Tuesday, February 9, 2010

Perihal Manusia Suci & Tuhan Yang Maha Suci...

13
Oleh : M.I.A.

Pelik benar dunia di akhir zaman ini. Dari yang berkopiah hingga ke ahli politik, masing-masing merasakan diri mereka begitu suci dan tidak boleh disentuh dengan sabitan sifat dan perlakuan yang mengotorkan kesucian diri mereka. Segala sifat, kelakuan, perbuatan, tingkah laku, kelulusan pelajaran dan perancangan politik mereka yang dirasakan mereka begitu suci untuk dikritik dan dihinakan dengan sabitan yang tidak sepatutnya, dengan segera mereka melenting bagai naga yang disula objek tumpul dan keras semasa sedang nyenyak tidur.

Lalu amaran demi amaran dikeluarkan dengan keras dan bernada tegas. Jika sabitan sifat yang membawa imej buruk kepada kesucian diri mereka tidak ditarik balik dari terus dihamburkan kepada kesucian mereka, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menjamin kesucian diri mereka yang teramat suci itu. Jika masih lagi berkeras, bersedialah merima murka dari mereka kerana mencemarkan kesucian diri mereka yang teramat suci itu dengan sifat-sifat yang tidak sepatutnya. Saman 11Juta, saman 101 juta, saman 1001 juta. Itulah harga yang harus dipaksakan ke atas semua pihak yang menodai, meliwat, mempersendakan kesucian mereka yang suci lagi amat suci itu. Bersedialah! Saman itu tidak akan ditarik sehingga nama baik mereka yang terlalu suci itu dibersihkan melalui perintah mahkamah. Lebih tinggi bayaran pampasan ke atas penghinaan imej mereka yang suci, semakin melegakan hati mereka yang panas dan keras membara api dendam terhadap pihak yang mencemarkan kesucian nama baik mereka. Mereka bertegas dan keras pendirian bila saja nama mereka mahu dicemarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesucian diri mereka harus mereka jaga. Kesucian nama dan imej mereka harus mereka pertahankan. Hebat dan garang mereka mempertahankan betapa sucinya diri setiap satu dari mereka.

Tetapi apabila Allah yang Maha Suci dipersekutukan sifat-Nya dengan makhluk yang tidak dapat membantu hatta dirinya sendiri, dipersekutukan sifat-Nya dengan berhala-berhala kaku, disabitkan sifat-Nya dengan tuhan yang beranak dan diperanakkan, manusia-manusia suci di atas dengan wajah selamba membiarkan ianya berlaku. Demi dasar keterbukaan, hak asasi, imej ulama’ bertoleransi, imej ulama’ kontemporari, imej pemimpin menjulang liberalisasi dan tidak mahu kelihatan jumud, mereka-mereka yang mengamuk sakan apabila nama mereka dihinakan, menjadi seperti si manis di belakang Kowloon di dalam lagu Midnight Blues kumpulan Wings bilamana Allah dihinakan sekumpulan manusia pengidap bipolar disorder yang merasakan diri mereka Arab sedangkan hakikatnya mereka berketurunan kasta bawah di dalam agama nenek moyang mereka yang ditinggalkan.

Oh.. bila nama kamu disifatkan dengan kebobrokan, sifat jahat dan buruk, apabila kedudukan intelektual kamu dipertikaikan segelintir manusia, apabila agenda politik kamu dilabel sebagai pengkhianat, apabila diri kamu dikatakan makan suap, apabila kamu diletakkan dalam kategori pelaku kejijikan penduduk Sodom dan Gomorrah, mengamuk-ngamuk kamu mahu menyaman sana sini. Tetapi apabila saja nama Allah Yang Maha Suci dilacurkan, sesuka hati kamu membiarkan atas dasar keterbukaan, kedudukan dikalangan manusia dan sokongan politik. Jadi siapa yang maha suci? Allah atau nama dan imej kamu?!!!

Saya cabar semua yang bersetuju melafazkan kalimah berikut. “Bahawa saya menyokong kumpulan Kristian merujuk figura di dalam gambar di bawah sebagai anak Allah. Itu hak mereka dan saya menghormati dan bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebagai bapa kepadanya.”

Jika kamu berani berbuat demikian, maka saya ucapkan tahniah!!!!! Tahniah brader! Semoga menang dalam kes saman-saman kamu untuk membersihkan nama kamu nanti. Sesungguhnya kamu itu suci lagi perlu disucikan pada setiap saat dan masa. Tak perlu gusar tentang kesucian Allah.. KesucianNya hanya perkara sekunder yang perlu kamu gusarkan. Bersihkan kesucian nama kamu yang tercemar terlebih dahulu. Tahniah brader! Sesungguhnya nama dan maruah lu lebih suci dari kesucian Tuhan yang harus dipertahankan.

Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. (Ar Ruum ayat 28)

Jika tidak boleh berkompromi dengan kesucian nama sendiri yang dicemarkan, apa pula dengan Allah yang Maha Suci. Brader tetap brader. Lebih suci maruah dan namanya dari Tuhannya sendiri. Mungkin juga selepas ini Allah membiarkannya sendiri berusaha keras tanpa pertolongan Allah mencuci namanya sepertimana dibiarkannya Allah dicaci dan dihinakan manusia.

© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

13 comments:

admin said...

aku tak pasti sapa yang digambarkan oleh bro dalam cerita diatas... hehehe...
tapi saya sangat setuju...
sangat betul...
dan terima kasih

Na'im said...

Salam Ukhwah…

Nice post...saya suka blog tuan..

saya ada 1 pertanyaan yang perlu tuan tolong...sangat perlu…

ada kristien mempertikaikan status Rasulullah...adakah masuk syurga?...dia minta ayat Al-Quran berkenaan nya…saya yg lemah ini masih belum jumpa.. atau terlepas pandang..minta tuan yg lebih berpengalaman membantu...

Salamm…

irdinakhan said...

Assalamualaikum

yelah Tok Empat saya pun 'pura2 tak tau'..hehehe

yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..
moga2 kita tak menjadi seperti orang yang dimaksudkan itu (sapa makan cili dia rasa pedas (",)

satuhala said...

Salam Tok Empat...
bukan sorang Tok Empat.. tapi tulisan tu ditujukan secara umum kepada semua yang beria-ia mahu menjadi 'liberal dan terbuka' dlam isu ini.. tapi yang sorang tu (kura-kura dalam perahu tok empat..haha), semoga Allah membuka hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.. dan semoga kita semua diselamatkan Allah dari perkara2 yang tidak elok. Amin.

satuhala said...

Salam Na'im,
Muhammad s.a.w. diutuskan Allah sebagai rahmat buat sekelian alam. Jadi kitab yang dipertanggungjawabkan Allah kepadanya untuk disampaikan kepada manusia harus bersifat membawa rahmat secara menyeluruh kepada semua makhluk Allah di dunia ini dan tidak sekadar tertumpu kepada individu. Allah menjanjikan syurga kepada semua manusia yang tidak pernah menyekutukannya dengan sesuatu yang lain. Syurga itu milik mereka-mereka yang tidak pernah menyekutukan Allah. Yang membezakan antara satu individu ke satu individu yang lain pada jarak masa mereka memasuki syurga ialah amal soleh yang dilakukan mereka di dunia.
Hati-hati apabila berbicara dengan pendakwah Kristian kerana mereka mempunyai agenda serampang dua mata dalam setiap persoalan yang diajukan. Muslim yang terlalu bersemangat mahu menjawab dan menolong mereka harus berhati-hati dan berhujah bersandarkan pengetahuan yang bersandar kukuh kepada sumber al Qur’an dan hadis yang benar-benar sahih.
Syurga dan neraka itu adalah urusan Allah. Tugas kita di dunia ini pula ialah berfungsi sebagai manusia sebagaimana yang Allah mahukan kita berfungsi dan kekal dalam hayat dengan tidak mempersekutukan Allah, beriman kepadaNya dan melaku segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berdoalah memohon supaya apa yang dilakukan kita ini menjadi amalan yang dinilaikan ikhlas oleh Allah diakhirat nanti.
Dalam al Qur’an terdapat banyak ayat yang menunjukkan bahawa Syurga itu bakal diwarisi oleh orang-orang yang beriman DAN beramal soleh. Menjadi hak Allah untuk menentukan sesiapa sahaja yang mahu dimasukkan-Nya ke dalam Syurga. Permulaan surah al mu’minuun ayat 1 hingga sembilan menjelaskan antara sifat-sifat makhluk yang akan dimasukkan ke dalam syurga. Begitu juga dengan banyak ayat lain di dalam al Qur’an.
Paling mudah untuk membalas hujah mereka ialah dengan menjelaskan peranan 2 kalimah Syahadah sebagai Miftahul Jannah (anak kunci syurga). Kalimah pertama membersihkan Allah dari segala sekutu dan sifat-sifat yang tidak sepatutnya disabitkan kepada Allah dalam keimanan kita dan kalimah kedua pula persaksian dan membenarkan Muhammad sebagai rasul-Nya.
Dalam al Qur’an juga menegaskan seperti berikut :

An Nisa’ 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Jika persaksian syahadah kedua diperlukan untuk melayakkan diri Jin dan manusia untuk ke syurga dan jika ketaatan kepada Rasulullah merupakan satu pra syarat untuk ke syurga seperti yang dijelaskan di dalam surah an Nisa’ ayat 69, ia secara tidak langsung menjelaskan bahawa Muhammad s.a.w. antara manusia yang bakal dimuliakan Allah di dalam syurga. Semua ketentuan adalah menjadi milik mutlak Allah s.w.t. dan hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang lebih layak untuk ditempatkan di mana sahaja menurut kepada kehendakNya. Tugas kita ialah terus taat kepada Allah dan rasul-nya serta berfungsi sebagai mukmin secara optimum di dalam kehidupan dunia kita.

Di dalam hadis shahih banyak dijelaskan bahawa Muhammad s.a.w. adalah ahli syurga. Tetapi huraian ringkas di atas sudah cukup setakat memberikan jawapan balas kepada persoalan yang ditimbulkan. Wallahua’lam. TQ atas komen.. semoga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa. Amin.

satuhala said...

Salam Irdina,
Kura-kura dalam perahu... macam tok empat juga.. haha... harap dalam hayat kita yang berbaki ini, Allah tidak mebiarkan kita menyimpang dari jalan yang benar. Amin... TQ atas komen..

Acinetobaxter said...

tidak akan tercemar walau sebesar zarah sekalipun akan kesucian ALLAH walau manusia menghina Nya sebesar dunia.

ibarat Abd Mutallib (yg masih kafir itu) berkata sehingga diturunkan surah Al Fiil, 'Ya ALLAH, kaabah ini kau yang punya, dan aku tidak mampu melindungi dan mempertahankannya dari tentera bergajah, maka ku serahkan kaabah ini kepada Mu'.

semangat yang membara adalah pacuan nafsu yang tidak di sedari waima dalam perkara ibadat sekalipun....

satuhala said...

Salam sekali lagi Acinetobaxter..
Artikel di atas bukan membincangkan tentang Allah yang boleh dicemarkan. Artikel di atas ditulis dalam konteks peringatan tentang tahap iman seseorang yang sedang merosakkan iktikad dan jati iman dalam diri.

Ia ditulis bersandar kepada ayat 9 surah at Taubah spt. berikut.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (at Taubah ayat 9)

Tidak sempurna iman seseorang itu apabila dia mencintai diri dan kepentingan dunianya melebihi cintanya kepada Allah dan Rasul. Kerana itulah saya menggunakan ayat dari surah Rum untuk dijadikan litmus test bagaimana tahap kecintaan kita terhadap Allah dapat diukur dengan menilaikan sikap kita terhadap diri sendiri dan dibandingkan dengan sikap kita terhadap Allah apabila dihadapkan dengan ujian dan cubaan yang sama.

Dalam petikan ayat surah Rum tadi, dalam bahasa mudah Allah menyuruh manusia berfikir dan merenungkan sejenak 'jika kamu sebagai tuan tidak mahu hamba kamu disamatarafkan dengan kamu, maka kenapa pula kamu sanggup menyamakan Allah sama taraf dengan hamba ciptaanNya. Ketika maruah kamu tercemar, kamu mengamuk sakan tetapi pada nama Allah dicemarkan kamu biarkan. Bukankah sikap itu menunjukkan kamu menyintai diri kamu sendiri melebihi cinta kamu terhadap Allah. Jadi iman orang dalam kategori sebegini mempunyai masalah.

Benar tidak akan tercemar walau sebesar zarah sekalipun akan kesucian ALLAH walau manusia menghina Nya sebesar dunia. Tetapi itu bukan konteks artikel di atas. Konteks artikel di atas hanya membicarakan tahap kecintaan seseorang manusia kepada dirinya dan kepentingan dunianya jika dibandingkan dengan perasaan cintanya kepada Allah. Ia berkenaan pencemaran iktikad.

Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" (at Taubah 64 - 65)

Harap jelas. Tq atas komen.

admin said...

Salam M.I.A

Apakah Yang Akan dilakukan Oleh Nabi S.A.W jika dia terdengar ada yang sedang menghina Allah..??

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Tok Empat..

Bagaimana Rasulullah bersikap berkait secara langsung dengan perintah-perintah Allah melalui al Qur'an yang mempunyai relevansi dan kaitan rapat dengan perkembangan umat Islam pada ketika itu. Saya bahagikan kepada 2 bahagian. 1. Bagaimana perintah Allah kepada Rasulullah dan muslim pada Fasa Mekah. 2.Bagaimana perintah Allah kepada Rasulullah dan muslim pada Fasa Madinah.

Di dalam Fasa Mekah, kekuatan umat Islam belum ada. Jumlah mereka kecil, kuasa ekonomi mereka tidak besar, kekuatan ketumbukan soldadu kombatan tidak kuat, keadaan mereka ditindas, dipulau, disakiti dan kehidupan mereka sentiasa di dalam keadaan takut dan tidak tenang. Dalam waktu ini, musyrikin Mekah menghina Allah dengan mempersekutukannya dengan berhala-berhala lain. Dalam iktikad keimanan mereka, Allah masih Tuhan yang Esa tetapi dipersekutukan mereka dengan perbuatan ikut-ikutan perbuatan nenek moyang mereka sehingga mencemar agama hanif yang diwarisi dari Ibrahim. Surah Rum ayat 28 yang saya bentangkan di atas mempunyai sebab turun ayat (asbabun nuzul) seperti berikut menurut Imam Thabrani.

Dari Ibnu Abbas r.a. yang telah menceritakan, bahawa talbiyah yang selalu diseru-serukan oleh orang-orang musyrik itu ialah berbunyi demikian: "Allahumma Labbaika Labbaika lasyarika laka illa syarikan hua laka tamlikuhu wama malak." (ertinya : Ya Allah aku menyambut panggilan-Mu, aku menyambut panggilan-Mu, tiada sekutu bagimu kecuali satu sekutu yang Kamu memilikinya dan memiliki apa yang Dia miliki.)

Sepertimana di atas, lidah mereka berkata bahawa mereka Allah tiada sekutu, tetapi mereka masih menyekutukannya dengan sesuatu yang lain dalam perbuatan penyembahan.

Maka di dalam fasa Mekah ini, pendekatan Rasulullah ialah dengan menyampaikan dakwah, memberi penerangan, bersabar, memalingkan diri dan menjauhkan diri dari mereka yang berkeras dengan doktrin sesat dan berhujah dengan cara yang baik dan terbaik bagi yang mahu berhujah dengan baik dengan baginda. Ia selari dengan perintah Allah dalam keadaan ini.

fasa Madinah samb. di bawah...

satuhala said...

amb. dari atas..

Di dalam fasa Madinah, bilamana muslim sudah bersatu, mempunyai kekuatan ekonomi, mempunyai sokongan ketumbukan kombatan yang semakin kuat, semakin ramai pengikut, semakin tinggi iman muslim, perintah Allah dalam surah at Taubah ayat 5 memansukhkan semua bentuk perintah ayat yang relevan dengan kedudukan di dalam fasa Mekah. At Taubah ayat 5 juga digelar sebagai Ayatus Saif memansukhkan 114 ayat2 al Qur'an yang relevan dengan perintah bagaimana muslim harus bersikap di dalam fasa Mekah sebelum ini. Antara ayat yang dimansukhkan adalah seperti berikut.
1. al An'am ayat 108.
2. al Hijr ayat 3.
3. al Hijr ayat 85.
4. al Isra' ayat 64.
5. Maryam ayat 39.
6. Thaha ayat 130.
7. al Hajj ayat 68.
8. al Mu'minuun ayat 64.
9. Ar Rumm ayat 60.
10. Shad/Saad ayat 17.

dan 104 ayat lagi... setelah mempunyai kekuatan, kumpulan musyrik dan kumpulan kafir dari kalangan ahli kitab ditentang keras sekeras kerasnya.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. memerangi beberapa pihak yang mendakwa diri mereka nabi palsu. Jika manusia yang mendakwa dirinya sebagai nabi palsu diperangi, apatah lagi bagi kumpulan-kumpulan yang mewujudkan tuhan-tuhan palsu bagi merosakkan akidah umat Islam.

Itu cerita bagaimana situasi dan keadaan sesuatu tempat dan masa merupakan antara penilain faktor penting untuk bagaimana kita bersikap dalam menghadapi percubaan ini. Saya meletakkan kedudukan muslim di Malaysia masih berada di dalam fasa Mekah sebelum hijrah. Jadi pendekatan menjelaskan, mempertahankan secara gigih, berdialog, berbahas, berhujah dan berdebat adalah pendekatan yang relevan dan mengikut sunnah yang dilakukah Rasulullah s.a.w. Dan semua harus ingat bahawa Rasulullah tidak pernah berkompromi dalam hal ini malah menjauhkan diri dengan berpaling dari kumpulan yang berkeras dan mengambil pendekatan konfrontasi dalam menegakkan hak dan pendirian mereka untuk mensyirikkan Allah. Ini fasa Mekah kita. Semoga Allah menyelamatkan kita dari bersikap sepertimana pihak gang dirujuk dalam artikel di atas atau lebih teruk daripada itu. Amin..

Harap jelas.. Wallahua'lam.

admin said...

ok .. bro tq

bukan apa terlalu banyak yang dah dibaca dan kadang2 membuat ia lebih keliru..
seperti makan dah banyak tapi tak kenyang kenyang ..

http://drmaza.com/home/?p=1005
komen skit...

Anonymous said...

minta maaf tuan...

pointnya banyak...
nasnya tepat...
rujukannya jitu...

tapi kenapa tidak mencairkan jiwa...
sedangkan ada mukmin yg saya temui, melembutkan hati dgn 3 patah perkataan shj...