Tuesday, January 12, 2010

Petisyen Bantahan Penggunaan Nama Allah..

9
Assalamu'alaikum sahabat semua.. PPIM mengadakan petisyen online bagi menyatakan bantahan terhadap penggunaan kalimah oleh oleh pihak yang tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Link seperti di bawah ini. Antara berpeluk tubuh dan aktif membantah dengan tegas secara rasional dan aman, di mana kedudukan anda? Jika anda mahu membantah boleh klik imej di bawah ini untuk ke laman tersebut. Semuanya terpulang kepada anda. Saya akan menyambung posting seperti biasa dalam minggu ini.. InsyaAllah.


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

9 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

Salam..
Alhamdulillah..saya sudah melakukannya..

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Noor Afzan,
Alhamdulillah syukur kpd Allah dan terima kasih kepada Afzan. Harap lebih ramai aktif mengambil tanggungjawab seperti anda. Semoga Afzan diberikan ALlah rahmat di dunia dan akhirat. Amin. Wassalam.

Bah Lontok said...

Adakah semua orang2 yang menguna perkataan 'Allah' itu suci bersih sehingga kaum lain tidak boleh gunakan nya?
Adakah anda anggap 'Allah' itu terlalu suci di sisi melayu/Islam sehingga kaum lain tidak boleh gunakan nya?

Orang melayu/Islam pun ada juga yang minum arak, berjudi dan makan benda2 haram pasal dadah tak payah sebut lah, bukan itu saja bahkan buat kerja2 kotor seperti kahwin tidak bernikah, buang/bunuh anak baru lahir dan macam2 perkara buruk lagi.

Jadi mengapa kami tidak boleh sama gunakan perkataan 'ALLAH' itu?

Anonymous said...

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatu.
Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan pada mereka(Musyrik Mekkah): "SIAPAKAH yang menciptakan langit dan bumi"?
Tentu mereka akan menjawab "ALLAH". Katakan(ALHAMDULILLAH) SEGALA PUJI BAGI ALLAH; Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(Surah Lokman ayat 25)

satuhala said...

Bah.
Ia bukan berkenaan dengan siapa yang menggunakan nama Allah tersebut. Ia juga bukan merupakan isu suci atau tidak orang atau sesiapa sahaja yang menggunakan nama tersebut. Ia berkenaan sabitan-sabitan yang tidak patut diolakukan bagi menyamakan Allah dengan sesuatu yang bukan menyamai sifat-sifat dan zat Allah. Bah, jika sesiapa sahaja, tidak kira apa anutan agamanya mengatakan bahawa Allah itu tuhan yang menjadikan langit dan bumi, yang menurunkan hujan dan yang memberi rezeki, menciptakan manusia dan seluruh Alam dan mentadbir kesemua ini tanpa pertolongan dan tanpa Dia bersekutu dengan sesiapa, maka saya tidak akan menolak pensabitan nama Allah yang sedemikan rupa. malah saya sangat bersyukur kerana orh2 itu sedar siapa Allah sebenarnya. Ini merana semua sifat2 dan sabitan2 itu, tepat dan tidak silap perhitungan mereka terhadap Allah. Tetapi apabila dikatakan bahawa Allah itu Tuhan satu dalam tiga, Tuhan yang beranak dan diperanakkan, tuhan yang perlu membuang air selepas kenyang menikmati makanan, Tuhan yang boleh dibunuh dan disalib makhluk ciptaanNya, Tuhan yang tidak berdaya menolong diriNya sendiri ketika ditangkap orang2 Pilatus, dan juga disabitkan namaNya yang suci kepada berhala2 buatan manusia, firaun2 yang mengaku diri mereka tuhan dan objek-objek sembahan buatan manusia, perkara sebeginilah yang ditentang keras oleh saya kerana Allah sendiri tidak membenarkan. Harap Bah faham.. boleh baca penjelasan saya dalam semua artikel lepas yang berkaitan. TQ.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam warahmatullah Anonymous.. berani kerana benar dan tak perlu berselindung dnegan tanpa nama.. ayat itu benar dan seharusnya sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Allah itu tuhan yang menjadikan langit dan bumi, yang menurunkan hujan dan yang memberi rezeki, menciptakan manusia dan seluruh Alam dan mentadbir kesemua ini tanpa pertolongan dan tanpa Dia bersekutu dengan sesiapa, maka saya tidak akan menolak pensabitan nama Allah yang sedemikan rupa. malah saya sangat bersyukur kerana org2 itu sedar siapa Allah sebenarnya. Ini merana semua sifat2 dan sabitan2 itu, tepat dan tidak silap perhitungan mereka terhadap Allah. Dan ketika itu saya ucapkan Alhamdulillah. Tetapi apabila dikatakan bahawa Allah itu Tuhan satu dalam tiga, Tuhan yang beranak dan diperanakkan, tuhan yang perlu membuang air selepas kenyang menikmati makanan, Tuhan yang boleh dibunuh dan disalib makhluk ciptaanNya, Tuhan yang tidak berdaya menolong diriNya sendiri ketika ditangkap orang2 Pilatus, dan juga disabitkan namaNya yang suci kepada berhala2 buatan manusia, firaun2 yang mengaku diri mereka tuhan dan objek-objek sembahan buatan manusia, apakah pujian yang sama iaitu Alhamdulillah harus saya ucapkan??? fahami ayat al Qur'an dengan betul pada konteks penggunaannya Anonymous. Perkara sebeginilah yang ditentang keras oleh saya kerana Allah sendiri tidak membenarkan.

An Nisaa’ ayat 171
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

jadi.. harap sebelum meletakkan apa-apa komen, sila rajinkan diri dengan membaca penjelasan yang disediakan terlebih dahulu.. Semoga Allah membimbing saya dan Tuan ke arah jalan yang benar semata-mata mengharap redha dari Allah dan bukan redha dari makhluk2Nya.. Amin.

nabilah said...

saya amat menyokong pendapat saudara..lecturer agama saya mahu kelas kami mengkaji serba sedikit tentang isu ini..dari pengamatan saya ramai sangat yg bersetuju agama lain boleh guna...hanya sebb dulu mereka guna juga..tp pada saya itu bukan alasan yang kukuh..dahulu zaman kegemilangan islam umatnya utuh, akidahnyah kukuh ,tiada keraguan, agama lain juga menggunakan kalimah Allah dengan berbatas atas syarat tertentu dan tidak sesuka hati menggunakannya..tapi umat islam kini berbeza sekali..akidah sudahlah tidak berapa utuh..malah anak remaja dan anak-anak kecil mudah pula terpengaruh dgn Barat..bagi yang celik agama tidak mengapa..tapi berapa byk kah sgt yg celik di abad ini..jalan pintas yg akan dipilih anak remaja mereka pasti berfikir..ahh Allah sama sahaja di dlm mana2 agama jdi pemilihan agama adalah bebas dan tiada yg salah...bagaimanakah kita mahu menghadapi situasi anak2 remaja yg cetak agama ini?Kristian kini tidak sama seperti zaman dulu..mereka bijak memanipulasikan keadaan..seperti kata lecturer saya..perkara ini memberi impak pada remaja dan anak-anak kecil suatu hari nanti..dan itulah yang Barat mahukan...kalau boleh saya amat berharap mahkamah memberi byk garis panduan kpd mereka yg ingin menggunakan Allah..Allah is only one..dan syariat Islam adalah yg benar dari Allah..

Anonymous said...

salam. sy rs pelik kenapa org melayu risau sgt org lain guna nama ALLAH. ALLAH adalah tuhan semesta alam. semua manusia berhak menyembhnya. Jgnla gaduh sape berhak guna nama tuhan kerana tidak membawa hasil.Ini adalah penindasan kepada org lain samalah penindasan yg dilakukan oleh jahilliyah kepada muslim. Jahilliyah melarang muslim menyembah tuhan yg satu kerana kuatir agama mereka terancam. Nampak persamaan disitu? renung2kanlah.

PEMIKIR said...

Kenapa saudara anonymous x paham2 mengenai isu penggunaan nama Allah oleh golongan Kafir. Adakah saudara malas membaca dan berfikir? Telah saudara Muhammad Ibnu 'Az nyatakan Allah merujuk kepada Tuhan yang MAha Esa, tidak beranak dan diperanakkan, kepadaNya segala sesuatu itu memohon pertolongan dan tiada yang setara denganNya.

Fahami ayat ini. Kaum Arab jahiliyyah ada menggunakan nama Allah akan tetapi tidak pernah mereka menyabitkan nama Allah dengan segala sesuatu yang wujud di dunia ini.Makna kata Allah itu tidak merujuk kepada berhala2 sembahan mereka. Nama Allah itu terpelihara dari dikaitkan dengan objek2 sembahan mereka yang tidak bernyawa itu. Boleh faham setakat ini?

Puak Kristian ni pulak menuntut nama Allah untuk kegunaan mereka atas dasar yang kalimah Allah telah digunakan sebelum kedatangan Islam lagi. Makna kata pada pandangan mereka Allah ni bukan satu kata khas untuk org Islam. Akan tetapi dengan menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka. mereka2 ini telah menyabitkan Allah itu ada 3, Allah itu bersekutu dan sebagainya. Nampak tak penghinaan ini? kenapa dikatakan penghinaan? sebab Allah itu Maha Esa.tidak bersekutu dan tiada yang setara dengannya.

Sebagai hambanya yang beriman dan mempunyai akal yang waras adakah kita dengan sewenang-wenangnya membiarkan golongan kuffar menggunakan kalimah Allah yang dengannya mereka mengatakan Allah itu Tiga, boleh beranak dan diperanakkan.. Fahamilah perkara ini. Gunakan akal yang diberikan Allah untuk berfikir.

1 bukanlah 3.
Masakan 1+1=6.