satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.
mereka hanya pentingkan kepentingan politik dengan mengadaikan agama...
Anonymous 1:29.. golongan seperti mereka sudah wujud semenjak lama dahulu.. kita doakan supaya kita juga tidak menjadi seperti mereka dalam hayat kita yang berbaki ini nanti. Amin.
Saudara Nizam, pernahkah Machiavelli pada zamannya mengaku dirinya seorang nabi dan rasul? Mungkin jugak tak pernah terlintas di fikiran Si Machiavelli zaman itu nak jadi nabi. Pada pendapat saya lah kan, kalau lah Sang ‘pengamal politik ala Machiavelli’ yang saudara maksudkan dalam artikel di atas, ditakdirkan suatu hari nanti ‘mengaku’ dirinya adalah seorang nabi dan rasul, untuk Malaysia khususnya, dan dunia am nya, sudah pasti berduyun-duyun sudi ‘mendaftar’ menjadi umatnya dan mereka ini sudah pasti tidak menunggu masa lagi mengurap “Sang Nabi” itu dengan minyak suci…. CD CD sabdanya akan menjadi ‘alunan suci’ di kedai-kedai dan rumah rumah, kalam-kalamnya akan dijadikan ‘tangkal dan azimat’ oleh umat-umatnya, khutbah-khutbahnya akan mendapat liputan di seluruh dunia…. Sekiranya ini berlaku sudah pasti Sang ‘pengamal politik ala Machiavelli’ ini nanti akan mengatasi keagungan dan kemuliaan Si Machiavelli yang ori itu sendiri… (Panas ati den nih!)
Salam M.Razi,
Machiavelli di dalam bukunya the Prince menggunakan contoh berikut. Dia menyuruh sesiapa sahaja yang mahu berkuasa dan mengekalkan keharuman namanya supaya menunggang agama sebagaimana yang dilakukan oleh Ferdinand of Aragon, Raja Sepanyol. Ferdinand of Aragon menggunakan dan memanipulasi institusi gereja yang naif untuk menyokong gerakan perang dan politiknya sehingga dia berjaya. Dia sentiasa cuba meletakkan dirinya sebagai mewakili perjuangan agama dan perjuangan berteras agama sebagai menarik sokongan dan bantuan dari gereja. dari sini, kita fahamai bahawa nama, kedudukan dan percaturan politik yang membawa kemenangan kepada sesiapa yang mahu memerintah adalah sesuatu yang sangat penting untuk dikecapi. Dalam menuju tempat itu, menunggang doktrin agama dengan memotretkan diri selari dengan perjuangan agama dan perbuatan hebat tokoh-tokoh agama dulu merupakan satu keperluan.
Dunia sudah melihat banyak pihak yang menggunakan agama sebagai katalyst untuk mendapatkan sokongan dan laba politik.
Ramai yang tidak tahu bahawa sang pengamal politik ala machiavelli ini pernah memesongkan sebuah hadis yang merujuk secara terus kepada Rasulullah lalu disimpangkan maksud hadis itu supaya dapat difahami oleh pengunjung blognya bahawa hadis itu merujuk kepada dirinya. Saya menegur beliau melalui ruang komen, tetapi dihamun oleh pengikut fanatik beliau. Jika M.Razi berminat untuk melihat bagaimana figura ini mengakui hadis yang merujuk Rasulullah sebagai merujuk kepadanya, boleh email kepada saya di satuhala@yahoo.com utk dapatkan maklumat P&C tersebut.
Maka apa yang saudara takutkan itu sebenarnya sudah hampir berlaku satu ketika yang tidak lama dulu.
TQ n wasallam..
@Muhammad Ibnu 'Az
Salam...
Selepas 10 bulan, apa yang saya tuliskan dulu akhirnya menjadi nyata. Akhirnya dia telah menjadi 'Nabi' oleh 'umatnya'...
Malah hari ini, 16 Disember... Sudah kecoh mengenai syariat barunya... Semua agama adalah sama... Aduhai...
Sungguh ngeri bila memikirkan, sekiranya mala petaka akan menimpa semua sedikit masa lagi.
Created with by OmTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates