Tuesday, March 3, 2009

Palestin : Sebuah Post Mortem.. 2

6
PalestinOleh Muhammad Ibn 'Az

Dari Shem ke Abram
(Bahagian pertama di sini...)
Semua kisah yang dibentang dari bahagian satu hingga bahagian dua ini diambil dari Kitab Kejadian dan Kitab Keluaran yang terkandung di dalam kitab yang di dakwa sebagai Taurat oleh orang-orang Yahudi dan Kristian. Ianya dipetik bagi membolehkan kita memahami kenapa dan apa punca perkara yang diajarkan di dalam Kitab tersebut sehingga menimbulkan kebencian mereka yang teramat sangat kepada bangsa yang mendiami Palestin sehingga menyebabkan mereka sanggup berkelakuan kejam melampaui kekejaman binatang? Semua kisah-kisah ini merupakan kisah-kisah Israeliyyat yang dibentang disini bagi memahami apa yang berada di dalam pemikiran mereka supaya dapat difahami apa punca sebenar yang membentuk sikap kejam mereka. Semua cerita yang dibentangkan ini tidak boleh diambil untuk membuat hukum apatah lagi pedoman bagi urusan sehari-harian sebagai Muslim. Ia hanya kisah-kisah Israeliyyat yang dibentangkan yang diambil dari Kitab yang didakwa mereka sebagai Taurat, Zabur dan Injil mereka. Maulana M. Rahmatullah Kairanvi, menegaskan bahawa Taurat yang didakwa sebagai dimiliki oleh golongan Yahudi dan Nasrani di dalam Bible pada ketika ini bukanlah Taurat sebenar seperti Taurat yang diberikan kepada Musa. Taurat yang sebenar sudah tidak ada lagi wujud dalam rupa bentuk dan perkataan asalnya sepertimana yang diwahyukan Allah. Jadi apa yang dibentangkan di sini adalah bagi mendapatkan gambaran bagaimana kitab-kitab mereka diubah supaya memberi kelebihan kepada segolongan manusia dari bangsa mereka dalam menjarah mukabumi ini. Begitu juga dengan Injil yang didakwa mereka merupakan Injil yang diberikan kepada Isa a.s., ianya tidak lagi wujud dalam bentuk asal. Maulana M. Rahmatullah Kairanvi, di dalam kitabnya Izhar ul Haq memetik kata-kata Imam al Qurtubi sepertimana yang dicatatkan di dalam kitab tulisannya Kitabun A’lam Bima Fi Deeni’ n Nasara Mina’l Fisadi Wa’l Awham. Imam Qurtubi berkata seperti berikut.

Gospel yang wujud pada masa ini, yang mana dikenali sebagai Injil, adalah tidak sama dengan Injil yang mana Nabi Muhammad s.a.w. sebutkan dalam perkataan berikut : ‘…dan Allah mewahyukan Taurat dan Injil sebagai petunjuk kepada orang-orang yang terdahulu..”

Sebelum dari ini, telah dibentangkan keturunan Noah (Nuh sepertimana yang tercatat di dalam Bible) bagi anak-anaknya Japheth dan Ham. Telah dijelaskan juga punca kenapa bangsa Canaan penduduk asal Palestin difitnah dengan perkara yang tidak masuk akal sepertimana yang tercatat di dalam Genesis fasal 9 dan tafsir yang dibuat di dalam Gen. Rabbah.

Bermula dari sini, dibentangkan keturunan Shem yang dikatakan dilahirkan tanpa kulup di kemaluan seolah-olah telah pun dia berkhatan sebelum dilahirkan3. Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, keutamaan Japheth sebagai anak sulung telah dikirikan hanya di atas alasan bahawa keutamaan harus diberikan kepada mereka yang dari susur jalur keturunannya melahirkan bangsa Israil.

Bermula pada keturunan Noah ini, ketidakadilan dan penghinaan ke atas bangsa Canaan yang merupakan penduduk asal Palestin dilakukan oleh ahli-ahli kitab bagi memuliakan keturunan bangsa mereka. Yang berhak, dirampas hak mereka, yang tidak berhak diberikan hak-hak palsu dengan pelbagai jalan menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara ala-ala Machiavali. Malah, bermula dari sini, bangsa-bangsa dari keturunan Ham diletakkan pada kedudukan yang terlalu rendah dibandingkan bangsa-bangsa yang berasal dari Shem dan Japheth. Melalui kitab mereka ini, bangsa Canaan merupakan bangsa yang dikelaskan lebih rendah dari kelas hamba sahaya. Mereka boleh diperlakukan apa saja oleh bangsa-bangsa yang dikelaskan lebih tinggi dan lebih mulia dari mereka.

Evolusi Bahasa Bermula dengan Rancangan Memerangi Tuhan
Selepas daripada banjir besar Noah, manusia pada ketika itu masih lagi berkomunikasi di dalam satu bahasa yang sama dengan bahasa yang dituturkan Adam. Bahasa yang menjadi asal kepada bahasa-bahasa Semitik yang dituturkan menyatukan kesemua manusia yang wujud pada ketika itu. Mereka bersatu di dalam setiap perbuatan mereka. Di dalam Genesis 11 (Kitab Kejadian) diberitakan bahawa pada ketika tersebut manusia yang bercakap dalam bahasa yang sama bersatu dalam satu keputusan yang diambil iaitu melancarkan perang terhadap Tuhan.

Menurut Gen.Rabbah (Bereishit Rabbah), Kitab Midrash bagi Kitab Kejadian ini di dalam tradisi Yahudi, dinyatakan bahawa umat manusia yang wujud pada masa itu semakin maju di dalam pembangunan dan pembuatan. Pada ketika itu mereka bertutur bahasa yang sama dan bersatu suara.

Bersatu suara di sini ditafsirkan dengan penjelasan-penjelasan berikut sebagaimana yang tercatat di dalam Midrash, Bereishit Rabbah. Penjelasan pertama menyatakan bahawa umat manusia yang hidup pada ketika itu mahu mencabar Tuhan dan merampas kuasa kerajaan Tuhan di langit dengan berkata;

“He had no right to select for Himself the upper regions. Let us ascend to the sky and wage war with Him.”3

Terjemahannya : “Dia tiada hak untuk memilih untuk diriNya bahagian yang berada di atas (kerajaan langit). Mari kita mendaki ke langit dan melancarkan perang terhadapNya.”
Penjelasan kedua di dalam Gen. Rabbah, menjelaskan maksud bersatu suara sebagai berikut:
They said, “Once every 1,656 years, the sky totters, as it did in the time of the Flood. Come and let us make supports for it.” 3

Terjemahannya : “Pada setiap 1,656 tahun, langit akan bergolak dan runtuh, sebagaimana yang berlaku semasa Banjir Besar. Mari kita membuat tompang bagi menyokongnya (langit tersebut).”

Perbuatan mereka ini ditakrifkan sebagai cuba menentang ketentuan Tuhan sepertimana yang tercatat di dalam Bible mereka. Lalu Tuhan apabila menyaksikan manusia-manusia yang bertutur dalam bahasa yang sama ini bersatu suara dalam cita-cita untuk merampas kuasa daripadaNya, maka dicatatkan di dalam Bible mereka sepertimana berikut:

Genesis fasal 11 ayat 6 - 9
11:6 And the LORD said, Behold, the people is one, and they have all one language; and this they begin to do: and now nothing will be restrained from them, which they have imagined to do. 11:7 Go to, let us go down, and there confound their language, that they may not understand one another's speech. 11:8 So the LORD scattered them abroad from thence upon the face of all the earth: and they left off to build the city. 11:9 Therefore is the name of it called Babel; because the LORD did there confound the language of all the earth: and from thence did the LORD scatter them abroad upon the face of all the earth.
Terjemahannya : Kitab Kejadian 11 ayat 6 – 9
11:6 Dan Tuhan berkata, Saksikan, manusia itu bersatu, dan mereka bertutur satu bahasa yang sama; dan ini (pula) yang mereka lakukan: sekarang tiada apa yang akan dihalang kepada mereka, pada setiap apa yang mereka ingin lakukan. 11:7 Pergilah, Kami akan ke bawah, dan kelirukan bahasa pertuturan mereka, supaya mereka tidak akan lagi memahami pertuturan antara satu sama lain. 11:8 Lalu Tuhan menyelerakkan mereka berjauhan dari situ ke seluruh permukaan bumi.4

Tempat di mana umat manusia ini mula diselerakkan ke seluruh dunia dinamakan sebagai Babel (Babil atau Babylon). Selepas dari itu, usaha umat manusia pada ketika itu untuk melancarkan perang terhadap Tuhan terbantut dengan berseleraknya mereka ke seluruh permukaan bumi.

Bermulanya Bangsa Hebrew
Dari keturunan Shem bermulalah kewujudan sebuah bangsa yang dinamakan sebagai bangsa Hebrew. Menurut satu sumber, nama Hebrew berasal dari perkataan Khabiru atau Habiru, nama yang digelarkan kepada mereka oleh puak-puak yang memusuhi mereka. Ianya membawa maksud ‘pendatang asing’, ‘orang terbuang’ atau pun ‘nomad’.9 Menurut satu sumber lain pula, ianya berkait rapat dengan perkataan ‘Ever’ atau ‘Eber’, yang merujuk kepada mereka-mereka yang berasal dari bahagian Euphrates yang bertentangan.10
Beberapa generasi keturunan yang berasal dari Shem menyaksikan Terah dilahirkan kepada Nahor. Pada usia 70 tahun, Terah (menurut al Qur’an namanya Aazar. Rujuk surah al An’aam ayat 74) sudah pun mejadi bapa kepada tiga orang cahayamata yang dinamakan sebagai Abram (yang kemudiannya akan ditukarkan namanya menjadi Abraham oleh Tuhan), Nahor (dinamakan sama seperti datuknya) dan Haran.

Berkenaan dengan perbezaan nama antara sumber al Qur’an yang menyatakan bahawa nama bapa Ibrahim ialah Aazar manakala Bible pula menyatakannya sebagai Terah, di sini dibawakan sedikit penjelasan yang diambil dari artikel bertajuk Abraham : Journey of Faith dalam majalah National Geographic keluaran Disember 2001 sebagai berikut :
If archeology denies us any direct evidence of Abraham, Terah’s name appears tantalizing in cuneiform tablets. Ömer Faruk Harman of Marmara University in Istanbul cautions that “Terah” almost certainly is not a personal name. It is probably a clan name or the name of a town in extreme northern Syria or, more likely, southeastern Turkey, not far from Haran. 18
(Terjemahannya : Jika bukti arkeologi menafikan fakta kewujudan Abraham, nama Terah muncul di dalam tablet-tablet Cuneiform memberikan harapan. Ömer Faruk Harman dari Marmara University, Istanbul, memperingatkan bahawa “Terah” itu hampir pasti bukanlah nama khas seseorang. Berkemungkinan nama tersebut merujuk kepada nama satu puak atau nama sebuah pekan di bahagian Syria paling utara atau, berkemungkinan, Timur Laut Turki, tidak jauh dari Haran.)

Jadi bila sahaja al Qur’an menyebut sesuatu perkara itu, tentu sahaja perkara itulah yang paling benar, dan tujuan nama Aazar disebutkan dengan jelas di dalam surah al An’Aam di dalam al Qur’an adalah bagi memperbetulkan tanggapan silap ahli-ahli kitab sebelum ini. Bayangkan situasi bagaimana Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan kecaman golongan Yahudi kerana membawakan pembetulan terhadap apa yang dipercayai sejak sekian lama oleh golongan ahli kitab ini tanpa mempunyai bukti sokongan. Mereka mengecam Rasulullah kerana menyatakan bapa Ibrahim bernama Aazar sedangkan kitab mereka menyatakan namanya Terah. Beruntung kita kerana kita sekarang hidup di zaman di mana akses ilmu dan aktiviti-aktiviti arkeologi membawakan bukti-bukti jelas yang menyokong kenyataan-kenyataan al Qur’an. Tidak dapat dibayangkan tahap iman mereka dan bagaimana para sahabat dan Rasulullah sendiri bertahan dari ejekan dan penghinaan golongan-golongan yang menentang mereka kerana kebenaran yang dibawa mereka, dan kebenaran itu pula hanya terbukti jelas selepas 1300 tahun lamanya selepas mereka menyampaikan. Mampukah kita mempertahankan kebenaran Islam sehingga ke akhir hayat kita?

Bagaimana pula kitab yang dikatakan terdahulu dari al Qur’an boleh mengandungi kesilapan manakala al Qur’an yang terkemudian dari itu pula tidak? Jawapan mudahnya ialah, al Qur’an itu sebenar-benar wahyu dari Allah dan kitab yang berada di tangan mereka itu bukanlah kitab yang asal. Sebagai menjelaskan lagi perkara ini, dibawakan penjelasan dari Maulana M. Rahmatullah Kairanvi bahawa kitab yang di dakwa ahli kitab sebagai Taurat dari Musa itu sebenarnya bukanlah kitab yang asal. Taurat atau Torah yang dikenali juga sebagai Pentateuch tidak diketahui kewujudannya sebelum dari zaman King Josiah, anak kepada Amon. King Josiah ini merupakan Raja kerajaan Judah pada ketika zaman Nabi Jeremiah dan Nabi Zephaniah. Dia menaiki takhta pada usianya 8 tahun. Susur galur keturunannya dari zaman Musa adalah seperti yang catatkan di dalam 1 Chronicles fasal 3 ayat 1 hingga 14. Di dalam 1 Chronicles fasal 3 ayat 1 hingga 14, dicatatkan bahawa King Josiah merupakan keturunan David (Daud) pada generasi ke 11. David pula merupakan generasi dari anak keturunan Judah dan merupakan keturunan beberapa generasi yang jauh dari zaman Moses (Musa).

Sebagaimana yang dikatakan awal tadi bahawa Pentateuch atau lima kitab awal Moses yang juga dikenali sebagai Torah itu, hanya diketahui kewujudannya dan membuat kemunculan di dalam sejarah setelah seorang pendeta Yahudi bernama Hilkiah dikatakan menemuinya pada tahun ke 18 King Josiah menaiki takhta. 17 Ianya berlaku setelah King Josiah membersihkan keseluruhanJerusalem dari berhala-berhala dan amalan-amalan khurafat dengan niat untuk mengembalikan kesemua Bani Israil kepada agama asal mereka dan membawa mereka kembali kepada Tuhan yang disembah bapanya David. Tidaklah dapat dianggap ianya catatan sebenar Torah hanya bersandarkan kepada faktor dalil yang menyatakan bahawa ianya Torah yang sebenar kerana ianya ditemui pendeta Yahudi dan disahkan mereka. Sedangkan selama ribuan tahun kitab itu hilang tanpa diketahui kewujudannya sebelum itu.
Lebih malang lagi, kitab-kitab yang di dakwa sebagai Torah ini, sekali lagi hilang dari muka bumi ini setelah Jerusalem diserang Nebuchadnezzar dari Babylon. Tidak hanya lima buku yang dikatakan Torah tersebut lesap, malah, keseluruhan kitab-kitab yang terkandung di dalam apa yang di dakwa mereka sebagai Old Testament hilang di dalam serangan tersebut. Menurut sumber Kristian, Torah itu hanya ditulis semula oleh Ezra yang dianggap mereka sebagai Nabi. Menurut kepada susur galur keturunannya sepertimana yang tercatat di dalam Kitab Ezra fasal 7 ayat 1 – 5, Ezra merupakan seorang lelaki berketurunan Levi dan merupakan cicit kepada Hilkiah, pendeta yang disebut awal tadi sebagai menemui kembali Kitab Torah yang hilang. Ezra menulis kembali kitab-kitab yang hilang tersebut dengan di bantu oleh dua orang lagi yang dianggap sebagai nabi iaitu Haggai dan Zechariah. Zaman di mana semua ini berlaku merupakan zaman semasa Cyrus, Raja Parsi menakluki Babylon dan mengarahkan serta membenarkan orang-orang yahudi yang ditakluk kembali ke Jerusalem.
Berbalik kepada cerita keturunan dari Shem ini, mereka ini yang digelarkan sebagai bangsa Hebrew menetap di sebuah tempat yang dinamakan sebagai Ur di penempatan orang-orang Kaldan (Chaldean), sebuah penempatan berdekatan Sungai Euphrates di selatan Iraq kini.
Ur menurut G.A. Smith di dalam bukunya Jerusalem From The Earliest Time To 70 a.d. menyatakan bahawa ianya merujuk kepada Uru yang membawa maksud ‘kota’ sepertimana dicatatkan di dalam tablet-tablet, Tell el-amarna, yang merupakan surat-surat yang dihantarkan kepada Firaun Amenophis III dan anaknya Akhenaten pada sekitar 1400 tahun sebelum masihi di Babylon. 12 Menurut HAMKA pula, Ur di dalam bahasa orang-orang Kaldan (Chaldeans) menghampiri maksud cahaya sepertimana perkataan Nur di dalam bahasa Arab. Hamka juga menjelaskan apabila Siti hajar mengandungkan Ismail, mereka dibawakan Ibrahim ke sebuah ‘lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan’ yang dikenali kita sebagai Mekah. Anak kedua Ibrahim iaitu Ishak pula dilahirkan di sebuah tempat yang dinamakan sebagai Ur Syalim (Cahaya Selamat), yang kemudiannya dikenali sebagai Jerusalem.

Pada ketika Abram bermastautin di Ur, kawasan tersebut termasuk di bawah jajahan seorang raja yang dinamakan sebagai Nimrod (Namrud) yang merupakan keturunan yang berasal dari anak sulung Noah (Nuh) iaitu Japteth. Nimrod ini menurut Bible dikatakan sebagai Raja Penakluk pertama yang muncul dari umat manusia. 13
Penduduk Ur merupakan penyembah berhala dan mereka menyembah Tuhan yang menyamai konsep Trimurti dan Trinity. Trinity di dalam Kristian bulanlah doktrin asal agama mereka tetapi merupakan serapan agama Pagan eropah yang merubah struktur agama Kristian yang asal yang menyembah Tuhan yang satu sepertimana ditegaskan Jesus di dalam Mark 12 : 29. Hanya kerana ingin mendapatkan perlindungan dan kuasa politik, mereka mengubah doktrin yang menjadi asas Tauhid dalam agama mereka dengan sewenang-wenangnya. Begitu juga dengan apa yang berlaku dinegara kita ini, telah muncul golongan-golongan agama yang mula bersikap sepertimana ahli-ahli kitab berhukum dengan kitab mereka. Mereka menghukum musuh mereka dengan pelbagai ayat al Qur’an dan hadis yang ditimbulkan dan menyembunyikan kemurkaan Tuhan terhadap mereka dengan ayat-ayat al Qur’an dan hadis-hadis yang mereka sembunyikan. Mereka sama sahaja dengan golongan ahli kitab yang dilaknat Allah. Dengan topeng agama mereka memperkudakan orang ramai semata-mata mahu mencapai cita-cita mereka mahu berebut kuasa tanpa mereka sedar jemaah yang ditubuhkan mereka itu merupakan jemaah yang terbatal setelah wujudnya jemaah umat Islam yang lebih awal. Mereka menghentam dan mencarutkan ulama’-ulama’ yang menegur mereka apatah lagi orang-orang biasa. Di dalam ceramah mereka mereka menceritakan mengenai ilmu ladunni, tetapi apabila sahaja orang-orang biasa menegur mereka atas kapasiti ayat 110 surah Ali Imran, mereka menempelak golongan itu sebagai golongan loyar buruk dan tidak setaraf dengan mereka. Benarlah kata-kata seperti yang dipetik di bawah.

“Ignorance of the laity is the revenue for the clergy”. (Kejahilan orang kebanyakan merupakan keuntungan bagi pendeta/ulama’)

Berbalik kepada Tuhan-tuhan orang Kaldan. Tuhan yang pertama dari Trinity mereka merupakan Bulan yang dianggap mereka sebagai ‘pemimpin segala dewa’ yang digelarkan sebagai Baal Rona di dalam kepercayaan orang-orang Kaldan dan Babylon. Di Babylon mereka mendirikan Ma’bad (tempat pemujaan) bulan. Tuhan yang kedua ialah matahari yang disebut mereka sebagai San atau Sansi (juga disebutkan sebagai Sin). Ia kemudian mengalami proses evolusi bahasa dan menyerap masuk di dalam bahasa orang-orang Aryan yang akhirnya menggelarkan Matahari dengan nama Sun. Tuhan ketiga dinamakan sebagai Ful atau dikenali juga dengan nama Eva, iaitu Dewa Udara yang menguasai perjalanan angin, taufan, ombak dan yang menentukan musim serta menganugerahkan hasil tani. Tuhan mereka yang paling tinggi dinamakan sebagai Eel. Sisa-sisa ajaran Nabi Nuh yang masih berbaki yang menyatakan bahawa adanya Tuhan yang tidak berbentuk, tidak berupa masih berbaki di dalam agama yang dianuti orang-orang Kaldan lantas Eel diangkat mereka menjadi Tuhan yang paling tinggi dan tidak diberhalakan.

Kepercayaan inilah yang ditentang Abram (Ibrahim) setelah dia mula memerhatikan dengan akal akan semua perkara yang berlaku disekelilingnya. Dia mula memerhatikan semua kejadian alam seperti matahari, bulan dan bintang yang dianggap masyarakat bangsanya sebagai tuhan-tuhan yang disembah. Di dalam Bible tidak dicatatkan riwayat ini kerana cerita Abram di dalam Bible hanya menjurus kepada Covenant (perjanjian) Abram dan bangsanya keturunannya yang akan dimuliakan oleh Tuhan mereka di dalam Bible. Tetapi kisah ini ada dicatatkan di dalam al Qur’an di dalam surah al An’aam ayat 75 - 79. Oleh kerana tujuan penulisan ini ditulis bagi memahami kenapa bangsa Palestin dibenci dan dimusuhi Yahudi dan Kristian, maka hampir semua yang dibentang di sini bersumberkan kepada sumber-sumber yang dijadikan mereka sebagai panduan dalam kehidupan mereka.

Mengenai orang-orang Kaldan, menurut Ikrimah sebagaimana yang dicatatkan HAMKA di dalam tafsir al Azharnya 16, merupakan keturunan orang-orang Nabthi sisa-sisa kaum Amalik (Amalekites di dalam Bible) yang menetap di tanah Iraq purba. Kaum Amalik ini merupakan nenek moyang purba kepada keturunan Arab. Beri perhatian kepada perkataan kaum Amalik (Amalekites) ini kerana ia ada kaitan dengan ajaran kitab Yahudi dan Kristian yang mengarahkan pembunuhan secara total dan tidak berperi kemanusiaan keturunan kaum ini. Ianya ada kaitan jelas dengan isu Palestin dan akan dijelaskan di dalam bahagian-bahagian akan datang.

Perkembangan Agama Orang-Orang Hebrew
Menurut Edward McNall Burns, di dalam bukunya bertajuk Western Civilizations : Their History and Their Culture 10 yang diterbitkan pada tahun 1948, agama orang-orang Hebrew, menurut apa yang tercatat di dalam Old Testament di dalam Bible, berevolusi dalam lima peringkat sebelum mencapai apa yang dianuti mereka pada ketika ini.

Peringkat pertama
Peringkat pertama perkembangan agama mereka bermula dari zaman penciptaan sehingga sebelum tahun 1100 s.m. Peringkat pertama ini dinamakan sebagai peringkat pre-Mosaic (pra-Musa). Pada ketika ini, amalan animisme, penyembahan roh yang tinggal di dalam semak, gunung-ganang, pohon-pohon, perigi-perigi, mata air dan batu-batuan dalam bentuk yang pelik dilakukan secara meluas. Sihir juga diamalkan dengan meluas dengan pemujaan serta komunikasi dengan alam orang mati serta korban menolak bala dilakukan. Secara beransur-ansur, amalan animisme ini lenyap dengan timbulnya pemahaman baru mereka tentang tuhan-tuhan anthropomorphic. Anthropomorphic membawa maksud ciri-ciri dan sifat-sifat yang ada pada manusia disifatkan ada pada Tuhan. Tuhan-tuhan anthropomorphic ini mula disembah oleh puak-puak yang wujud di tempat-tempat berbeza pada zaman tersebut. Setiap satu puak dengan tuhan mereka yang tersendiri. Beberapa tuhan dari tuhan-tuhan anthropomorphic ini digelarkan mereka dengan beberapa nama tetapi nama yang biasa digunapakai untuk mengambar tuhan sembahan mereka ialah ‘El’ yang membawa maksud Tuhan di dalam bahasa mereka. Pada ketika ini, nama Yahweh yang biasa digunakan sebagai Tuhan di dalam tradisi Bible belum lagi diperkenalkan.

Peringkat Kedua
Peringkat ini pula bermula dari kurun ke dua belas sebelum masihi hingga ke kurun ke sembilan sebelum masihi. Jika peringkat pertama dahulu, amalan animisme dan sabitan anthropomorphism kepada Tuhan menjadi pegangan mereka, peringkat kedua ini pula mereka berevolusi dari menyembah pelbagai tuhan ke penyembahan satu tuhan tanpa menafikan kewujudan tuhan-tuhan yang lain. Akidah seperti ini dinamakan sebagai monolatry. Monolatry tidak menafikan kewujudan dan kuasa-kuasa yang ada pada tuhan-tuhan yang lain, tetapi di dalam akidah monolatry ini, mereka hanya menyembah satu tuhan khas. Ia bermula apabila Moses (Musa di dalam Bible) dilantik Tuhan sebagai wakilnya untuk mengajak orang-orang Hebrew kembali menyembahnya. Tuhan (menurut Bible) pada ketika itu memperkenalkan dirinya kepada Moses sebagai ‘YHWH’ apabila ditanyakan Moses kepadaNya akan namaNya supaya dapat dipermudahkan Moses untuk memperkenalkan Tuhan tersebut kepada kaumnya. Tiada siapa pun di dalam tradisi Yahudi dan Kristian tahu bagaimana untuk menyebutnya. Malah termasuk di dalam perbuatan yang dilaknat jika nama Tuhan YHWH silap disebut. Oleh kerana laknat yang menanti dan tiada siapa pun yang pasti bagaimana cara sebenar untuk menyebut nama tuhan YHWH itu, maka diharamkan mana-mana pihak menyebutnya kecuali dengan menggunakan gantian nama lain bagi menggantikan nama tersebut. Pihak Yahudi menyebutnya sebagai Adonai.
Edward McNall Burns menambah, YHWH, tuhan dalam peringkat ini sering dilihat sebagai tuhan yang adakalanya baik dan adakalanya manjadi panas baran, berfikiran singkat dan menghukum manusia tanpa usul periksa. Adalah sesuatu yang pelik untuk mensabitkan tuhan YHWH sepertimana yang dicatatkan di dalam Bible semasa evolusi peringkat kedua ini sebagai Yang Maha Kuat dan Perkasa kerana kuasanya sangat terbatas sebagaimana yang dinyatakan di dalam 2 Kings fasal 5 ayat 17 yang menceritakan tentang Namaan, orang Syria yang memeluk agama YHWH setelah disembuhkan penyakit kulitnya oleh Nabi Elisha (menurut Bible). Setelah dia mahu kembali ke Syria, dia meminta kepada Elisha untuk memuatpenuh dua ekor baghal dengan tanah yang dikutip di Palestin supaya dapat dia menyembah YHWH di Syria. Pada ketika itu, dipercayai bahawa Tuhan-Tuhan hanya boleh disembah di tanah mereka sendiri.11 Jadi untuk menyembah YHWH, tuhan orang-orang Israel di Palestin, maka tanah bumi Palestin haruslah di bawa ke Syria. Agama yang bertuhankan kepada YHWH ini juga pada ketika ini hanya memberi jaminan tentang keselamatan dan nikmat kebahagiaan dunia tanpa langsung diberitakan atau dinyatakan bahawa terdapatnya kehidupan akhirat. Diperingkat ini, agama yang bertuhankan YHWH tuhan orang-orang Hebrew ini hanya membicarakan tentang kebahagiaan dan kesengsaraan kehidupan dunia. Walaupun tuhan kepada orang-orang Hebrew ini dicatatkan di dalam Bible mereka sebagai mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan, tetapi tuhan bernama YHWH ini masih lagi dianggap mereka sebagai pelindung dan sumber kuasa kejayaan bangsa mereka. Tuhan ini juga dianggap sebagai pelindung kepada golongan balu/janda serta anak-anak yatim. Dia juga dikenali sebagai tuhan yang akan menghukum Bani Israel sekiranya mereka mengabaikan perintahNya.

Menjelang kurun ke sembilan sebelum masihi, agama Hebrew ini menjadi semakin tercemar dengan perbuatan seperti penyembahan berhala dan sebagainya akibat dari kemasukan pengaruh budaya dari masyarakat sekeliling yang tinggal bersama dengan mereka. Agama mereka yang menyembah YHWH ini menjadi semakin rosak sehinggakan tidak dapat dibezakan antara penganut agama ini dengan agama yang dianuti oleh penyembah-penyembah berhala sepertimana orang-orang Phoenician dan penyembah-penyembah berhala Baal di Canaan. Melihatkan kerosakan yang berlaku ini, beberapa kumpulan di dalam orang-orang Hebrew yang mengamalkan disiplin ketat di dalam beragama iaitu kumpulan Nazirites dan Rechabites mula menjalankan kerja-kerja dakwah mereka mengajak orang-orang Hebrew untuk kembali kepada jalan asal agama nenek moyang mereka.
Pengikut-pengikut Nazirites dan Rechabites ini memencilkan diri mereka dan cuba membuang setiap apa yang dirasakan mereka sebagai pengaruh luaran yang tidak ada kena mengena dengan agama mereka sepenuhnya. Tindakan ini yang kita fahami sebagai zuhud dilakukan mereka sehingga ke tahap mereka memaksa pengikut-pengikut mereka kembali tinggal di dalam khemah dan meninggalkan tempat-tempat tinggal dalam rupa yang biasa didiami orang-orang asing.

Pada ketika inilah munculnya Elijah yang mereka gelarkan sebagai nabi, memberontak dan bertindak dengan cara kekerasan bagi menjaga kesucian agama mereka. Malah Elijah pernah menyeret seorang pendeta dari kalangan penyembah berhala Baal dari tempat pemujaan lantas memenggal leher pendeta tersebut dengan tangannya sendiri. Walaupun Elijah tidak mempersoalkan tentang kewujudan tuhan-tuhan lain selain dari YHWH, tetapi dia berkeras menyatakan bahawa orang-orang Hebrew hanya boleh menyembah YHWH, Tuhan kebenaran dan tuhan orang-orang Hebrew.

Peringkat Ketiga
Reformasi agama yang cuba dilakukan pada peringkat ini hanya berjaya dicapai pada zaman Amos, Hosea, Isaiah dan Micah yang mereka anggap sebagai nabi-nabi. Zaman ini digelarkan sebagai zaman Wahyu-wahyu kenabian dan berlaku sekitar kurun ke tujuh sebelum masihi. Mereka-mereka ini lebih progressif jika dibandingkan dengan method dakwah keras yang diambil oleh Elijah. Mereka juga tidak mengajarkan supaya orang-orang Hebrew membuang langsung dunia dan memencilkan diri, tetapi apa yang dibawakan dan diajarkan mereka ialah agama Hebrew yang dianuti mereka memerlukan satu bentuk pembaharuan bagi mencapai apa yang sepatutnya dicapai dalam beramal di dalam agama tersebut. Mereka-mereka ini menggariskan tiga rukun di dalam agama mereka sebagai asas kepercayaan.

  1. Monotheism – memperakui bahawa tiada tuhan lain yang wujud dan memperakui bahawa YHWH itu satu-satunya tuhan yang disembah diseluruh langit dan bumi.
  2. YHWH itu Tuhan yang mengajak kepada kebaikan secara eksklusif, memiliki kuasa terhad dan semua kejahatan itu berpunca dari sikap manusia.
  3. Tujuan agama pada ketika itu hanya berdasarkan etika iaitu manusia seharusnya membuat kebaikan dan menolak kejahatan.
Dengan mengusir keluar semua elemen-elemen pengaruh luaran dari agama mereka, mereka menyediakan bangsa mereka dengan kekuatan bagi mengatasi ancaman luar pada ketika itu. Tetapi, kepercayaan agama mereka pada ketika ini masih lagi belum membicarakan menegai Syurga dan Neraka serta tiada wujudnya perwatakan Syaitan yang menjadi watak antagonist terhadap kerja-kerja Tuhan. Pada peringkat ketiga evolusi agama mereka inilah mereka mencapai objektif untuk menghampiri sehampir mungkin ajaran agama Hebrew mengikut kepercayaan mereka.

Peringkat ke Empat
Setelah evolusi diperingkat ketiga, mereka mula kembali terpengaruh dengan pengaruh luaran yang bermula apabila orang-orang Hebrew ditangkap dan dibawa ke Babylon dari 586 s.m. ke 539 s.m. Di peringkat ini, mereka mula memasukkan idea-idea berkenaan takdir yang telah ditentukan, kejahatan yang akan menguasai dunia dan idea mengenai sifat Tuhan yang bersatu dengan seluruh alam tetapi tidak terpengaruh dengan apa jua kesan alam terhadapNya.

Mereka juga kini mula menganggap YHWH sebagai Tuhan yang luas kekuasaanNya dan tidak terhad sepertimana mereka fikirkan sebelum ini di dalam peringkat ketiga perkembangan agama mereka. Tuhan YHWH mereka juga mula disifatkan mereka sebagai tidak tercapai akal untuk dapat dibayangkan dan mereka kini menganggapNya sebagai Tuhan Yang Maha Suci.

Di peringkat ini juga mereka mula mengatakan bahawa tugas seorang manusia ialah untuk berserah diri sepenuhnya kepada kehendak Tuhan dan apa yang Dia rancangkan untuk mereka. Untuk menjadikan identiti bangsa mereka kekal dan mudah dikenali, mereka kembali mempraktikkan amalan-amalan yang lama ditinggalkan mereka sebelum ini seperti amalan berkhatan, beribadat di Synagog, memakan hanya makanan yang dikategorikan sebagai kosher (di dalam Islam digelarkan sebagai makanan halal) dan meninggalkan perbuatan memakan makanan yang diharamkan ke atas mereka. Dengan berkembangnya kefahaman dan kembalinya mereka mempraktiskan amalan ibadat di dalam agama mereka, bidang kuasa yang terdapat pada golongan pendeta dan rabbi-rabbi dikalangan mereka menjadi bertambah kuat dan kukuh. Agama anutan mereka kini mula berubah menjadi sebuah agama kerahiban atau kependetaan.

Peringkat kelima
Ia bermula selepas tempoh terbuangnya orang-orang Hebrew ke Babylon. Kali ini yang mempengaruhi perkembangan agama Hebrew ini ialah kemasukan elemen pengaruh agama yang dianuti oleh orang-orang Parsi. Pengaruh agama Zororastrian (Majusi) mula meresap masuk dan diterima doktrin agama tersebut lalu ia mengubah beberapa perkara asas di dalam agama mereka.

Pada ketika ini, dimasukkan unsur dualism dan messianic ke dalam agama Hebrew. Watak Syaitan mula diperkenalkan sebagai satu unsur negatif yang mempunyai kehendak dan keupayaan songsang yang berlawanan dengan perwatakan Tuhan yang mempunyai kuasa yang seimbang dengan Tuhan. Ia bagi melengkapi adversary bagi dualism yang lengkap. Satu kuasa baik dan satu kuasa jahat. Unsur messianic pula menjanjikan kepada mereka bahawa bangsa mereka akan diselamatkan dengan kadatangan seorang penyelamat (Messiah) bagi mengeluarkan bangsa mereka dari segala penderitaan.

Pada ketika ini juga pertama kalinya muncul unsur-unsur keimana kepada terdapatnya hari pembalasan di atas semua perkara yang dilakukan mereka di dunia. Mereka mula mempercayai adanya syurga dan neraka. Agama mereka kini mula menyatakan bahawa agama yang dianuti mereka ini merupakan agama kewahyuan yang mana kitab-kitab mereka merupakan tulisan Tuhan yang diberikan kepada manusia-manusia tertentu untuk disampaikan kepada Bani Israel.

Tujuan dijelaskan peringkat-peringkat evolusi yang berlaku di dalam agama Hebrew ini adalah bagi tujuan memberi penjelasan yang lebih mendalam supaya dapat difahami nanti bahawa dakwaan orang-orang Yahudi bahawa Tanah Palestin itu dikhususkan Tuhan untuk mereka merupakan satu dakwaan yang tidak berasas sama sekali.

Setelah dijelaskan peringkat-peringkat evolusi agama Hebrew ini, dapat kita perhatikan bahawa mereka tidak boleh sama sekali mendakwa bahawa agama yang dianuti mereka itu merupakan hak ekslusif yang diberikan dari Tuhan kepada mereka. Ini sekaligus juga akan membatalkan hujah mereka nanti yang mengatakan bahawa tanah Palestin itu dijanjikan Tuhan kepada mereka.

Berbalik kepada cerita bangsa Hebrew yang bermula dengan keturunan Shem (Sam) tadi, pada ketika Abram berumur 3 tahun menurut satu sumber Yahudi, dia yang ketika itu tinggal di dalam gua bersama keluarganya, berjalan keluar dan mula memikirkan tentang siapakah pencipta langit, bumi termasuk dirinya sendiri. Sepanjang hari, dia (menurut sumber ini) menyembah matahari. Apabila malam menjelma, matahari mula tidak kelihatan dan kini langit mula dikuasai oleh Bulan. Begitu juga sebaliknya apabila siang menjelma, lalu kuasa tersebut diambil alih oleh matahari. Abram kemudiannya berfikir bahawa keduanya langsung tidak mempunyai apa-apa kuasa. Kedua-duanya dikuasai oleh satu kuasa lain yang lebih berkuasa. KepadaNya sahaja Abram mahu berserah diri dan sujud. 13 Riwayat ini lebih kurang sama dengan apa yang dicatatkan di dalam al Qur’an surah al An’aam ayat 75 sampai 79 kecuali pada umur Abram (Ibrahim) yang dikatakan berusia 3 tahun pada ketika itu.
Mufassir al Qur’an menceritakan bahawa Ibrahim keluar dari Ur setelah berkonfrontasi dengan bapanya, Azaar. Tetapi Bible menceritakan sesuatu yang lain iaitu Terah (yang dinamakan sebagai bapa Abram di dalam Bible) membawa anaknya Abram dan anak saudaranya Lot (Luth) berpindah keluar dari Ur menuju ke Tanah Canaan (Palestin kini). Menurut Bible, pada ketika itu Abram telah berkahwin dengan Sarai dan tidak dikurniakan anak. Dalam perjalanan ke tanah Canaan mereka bermastautin di sebuah tempat yang dinamakan sebagai Haran. Terah diriwayatkan di dalam Bible meninggal dunia dan dikebumikan di situ. Pada ketika inilah, Tuhan mewahyukan kepada Abram supaya keluar dari Haran dan menuju ke sebuah tempat yang dijanjikan Tuhan kepada Abram dan seluruh keturunannya. Waktu itu dia berusia 75 (tujuh puluh lima) tahun sewaktu dia mula bergerak keluar dari Haran. Dia membawa bersamanya Lot dan isterinya serta harta kekayaan termasuk hamba-hamba mereka menuju ke Canaan. Ketika Abram memasuki Tanah Canaan dan bermusafir di dalamnya sehingga mereka sampai di sebuah tempat yang dinamakan sebagai Shechem. Di sana Tuhan di dalam Bible sekali lagi bertemu Abram dan berkata kepadanya, “Inilah Negara yang akan Aku berikan kepada keturunanmu”. Sebagai menandakan pertemuannya dengan Tuhan sebagaimana yang dicatatkan di dalam Bible, Abram membina sebuah tempat pemujaan Tuhan di sana. Kemudian dia meneruskan perjalanan ke selatan tanah tersebut.

Mereka berpindah randah menetap di dalam Tanah Canaan yang menjadi tempat bermastautinnya orang-orang Canaan. Menurut Bible, oleh kerana berlakunya kemarau yang teruk dan kebuluran yang teruk di Canaan, maka Abram mengambil keputusan untuk membawa kabilahnya berpindah ke tempat yang lebih selatan sehingga mereka tiba di Mesir. Di sinilah berlakunya peristiwa di mana Sarai isterinya menjadi perhatian pemerintah Mesir. Abram yang takut dirinya dibunuh memberitahu kepada Sarai supaya mengaku bahawa dia buka isteri Abram tetapi merupakan adik kepadanya. Oleh kerana perbuatan pemerintah Mesir pada ketika itu mengambil Sarai dari Abram, maka Tuhan sepertimana yang dicatatkan di dalam Bible, menghantar penyakit ke atasnya dan semua yang mendiami istananya. Setelah mengetahui perkara sebenar bahawa Sarai itu merupakan isteri Abram, pemerintah Mesir tersebut akhirnya memerintahkan kepada orang-orangnya supaya membawa Abram dan Sarai keluar dari Mesir bersama semua yang mengikutnya berpindah dari tanah haran dulu.

Penipuan dan Perampasan hak sekali lagi di dalam Bible
Perhatikan di sini, di dalam Bible, Kitab Keluaran (Genesis) fasal 11 ayat 26 menyatakan seperti berikut.

11:26 And Terah lived seventy years, and begat Abram, Nahor, and Haran. (Terjemahannya; 11:26 ; Dan Terah telah berusia 70 tahun, dan memperanakkan Abram, Nahor dan Haran.)

Pada ketika ini di dalam fasal 11 tadi, diberitakan bahawa pada ketika Terah mencapai usia 70 tahun, dia dikatakan telah dikurniakan anak bernama Abram, Nahor dan Haran. Jika melihatkan kepada keutamaan dalam susunan nama anak yang dicatatkan di dalam Genesis fasal 11 ayat 26 terbabit, maka kelihatan jelas bahawa Abram (yang kemudiannya akan ditukarkan namanya kepada Abraham) merupakan anak sulung. Seperti mana-mana kitab yang dimasukkan campurtangan manusia di dalamnya dan tidak dipelihara Allah, akan timbullah kekeliruan yang dengan jelas akan merosakkan kredibiliti kitab tersebut untuk diakui datangnya dari Tuhan Yang Maha Mengetahui. Kekeliruan berlaku pada akhir Genesis fasal 11 pada ayat 32 seperti berikut apabila dicatatkan bahawa Terah meninggal dunia pada usia 205 (dua ratus lima tahun).

Genesis 11
11:32 And the days of Terah were two hundred and five years: and Terah died in Haran. (Terjemahannya : Dan hari-hari kehidupan Terah ialah dua ratus lima tahun, dan Terah meninggal dunia di Haran).

Pada yang membacanya secara literal atau harfiah, maka akan tidak ternampak wujud masalah dengan ayat tersebut. Tetapi ianya merupakan ayat yang bertentangan dengan janji Tuhan di dalam Bible seperti yang dicatatkan di dalam Genesis fasal 6 ayat 3 dan akan menimbulkan kecelaruan yang besar pada permulaan ayat Genesis fasal 12 ayat 1 yang akan menyusul nanti. Genesis fasal 6 ayat 3 mencatatkan seperti berikut :

6:3 And the LORD said, My spirit shall not always strive with man, for that he also is flesh: yet his days shall be an hundred and twenty years. (Terjemahannya : 6:3 Berfirmanlah Tuhan: "Roh-Ku tidak akan selama-lamanya tinggal di dalam manusia, kerana manusia itu terdiri daripada daging, tetapi umurnya akan seratus dua puluh tahun saja.")

Ayat di atas merupakan firman Tuhan untuk mengehadkan usia manusia kepada 120 tahun selepas Banjir Besar Noah. Ini kerana Tuhan di dalam Bible menyesal menciptakan manusia, binatang-binatang serta burung-burung di muka bumi kerana kesemua mereka mendatangkan keburukan dan kejahatan sepertimana yang dicatatkan di dalam Genesis fasal 6 ayat 1 hingga 7. Tetapi sebagaimana yang disebutkan di atas, usia Terah, bapa kepada Abram, telah melangkaui jauh dari had yang telah difirmankan Tuhan di dalam Genesis fasal 6 ayat 3. Jika ianya merupakan kes terpencil yang menjadi anomali yang terkadang muncul dalam catatan Bible, ianya boleh dimaafkan atas dasar anomali memang ada berlaku di dalam apa jua perkara. Tetapi jika ianya mahu dianggap sebagai firman Tuhan, anomali sebegini tidak seharusnya berlaku. Tambahan pula ianya tersasar jauh dari tolerans yang masih boleh diterima akal pada kadar + 5% hingga 10%. Tambahan usia Terah sebanyak lapan puluh lima tahun lebih daripada had sepertimana yang difirmankan Tuhan di dalam ayat 3 Genesis fasal 6 tadi, merupakan petanda tersasarnya had yang ditetapkan Tuhan di dalam Bible. Ianya tersasar sejauh 70.83%. Apa signifikan dan implikasinya?

Dalam bahasa mudah, biar diterangkan di sini bagaimana implikasi peraturan yang ditetapkan tetapi dilaksanakan di dalam keadaan yang tersasar jauh daripada apa yang ditetapkan pada awalnya. Sebagai contoh mudah, jika datang kepada kita seseorang yang mengatakan bahawa dia menjadi wakil kepada Tuhan dan Tuhan itu telah menyatakan kepadanya supaya menyampaikan kepada kita bahawa jika kita ingin selamat dan mahu bertemu denganNya, ikutlah arahan yang terkandung di dalam kitab yang diberikanNya. Sebagai contoh jika di dalam kitab tersebut terdapat arahan bahawa Tuhan itu berada di Pulau Pinang dan jika kita mahu bertemu denganNya, kita perlu mengikut arahan yang diberikanNya di dalam kitab yang dikatakan datang daripadaNya. Katakan, semua manusia itu bermastautin di Kuala Lumpur, dan kerajaan Tuhan itu di Pulau Pinang, dalam berusaha menuju kepada keradhaan Tuhan di kerajaanNya, maka diikuti satu persatu arahan perjalanan di dalam kitab tersebut. Tetapi malangnya, arahan mengenai arah yang dituju di dalam kitab tersebut mengandungi ralat yang terlalu besar julat kesalahannya. Di dalam geografi, jika trajektori arah lurus dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang diletakkan pada kedudukan 0o , dan jika arahan-arahan yang diberikan di dalam kitab yang dikatakan datangnya dari Tuhan itu mengandungi ralat dan kesilapan penunjuk arah pada kadar kesilapan 70.83% darjah, maka si manusia yang ingin ketemu dengan Tuhannya dalam mengikuti arahan yang dicatatkan di dalam kitab tersebut, akan berakhir dengan kesesatan yang menyimpang jauh dari arah yang ditujuinya.

70.83% ralat bukanlah satu penyimpangan yang kecil dalam darjah trajektori arah. Ia membawa penyimpangan sebanyak 254.988o dari arah tuju sebenar. Malah St. Paul di dalam salah satu Epistlenya (Surat) menyatakan seperti berikut.

1 Corinthians fasal 14 ayat
14:8 For if the trumpet give an uncertain sound, who shall prepare himself to the battle? {Kerana jika trompet (perang) mengeluarkan bunyi yang mencelarukan, siapakah (pasukan manakah yang ditugaskan dengan bunyian tertentu trompet) yang sepatutnya bersedia mara ke dalam pertempuran?}

Jika seperti contoh yang diberikan, kerajaan Tuhan dikatakan berada di Pulau Pinang. Maka si manusia yang mengikut arahan songsang di dalam kitab yang mempunyai ralat tadi akan mengakhiri perjalanannya di sebuah tempat lain yang ditujuinya. Malanglah bagi dirinya setelah mendapati bahawa Tuhan yang dicarinya selama ini tidak ada di situ. Alangkah baiknya jika pada awalnya dia mendengarkan nasihat seorang manusia lain yang datang memberitahukan kepadanya bahawa kitab yang ada ditangannya itu mengandungi banyak kesalahan dan telah tercemar dengan tulisan-tulisan tangan manusia. Bukan setakat menegur, tetapi manusia itu juga membawa kitab yang telah dijanjikan oleh Tuhan mereka bahawa tiada terkandung apa jua arahan dan peraturan yang salah dan mengandungi kesilapan di dalam kitab tersebut. Itulah fungsinya al Qur’an yang diwahyukan kepada Rasulullah bagi memperbetulkan trajektori jalan lurus yang dijanjikan Allah kepada mereka-mereka yang beriman.

Berbalik kepada isu Terah yang meninggal pada usia 205 tahun. Bukan hanya Terah sahaja yang meninggal dunia pada usia yang melebihi had sepertimana yang difirmankan Tuhan. Sebagai contoh dibawakan beberapa individu sebagaimana yang tercatat di dalam Bible yang meninggal dunia pada usia yang melebihi jangkauan had yang dikatakan ditetapkan Tuhan di dalam Bible.

  • Shem anak Noah yang berusia 98 tahun tahun pada waktu banjir besar Noah tersebut meninggal dunia pada ketika usianya 600 tahun. Lebihnya umur Shem dari had yang ditetapkan Tuhan di dalam Bible adalah sebanyak 480 tahun atau 400% tersasar dari had umur yang difirmankan. (Genesis fasal 11 ayat 10)
  • Abraham meninggal dunia pada ketika usianya 175 tahun. Lebih 55 tahun dari had yang difirmankan Tuhan atau sebanyak 45.83% tersasar. (Genesis fasal 25 ayat 7–8)
  • Isaac meninggal dunia pada usia 180 tahun. Lebih 60 tahun dari had yang difirmankan atau 33.33% tersasar. (Genesis fasal 35 ayat 28-29)
  • Jacob meninggal dunia pada usianya 147. Lebihan 27 tahun dari had yang difirmankan di dalam Genesis fasal 6 ayat 3 atau 22.5% tersasar. (Genesis fasal 47 ayat 28 hingga 31).
Terdapat beberapa lagi figura di dalam Bible yang dicatatkan sebagai meninggal dunia pada usia yang melebihi had yang difirmankan Tuhan di dalam Bible. Sebagai contoh, Jehoida mati pada umur 130 tahun (2 Chronicles fasal 24 : 15), Ishmael pada usia 137 tahun (Genesis fasal 25 ayat 17) dan Sarah, isteri Abraham, yang meninggal dunia pada usia 127 tahun (Genesis fasal 23 ayat 1). Oleh kerana kesemua mereka ini meninggal pada usia yang di dalam lingkungan had pada kadar +/- 10%, maka tidak dimasukkan mereka di dalam kategori di atas dan boleh saja dianggap anomaly yang berlaku di luar kebiasaan. Tetapi empat figura yang dinamakan di dalam contoh yang diberikan awal di atas, ianya membawa kepada pemahaman bahawa terdapat percanggahan ketara di mana ke empat-empat mereka seakan-akan diberikan standard berbeza di dalam mengahadapi takdir Tuhan.
Jika diperhatikan dengan teliti nama ke empat-empat mereka, jelas sekali bahawa sesiapa sahaja yang merubah isikandungan kitab yang dikatakan merupakan sebahagian dari Taurat Musa tersebut, dengan sengaja mengubah keutamaan hukum serta menetapkan piawaian standard berbeza antara manusia lain jika dibandingkan dengan Bani Israel. Shem merupakan anak kedua Noah sepertimana yang telah diceritakan pada bahagian sebelum ini, telah diletakkan pada keutamaan yang seharusnya diberikan kepada Japheth selaku anak sulung. Ia tidak berkahir di situ apabila Shem juga seperti dikecualikan had umur sepertimana yang ditetapkan Tuhan di dalam Genesis fasal 6 ayat 3. 480 tahun tambahan bukanlah jumlah masa yang sedikit tetapi melibatkann sekurang-kurangnya pertukaran lima generasi untuk menyamai kelebihan yang diberikan kepada Shem sedang manusia lain pada umumnya telah dihadkan usia yang tidak melebihi 120 tahun. Begitu juga dengan Terah, Abraham, Isaac dan Jacob. Seolah-olah ianya disengajakan Tuhan di dalam Bible membentuk double standard bagi membentuk hukum yang berbeza antara manusia lain dan Bani Israel. Sesungguhnya Allah tidak bersikap sedemikian rupa, tetapi kitab yang berada ditangan mereka sesungguhnya telah diubah bagi memberikan segala bentuk kelebihan tidak kira melalui pembohongan serta perampasan hak atau sebagainya. Shem merupakan pangkal ranting pertama dalam sejarah manusia yang membentuk keturunan yang bakal melahirkan 12 suku bangsa Yahudi. Shem, Terah, Abraham, Isaac dan Jacob amat penting bagi bangsa Yahudi. Ini kerana mereka berasal dari satu susur galur keturunan yang berasal dari ke lima-lima mereka dari satu generasi ke satu generasi.

Jadi untuk memuliakan bangsa Yahudi ke atas semua bangsa lain, maka perlu bagi mereka mengubah segala ketetapan hukum biarpun jelas kelihatan double standard di dalam pelaksanaannya. Tetapi mereka terlupa bahawa Allah tidak akan membiarkan mereka memperlakukan sewenang-wenangnya ke atas apa yang disampaikan kepada mereka. Janji Allah bahawa Dia akan memperolok-olokkan mereka dengan perbuatan mereka tersebut. Lalu jadilah kitab yang diubah mereka sebagaimana kitab-kitab yang tidak mempunyai apa-apa kredibiliti apabila timbul banyaknya percanggahan ketara yang boleh membisukan mana-mana Rabbi dan paderi yang mahu mempertahankan perkara tersebut.
Dijelaskan di awal tadi bahawa Genesis fasal 11 ayat 32 bakal menimbulkan bukan hanya satu keraguan tetapi dua keraguan yang tidak seharusnya timbul jika ayat di dalam kitab-kitab tersebut benar-benar dari Tuhan Yang Maha Mengetahui. Keraguan pertama sudah dijelaskan sebelum ini dengan umur di mana Terah meninggal dunia tersasar sejauh 85 tahun dari had umur manusia sepertimana yang difirmankan di dalam Genesis fasal 6 ayat 3.
Sambungan fasal seterusnya menimbulkan satu lagi keraguan terhadap kenyataan di dalam Bible tersebut. Fasal 12 Genesis pada ayat 1 hinnga 4 menjelaskan bahawa pada ketika meninggalnya Terah, bapa Abram, beliau (Abram) diperintahkan Tuhan agar keluar dari tanah Haran supaya dimulakan perjalanan menuju ke Canaan. Keraguan yang timbul ialah apabila fasal 12 Genesis pada ayat 1 hingga 4 menyatakan bahawa Abram pada ketika itu berusia 75 tahun. Jadi apa masalahnya?

Masalahnya ialah, apabila Abram diletakkan kedudukannya pada kedudukan istimewa sebagai anak sulung di dalam ayat 26 Genesis fasal 11.

11:26 And Terah lived seventy years, and begat Abram, Nahor, and Haran.

Ianya akan bertentangan pula dengan dua ayat lagi di dalam Bible, iaitu pada ayat 32 fasal 11 Genesis dan ayat 4 fasal 12 Genesis. Ketiga-tiga ayat tersebut termasuk ayat 26 dari Genesis fasal 11 adalah saling berkait dan seharusnya membenarkan antara satu sama lain. Tetapi ini tidak berlaku, ketiga-tiga ayat seperti yang tersebut tadi saling tidak membenarkan antara satu sama lain. Malah ketiga-tiganya menyebabkan timbul beberapa keraguan, kekeliruan serta kesalahan. Ketiga-tiganya tidak boleh diterima betul dalam masa yang sama. Dicatatkan di dalam Genesis fasal 11 pada ayat 26, bahawa mengikut susun atur kedudukan anak di dalam ayat tersebut, Abram merupakan anak sulung kepada Terah. Jika difahami secara literal ayat tersebut, pada ketika usia Terah 70 tahun, menurut sususan seperti yang tercatat, dia memperanakkan Abram, pada usianya 70 tahun atau terkemudian daripada itu. Nahor dan Haran menyusul kemudian mengikut susunan yang dicatatkan. Jika kelahiran Abram berlaku pada usia Abram 70 tahun, maka ketika Terah berusia 205 tahun dan meninggal dunia, seharusnya usia Abram pada ketika kematian bapanya Terah, sudah pastinya sudah mencapai 130 tahun.

Sebaliknya Genesis fasal 12 pada ayat 4 menyatakan perkara yang sebaliknya yang mengelirukan iaitu selepas sahaja Terah meninggal dunia, Tuhan mengarahkan Abram keluar dari Haran (jangan keliru antara nama tempat ini, Haran dan nama salah seorang anak Terah yang juga bernama Haran) dan ianya dilakukan Abram pada usianya 75 tahun. Bagaimana mungkin Abram berusia 75 tahun sedangkan mengikut keutamaan kedudukan dan apa yang dicatatkan di dalam Genesis fasal 11 ayat 26, seharusnya Abram pada ketika itu berusia 130 tahun? Kesilapan atau mereka (pengubah-pengubah kitab ini) diperolokkan Allah?

Bagi menjelaskan kekeliruan ini, Matthew Henry di dalam komentar Biblenya menjelaskan bahawa Abram merupakan anak yang paling bongsu kepada Terah. Dan bagi membolehkan usianya pada ketika kematian Terah dapat diselarikan dengan apa yang tercatat di dalam ayat 4 Genesis fasal 12, maka dicadangkannya Abram dilahirkan kepada Terah pada ketika Terah berusia 130 tahun dengan Nahor dikatakannya sebagai anak sulung kepada Terah. Dia berhujah demikian atas penghakiman yang dibuatnya dengan mengemukakan ayat 28 Genesis dari fasal yang sama iaitu fasal 11. di dalam Genesis fasal 11 ayat 28, dicatatkan bahawa Haran meninggal dunia di Ur Kaldan, tempat asal mereka semasa bapa mereka Terah masih hidup. Masalah dengan hujah yang dikemukakannya ialah, waktu kematian seseorang itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan kelahiran seseorang itu di dalam keluarganya. Di dalam realiti kehidupan, sesiapa sahaja boleh meninggal dunia tanpa merujuk kepada keutamaan kedudukan mereka di dalam keluarga. Boleh jadi anak paling bongsu itu meninggal terlebih dahulu dari anak yang sulung. Boleh jadi juga anak kepada seseorang itu meninggal lebih dahulu mendahului ibu bapanya, malah ada juga cucu dan cicit yang meninggal dunia lebih awal daripada datuk, nenek dan moyang mereka yang masih lagi hidup sihat.

Hujahnya yang menggunakan ayat 28 dari fasal 11 Genesis tersebut, dibatalkan hujah tersebut dengan ayat yang sama digunakannya. Di dalam ayat 28 itu sendiri telah dicatatkan bahawa Haran meninggal dunia lebih awal dari bapanya Terah. Jadi untuk menjadikan ayat ini sebagai hujah untuk menyatakan yang Abraham bukan anak sulung adalah tertolak. Samada ketiga-tiga ayat ini silap atau pun salah satu daripadanya betul, tidak dapat dipastikan. Yang jelas, ketiga-tiga ayat ini tidak boleh jadi betul dalam masa yang sama. Dan bukanlah sesuatu yang boleh disabitkan dengan Tuhan sesuatu yang tidak konsisten dan membawa kecelaruan. Allah di dalam al Qur’an telah menegaskan bahawa :

Az Zumar 27 – 28
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
Malah St. Paul yang membawa doktrin yang bertentangan dengan Canonical Gospel (Gospel Matthew, Mark, Luke & John) juga menyatakan bahawa Tuhan itu bukanlah pencipta kekeliruan yang menimbulkan kekacauan sepertimana yang dicatatkan di dalam suratnya kepada masyarakata Kristian di Corinth, Greek. Surat-surat tulisan Paul ini kemudiannya dimasukkan ke dalam Bible dan dianggap sebahagian daripadanya. Di dalam 1 Corinthians fasal 14 ayat 33, dicatatkan:

1 Corinthians 14 ayat 14.
14:33 For God is not the author of confusion, but of peace.. (Kerana Tuhan itu bukanlah pencipta kekeliruan, tetapi keamanan..)

Ditulisnya perkara ini sebagai memberi peringatan kepada gereja-gereja di Corinth supaya mengehadkan jumlah pengkhutbah yang berkhutbah pada satu-satu masa supaya tidak menimbulkan kekeliruan yang bakal menimbulkan kekacauan dengan pernyataan yang bercanggah antara satu sama lain. Maka jika wujud dua atau lebih arahan atau penjelasan mengenai satu perkara yang sama tapi bercanggah antara satu sama lain, maka tidaklah dapat dielakkan kekacauan daripada berlaku. Begitu juga dengan mana-mana isikandungan kitab jika mahu disabitkan dengan Tuhan, maka sewajibnya tiada wujud apa jua bentuk percanggahan yang tidak dapat dijelaskan. Malang sekali bagi Paul kerana kitabnya tidak konsisten.

Jika Abram itu anak sulung kepada Terah, maka seharusnya Abram berusia 130 semasa dia diarahkan Tuhan keluar dari Haran. Sekaligus, ia menafikan kesahihan ayat 4 dari Genesis fasal 12 yang menyatakan Abram berusia 75 tahun ketika itu. Jika mahu menyatakan bahawa ayat 4 dalam fasal 12 itu benar dan tidak silap, seharusnya, Abram tidak boleh diletakkan pada keutamaan kedudukan anak sulung di dalam ayat 26 Genesis fasal 11. Kedua-duanya tidak boleh jadi benar dalam masa sama. Samada salah satu daripada kedua ayat tersebut benar atau kedua-duanya salah tiak dapat dielakkan. Untuk itu berpeganglah dengan kisah Ibrahim yang dicatatkan melalui al Qur’an dan hadis untuk mendapatkan gambaran sebenarnya. Cuma untuk memendekkan penulisan ini dan memfokuskannya kepada persoalan Palestin pada pandangan dan kaca mata ahli kitab, maka hampir keseluruhan daripada apa yang dipaparkan di sini adalah bagi bersandarkan kepada sumber-sumber mereka bagi tujuan pemahaman bagaimana mereka bersikap hasil daripada apa yang diajarkan oleh agama mereka.

Setelah Abram beberapa lama tinggal di Canaan, kemarau yang membawa kebuluran melanda tanah tersebut, lalu Abram berpindah dan bergerak semakin jauh ke arah Mesir dan bermastautin di sana untuk seketika. Disanalah terjadinya peristiwa di mana pemerintah Mesir pada ketika itu jatuh hati dengan Sarai, isteri Abram. Peristiwa di mana terjadinya perkara ini dicatatkan secara ringkas di dalam Bible, tetapi ianya dijelaskan dengan terperinci di dalam Gen. Rabbah, di mana Abram ketika sedang menyusup masuk ke Mesir, dia menyembunyikan Sarai di dalam sebuah peti. Ketika dihampiri pegawai cukai pemerintah Mesir pada ketika itu untuk memungut cukai, peti itu diperiksa mereka lantas mereka ternampak akan Sarai yang disembunyikan didalamnya. Untuk menyelamatkan diri, maka diakui Abram bahawa Sarai itu adiknya. Kaku dan terpegun dengan kecantikannya, berita itu disampaikan mereka kepada pemerintah Mesir. Nyata perbuatan sedemikian mengundang masalah apabila, pemerintah Mesir terpikat dengannya setelah diberitahukan kepadanya tentang kecantikan Sarai.

Menyangka Abram, itu abang kepada Sarai, pemerintah Mesir tersebut menghadiahkan Abram dengan pelbagai hadiah bagi tujuan untuk mengambil Sarai sebagai teman tidurnya. Setelah diambil Sarai masuk ke istananya, Tuhan menghukumnya dan seluruh isi istananya dengan sejenis penyakit. Jenis penyakitnya tidak dijelaskan di dalam Bible, malah beberapa komentar Bible yang dirujuk juga tidak menyatakan dengan jelas apa penyakit yang dihantar Tuhan kepada pemerintah Mesir tersebut dan semua yang rapat dengannya. Sumber Yahudi (Gen. Rabbah 41.2) menyatakan penyakit yang dikenakan keatasnya merupakan penyakit “ra’athan” (sejenis penyakit kelamin yang menghalang dan menyakitkan mana-mana orang yang dijangkitinya daripada mampu melakukan hubungan seks.)

Terkejut dengan bala yang menimpa mereka, dia memanggil Abram dan mengembalikan Sarai kepada Abram, lantas mereka diarahkan keluara dari tanah Mesir dengan segera. Dalam perjalanan keluar ini menuju ke selatan Canaan, Abram dan Lot berpisah disebabkan oleh satu peristiwa di mana hamba milik keduanya bergaduh. Demi mengelakkan persengketaan antara kabilah kedua bersaudara itu, maka diambil jalan berpisah dengan Lot diberikan hak ke atas tanah yang berada di timur Canaan merangkumi Jordan hingga ke Zoar. Abram kekal tinggal di Canaan. Kemudian dia mula bergerak menuju ke Hebron. Pada ketika inilah Tuhan sekali lagi muncul dan memberikan janji lagi kepada Abram seperti yang dicatatkan di dalam Genesis fasal 13 ayat 14 hingga 17.

Genesis fasal 13 ayat 14 hingga 17
13:14 And the LORD said unto Abram, after that Lot was separated from him, Lift up now thine eyes, and look from the place where thou art northward, and southward, and eastward, and westward 13:15 For all the land which thou seest, to thee will I give it, and to thy seed for ever. 13:16 And I will make thy seed as the dust of the earth: so that if a man can number the dust of the earth, then shall thy seed also be numbered. 13:17 Arise, walk through the land in the length of it and in the breadth of it; for I will give it unto thee. (Dan Tuhan berkata kepada Abram, selepas Lot berpisah dengannya, bukalah matamu dan pandanglah ke utara, selatan, timur dan barat dari tempat di mana dirimu berada. Kerana ke semua apa yang kelihatan oleh (mata) mu itu akan Aku berikan kepada keturunanmu selama-lamanya. Dan Aku akan menjadikan keturunanmu bagai butiran debuan pasir di muka bumi, maka jika manusia mampu menjumlahkannya, sama sebegitulah juga jumlah keturunanmu akan dijumlahkan. Bangunlah, rentasilah dan lintangilah keluasan tanah itu, kerana Aku akan berikannya kepada kamu.)

Ingati janji Tuhan di atas untuk keturunan Abram kerana ianya akan diulang beberapa kali di dalam Bible untuk mendakwa bahawa tanah Canaan/Palestin itu milik orang-orang Yahudi. Perhatikan nanti beberapa syarat yang telah Tuhan tetapkan untuk mereka-mereka yang sebenar-benar layak untuk mewarisi janji Tuhan yang pernah dilafazkanNya kepada Abram. Akan dijelaskan nanti kenapa golongan ahli kitab itu bukan waris sebenar yang terbabit dengan perjanjian Tuhan dengan Abram ini. Dan akan dijelaskan nanti bahawa janji itu bukan hak milik ekslusif mana-mana bangsa tidak kira, Yahudi atau Arab, bahawa janji tuhan itu amat spesifik dan akan dihuraikan nanti isikandungan perjanjian yang menghalalkan umat Islam untuk terus menguasai Palestin.

Berbalik kepada firman seperti yang tersebut di atas, maka Abram pun berangkat dan menuju ke Hebron dan menetap di situ. Terjadi peperangan kemudiannya melibatkan beberapa raja di kawasan di mana Lot, anak saudara Abram tinggal, sehinggakan Lot dan segala harta bendanya ditawan. Abram kemudiannya membuat perancangan untuk menyelamatkan Lot dan dia berjaya dengan bantuan orang-orang Amorites.
Setelah peristiwa itu, Abram dihadiri gambaran Tuhan yang kemudian mewahyukan kepadanya bahawa Tuhan akan sentiasa melindunginya dan akan memberikannya ganjaran yang besar. Disebabkan Abram masih lagi tidak mempunyai anak, maka dikatakannya kembali kepada Tuhan bahawa tiada apa yang lebih baik untuk dirinya selain daripada memiliki zuriat sendiri. Malah Abram mengadukan kepada Tuhan bahawa dia hanya mempunyai seorang hamba bernama Eliezer yang berasal dari Damascus (Damsyik) sebagai pewaris kepadanya. Lalu Tuhan membawa Abram keluar dari khemahnya dan mengarahkannya melihat kepada bintang-bintang dilangit. Perbuatan Tuhan mengajak Abram keluar dari khemahnya dan melihat kepada bintang-bintang dilangit mempunyai signifikan yang membabit pertukaran namanya dan nama isterinya yang akan dijelaskan nanti. Pada ketika diluar khemah tersebut, sekali lagi Tuhan berkata kepada Abram yang Dia akan memberikan kepadanya keturunan sebanyak bintang-bintang di angkasa. Kenyataan tersebut melegakan Abram dan dia menyakini akan janji tersebut. Kemudian Tuhan berjanji sekali lagi kepada Abram bahawa tanah itu akan diberikanNya kepada Abram.
Abram bertanyakan kepada Tuhan bagaimana mungkin dia dapat meyakini janji Tuhan tersebut? Lalu diperintahkan kepadanya untuk mengorbankan anak lembu, kambing dan biri-biri jantan yang setiap satu jenis 3 ekor yang berusia 3 tahun, dan masing-masing seekor merbuk dan seekor merpati. Lalu Abram menurut perintah itu dan memotong kepada dua bahagian setiap satu daripadanya kecuali burung-burung tersbut dan meletakkannya di dalam dua baris. Signifikan perbuatan tersebut diceritakan di dalam Tanakh dengan komentar dari Rasi sebagai melambangkan perkara berikut.

3 ekor anak lembu sebagai melambangkan kerajaan penyembah-penyembah berhala. 3 ekor kambing itu melambangkan Raja-raja Media dan Parsi. Bebiri jantan itu pula melambangkan Greek. Manakala burung-burung merbuk dan merpati itu digambarkan sebagai Bani Israel. Dengan memotong binatang-binatang lain selain dari burung-burung itu sebagai satu simbolik perbuatan yang menandakan bahawa kesemua mereka yang diwakili oleh binatang-binatang itu sebagai simbol akan mengalami kehancuran. Yang tinggal dan selamat hanyalah Bani Israel. (Pirkei d’Rabbi Eliezer , fasal 28; Targum)

Dalam menunggu selepas dari melakukan korban tersebut, Abram diselubungi rasa takut bila sahaja hari mulai gelap. Dalam ketakutan itu dia tertidur dan Tuhan mendatanginya dengan amaran dan janji berikut. AmaranNya berkenaan dengan keturunannya yang akan terbuang, terseksa dan diperhambakan di bumi asing selama 400 tahun. 400 tahun diambil kerana Tuhan menyatakan bahawa kaum Amorites yang tinggal bersamanya buat masa ini tidak akan dihalau sehinggalah semua kejahatan yang dilakukan mereka melayakkan mereka dihukum Tuhan.

Genesis fasal 15 ayat 16
15:16 But in the fourth generation they shall come hither again: for the iniquity of the Amorites is not yet full.
(Tetapi di dalam generasi ke empat (setelah diperhambakan) mereka (keturunanmu) akan kembali ke sini, kerana kaum Amorites itu (tidak akan dihukum selagi) belum lengkap kejahatan mereka.)

Untuk memendekkan penulisan ini, penghujahan mengenai ketidaktepatan tempoh 400 tahun yang dijanjikan Tuhan di dalam Bible Cuma akan dihujahkan secara ringkas pada bahagian ini, ia InsyaAllah akan saya jelaskan dengan lebih mendalam di dalam bahagian 3 nanti. Bagi yang berminat (dan memiliki Bible) hendak mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana 400 tahun yang dijanjikan tuhan ini tidak dapat ditepati di dalam catatan Bible, sila buat congakan sendiri dengan mengira tempoh dari mana-mana satu ahli dari keturunan Jacob yang diperintahkan Tuhan ke Mesir. Salah satu cara yang mudah ialah dengan membuat congakan bermula dari cucunya yang bernama Kohath (di dalam King James version namanya dicatatkan sebagai Kehath) antara keturunan Jacob terawal yang mempunyai keturunan di Mesir sehingga kepada Joshua (Yusha’) yang menyambung tugas Moses membawa keluar Bani Israel dari Mesir dan memasuki Canaan. Malah petikan ayat di dalam Exodus (kitab keluaran) fasal 12 ayat 40 ini juga sudah menggambarkan bahawa tempoh yang dijanjikan Tuhan sebagaiman yang dicatatkan di dalam Genesis (kitab kejadian) fasal 15 ayat 13.

Exodus fasal 12 ayat 40 - 41
12:40 Now the sojourning of the children of Israel, who dwelt in Egypt, was four hundred and thirty years. 12:41 And it came to pass at the end of the four hundred and thirty years, even the selfsame day it came to pass, that all the hosts of the LORD went out from the land of Egypt.
(Pada ketika ini, telah empat rastus tiga puluh tahun (430) bermusafirnya bani Israel dan menetapnya mereka di Mesir. Dan pada ketika tepatnya tahun ke empat ratus tiga puluh tahun tersebut, dan pada hari itu juga, kesemua yang bersama Tuhan (keturunan bani Israel)keluar dari Mesir.)

Ayat di atas menceritakan bahawa pada ketika malam di mana Tuhan memerintahkan semua bani Israel menyembelih kambing atau domba satu bagi setiap isi rumah dan memakannya setelah dipenuhi syarat 14 hari pengurungan binatang korban tersebut. Korban yang disembelih pada waktu senja sebagaimana yang diperintahkan itu akan dikumpul darahnya. Darah dari korban tersebut hendaklah dipalitkan kepada dua tiang dan palang atas pintu rumah mereka yang memakan daging tersebut. Cara penyediaannya pula ialah dengan memanggang daging lengkap dengan kepala, betis dan isi perut dan kemudiannya dimakan bersama roti yang dimasak tanpa ragi dan sayur pahit. Cara memakannya ialah dengan mengikat pinggang, sambil berkasut dan bertongkat dan hendaklah makanan tersebut di makan dengan cepat. Tiada apa yang dibenarkan tinggal. Bagi mana-mana bahagian kambing yang tertinggal itu hendaklah dibakar pada awal pagi. Dan selepas itu Tuhan di dalam Bible memberitahu mereka bahawa pada malam itu, Dia akan datang ke Mesir dan dan membunuh semua anak sulung manusia dan binatang dan semua tuhan-tuhan palsu di Mesir akan dihancurkannya. Darah pada tiang pintu dan palang pintu rumah menjadi petanda bagi Tuhan di dalam Bible untuk mengetahui rumah yang mana satu bermastautinnya Bani Israel dan rumah yang mana satu mengandungi orang-orang yang hendak dibunuhNya. Hari itu digelarkan sebagai hari Paskah (Passover) dan diraikan kaum yahudi sehingga ke hari ini sebagai menandakan mereka semua terselamat dari hukuman tuhan ke atas Mesir pada ketika itu. Oleh kerana dicatatkan di dalam Bible sepertimana yang tersebut di atas, bahawa peristiwa itu berlaku pada tahun ke empat ratus tiga puluh mereka berada di Mesir, maka firman tuhan kepada nenek moyang mereka Abram di dalam Genesis fasal 15 ayat 13 adalah satu catatan ayat yang tidak tepat dan mengandungi janji yang salah. Tiga puluh tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Satu generasi baru boleh dilahirkan dalam tempoh tersebut dan sekaligus boleh membatalkan janji Tuhan di dalam ayat 15 Genesis fasal 15 yang menyatakan bahawa di dalam 4 generasi bani Israel akan kembali ke Canaan. Oxford English Dictionary mencatatkan seperti berikut.

generation
. n.
1
all of the people born and living at about the same time, regarded collectively. > the average period in which children grow up and have children of their own (usually reckoned as about thirty years). {terjemahannya : semua manusia yang dilahirkan dan hidup pada masa yang sama secara kolektif. > tempoh purata di mana seorang kanak-kanak membesar dan mula memiliki anak sendiri (kebiasaannya dikira secara purata bersamaan dengan tempoh tiga puluh tahun}.

Pengertian di atas boleh digunakan untuk mengukur tempoh satu generasi. Yang pertama, semua yang hidup dan tinggal pada masa yang sama dianggap sebagai satu generasi dan yang kedua dikira melalui kaedah keturunan dari satu generasi ke satu generasi yang secara puratanya dicatatkan sebagai tiga puluh tahun. Jika mahu memahami pengertian generasi di dalam Kitab Bible, maka perlu dirujuk beberapa ayat di dalam kitab mereka untuk mendapatkan kefahaman. Di dalam Bible, perkataan generasi merujuk kepada kedua-dua jenis pengertian sepertimana yang dicatatkan petikan Oxford English Dictionary tadi. Contoh pertama di mana pengertian generasi merujuk kepada semua yang dilahirkan dan hidup dalam masa yang sama dinamakan sebagai satu generasi. Ianya dicatatkan di dalam kitab ulangan (Deuteronomy fasal 2 ayat 14) seperti di bawah.

Deuteronomy fasal 2 ayat 14
2:14 And the space in which we came from Kadeshbarnea, until we were come over the brook Zered, was thirty and eight years; until all the generation of the men of war were wasted out from among the host, as the LORD sware unto them.
(2:14 Lamanya kita berjalan dari Kadesh-Barnea sampai kita tiba di seberang sungai Zered, adalah tiga puluh lapan tahun, hinggakan seluruh angkatan itu perajurit itu habis binasa dari kumpulan mereka, sepertimana yang telah dijanjikan Tuhan (sebelum ini) kepada mereka;)

Matthew Henry di dalam komentar Biblenya menyatakan mengenai ayat di atas seperti berikut: We may observe, in about thirty-eight years, ordinarily raises a new generation, so that in that time few remain of the old one; but here it was entirely new, and none at all remained but Caleb and Joshua. (Kita dapat perhatikan, dalam tempoh 38 tahun, secara amnya akan muncul satu generasi baru, ini kerana dalam tempoh tersebut bilangan mereka dari generasi yang lama akan menjadi sedikit; tetapi di dalam ayat ini keseluruhan generasi itu telah digantikan dengan generasi baru, tiada siapa pun tinggal kecuali Caleb dan Joshua)

Ayat berkenaan berkenaan dengan perjalanan orang-orang Israel yang dipimpin Moses dari tempat yang bernama Kadesh-Barnea hingga sampai ke sungai Zered. Oleh kerana Tuhan di dalam Bible murka kepada kelakuan pengecut orang-orang Israel yang tidak mahu menurut perintahNya supaya mereka memasuki tempat di mana kaum Amorites tinggal sebelum dari itu, maka Tuhan di dalam Bible menyumpah seluruh generasi mereka dengan sumpahan bahawa tidak seorang pun dari mereka yang hidup pada ketika itu akan dapat memasuki tanah Canaan yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham untuk keturunannya. Yang dikecualikan hanya Caleb anak kepada Jephunneh dan Joshua anak kepada Nun. Joshua ditugaskan Tuhan untuk mengambil alih peranan Moses di dalam mengatur gerak membawa generasi kemudiannya memasuki Canaan. Murkanya Tuhan kepada generasi itu disebabkan kebaculan mereka untuk berperang dengan kaum Amorites yang diberitakan oleh 12 pengintip yang dilantik dari 12 puak Yahudi yang membawa berita bahawa orang-orang Amorites itu bertubuh tegap, tinggi dan sasa malah orang-orang Amorites itu mempunyai kemampuan teknologi yang hebat jika dibandingkan dengan orang-orang Israel. Hanya setelah meninggalnya keseluruhan generasi yang dimurkai itu, barulah dibenarkan Bani Israel memasuki daerah demi daerah dalam menuju ke Canaan. Penggantian generasi itu berlaku dalam tempoh 38 tahun, lebih kurang sama jarak masanya dengan tempoh lahirnya generasi baru sepertimana yang dijelaskan dalam petikan kamus Oxford tadi.
Sifat pengecut dan takut mati Yahudi ini kekal hingga ke hari ini dan akan terus berkekalan sehingga ke hari mereka di buru di segenap penjuru di dunia. Malah al Qur’an kitab yang sentiasa benar telah menceritakan sejak 1400 tahun dahulu bahawa kaum yahudi ini merupakan kumpulan manusia yang bacul dan takut mati. Sikap mereka sejak dari zaman Jacob lagi sepertimana yang dicatatkan di dalam kitab mereka sendiri menunjukkan sikap sebenar mereka yang bacul. Malah di dalam al Qur’an, Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa Yahudi itu hanya berani berperang dengan orang-orang Islam disebalik tembok kukuh sebagai pelindung mereka.

Al Hasyr ayat 14
(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami
.

Jika di zaman Rasulullah, mereka memulakan sebuah pakatan yang dianggotai oleh kaum orang-orang Islam munafik yang mengadu domba dan meminta bantuan kaum musyrikin Mekah dan Yahudi dari beberapa kabilah semata-mata bagi menjatuhkan kerajaan Islam Madinah. Pakatan yang dimulakan Abdullah bin Ubay si muslim munafik di atas dendamnya kepada Rasulullah kerana cita-citanya untuk menjadi pemimpin Madinah yang hampir menjadi kenyataan menjadi hancur dengan kedatangan Rasulullah dan kaum muhajirin dari Mekah ke sana. Kerana dendam kesumat dan gila kuasa, dia mensabotaj setiap apa yang dirancangkan Rasulullah dengan membuat hubungan dengan pihak luar yang ingin melihat Islam hancur dan menyebarkan khabar-khabar angin serta menyemai perasaan benci dan permusuhan sesama orang Islam di Madinah dengan harapan penyatuan umat Islam tersebut akan berpecah dan seterusnya hancur dan akan membolehkan dia serta pakatan yang diusahakannya bersama musyrikin Mekah dan ketua-ketua kabilah Yahudi, yang kelihatan seperti bersatu padu tetapi hakikatnya tidak itu, akan mengambilalih pemerintahan di sana. Abdullah bin Ubay, si muslim munafik itu sentiasa mencanangkan mengenai bantuan yang akan datang yang diperolehinya dari pihak Yahudi yang akan menyerang Madinah tidak lama dari itu. Tetapi rancangannya digagalkan Allah dengan berpaling tadahnya golongan Yahudi yang takut lalu tidak dapat memberikan bantuan kepadanya.

Sehingga ke hari ini kebaculan orang-orang Yahudi ini dapat kita lihat di bumi Palestin yang dijajah. Lihat sahaja dinding-dinding konkrit yang kukuh sepertimana yang dibina mereka merentasi sempadan tanah yang dirampas mereka dengan penempatan orang-orang Palestin. Bukankah Allah sudah memberitahukan kepada kita bahawa inilah sikap mereka yang sebenarnya, iaitu bersikap pengecut dan hanya berani berperang di sebalik tembok dan benteng yang kukuh seperti ayat 14 dalam surah al Hasyr yang dipetik di atas. Lihat sahaja gambar tembok-tembok di bawah ini:


Mereka hanya berani menyerang dari jarak jauh yang dapat memastikan penglibatan mereka dalam mana-mana pertempuran itu tidak akan mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada mereka. Bukankah benar apa yang difirmankan Allah 1400 tahun dahulu? Rugilah bagi mereka yang menyimpan al Qur’an di dalam almari perhiasan dan yang melagukannya seperti burung kakak tua tanpa mahu memahami maksudnya. Ruginya mereka kerana mereka diberitahukan mengenai masa depan tetapi tidak langsung mereka menyelak lembarannya untuk ambil peduli. Yang mereka mahu cuma menjadi taksub dengan guru, pemimpin dan fahaman assobiyyah mereka. Yang mereka tahu berjihad itu cukup dengan berbaring di atas jalan memegang panji-panji assobiyyah bagi mempertahankan sesuatu yang jelas dilarang Allah dengan ayat-ayat muhkam. Bagi mereka, yang berserban itu membawa ke syurga dan yang tidak itu membawa jalan ke neraka. Benar, manusia yang paling dimuliakan Allah itu berserban, tetapi jangan pula terlupa bahawa orang yang paling dilaknat Allah di dalam al Qur’an juga merupakan orang yang berserban. Dilaknat dia sehinggakan kekal gelaran Abu Jahal kepadanya. Allah sendiri menyatakan bahawa yang paling dekat kepadanya ialah manusia-manusia yang tunduk dengan ikhlas dalam mendekatiNya tanpa menilaikan fizikal, penampilan, pangkat dan darjat.Janganlah lupa bahawa senjata syurga neraka itu merupakan senjata mainan Dajjal. Diperindahkan satu persatu perkara bertentangan dengan Islam lalu dilagukannya dengan jaminan keselamatan palsu yang membawa sesat. Berhati-hatilah, setiap nabi dan rasul membawa peringatan mengenai dirinya. Kerana dia akan masuk ke setiap negara kecuali Makkah dan Madinah. Berhati-hatilah kerana proksinya sudah pun memijakkan kaki ke dalam negara kita. Semoga semua kita dilindungi Allah.

Berbicara mengenai kejayaan Yahudi pada hari ini, kenapa mereka berjaya jika mereka dikategorikan sebagai manusia-manusia pengecut, bacul dan takut mati? Jawapan mudahnya ialah mereka ini merupakan golongan yang sanggup bersabar di dalam meneruskan apa jua cita-cita mereka. Salah satu taktik mudah yang biasa digunakan golongan Yahudi ini, saya gelarkan sebagai ‘Strategi Dinah’ bersempena satu peristiwa yang dicatatkan di dalam Bible (Genesis fasal 34) . Di dalam Bible semasa di zaman Jacob, berlaku satu peristiwa di mana salah seorang anak perempuan Jacob yang bernama Dinah melawat beberapa orang perempuan Canaan, terlihat akan dia oleh seorang anak ketua puak Hivites yang bernama Shechem anak kepada Hamor akan kelibat Dinah. Tidak dapat menahan nafsu, Shechem menculik lalu merogol Dinah. Selepas daripada puas melampiaskan nafsu binatangnya, Shechem tersedar akan kecantikan paras rupa Dinah. Lalu dia berniat mahu menjadikan Dinah sebagai miliknya, lalu kepada bapanya hasrat itu diberitahukan.

Jacob yang mengetahui tentang perbuatan Shechem ke atas Dinah tidak dapat berbuat apa-apa kerana kesemua anaknya tidak berada dekat dengannya pada ketika berita itu disampaikan. Ketika Hamor mengunjungi Jacob untuk menyampaikan hasrat puteranya itu, anak-anak jacob pun pulang dari mengembala. Didengar mereka mengenai apa yang berlaku dan tawaran-tawaran yang diberikan Hamor kepada mereka. Kerana marah dengan perbuatan Shechem yang merogol dan kemudian mahu mengahwini Dinah setelah mencemarkan maruahnya serta seluruh bangsa Israel, anak-anak Jacob mengatur rancangan untuk membalas dendam. Pelan diatur bagi memastikan kaum Hivites itu menerima padah atas perbuatan mereka mencemarkan maruah bangsa Israel. Lalu anak-anak Jacob memberitahu kepada Hamor bahawa mereka hanya akan bersetuju bersaudarakan bangsa Hivites melalui perkahwinan sekiranya kesemua anggota puak/bangsa tersebut bersetuju dengan syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum Dinah dibenarkan kahwin dengan Shechem.

Syarat yang dikenakan mereka ialah dengan meminta kesemua lelaki daripada puak Hivites itu berkhatan supaya Shechem dapat diterima berkahwin dengan Dinah. Ini semua merupakan satu syarat yang dirancangkan sebagai helah bagi membalas dendam ke atas puak Hivites. Hamor yang gembira dengan berita itu menyampaikan syarat tersebut kepada semua ahli di dalam puak tersebut. Kesemua lelaki di dalam puak Hivites bersetuju untuk berkhatan pada masa yang sama sebagai memenuhi syarat yang diberikan ini. Tiga hari selepas daripada peristiwa berkhatan dan kesemu lelaki di dalam puak Hivites masih lagi di dalam keadaan belum sembuh dari luka dan kesakitan berkhatan, Simeon dan Levi, abang kepada Dinah mengambil pedang lantas memasuki pekan tersebut tanpa menimbulkan apa-apa syak wasangka. Sampai sahaja di sana, mereka membunuh kesemua lelaki yang masih lagi di dalam kesakitan akibat berkhatan dan tidak dapat berlawan akibat dari pergerakan yang terhad. Setiap seorang daripada lelaki di dalam puak Hivites dibunuh dengan kejam. Shechem dan Hamor turut dibunuh dan tiada siapa pun lelaki daripada puak tersebut dibiarkan hidup. Selepas dari itu, anak-anak Jacob yang lain menjarah keseluruhan pekan tersebut dan merampas semua yang berharga dan menculik setiap wanita dan kanak-kanak.
Puak Hivites dihancurkan semata-mata kerana dosa salah seorang daripada mereka merogol seorang wanita dari Bani Israel. Inilah sikap mereka dari awal kewujudan bangsa Israel. Jadi tidak hairanlah jika roket kecil Hamas yang membawa kesan seperti gigitan nyamuk yang dilancarkan sebagai membalas kekejaman Zionis ke atas mereka, dibalas dengan serangan pada skala paling tidak masuk akal. Mereka mahu menyampaikan mesej kepada hamas sepertimana di dalam kes Dinah itu tadi bahawa jika ada sesiapa dari kalangan mereka diapa-apakan, maka seluruh bangsa Palestin itu akan mereka hapuskan di muka bumi. Dengan cara bacul melalui pelabagai sekatan ekonomi, sekatan perubatan, bantauan kewangan, sekatan persenjataan dan sebagainya, mereka menyangka bahawa mereka berjaya ‘mengkhatankan’ pejuang Palestin dan umat Islam sepertimana kaum Hivites tadi dikhatankan lalu dihapuskan di atas ketidakmampuan untuk berlawan. Tetapi sangkaan mereka itu pastinya akan meleset kearan Allah telah menjanjikan kehancuran kepada mereka dan menjanjikan kemenangan ke atas umat Islam dan kemenangan terbesar umat Islam akan diraikan kemuncaknya di Palestin nanti. InsyaAllah. Taktik dengan menggunakan ‘Strategi Dinah’ ini juga selalu digunakan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel yang digambarkan secara metaforanya di dalam hadis Rasulullah sebagai pohon Gharqad (Africa Boxtorn). Di kala seluruh dunia termasuk ‘batu-batuan’ tidak lagi mahu melindungi kekejaman Yahudi, hanya ‘pohon gharqad’ melalui agen-agen pelaksanaannya sahaja yang sanggup membentuk lingkungan perlindungan ke atas Israel. Taktik ‘Dinah’ ini sudah digunakan Amerika ke atas Iraq disamping satu taktik lagi yang mereka sangat faham dan cuba lakukan bagi menghancurkan ‘kekebalan’ yang dijanjikan Allah ke atas umat Islam. Kedua-dua taktik ini akan biasa kelihatan digunakan bagi mereka yang mahu memerhatikan dengan akal. ‘Kekebalan’ bersyarat yang dijanjikan Allah ini akan dibincangkan pada bahagian akhir penulisan ini nanti. InsyaAllah..

_____________________________________________________________________________________
Rujukan :
  1. Genesis 1-4, Commentary on the Whole Bible (Genesis to Deuteronomy) Volume 1 by Matthew Henry. Grand Rapids,MI: Christian Classics Ethereal Library
  2. Genesis fasal 4 ayat 25, Today’s English Version (Special Missionary Edition), American Bible Society 1976. m/s 8.
  3. Bereishit Rabbah, Judaica Press Complete Tanakh with Rashi’s Commentary.
  4. King James Version, Bible.
  5. Al Kitab (Bible) Terjemahan Indonesia.
  6. Genesis 9 verse 24 - 27, Commentary on the Whole Bible (Genesis to Deuteronomy) Volume 1 by Matthew Henry. Grand Rapids,MI: Christian Classics Ethereal Library, m/s 125 & 126.
  7. Tafsir Jalallain berikut Asbabun Nuzul, Imam Jalalluddin al Mahalli & Imam Jalallauddin as Suyuthi, Sinar Baru Algensindo, m/s 217 dan 218.
  8. Bereishit Rabbah, Judaica Press Complete Tanakh with Rashi’s Commentary. Bereishit fasal 9 ayat 25.
  9. History of Palestine and Syria, A.T.E Olmstead, m/s 196.
  10. Western Civilizations : Their History and Their Culture, Fourth Edition 1948, Edward McNall Burns, m/s 92.
  11. 2 Kings fasal 5 ayat 17, Today’s English Version (Special Missionary Edition), American Bible Society 1976. m/s 374.
  12. Jerusalem From The Earliest Time To 70 a.d., G.A. Smith, Vol 1, m/s 252.
  13. Historical Atlas of Jewish People, E. Barnavi/ English Editor M.Eliav-Feldon, m/s 2.
  14. Ayat 74 – 79 surah al An’aam, Tafsir al Azhar, Prof. Dr. Hamka, Juzu’ 7, 8 &9, Pustaka PanjiMas, Jakarta, m/s 247 – 261.
  15. Jesus, The Prophet of Islam ; Muhammad Ata ‘ur Rahman
  16. Juzu’ 7, 8, 9 Surah al An’Aam ayat 76, m/s 252. Tafsir Al Azhar, Prof. Dr. Hamka
  17. Izhar ul Haq, Maulana M.Rahmatullah Kairanvi, Ta-Ha Publishers Ltd. United Kingdom, 2003
  18. Abraham : Journey of Faith; Tad Szulc, National Geographic, Dec. 2001, m/s. 110.
  19. 2 Chronicles fasal 34, Today’s English Version (Special Missionary Edition), American Bible Society 1976. m/s 463.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...

Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
terima kasih di ats artikel saudara.
saya nak bertnya satu soalan, mengenai dajjal. Ada setengah pendapat mengatakan yang dajjal ini merupakan perumpamaan terhadap kuasa2 jahat sekarang ini, merupakan satu bangsa yang suka memusnahkan.
Tapi, saye pernah juga mendengar pendapat yang dajjal ini sejenis makhlus di dalam perut bumi yang sedang menunggu masa untuk keluar.Boleh saudara jelaskan jika saudara tahu tentangnya?

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Techis..
Berkenaan dengan Dajjal, ianya tidak dapat dihuraikan bagi memberi kefahaman sepenuhnya dlm ruang komen yang kecil ini, InsyaAllah jika diberi keberkatan masa, saya akan cuba menghuraikan tentangnya, proksi-proksinya dan modus operandinya di lain masa..

Secara ringkas, Dajjal penampilan wajahnya seperti manusia biasa, berwajah seakan-akan salah seorang pemuda yang wujud pada zaman Rasulullah, bermata buta sebelah kerana ditutupi daging yang berbentuk seakan-akan anggur kering. Dajjal membawa air dan api (sebuah metafora sebagaimana umum di dalam hadis-hadis Rasulullah), kedatangannya menyusuli zaman fitnah dan ketidaksuburan dunia (makanan. minuman yang berkurangan peringkat demi peringkat dan masalah ekonomi yang mencengkam iman setiap satu dari setiap manusia), kemunculannya 40 hari dimuka bumi dengan hari pertama bersamaan 1 tahun, hari kedua bersamaan 1 bulan dan hari ketiga seperti satu minggu dan hari-hari selebihnya seperti hari biasa.

(Dimensi hari ini dihitung secara subjektif dan boleh jadi merupakan
metafora atau dimensi masa yang berbeza. Sains tidak menafikan kewujudan dimensi-dimensi masa yg berbeza di dalam kosmos).

Rasulullah berpesan, jika bertemu Dajjal, untuk mengetahuinya, bacakan permulaan sepuluh ayat awal
surah al Kahfi.. fahami sepuluh ayat tersebut akan maksudnya. Bahawa Dajjal ini disokong dengan mekanisme yang digerakkan oleh golongan yang mengakui Tuhan itu mempunyai anak (Yahudi dan Nasrani). Di awal kemunculannya, dia akan disukai, dihampiri dan diikuti orang-orang beriman kerana dia menunjukkan dirinya sebagai manusia yang membawa kebaikan dan melakukan perubahan ke arah kebaikan agama, orang-orang beriman yang tidak dapat membersihkan diri dengan ketaksuban akan tertipu dengan penampilannya. Yang mengenali Dajjal pada awalnya ialah pemuda biasa yang diberikan Allah ilmu sama seperti yang diberikanNya kepada Abdus Soleh (ada riwayat menyatakan Abdus Soleh merupakan Khidir tetapi Syed Qutb dalam fi zilalil Qur'an mengenalkannya sebagai Abdus Soleh sebagaimana yang dicatatkan Allah di dalam al Qur'an) yang ditemui Musa. Dajjal akan mula mengumpul pengikut sehingga pada suatu tahap dia akan mengaku sebagai Tuhan. Bagi membuktikannya, dia akan bertemu dengan manusia lalu dikatakannya dia dapat mengembalikan ibu bapanya yang telah mati. lantas 'ibubapanya' itu dihidupkan dan berkata-kata kepadanya menasihatkan supaya mengikut telunjuk Dajjal.

Sedang bagi yang memahami, ibubapanya itu merupakan jelmaan syaitan bagi menipu hati-hati yang lemah. Dajjal akan menunjukkan bahawa dia membawa kemakmuran dan akan memberi kebinasaan kepada mereka yang tidak mahu mengikutnya.

Salah satu petanda hampirnya kepada kemunculan Dajjal dan Nabi Isa a.s. dalam dimensi hari-hari biasa dalam dunia ini ialah apabila tasik Tabariyyah (Galilee) di Palestin yang kini dikuasai Israel kini akan semakin surut sehingga kering (terbaru anda boleh periksa berita dari Jerusalem Post yang menunjukkan paras air di tasek Tabariyyas@tiberias@Galilee ini sudah surut ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi.. lawat lama ini )

http://www.israeltoday.co.il/
default.aspx?tabid=178&nid=18067

dan laman di bawah ini..

http://www.telegraph.co.uk/earth
/earthnews/3350580/Sea-of-Galilee
-water-level-at-lowest-on-
record.html


(sambungkan dan klik serta baca.. bahawa Dajjal itu sudah semakin dekat)

Dia menghantar proksi-proksinya ke seluruh dunia termasuk negara kita bagi menghancurkan kekuatan Islam dengan memulakan perpecahan. Pengikutnya kebanyakannya berbangsa Yahudi. Dajjal pada ketika kemunculannya akan muncul dari sebuah daerah bernama Khurasan (sempadan Iran dan Afghanistan) dan dia akan mati ditangan Nabi Isa a.s. Isa a.s. akan muncul di menara putih, timur Damsyik. Baginda memakai 2 pakaian berwarna sambil memegang kepada sayap dua malaikat. Ketika menundukkan kepalanya, hujan mulai turun dan ketika dia mengangkatkan kepalanya manik-manik bagai mutiara berguguran jatuh. Kedatangan Isa a.s. pada ketika itu akan membawa penganut Nasrani kembali ke jalan Islam sebenar, membunuh (mengharamkan kembali kepada Nasrani) babi. Akan terjadi
peperangan besar sehingga setiap 99 yang terlibat di dalamnya mati dan 1 survive. Dajjal akhirnya akan di bunuh Isa a.s. Dajjal akan diburu Isa a.s. dan pengikutnya sehingga ke pintu gerbang Lud (sebuah kota berdekatan dengan BaitulMaqdis) lalu dibunuhnya.
Setelah itu, Muslim yg teguh iman dan dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal akan diberitakan nasib mereka di syurga dan lantas diselamatkan Allah ke satu tempat. selepas itu, Yakjuj dan Makjuj dibangkitkan. Gelombang pertama kebangkitan mereka sebaik mereka melewati tasik Galilee tersebut, tasik tersebut menjadi kering. Isa dan muslim yang diselamatkan sebelum dari itu akan terkepung dengan Yakjuj dan makjuj. lalu mereka berdoa meminta Allah menyelamatkan mereka. Lalu dikirimkan Allah penyakit (penyakit hidung seperti yang dijangkiti oleh binatang-binatang) kepada mereka, lalu kesemuanya mati bergelimpangan sehingga tiada ruang tanah yang tidak tercemar dengan bagkai mereka. Isa a.s. mendoakan kepada Allah supaya disingkirkan bangkai-bangkai busuk tersebut, lalau Allah mengirimkan burung-burung besar mengangkat bangkai-bangkai tersebut lalu dicampakkan ke tempat yang Allah tetapkan. Bumi makmur sesudah itu dan kekayaan melimpah ruah sehinggalah Alah mengirimkan angin yang mencabut roh semua yang beriman. Yang tinggal hanyalah mereka-mereka yang jahat dan bergaul dan bercampu baur seperti binatang (keldai pada perlakuan sumbang mereka). Golongan manusia inilah yang akan bertemu hari kiamat.

Ini ringkasan cerita Dajjal sehingga kiamat. Diisinkan Allah, saya akan membuat sebuah posting setelah semua yang saya rancangkan untuk dimasukkan ke dalam blog ini siap.

Berkenaan dengan pertanyaan saudara mengenai blog syurga Islam sebelum ini, jawapan kepada pertuduhan yang penulis blog itu kemukakan udah pun dijawab di dalam banyak blog anataranya ada saya tuliskan alamatnya pada laman pautan dalam satuhala. Sebagai contoh laman Answeringchristianity merupakan satu laman yang boleh dirujuk dan ada jawapan kepada apa yang direcycle kembali pertuduhan dalam blog syurga Islam. Beberapa pertuduhan juga telah saya jawab dalam posting-posting lalu. Jika ada kesempatan, saya akan cuba menjawab mana-mana pertuduhan yang belum disanggah sebelum ini. InsyaAllah.. terima kasih atas komen dan kunjungan saudara ke sini. InsyaAllah saya akan cuba menyiapkan posting demi posting mengikut kelapangan dan keberkatan masa dari Allah dengan keizinanNya. Wassalam....

Anonymous said...

Terima kasih atas jawapan saudara.. Semoga usaha saudara diberkati Allah. Saya akan sentiasa mendoakan saudara ats usaha dakwah yang saudara lakukan...

Anonymous said...

assalamualaikum sdr Muhammad.
saya boleh dikatakan agak lama mengikuti blog sdr ini sehingga apabila sdr tidak update blog ini ketika kelahiran anak sdr.; Nur Miftahul Jannah Haaz,(tahniah) saya menjadi sedikit resah takut-takut saudara sudah tidak berblogging lagi.di sini saya ada dua soalan,harap sdr sudi menjawab:

1.adakah saudara masih aktif di youtube melalui channel saudara? (maaf,saya tak ingat nama channel tersebut)

2.saudara,baru-baru ini saya berhadapan dengan seorang youtubers yang mendakwa dirinya dari Malaysia(saya sendiri tidak sangka kewujudan pembela zionisme di Malaysia!)dan menyatakan kepada saya tentang kewujudan Eretz Yisrael (Tanah Israel)dan beriya-iya mempertahankannya.saya ingin minta saudara jelaskan jika saudara arif tentang ini,adakah terdapat di dalam mana-mana versi Bible atau Torah yang menyebut dengan tepat akan kewujudan Tanah Israel, dan penciptaannya hanya untuk orang Israel sahaja.

sekian.wassalam.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam warahmatullah Dannyashraf.. TQ atas sokongan dan setia berkunjung ke sini..
1. Berkenaan channel youtube tersebut, ada sedikit masalah akses di Malaysia bagi akaun yang saya gunakan dulu bagi video di mana saya berdebat dengan dua orang Nasrani sebelum ini. Saya akan cuba aktifkan kembali nanti.

2. Berkenaan dengan Tanah Israel yang di janjikan Tuhan, sebenarnya tanah tersebut merupakan sebuah tempat suci yang diharamkan Allah bagi mereka-mereka yang tidak mengikut perintah dan tidak meninggalkan larangannya. Tanah Israel yang dimaksudkan itu merupakan tempat di mana Baitulmaqdis menjadi pusat tumpuan. Sejarah telah membuktikan, malah di dalam Bible mereka sendiri menyatakan bahawa setiap kaum yang pernah bermastautin di situ, akan dihalau keluar oleh Tuhan pada setiap kali mereka melakukan perkara yang dilarang termasuk mempersekutukan Allah. Bermula dengan orang-orang Canaan dan kemudian Amorites setiap satu dari mereka diturunkan bala lalu dihalau keluar melalui pelbagai cara. Malah dinyatakan di dalam Genesis fasal 15 : 16 bahawa kaum Amorites tidak akan dihalau keluar oleh Tuhan sehinggalah kejahatan mereka bertambah-tambah dan melampaui batas. Sehingga ke saat itu, kaum Bani Israel tidak akan dibenarkan masuk dan menggantikan mereka. Ini menunjukkan bahawa tanah Canaan yang mereka namakan seabgai tanah Israel itu merupakan satu daerah bagi kaum-kaum yang beriman kepada Allah. Malah kaum Yahudi sendiri pernah dihalau beberapa kali keluar dari tanah tersebut kerana kejahatan mereka. Pertama mereka di halau keluar melalui serangan Nebuchadnezzar dan semasa era Isaiah mereka sudah pun kembali hasil kebaikan dan pemulihan akidah mereka. Lalu Tuhan menghantarkan Cyrus, si Raja Parsi utk memberi kebebasan dan mengembalikan mereka ke Tanah yang mereka namakan Israel. Kemudian mereka dihalau lagi berkali-kali. Sehinggalah zaman moden ini. Pemilik yang sah bagi tanah tersebut merupakan mereka yang mengesakan Allah serta menjalani kehidupan mengikut peraturan Allah. Selepas kedatangan Rasulullah, mereka semua perlu menurut kepada Final Testament iaitu al Qur'an dan semua perintah Allah yang datang bersama Rasulullah. Ia terbukti apabila mereka diberikan Allah peluang untuk bersama dengan Rasulullah melalui perkongsian Kiblat pada 17 bulan awal semasa baginda berhijrah ke Madinah. Tetapi, semua kelebihan ini ditolak mereka dengan bonglkak sehinggalah Rasulullah diperintahkan Allah mengubah arah Kiblat ke arah Mekah. Itu jika difahami bahawa, segala manusia Yahudi yang wujud, tiada jalan selamat bai mereka sehinggalah mereka kembali kepada al Qur'an dan wahyu terbaru yang dbawakan Allah melalui Rasulullah s.a.w. (dengan menganut Islam). Itu secara ringkas.. insyaAllah akan saya hujahkan secara detail dalam bahagian ketiga lagi.. cuma Allah sahaja menentukan masa di mana kesempatan untuk posting tersebut akan berjaya saya siapkan.. harap, penjelasan ringkas ini sedikit memadai buat masa ini.. InsyaAllah nantikan bahagian ketiga berkenaan Palestin dan isu ini.. wassalam..

Anonymous said...

terima kasih sdr atas jawapan sdr tersebut.sdr,saya ingin meminta izin dari sdr untuk menggunakan maklumbalas sdr untuk tujuan memberi maklumbalas kepada pembela zionis tersebut.

sdr,pernahkah sdr menonton siri The Arrivals di youtube? saya mendapati siri tersebut sangat menarik perhatian.jika pernah,apa pendapat sdr tentang siri tersebut?

sekain,wassalam.