh umat Islam secara keseluruhannya. Tidak kira ia dari UMNO atau PAS atau sesiapa sahaja, pasti ia akan saya sokong. Oleh kerana saya juga merupakan umat Islam, mencubit saudara seagama saya di atas apa yang dipercayai mereka serta dijalankan mereka di atas jalan yang tidak terpesong, maka cubitan yang dikenakan ke atas mereka itu juga akan membuat diri saya terasa.

Saya menganggap setiap ahli PAS, UMNO dan setiap muslim sebagai saudara. Apabila seorang saudara dikutuk hanya kerana dia mahu mempertahankan akidah serta pegangan Islam saudaranya yang lain, saya akan sedaya upaya menghulurkan bantuan dalam kadar kemampuan yang mampu saya jalankan. Tetapi haruslah segala yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan segala hukum yang telah ditetapkan Allah melalui al Qur’an dan sunnah.

Niat para pemuda PAS yang membantah konsert Beyonce tersebut harus dipuji, tetapi bantahan yang dikemukakan mereka itu, sebagaimana yang saya telah sebutkan di dalam penulisan sebelum ini, merupakan satu bentuk reaksi yang telah dapat diagak dan telah dirancang oleh agen provokator. Sepertimana yang juga saya sebut sebelum ini, mereka menunggu bola tanggung untuk direjam sebaik umpanan tersebut dimakan. Malang sekali, apabila umpanan tersebut dimakan dan mereka direjam melalui kritikan-kritikan di dalam suara-suara media yang cuba menyabitkan Islam sebagai satu agama yang jumud, keras, bersifat militant dan tidak terbuka.

Marah dengan keadaan itu, saya menulis sebuah email secara terus kepada Timbalan Pengarang akhbar tersebut dengan niat mahu memberi sedikit ‘pelajaran’ kepadanya tentang apa yang dikatakan jumud, tidak terbuka, menindas dan sibuk atas hal orang yang lain. Ia kemudian disiarkan oleh akhbar tersebut di dalam ruangan surat pembaca. Apa yang menghairankan, semua surat-surat yang saya kirimkan sebelum ini di dalam protes penulisan saya, tidak pernah satu pun pihak mereka siarkan. Sebaliknya apabila email yang saya nyatakan kepada Timbalan Pengarang akhbar tersebut sebagai hanya sebuah email biasa, isikandungan disiarkan di dalam akhbar tersebut.

Mungkin marah dengan cadangan saya menyuruh dia membawa pulang Beyonce di dalam pakaiannya yang menjolok mata ke rumahnya di Kuala Krai, Kelantan untuk dipersembahkan kepada ibunya semasa Krismas, dia mengambil keputusan untuk menyiarkan email provokasi saya. Imbasan petikan akhbar seperti berikut.



Setelah beberapa tahun bergelumang dan ‘berperang’ dengan agen-agen provokator gerakan dajjal, saya belajar sesuatu, jangan berfikir sebagaimana mereka mahu kita berfikir apabila berhadapan dengan pihak mereka. Dalam fikiran mereka, setiap perbuatan provokasi yang dilakukan mereka akan segera disambut dengan gaya tipikal orang-orang Islam bertindak. Jelas, mereka sebenarnya telah bersedia dengan jawapan balas dan bagaimana untuk mematahkan serangan balas umat Islam yang bertindak balas di dalam kerangka pemikiran yang mereka mahukan. Tetapi mereka akan menjadi kaget apabila sambutan reaksi kepada provokasi mereka dipakejkan kembali di dalam bentuk yang tidak pernah mereka sangka-sangka.

Itulah juga yang berlaku di dalam medan tempur singkat antara saya dengan Timbalan Pengarang akhbar (TPA) bahasa Inggeris tersebut. Email saya bukan sahaja dimasukkan ke ruangan surat pendapat akhbar, malah si Timbalan Pengarang tersebut membalas email saya dengan serangan soalan-soalan provokasi tambahan seperti yang akan saya petik seperti berikut.

And it is up to me who I invite into my home. As long as u are not naked you can enter. I doubt Beyonce wears stage costumes when she goes to Christmas Open House! And give my townsfolk some credit. Some of the kampung womenfolk still walk around with sarong up to the chest!
(Terjemahannnya :  Itu hak saya untuk menjemput sesiapa sahaja pulang ke rumah. Selagimana kamu tidak berbogel, kamu boleh memasukinya. Saya sangsi dengan kenyataan Beyonce akan memakai pakaian pentasnya semasa ke Rumah Terbuka Krismas! Saya berikan pujian kepada orang-orang kampung saya. Sesetengah dari wanita di kampung saya masih berjalan kehulu dan ke hilir hanya dengan hanya berkemban)



Apabila dia menjawab di dalam nada sedemikian, jelas sekali dia pula telah termasuk perangkap provokasi. Jika dahulu, hanya orang-orang Islam terjerat dalam provokasi sedemikian rupa kerana kita mengambil pendekatan defensive. Tetapi sebagai Muslim, kita tidak sepatutnya dipatuk ular dari satu lubang sebanyak dua kali. Itu yang dipesankan Rasulullah s.a.w.

"Tidak selayaknya seorang Muslim dipatuk ular dari satu lubang yang sama dua kali." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Bawa mereka ke medan tempur dan ubah mode serangan kepada offensive. Jangan sesekali membawa al Qur’an ke daerah musuh sebaliknya bawa kitab-kitab yang diimani mereka untuk untuk digunakan sebagai senjata bagi memerangi mereka. Dalam keadaan tersebut, mereka akan berada di dalam keadaan seperti pepatah ‘ditelan mati emak dan diluah mati bapa’.

Ini kerana pada ketika itu, mereka terpaksa menjawab serangan dengan berhujah bagi mematahkan ayat-ayat dari kitab yang diimani mereka sendiri. Dalam keadaan ini, imej Islam, Allah, al Qur’an dan nabi junjungan tidak dapat mereka sentuh apalagi dihinakan. Satu teknik yang saya pelajari dari pengalaman di dalam mendepani kumpulan ialah, langkah pertama yang perlu diambil ialah mengubah kedudukan medan tempur ke sebuah kawasan di mana pihak musuh terpaksa bertindak secara defensive. Apabila di dalam kedudukan tersebut, mereka terpaksa memikirkan tentang korban-korban (casualties) yang bakal mereka tanggung. Ego, agenda, air muka serta daya intelek mereka kini menjadi taruhan dengan kita merubah kedudukan tersebut. Semua senjata yang telah dirancangkan oleh mereka untuk digunakan ke atas muslim yang bertindak balas di dalam kerangka pemikiran yang mereka mahukan tidak lagi berguna kerana medan tempur serta mode pertempuran itu telah berubah.

Kumpulan wartawan dan media yang diresapi gerakan dajjal mempunyai sekurang-kurangnya lima kitab yang diimani dan sentiasa menjadi zikir harian mereka. Yang pertama Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948, kedua Perlembagaan Persekutuan, ketiga Golden Rules, Ke empat Rukunegara, ke lima Kod Etika Kewartawanan dan ke enam yang kebiasaannya tidak didendangkan, Bible. Serangan-serangan pre-emptive ke atas daerah-daerah ini akan membuatkan mereka kaget, kaku dan kejur.

Saya perturunkan contoh dialog antara saya dengan TPA tersebut menerusi email yang telah diterjemahkan. Dialog di bawah ini bukanlah verbatim kepada apa telah disebut, tetapi terjemahan yang paling hampir kepada apa yang berlaku di dalam pertukaran dialog yang berpunca dari persembahan Beyonce yang dirancang untuk diadakan di Malaysia pada ketika itu. Selepas menyiarkan email saya kepadanya, dia lantas menjawab melalui kiriman email persoalan-persoalan berikut yang saya bentukkan semula dalam gaya dialog bagi memudahkan pembacaan. Oleh kerana marah dengan saranan saya supaya dia membawa Beyonce pulang untuk bertemu keluarganya, dia menjawab perkara berikut kepada saya.

TPA        : Itu hak saya untuk menjemput sesiapa sahaja pulang ke rumah. Selagimana kamu tidak berbogel, kamu boleh memasukinya. Saya sangsi dengan kenyataan Beyonce akan memakai pakaian pentasnya semasa ke Rumah Terbuka Krismas! Saya berikan pujian kepada orang-orang kampung saya. Sesetengah dari wanita di kampung saya masih berjalan kehulu dan ke hilir hanya dengan hanya berkemban.

M.I.A.   : Mak cik-mak cik yang tuan katakan ke hulu ke hilir berkemban di kampung tuan, keseksian mereka jika mahu dibandingkan dengan Beyonce adalah seperti langit dan bumi. Pakaian Beyonce dan gayanya yang menggoda merupakan sesuatu yang memprovokasi rembesen testosterone sang lelaki. Tetapi jika tuan menganggap keseksian makcik-makcik berkemban di kampung tuan sama tahapnya dengan keseksian Beyonce, maka perlulah saya melaraskan semula meter libido saya untuk lebih mudah teransang kepada stimulasi  tahap rendah supaya saya mampu mengecapi nikmat melihat dunia sepertimana yang tuan mendapat ransangan di kampung tuan. (Beyonce ways of dressing and gestures are testosterone provoking. But if you see all the makciks in their kain kemban as provoking as Beyonce, then I’ll have to recalibrate my libido-meter to response to a lesser stimulants in order to see the world as you do.)

TPA        : Jika kita mahu berbicara tentang pakaian yang tidak senonoh, pergi sahaja tonton persembahan pentas semasa pesta hantu lapar orang-orang Cina dan kempen pilihanraya MCA! (Bukankah di sana lebih teruk?)

 M.I.A.  : Tuan, harus saya nyatakan dengan jelas kepada tuan, bukanlah menjadi satu kewajipan kepada orang-orang Islam untuk mencampuri urusan agama lain serta apa yang mereka lakukan dengan pesta-pesta agama mereka. Selagi mereka tidak melibatkan penyertaan orang-orang Islam di dalamnya, orang-orang Islam tidak perlu mencampuri urusan mereka. Pesta Hantu Lapar atau kempen pilihanraya MCA bersama komuniti mereka bukanlah urusan orang-orang Islam untuk mencampurinya. Malah Allah melarang kami untuk berbuat demikian di dalam al Qur’an dalam surah 109 ayat 6. Jika mereka sanggup melantik Ah Leik ke jawatan Timbalan Presiden, apa lagi yang tinggal kepada tuan untuk berbicara soal moraliti di dalam kempen-kempen mereka?

TPA        : Saya mendapat maklumbalas yang Beyonce akan mematuhi peraturan dengan tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh. Lagi pun, banyak sangatkah bahagian tubuhnya yang dia dedahkan sebenarnya? Hanya kerana dia seorang Beyonce, maka segala bantahan-bantahan dan kebisingan seperti ini dibuat!

M.I.A.   : Tuan, bukan gayanya berpakaian yang menjadi isu kepada saya. Tetapi bagi saya, Beyonce adalah simbol kepada penindasan teruk gaya pemikiran barat ke atas wanita yang seharusnya mempunyai maruah dan harga diri. Pertama, wanita-wanita di barat dinafikan hak mereka untuk mempunyai identiti dan memiliki jati diri mereka sendiri. Sebaik mereka berkahwin, mereka akan kehilangan nama mereka, nama keluarga mereka dan mereka kini akan dirujuk seperti barang pemilikan. Mereka akan berubah dari seorang insan yang beridentiti kepada barang pemilikan dengan nama suami mereka ditampalkan ke wajah mereka untuk selama-lamanya (They will become properties tagged with their husband’s name forever.). Malah mereka dinafikan untuk wujud dalam kehidupan selepas itu dengan menggunakan identiti mereka sendiri. Kedua, saya mahu tuan perhatikan, setiap artis baru wanita dari barat, apabila mahu merakamkan album, mereka akan segera dipaksa menanggalkan segala pakaian mereka dan diperhiaskan mereka sepertimana kupu-kupu malam supaya mereka dapat memberikan keseronokan kepada mata-mata liar penonton-penonton lelaki. Norah Jones mungkin satu pengecualian. Dengan bakatnya yang hebat, tiada syarikat penerbitan mampu mengambil kesempatan ke atasnya. Dia tiada kekurangan lalu dia diberikan hak untuk menentukan penampilan yang bagaimana yang dia mahukan. Tetapi untuk yang selain daripadanya, mereka telah dijadikan alat pemuas nafsu. (But for the rest of them, they had become the object of lust.)


TPA        : Kamu mengatakan di dalam email kamu (seperti yang disiarkan dalam keratan akhbar di atas) bahawa golongan minoriti tidak boleh membuat sebarang ketetapan ke atas sebarang kehendak mereka di dalam negara? Bukankah ini satu pendekatan yang amat berbahaya untuk kamu ambil? Apakah kamu katakan yang golongan minoriti di dalam negara ini tiada sebarang hak untuk dihormati?

M.I.A.   : Jika tuan membaca email saya dengan teliti, tuan akan mendapati bahawa tidak ada sedikit pun di dalam iskandungan email tersebut saya mencadangkan bahawa golongan minority tidak mempunyai sebarang hak untuk berlainan pendapat dengan golongan majoriti. Sesungguhnya, apabila saya merujuk kepada golongan majoriti di dalam email itu, bukanlah saya bermaksud merujuk kepada umat Islam dan orang-orang Melayu, tetapi majoriti sebagaimana yang saya sebutkan di dalam email itu merujuk orang-orang seperti tuan dan saya yang membentuk majority rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada prinsip ke lima Rukunegara a yang menyebut tentang ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Golongan majority ini yang berpegang teguh kepada prinsip kelima Rukunegara ini akan segera berasa marah apabila apa yang mereka percaya dan pegang selama ini, diperlakukan secara tanpa hormat oleh orang-orang luar yang memasuki negara ini. Jika tuan dan pihak tuan tidak mahu dikira sebagai bersama kumpulan majority ini, tiada gunanya bagi pihak tuan menerbitkan prinsip-prinsip Rukunegara setiap hari di dalam penerbitan akhbar tuan?

Lagi pula, saya menganggap tuan sebagai orang Kristian yang sentiasa berpegang teguh kepada agama yang menjadi anutan tuan. Bukankah Jesus pernah berkata: “For I say to you, that unless your righteousness exceeds the righteousness of the scribes and the Pharisees, you will by no means enter the Kingdom of Heaven ….”  Sebagaimana yang disebutkan di dalam Matthew fasal 5 ayat 20?

Bukankah Jesus sendiri menunjukkan bagaimana cara yang terbaik kepada orang-orang Kristian bagaimana caranya untuk mereka mendapatkan tempat di Kerajaan Langit di dalam Matthew fasal yang sama pada ayat 27 hingga 29 seperti berikut : : “You have heard that it was said to those of old, ‘You shall not commit adultery’” “But I say to you that whoever looks at women to lust for her has already committed adultery with her in his heart.” “If your right eye causes you to sin, pluck it out and cast it from you; for it is more profitable for you that one of your members perish, than for your whole body to be cast into hell.”

Jadi, bukankah amat jelas apa yang saya maksudkan dengan golongan majoriti itu, telah mengambilkira golongan Muslim yang baik, orang-orang Kristian yang baik, penganut-penganut Buddha yang baik dan semua manusia yang mahu serta cenderung kepada perkara kebaikan di bumi Malaysia ini?

Dan apabila saya mencadangkan yang Beyonce seharusnya diberikan kebenaran untuk mengadakan persembahan di Malaysia, tetapi dengan syarat, dia perlu mematuhi peraturan serta adab sopan yang menjadi dukungan majoriti penduduk negara ini. Malah syarat yang saya kemukakan itu diperakui sendiri oleh Universal Declaration of the Human Rights 1948 pada Artikel 29 perkara 1 dan 2 yang membenarkan saya untuk mengingatkan kepada pihak penganjur untuk memastikan persembahan artis yang dibawa masuk oleh mereka nanti tidak akan menyakiti hati dan perasaan golongan majoriti dengan perkara-perkara yang dianggap sebagai tidak senonoh.

Artikel 29 perkara 1 dan 2 Universal Declarations of Human Rights dipetik seperti berikut:

 Article 29
(1)              Everyone has duties to the community in which alone the free and full development of his personality is possible.

(2)             In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms and others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society. 

Tuan, sesungguhnya kita tidak mahu insiden ‘pemujaan punggung’ sepertimana yang berlaku di dalam persembahan sempena perlumbaan F1 Singapura oleh N*E*R*D* berlaku pula di Malaysia. Beyonce boleh mengadakan persembahan di sini b, tetapi dengan syarat-syarat ketat yang mesti dipatuhinya supaya rakyat Malaysia yang memegang erat prinsip ke lima Rukunegara tidak tersinggung dengan perilakunya nanti. Terima kasih kerana akhbar tuan sentiasa menyiarkan ke lima-lima prinsip Rukunegara setiap hari di dalam penerbitan tuan. Mudah-mudahan Rakyat Malaysia yang membaca akhbar tuan, tidak akan lupa dengan prinsip-prinsip tersebut.


Dialog dalam pertukaran email tersebut berakhir di situ. Rukunegara yang saban hari disiarkan di dalam akhbar mereka kemudiannya ditongsampahkan selama beberapa bulan apabila senjata itu makan tuan. Saya juga tidak menyambung bicara dengan TPA tersebut setelah email terakhir kepadanya. Tetapi saya sentiasa menghantar email-email protes setiap kali mereka menimbulkan sesuatu isu yang cuba merendah-rendahkan kedudukan Islam serta memperlecehkan agama dan umat Islam di dalam akhbar mereka. Saya tidak pernah peduli samada ianya disiarkan ataupun tidak, yang penting editornya harus diingatkan bahawa orang-orang Islam diluar tidak akan diam apabila agama, bangsa dan saudaranya dicuit.


 Nota kaki :
a                      Mereka-mereka ini sebenarnya mempunyai alahan dengan perkataan majoriti. Kerana bagi mereka, majority di dalam konteks negara ini sentiasa merujuk kepada kumpulan Melayu/Islam. Mereka amat gemar apabila kita menggunakan hujah majority vs minority supaya gambaran mereka sebagai golongan minority yang ditindas dapat dikipaskan dengan kuat bagi menunjukkan betapa umat Islam tiada toleransi toleransi terhadap mereka. Jadi sengaja saya kelirukan dan memasukkan dia ke dalam golongan majority dengan menggunakan set Rukunegara sebagai penyatu. Ini kerana menurut Ghazali Basri 1, golongan evangelis Kristian dan agen-agen mereka akan menunggang prinsip-prinsip Rukunegara bagi tujuan mendapatkan ‘mileage’ kepada gerakan mereka. Jadi dalam hal ini, saya cuba menggunakan prinsip-prinsip Rukunegara yang biasanya menjadi ‘senjata’ pihak mereka dan mengubahnya untuk menjadi senjata yang kembali memakan tuan. Akhbar TPA tersebut, saban hari menyiarkan prinsip-prinsip Rukunegara sebagai cop halal untuk menunjukkan betapa patriotiknya mereka dan sepertimana yang Dr. Ghazali Basri sebutkan di dalam bukunya, prinsip-prinsip tersebut digunakan bagi tujuan manipulasi untuk mendapatkan ‘mileage’ kepada gerakan mereka. Alhamdulillah, setelah dialog antara saya dengan TPA tersebut yang mempersoalkan kewajaran pihak mereka menyiarkan prinsip-prinsip rukunegara tetapi dalam masa yang sama tidak menagamalkan tentang apa yang saban hari dikhutbahkan pihak mereka, mereka tidak lagi menyiarkannya selama beberapa bulan lamanya sehinggalah kes pijak kepala lembu berlaku di Shah Alam beberapa tahun lepas. Selepas kes tersebut muncul, mereka mula kembali menyiarkan prinsip Rukunegara tersebut, bukan bagi tujuan untuk menghormati, tetapi menggunakannya sebagai perisai untuk melindungi kepentingan pihak mereka dan agen-agen mereka.

b               Membenarkannya mengadakan persembahan adalah atas prinsip yang ditegaskan di dalam surah al Kafirun. ‘Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku’. Tetapi, jika ia melibatkan kepentingan muslim, beberapa syarat tambahan perlu dinyatakan serta diwajibkan untuk pihak penganjur tersebut mematuhinya. Saya terlibat di dalam bidang pengurusan projek dan suatu skill yang saya pelajari di dalam menjalankan projek ialah skil ‘mengatakan tidak dengan berkata ya’. Sebagai contoh,terdapat keperluan untuk sesuatu bangunan itu diruntuhkan, tetapi apabila meruntuhkan bangunan tersebut, lebih banyak masalah yang lebih besar yang berkemungkinan bakal dihadapi. Jadi untuk memberikan kelulusan kepada kerja-kerja meruntuhkan bangunan itu, ia bermakna si pemberi kelulusan menghulurkan leher untuk disembelih oleh masalah-masalah yang bakal menyusul. Tetapi dalam masa yang sama pihak yang membuat permohonan pula mendesak dengan bertubi-tubi. Keadaan yang digelarkan ‘catch-22’ atau ‘ditelan mati emak diluah mati bapa ini’, seorang pembuat keputusan itu tersepit antara dua kemungkinan buruk. Jadi bagaimana untuk berkata tidak sedangkan pihak pemohon sedang mendesak dengan bertubi-tubi. Dalam keadaan sedemikianlah skill ‘mengatakan tidak dengan berkata ya’ memainkan peranan. Biasanya jalan penyelesaian diambil dengan kelulusan yang diberi dengan syarat-syarat ketat yang kita sendiri tahu ianya tidak akan dapat dipenuhi oleh si pemohon. Begitu juga dengan kes persembahan artis luar seperti  ini, berikan kelulusan tetapi syaratkan kepadanya syarat-syarat ketat supaya kemaslahatan umat Islam terjaga dan dalam masa yang sama, jika mereka tidak dapat memenuhi perkara-perkara tersebut permit itu akan ditarik balik. Jadi apabila perkara itu berlaku, bukanlah umat Islam tidak membenarkannya melakukan persembahan, tetapi beban pertuduhan jumud dan tidak terbuka itu tidak akan terpalit kepada umat Islam tetapi kembali kepada mereka yang tidak tahu menghormati hak tuan rumah.


Rujukan               :
  1. Ghazali Basri, Kristianisasi Sebagai Sebuah Gerakan : Satu Tinjauan Sosiologi; Institut Ilmu-Ilmu Islam, 1994. m/s 45.
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

9 comments:

adi said...

" Tetapi sebagai Muslim, kita kita sepatutnya dipatuk ular dari satu lubang sebanyak dua kali. Itu yang dipesankan Rasulullah s.a.w. " .. ada ayat salah dalam bahagian ini ..

shamsadis said...

dd

shamsadis said...

tak ramai orang mahir berdebat nie, kadang2 seronok tengok diaorang terkulat kulat nak jawab balik

satuhala said...

TQ Adi,
Mmg ada typo kat situ. Saya dah betulkan. TQ atas teguran.

satuhala said...

Shamsadis,
Sya juga dlm kategori x mahir berdebat. Tp. klu keadaan terdesak dan memerlukan, sya akan cuba. Segalanya diserahkan kpd Allah.

rizal hass said...

assalamualaikum tuan
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam kerana masih memanjangkan rezeki kepada kita semua, umat akhir zaman...dialog saudara dengan TPA membuahkan rasa bangga kepada saya kerana mengenali tuan secara peribadi(sememangnya ianya lebih lengkap daripada penceritaan lisan sedikit masa lalu)...dengan sepenuh rasa rendah diri saya mendoakan agar tuan sekeluarga dilindungi Allah swt dan dibukakan rezeki seluas mata memandang supaya saudara mempunyai lebih masa dan dapat menegakkan Islam addin dengan mata pena (yang sememangnya lebih tajam daripada mata pedang, itu yang pihak barat sedar dan sedang kerjakan dengan begitu cemerlang dan itu juga yang saudara sedang lakukan dengan baik sekali, InsyaAllah)...sesungguhnya itu saya yang saya mampu doakan sebagai tanda syukur saya diatas kerja-kerja dakwah saudara...ada orang berdakwah dengan adu-domba, hina-menghina dan mengaibkan sesama muslim, pukul dan bertindak kasar malah ganas dan merosakkan harta benda awam dan sebagainya...hati saya lebih sejuk dengan dakwah yang sebegini...wallahualam

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Rizal Hass,
Semoga Allah berikan juga kekuatan, perlindungan serta keberkatan ke atas tuan dalam sama-sama berjuang dan mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Amin.

sebenarnya banyak yang ditulis di sini terkadangnya tercetus lepas bertukar pendapat dengan tuan dalam setiap kelapangan kita berjumpa. Bila mahu benar-benar aktif menulis? Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk istiqamah dalam perkara ini nanti. Amin.

ude.azeela said...

Assalamualaikum wbt...
Sebagai wanita Muslim, sy berbangga atas tindakan saudara yg mempertahankan maruah wanita yang ketika ini bukan sahaja dipijak2 oleh dunia barat malahan masyarakat yg kononnya mengaku Islam. Apa yg menyedihkan, wanita sendiri tidak menyedari bahawa mereka didiskriminasi demi mencapai cita-cita yg sementara dan yg sedikitpun tidak dianggap mulia.

Malaysia hari ini menyaksikan golongan Melayu Islam yang begitu sibuk menjadikan golongan artis sebagai idola/role model sekaligus memperhambakan diri kepada budaya bawaan barat. Sudah tidak dapat dibezakan lagi antara orang Islam dan bukan Islam melalui cara pakaian mereka ketika ini malahan berhijab juga sudah dieksploitasi dengan cara bukan Islam menutup kepala mereka melalui rekaan hijab Muslim ketika ini yang begitu merepek dan menyamai cara org bukan Islam.

Semoga saudara dapat meneruskan dakwah dengan cara ini dan diberi kelapangan masa dengan izin Allah. Pastinya Allah izin kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan. Semoga umat Islam hari ini akan dapat membuktikan bahawa umat Islam adalah umat yg terbaik di bumi Allah ini. Wallahualam...

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.r.b.t. Udee.azeela,
Segala Puji Bagi Allah. Tidak adil untuk mengujimakhluk atas bantuan sepenuhnya yang diberikan Yang MenciptakanNya.

Saya sgt bersetuju dgn pendapat Udee.Azeela berkenaan bagaimana kita telah diprogramkan untuk memuja artis, tertipu dgn hijab Islami yg tidak Islami..

Kita semua perlu sama-sama berusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Seorang diri,mana mungkin perubahan yang diidamkan itu dapat berlaku. Harap semua muslim dapat berfikir dengan rasional dan dapat bersama menolak kebejatan yang dipaksakan atas pemikiran dan sistem hidup mereka.