Monday, February 8, 2010

Kepala Babi & Bakar Rumah Ibadat : Satu lagi Operation False Flag?

7
Oleh : M.I.A.

Blog ini memasuki fasa biskut seminggu dua ini disebabkan kesibukan saya yang tidak dapat dielakkan. Tetapi isu yang timbul seminggu dua ini menghambat perhatian segera yang harus diberikan sedikit perhatian. Betapa Allah mengurniakan kekuatan dalam bentuk kesabaran yang tinggi kepada umat Islam di Malaysia. Ia merupakan satu bentuk rahmat Allah kepada kita kerana tidak mudah bagi pihak-pihak tertentu yang mahukan kita bergaduh, melagakan batu dan besi untuk menghasilkan percikan api yang boleh meletupkan persekitaran kita yang sangat mudah terbakar ini.

RM 35 dan empat kepala babi jika berlaku ditempat lain, sudah tentu tempat tersebut sudah menjadi porak peranda. Tetapi kita di sini masih relaks. Bukan kerana lembab dan takut, tetapi memahami bahawa perbuatan itu mempunyai motif-motif tertentu yang mahu kita semua melompat dan bergaduh. Tetapi muslim di Malaysia tidaklah sebodoh yang disangka. Mereka matang dalam berfikir. Jika tidak berpuas hati, mereka tahu saluran yang betul untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Mereka semua tahu bahawa setiap perbuatan mereka dicatatkan untuk dipersembahkan di depan Allah nanti. Biar sebesar atom perkara tersebut, semuanya pasti akan di bawa di hadapan Allah untuk diberi balasan. Tidak kira perkara baik atau jahat, perkara mulia atau hina, perkara cantik atau buruk, semuanya akan dihadapkan ke hadapan Allah yang Maha Adil.

Operation False Flag

Jika anda biasa dengan gerakan kumpulan rahsia, nama Operation false flag akan terpacul dalam minda sebaik berita perbuatan kurang ajar segelintir pihak ini ke udara di dalam stesen-stesen televisyen tempatan.

Peristiwa 11 September 2001, pembunuhan Ahmad Shah Masood di Afghanistan dua minggu sebelum pengganas buta perut Amerika menyerang Afghanistan, peristiwa 7 Julai stesen Underground Madrid, pembunuhan Archduke Franz Ferdinand of Austria di Sarajevo yang menyebabkan perang dunia pertama meletus sehingga menghancurkan Kerajaan Turki Uthmaniah, penglibatan zionis yang memaksa Third Reich Jerman membunuh Yahudi dalam Holocaust di Jerman, pembunuhan Zia ul Haq, pengeboman Pearl Harbour oleh Jepun dan banyak lagi. Semua ini bermula dengan Operation False Flag.

Malaysia juga tidak terkecuali dari Operation False Flag. Pada ketika Indonesia berkonfrontasi dengan projek Malaysia Tunku Abdul Rahman, pengganas British yang semakin hilang kekuatan empayar mereka dengan satu demi satu kemerdekaan yang terpaksa diberikan kepada tanah jajahannya, mencadangkan kepada Tunku Abdul Rahman satu bentuk cadangan yang boleh menghancurkan masa depan kedua-dua negara yang serumpun ini. Pihak British pada ketika kempen ganyang Malaysia sedang diapi-apikan di Indonesia, memberi sebuah cadangan kepada Tunku Abdul Rahman. Cadangan tersebut seperti berikut.

British akan menempat sebuah kapal perangnya di Selat Melaka dengan kru kapal. Pada satu ketika yang tepat pada perkiraan mereka, pihak British akan mengebom kapal mereka sendiri dan membunuh semua kru di dalamnya. Setelah pengeboman itu berjaya, maka satu tuduhan akan dilemparkan kepada pihak Indonesia bahawa merekalah yang bertindak ganas dengan mengebom kapal milik British. Pada persepsi umum nanti, tiada siapa akan menuding jari kepada Malaya dan British atas kecelakaan yang berlaku kerana pada sangkaan umum, kapal tersebut merupakan sekutu Malaya dan ianya pula milik British. Ia diletupkan sebagai ‘lesen besar’ yang mengabsahkan dan bakal menghalalkan keperluan British untuk terlibat sama dalam perang baru nanti 1. Cita-cita British untuk menguasai Nusantara tidak pernah padam walaupun kemerdekaan sudah diberikan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Nafsu besar mereka tidak dapat dibendung apabila melihat kesempatan yang ada di depan mata. Ini perluang mereka untuk menguasai Malaya kembali dan mendapat bonus memiliki Indonesia pula kelak. Tetapi, Allah itu Maha Besar. Allah membukakan hati Tunku Abdul Rahman dengan menolak cadangan untuk mendajalkan Indonesia dengan pelan tersebut. Alasan yang diberikan Allahyarham Tunku ialah, “Bahawa kami ini serumpun.” Walau pun kita dipisahkan secara geografi dan melalui pelakaran sempadan yang dicipta barat, tetapi perasaan bersaudara itu tidak hilang. Jika Tunku Abdul Rahman menyambut cadangan tersebut, tentu sahaja masa depan rantau ini berubah menjadi sesuatu yang tidak serupa dengan hari ini.

Tetapi ‘mereka’ tidak pernah diam. Mereka akan sentiasa menghulurkan bantuan dan cadangan dalam rupa bentuk Operation False Flag ini kepada tangan-tangan yang mahu menyambutnya dengan persetujuan untuk membenarkan mereka dapat memerintah negara ini melalui proksi yang dibantu mereka. Jadi tidak hairanlah apabila kes bakar surau di Muar, Johor baru ini dilakukan oleh orang Islam sendiri. Apakah mereka ini bergerak sendiri atau digerakkan oleh tangan-tangan yang mahu mengubah arah perjalanan soal dan perkara menjelang Februari tahun ini? Ada apa dengan Februari? Entahlah… ditilik compass dan sesiku L, seolah-olah ada sesuatu yang lebih besar akan berlaku. Memerhatikan realiti dan pengulangan perkara yang seumpama dan serupa sejak ribuan tahun yang lepas, ada sesuatu akan berlaku tidak lama lagi. Mungkin Februari tahun ini ia akan berlaku. Perkara ini yang sudah cuba dilakukan di sini sejak 1511 akan berlaku tidak lama lagi. Perkara yang ditentang habis-habisan oleh sekumpulan Muslim sejak beberapa tahun lepas akan menjadi realiti tidak lama lagi. Atau mungkin saya hanya berimaginasi liar menjauhi ‘realiti’ terhadap apa yang sedang berlaku. Tetapi saya optimis bahawa ia akan berlaku. Cuma masa dan ukur rapat keutuhan saf Muslim menjauhkan perkara ini dari berlaku. Jika renggangnya saf mereka dapat dihidu, maka perkara itu akan berlaku.

Apa yang tinggal cuma doa kepada Allah agar mereka-mereka yang dihulurkan bantuan untuk menjadi proksi Dajjal yang mahu menjalankan modus operandi yang sama di sini, disedarkan Allah akan kesan dan akibat dari perbuatan mereka nanti. Amin.

Rujukan :
1) Said Zahari; Meniti lautan gelora : sebuah memoir politik; Universiti Kebangsaan Malaysia, Utusan Publications & Distributors ([Kuala Lumpur]) (2001), m/s 171 hingga 182.


© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

7 comments:

Anonymous said...

apakah yang akan berlaku februari ini?

satuhala said...

Anon... bukan apa yang berlaku.. tetapi apa yang dijangka atau mungkin berlaku yang menjadi persoalan.. kalau Allah izinkan saya jelaskan.. kalau tak.. mungkin saya pendam sahaja dalam hati untuk kebaikan semua..

Acinetobaxter said...

Saya tidak mengetahui mengenai operation false flag ini lantaran kejahilan mengenai perkara itu tetapi isu konfrantasi dengan indonesia merupakan minat dan kajian saya sebelum ini.

Konfrantasi malaysia indonesia tercetus atas 3 sifat manusia dan dipelopori oleh Sukarno.

1. Tamak - untuk mendapatkan wilayah yang besar dan kaya

2. Sombong - apabila merasakan bahawa mereka lebih kuat dari segi ketenteraan, populasi, wilayah dan kebangsaan.

3. cemburu - cemburu dengan kemakmuran, kekayaan dan kemajuan yang sedang diusahakan oleh malaysia.

Saya bukanlah pendukung British tetapi jasa dan kemajuan yg diberikan oleh british dari segi sistem pentadbiran, perundangan, pertahanan dan pendidikan merupakan yang terbaik (mengikut sunnah dunia) meskipun ianya tidak mengikut landasan islam yang sebenarnya. Malah di negara arab sendiri, yang menjadi tapak islam, 4 sistem ini bercelaru, kucar kacir dan tidak sistematik berbanding dengan apa yg british tinggalkan kpd kita. Salah satu sebab kemajuan yang cepat dinegara kita ini adalah keberkesanan 4 sistem tersebut jika dibandingkan dengan negara2 jiran kita yang lebih mundur.

saya tidak mengetahui atau terdengar mengenai insiden pengebomam kapal perang british tersebut tetapi apa yang nyatanya adalah penglibatan tentera komanwel yang terdiri dari Briged2 Infrantri British, New Zealand, gurkha dan Australia yang dikerahkan membantu mempertahankan Malaysia yang ketika itu masih terlalu lemah dengan hanya mempunyai 6 batalion (2 briged) askar melayu untuk menentang 5 divisyen TNI-AD.

koordinasi yang baik dlm operasi rejimen SAS dan batalion gurkha banyak mematahkan serangan TNI-AD di kalimantan malah melancarkan serangan balas dan sabotaj. RAMD (askar melayu) tidak boleh dikerah untuk menjlnkan operasi ofensif kerana sibuk mengawal kawasan sehingga terjadinya peristiwa kalabakan.

Ramai tentera British ini yang telah terkorban kerana mempertahankan tanah Malaysia ini. Malah korban mereka lebih besar dari askar melayu sendiri.

Sungguhpun mereka itu bukan islam dan dilihat seperti anti islam, hakikatnya, sistem yang dibawa oleh mereka itu adalah berasal dari islam. mereka telah mencuri sistem2 tersebut sewaktu perang salib lalu dibaiki sehinggalah ke hari ini.

contoh yang paling mudah adalah perbarisan istiadat tentera. Parade comandernya adalah seperti imam diwaktu solat yang tegak merendah diri dihadapan pemerintahnya.

Maaf panjang sangat dan maaf andai menyinggung.

satuhala said...

Salam Acinetobaxter,
Kaji sejarah kembali Acine..
Fakta :
1. British bukan mempertahankan Tanah Melayu tetapi mempertahankan Koloni British.

2. Pendidikan yang dibawa bersama penjajahan Inggeris bermula dengan sekolah-sekolah mubaligh. Kaum melayu Islam telah diketepikan dari mendapat pendidikan peringkat tinggi. Bentuk pendidikan yang diberikan kepada kaum Melayu hanya sekadar bagi memberikan mereka kelayakan yang secukupnya untuk berkhidmat dalam sektor bantuan dan perkeranian. Kaum Cina diberikan mereka pendidikan yang lebih tinggi bagi maksud-masud tertentu. Mereka hanya mendirikan MCKK pada 1905 semata-mata kerana desakan bertubi2 dari kepimpinan Melayu. Itupun fungsinya hanya sekadar untuk menyediakan anak2 Melayu untuk belajar bahasa Inggeris dan belajar budaya Inggeris supaya boleh diserapkan masuk ke dalam pentadbiran British di Tanah Melayu. 1910, Malay Administrative Service baru ditubuhkan untuk membolehkan jawatan rendah dalam pentadbiran Inggeris disandang Melayu. Jawatan ini lebih rendah dari jawatan peringkat rendah mana-mana pegawai British. Pendek kata, jawatan yang diwujudkan berada dalam kasta paling bawah dalam pentadbiran.

3. Pendidikan yang diberikan kpd Melayu oleh British pd ketika itu hanya sekadar pada niat mereka untuk menjadikan melayu sebagai 'petani dna nelayan yang lebih baik dari bapa-bapa mereka'.

samb. di bawah...

satuhala said...

samb. dari atas..

Acine, pernah baca tulisan2 pejuang Melayu sebelum merdeka? jika tidak pernah, saya turunkan sebahagian daripadanya di sini untuk acine nilaikan bagaimana sikap Bristish dalam hal ehwal pendidikan utk org Melayu.

...adalah kemerdehekaannya yang terdapat dengan ilmu yang sedikit pada zaman purbakala itu terlebih elok daripada bersangkut-sangkut dgn sahabat (British) yang sungguhpun bijak tetapi zalim, yakni sarang yang diperbuatnya dengan ranting-ranting kayu dengan ilmunya yang sedikit pada zaman purbakala itu terlebih baik daripada sangkar emas sepuluh mutu perbuatannya Si Burung Undan yang menjadi penjara bagi Kak Sang Tekukur itu pada masa ini, atau makanannya daripada sayur keladi pada zaman purbakala terlebih lazat dari mutton-chop yang berisi asid di dalamnya, atau tilam yang hapak pada zaman purbakala itu terlebih molek daripada mattress bertekatkan emas sepuluh atau yang berisi kala jengking di dalamnya, demikian jua sepatu yang diperbuat daripada upih pada zaman purbakala terlebih elok daripada shining boots yang senantiasa menggigit dan mendatangkan pekung pada kaki, baju yang diperbuat dari kulit terap itu terlebih cantik daripada baju tweed yang diperbuat daripada daun jelapang, air minumannya daripada air tasik danau yang ada di cerung-cerung gunung yang tinggi pada zaman purbakala itu terlebih lazat daripada air tapisan yang jernih seperti air embun yang bercampur dengan poisonus lotion." (Cerita Tekukur, disiarkan dalam akhbar2 Melayu antara Julai hingga Oktober 1920)

Segala yang dibawa British itu adalah untuk kelangsungan survival empayar mereka sendiri dan bukan untuk kita. Berwuduklah dan Fahami ini!

Dalam artikel di atas sudah dijelaskan bahawa selain Repulse dan Prince of Whales dalam WWII, tiada kapal beritish di bom diperairan negara. Operation False Flag yang dirujuk di atas mengambil kenyataan daripada Memoir Said Zahari (bukankah saya sudah menyediakan rujukan untuk diperiksa faktanya di atas? Kenapa tidak periksa dahulu sebelum komen?)

Segala yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam merupakan perbuatan yang digalakkan dalam Islam. Begitu mudah pihak mereka melakukan atonement dosa mereka di sini dengan membasuh otak-otak anak-anak melayu bahawa segala kebaikan dalam masa depan Malaysia yang dikecap kini adalah hasil pendidikan, teknologi, gaya pemikiran dan budaya 'bertamadun' yang di bawa oleh mereka.. Malang orang melayu, mudah terkesima dengan modal air liur walaupun basi baunya disedut sedang semua yang dihidangkan terlalu bagak bagi akal yang mahu memerhatikan..

'Berwuduklah' tuan...

Untuk cerita tekukur dalam sangkar emas itu tadi, boleh rujuk Ali Ahmad, 1975. "Cerita Tekukur. Sebuah Alegori Politik", Dewan Bahasa 19(1), mukasurat 14 hingga 15.

maaf atas kebenaran yang harus ditulis dengan tegas ini..

Anonymous said...

Salam Muhammad Ibnu, adakah saudara sedar yang anda baca sekian lama tentang sejarah yang dibukukan hanyalah pandangan sesetengah orang saja. Saya bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Acinetobaxter itu. Sebenarnya Malaysia maju adaptasi sistem pentadbiran British tetapi anda juga lupa bahawa pemimpin kita ketika itu Tunku Abdul Rahman sudah pun menimba ilmu di England dan beliau sedar bahawa kemantapan sesebuah negara itu bergantung kepada ilmu-ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk kemakmuran Malaysia dan rakyatnya. Tentang isu KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA sebenarnya didalangi oleh pengaruh KOMUNISME yang dibawa dari Tanah Besar China. Pada ketika itu Parti Komunis di China ingin mengembangkan sayapnya ke rantau asia tenggara. Ini diperkuatkan dengan keyakinan mereka apabila Parti Komunis Viet telah berjaya menggalahkan Amerika Syarikat dan percaya bahawa Parti ini juga boleh memperkembangkan pengaruhnya hingga ke rantau asia tenggara. Pelan utama Parti Komunis ini adalah mencari tapak untuk menyalurkan ideologi Min Yuen. Hasilnya di Thailand kemudian ke Indonesia. Malaysia pada ketika itu sukar untuk ditembusi kerana Raja-raja Melayu sudah mula menyatu dan orang-orang Melayu ketika itu sudah ada dalam sistem pentadbiran kerajaan. Revolusi Komunisme ini kemudiannya sampai ke Indonesia. Di Indonesia Partai Komunis Indonesia cuba melayakkan diri untuk masuk ke dalam politik. Jika saudara ingat lagi apa yang pernah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman semasa rundingan Baling. Beliau dengan tegas menolak Parti Komunis Malaya untuk menyertai politik dan satu tindakan yang bijak dan langkah awal Tunku kerana semasa di England beliau telah mengkaji sistem Marxisme yang tampak celaru sehingga ke hari ini. Manakala di Indonesia Parti Komunis telah berjaya menyusup masuk ke dalam arena politik. Mereka telah mewujudkan GERWANIS dan ANGKATAN REVOLUSI kononnya untuk memperhebatkan ekonomi rantau Indonesia. Ketika Presiden Sukarno jatuh sakit maka jeneral-jeneralnya mengambilalih pentadbiran dan seperti yang dijangkakan Partai Komunis Indonesi(PKI)telah mula menyusun strategi untuk menggulingkan pemerintahan Presiden. Anggota PKI juga berjaya masuk ke dalam sistem pertahanan Indonesia. Maka TNI-AD dan sebahagian anggotanya yang menyokong GERAKAN 30 SEPTEMBER 1965 telah melancarkan kempen GANYANG MALAYA pada 1963, dua tahun awal. Sebahagian PKI telah sampai di Kalimantan Barat sejak 1960 lagi tanpa disedari Malaysia yang ketika itu sibuk dengan aksi-aksi Si Chin Peng dan Bong Kee Chok.PKI telah membentuk satu pusat latihan ketenteraan. Cuba saudara renungkan,apa kekuatan Malaysia ketika zaman pahit itu?

Anonymous said...

Salam Muhammad Ibnu, adakah saudara sedar yang anda baca sekian lama tentang sejarah yang dibukukan hanyalah pandangan sesetengah orang saja. Saya bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Acinetobaxter itu. Sebenarnya Malaysia maju adaptasi sistem pentadbiran British tetapi anda juga lupa bahawa pemimpin kita ketika itu Tunku Abdul Rahman sudah pun menimba ilmu di England dan beliau sedar bahawa kemantapan sesebuah negara itu bergantung kepada ilmu-ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk kemakmuran Malaysia dan rakyatnya. Tentang isu KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA sebenarnya didalangi oleh pengaruh KOMUNISME yang dibawa dari Tanah Besar China. Pada ketika itu Parti Komunis di China ingin mengembangkan sayapnya ke rantau asia tenggara. Ini diperkuatkan dengan keyakinan mereka apabila Parti Komunis Viet telah berjaya menggalahkan Amerika Syarikat dan percaya bahawa Parti ini juga boleh memperkembangkan pengaruhnya hingga ke rantau asia tenggara. Pelan utama Parti Komunis ini adalah mencari tapak untuk menyalurkan ideologi Min Yuen. Hasilnya di Thailand kemudian ke Indonesia. Malaysia pada ketika itu sukar untuk ditembusi kerana Raja-raja Melayu sudah mula menyatu dan orang-orang Melayu ketika itu sudah ada dalam sistem pentadbiran kerajaan. Revolusi Komunisme ini kemudiannya sampai ke Indonesia. Di Indonesia Partai Komunis Indonesia cuba melayakkan diri untuk masuk ke dalam politik. Jika saudara ingat lagi apa yang pernah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman semasa rundingan Baling. Beliau dengan tegas menolak Parti Komunis Malaya untuk menyertai politik dan satu tindakan yang bijak dan langkah awal Tunku kerana semasa di England beliau telah mengkaji sistem Marxisme yang tampak celaru sehingga ke hari ini. Manakala di Indonesia Parti Komunis telah berjaya menyusup masuk ke dalam arena politik. Mereka telah mewujudkan GERWANIS dan ANGKATAN REVOLUSI kononnya untuk memperhebatkan ekonomi rantau Indonesia. Ketika Presiden Sukarno jatuh sakit maka jeneral-jeneralnya mengambilalih pentadbiran dan seperti yang dijangkakan Partai Komunis Indonesi(PKI)telah mula menyusun strategi untuk menggulingkan pemerintahan Presiden. Anggota PKI juga berjaya masuk ke dalam sistem pertahanan Indonesia. Maka TNI-AD dan sebahagian anggotanya yang menyokong GERAKAN 30 SEPTEMBER 1965 telah melancarkan kempen GANYANG MALAYA pada 1963, dua tahun awal. Sebahagian PKI telah sampai di Kalimantan Barat sejak 1960 lagi tanpa disedari Malaysia yang ketika itu sibuk dengan aksi-aksi Si Chin Peng dan Bong Kee Chok.PKI telah membentuk satu pusat latihan ketenteraan. Cuba saudara renungkan,apa kekuatan Malaysia ketika zaman pahit itu?