oleh Muhammad Ibn 'Az
1.Ini filem dakwah
2. Terkejut pelakon bercium mulut
3. Sokong filem anu dalam botol
Bismillahir Rahmaanir Raheem... Artikel-artikel di atas adalah dirujuk (untuk memberi keadilan, sila klik dan baca artikel-artikel tersebut terlebih dahulu sebelum membaca penulisan ini). Ia seperti satu pengulangan kepada apa yang berlaku di barat sehingga meruntuhkan institusi keluarga seterusnya sosial dan keupayaan negara mereka melahirkan generasi pengganti. Malah ia bakal meranapkan keupayaan bangsa mereka untuk melahirkan generasi pelapis yang mempunyai keupayaan intelektualisme yang tinggi dalam pembentukan evolusi pemikiran dalam kadar yang memperbaiki kelemahan generasi-generasi sebelum ini. Terpanggil saya untuk menulis tentang perkara ini, setelah membaca artikel susulan kepada kemajuan kerja-kerja untuk memastikan filem ini berjaya sampai ke layar perak. rujuk artikel 2
Seolah-olah semua teguran yang diberikan kepadanya oleh pelbagai pihak sebelum ini tidak diendahkan. Selepas saja membaca temuramah tersebut, rasa simpati terus menjalar ke hati. Lebih simpati saya kepadanya selepas membaca kenyataannya di bawah ini.
Saya akan tonjolkan adegan di mana lelaki dengan lelaki itu berasmara di atas katil. Kita akan dapat lihat bagaimana pasangan itu membelai sesama mereka. Ada juga adegan cium mulut dan laga-laga hidung. rujuk artikel 1
Kalau filem ini kena gam, saya rasa mereka yang buat demikian sebagai zalim kerana menghalang saya menceritakan kisah sebenar yang berlaku pada hari ini. Jangan pandang filem ini secara luaran tetapi dakwah yang hendak saya sampaikan. Sebelum buat filem ni saya dah rujuk kitab-kitab tertentu dan tafsir al-Quran rujuk artikel 1
Cliché... memang cliché dalil yang diberikan. Muak rasanya mendengar perbuatan menghalalkan dasar akal yang sempit untuk berkarya songsang dengan memasuk kelucahan pada kejijikan perbuatan Sodom dan Gomorrah yang dihalalkan atas ‘niat untuk berdakwah’. Machiavelli sendiri berasa jijik di alam barzakh kerana sunnahnya digunakan untuk mengangkat karya transgender sempit lagi memualkan. Mereka berkarya seolah-olah Tuhan itu perlu tunduk kepada kekreatifan dangkal dari lubuk hati mereka yang terbuka untuk menasihati pihak lain yang dirasakan tidak betul. Jika hasilnya lima bintang sekalipun ianya tetap tidak dibolehkan, apatah lagi karya yang berbintang kusam lagi malap, lebih teruk kesan psikolognya terhadap semua yang terlibat dalam industri seni negara nanti.
Mengapa saya katakan sebagai cliché apa yang diucapkannya sebagai jawapan kepada apa yang ditanyakan wartawan tersebut? Cuba bandingkan dengan jawapan yang turut diberikan oleh seorang lagi pengarah Melayu sebelum ini berkenaan sebuah filemnya yang dipenuhi adegan ranjang yang dibuat atas dasar ‘fardu kifayah’.
The issue to ban the film should not have arisen as the sex scenes were introduced to make the picture looks real to the audience, to illustrate the reality of human life which was just part of the story. I had no intention at all to create controversy. They need to see the whole picture and not focus on the sex scenes alone. If we compare, storybooks available in the market are worst that what I had pictured. I did it out of needs to give awareness on what is bad or good. The story was just to highlight on the social problems, which in reality happened at all levels and age. Before this, we are not brave enough to point out the truth for example the bed scene between the married couple ..... Even the National Censorship Board had approved the film. So why must it be banned? What I did was like performing religious obligations (fardu kifayah), which was required by the Muslims but not done by any other. But most importantly, before implementing it I had consulted some parties. So why must I hide the real situation? Do not be afraid if you were right. We must get out of the shell that had confined us for so long and set ourselves free if we wanted to grow. rujuk artikel 4 (temuramah dengan jawapan yang sama di dalam Bahasa Melayu di dalam lampiran di sebelah kiri atas)
Hujah yang diberikan untuk menghalalkan perbuatan haram di dalam filem atas alasan-alasan cliché yang diulang-ulang ini benar-benar memualkan. Cukup-cukuplah dengan cerita dalam kain sebegini! Perhatikan hujah yang biasa digunakan oleh mereka untuk mendiamkan kritik bahawa :
- mereka sudah pun merujuk ‘pakar-pakar agama’ dan ‘pakar-pakar’ ini menghalalkan tindakan mereka atas dasar fardu kifayah.
- mereka sudah pun merujuk banyak kitab-kitab dan membaca banyak tafsir al Qur’an untuk membuat rujukan.
- adegan lucah, jijik dan haram tersebut perlu ditonjolkan supaya penonton dapat faham apa itu yang dimaksudkan dengan seks luar nikah, seks luar tabii dan sebagainya kerana jika tidak dipaparkan secara explicit, penonton Malaysia tidak akan faham. Jadi menjadi tugasan mereka ini untuk menyekolahkan rakyat Malaysia yang menonton wayang.
Saya pernah menonton beberapa filem dari Iran, walaupun kebanyakan daripadanya mempunyai mutu suntingan yang tidak segah Hollywood atau mana-mana filem Hindi atau Jepun, tetapi cerita mereka begitu kuat dan meninggalkan kesan. Semua topik permasalahan masyarakat ada di dalam filem mereka. Dari pelacuran hinggalah kepada pembunuhan. Sebagai contoh filem ini yang betul-betul meningalkan kesan kepada saya supaya sentiasa bersabar dalam setiap apa jua perbuatan. Tajuknya Twillight. Ia mengisahkan mengenai seorang wanita dalam perjalanan untuk membunuh lelaki yang telah merosakkan hidupnya. Dendam kesumat wanita ini sehingga menyebabkannya nekad membawa selaras senapang separa automatik di dalam keretanya dan sanggup menempuh perjalanan yang sangat jauh semata-mata mahu lelaki itu mati. Dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang wanita yang kerjanya melacur dan sedang diasak oleh dua orang pemandu lori yang menjadikannya sebagai teman penghibur.
Setelah bergelut dengan lelaki tersebut, mereka berjaya menyelamatkan diri. Kemudian dalam perjalanan mereka menumpang seorang wanita tua yang mahu ke sebuah tempat. Wanita yang memegang watak utama filem ini sering mengeluh samada dia dapat sampai ke destinasi tujuan pada waktu yang tepat dan melangsaikan hutang dendamnya. Pada setiap perjalanan yang ditempuhnya, dia akan sentiasa dilambatkan oleh pelbagai perkara yang berlaku kepadanya. Satu dialog yang saya ingati dari filem tersebut lebih kurang begini bunyinya, “Biar lambat sampai, asalkan sampai dalam keadaan kemas”. Ianya dinyatakan berulang-ulang di dalam filem tersebut oleh setiap watak yang ditemui wanita terbabit. Ia membuatkan sesiapa yang menonton filem tersebut, ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan dialog yang diulang-ulang tadi. Akhirnya setelah dilambatkan dengan pelbagai halangan, bandar pelabuhan tempat bermastautinnya lelaki durjana tersebut yang ditujuinya semakin dihampiri. Pada malam hari terakhir perjalanan tersebut, dia bermimpi menembak lelaki terbabit berkali-kali sehingga dapat melegakan dendam yang lama terbuku di dalam hati. Bila sahaja terbangun, dia lantas termenung memikirkan apa kebaikan dalam meneruskan niat melakukan perkara tersebut. Oleh kerana sudah di penghujung jalan, dia terus memandu ke bandar pelabuhan tempat tinggal lelaki yang didendaminya.
Hampir sahaja dengan rumah lelaki terbabit, jalan ke arah kediaman yang ditujuinya itu sesak dengan banyak kenderaan yang terhenti perjalanannya. Wanita itu menjadi cemas kerana sekali lagi dia dilambatkan dengan kesesakan jalanraya dihadapannya. Bila sahaja keretanya menghampiri kawasan terbabit, dia melihatkan ambulans dan banyak kereta polis disekeliling rumah lelaki tersebut. Kemudian terlihat olehnya sekujur mayat yang dibalut sedang diusung keluar dari rumah terbabit. Selepas sahaja dari itu, dia kemudiannya terlihat seorang wanita bertudung dan dalam keadaan wajah dan pakaian yang tidak kemas serta comot keluar digari dan diiringi oleh anggota polis wanita. Lalu dia tersedar, jika bukan kerana dia dilambatkan oleh semua peristiwa yang berlaku dalam perjalanannya sebelum ini, mungkin wanita yang sedang digari itu adalah dirinya dalam keadaan tidak kemas setelah bergelut untuk membalas dendam. Barulah difahami dengan dialog yang diucapkan oleh perempuan tua yang ditumpangkannya sebelum dari itu, yang diucapkan oleh pengembala unta yang membawanya tunjuk jalan di padang pasir semasa dia sesat sebelum ini. Kedua-dua watak ini mati semasa sedang bersama dengan wanita terbabit. Biar lambat asalkan sampai dalam keadaan kemas.Dan kerana kelambatannya itulah dia dapat melihat lelaki tersebut dibunuh perempuan lain dengan dendam yang serupa.
Menariknya filem tersebut ialah, ianya tidak langsung cuba menganggap penontonnya terlalu bodoh untuk memahami siapa itu pelacur yang ditumpangkannya dengan memaparkan babak-babak ranjang untuk menyekolahkan penonton bahawa inilah apa yang maksudkan dengan pelacur. Ia juga tidak menunjukkan bagaimana lelaki tersebut menganiayai wanita ini sehingga dia berdendam dan mahu membunuhnya. Pengarahnya tidak menyekolahkan penonton semata-mata untuk memberi kefahaman tentang apa yang berlaku antara mereka berdua sehingga menyebabkan dendamnya begitu mendalam terhadap lelaki tersebut.
Pengarahnya juga tidak menyekolahkan penonton dengan memaparkan babak bagaimana lelaki terbabit dibunuh oleh perempuan yang ditangkap diakhir filem tersebut. Pengarah itu juga tidak menyekolahkan penontonnya dengan memaparkan babak apa yang berlaku antara perempuan yang ditangkap di akhir cerita tersebut dengan lelaki terbabit sehinggakan dia begitu berdendam dengan lelaki yang dibunuhnya. Pengarah filem Iran ini tahu menghormati penontonya. Pengarah Filem Iran ini, memuliakan kebebasan interprasi penontonnya terhadap karyanya. Pengarah filem ini tahu menghargai penonton-penontonnya dengan menganggap mereka bersekolah tanpa perlu menyekolahkan mereka dengan karya yang dihasilkannya. Masalah dengan kebanyakan pengarah Malaysia ialah, mereka menganggap penonton mereka sebagai orang-orang yang tidak bersekolah. Cuma beberapa kerat pengarah yang tahu menghormati khalayak penonton.
Saya suka dengan Sumolah dan Baik Punya Cilok! dari Afdlin Shauki, saya juga suka dengan ‘Bonda’ karya Dato’ Jins Shamsudin. Begitu juga filem sentimental ‘Berlari ke langit’ arahan Badaruddin Hj. Azmi. Juga filem ‘Kala malam Bulan Mengambang’ dari Mamat Khalid. Saya melihat sindiran politik di dalam karya Mamat Khalid tersebut. Saya juga suka dengan kerja pengarahan dan hasil yang dilakukan Yasmin Ahmad yang saya rasakan begitu hebat kesabarannya membina plot-plot cerita tetapi saya kurang suka akan beberapa peratus dari keseluruhan isikandungan filem-filemnya. Saya sukakan halatuju niatnya, tetapi tidak kepada sebahagian dari cara dia melaksanakannya di dalam filemnya. Bagi saya, mereka-mereka ini tahu menghormati penonton mereka di dalam karya-karya yang disebutkan tadi.
Malangnya dalam sedikit yang disebutkan di atas, ada juga terdapat pengarah yang tidak tahu dan mahu menghormati penonton mereka.
Kenapa sampai perlu meraba? Kenapa sampai perlu berciuman antara lelaki untuk dipaparkan dilayar perak semata-mata untuk bercerita? Kenapa sehingga perlu seorang pelakon wanita meraba seorang lelaki semata-mata hendak menunjukkan suspens terkejutnya dia kerana temannya tidak ‘segagah’ yang diharapkan? Apakah umur yang sudah meningkat melembabkan kreativiti untuk menghasilkan insinuasi yang mencadangkan perlakuan buruk tanpa realiti tampak di layar perak? Jika umur dijadikan ukuran, kenapa karya-karya semasa muda dahulu pun dihasilkan pada tahap jauh dari boleh dibanggakan?
Republik Singapura yang didiami dan diperintah majoriti bukan Islam kelihatan lebih bertegas dengan perkara-perkara jijik yang cuba diserap masuk ke dalam media dan bidang seni mereka. Malah tuntutan-tuntutan pihak Islam dipenuhi sebagai menghormati agama penganut Islam. Petikan-petikan akhbar di bawah sebagai contoh.
Perhatikan bagaimana kerajaan republik tersebut peka dengan sensitiviti masyarakat dan mengharamkan filem yang menonjolkan golongan homoseksual yang beragama Islam.
Malah terdapat kes di mana stesen televisyen yang di denda di republik tersebut kerana cuba mempromosikan gaya hidup homoseksual dalam media arus perdana. Apa yang dipaparkan di dalam penerbitan yang di denda tersebut, hanyalah program dekorasi yang menunjukkan pasangan homoseksual tinggal bersama dalam sebuah rumah. Ia tidak memaparkan apa-apa babak raba meraba, cium-ciuman antara sesama jenis malah tiada adegan ranjang songsang ditunjukkan. Tetap dengan ketegasan, stesen itu di denda pihak berkuasa republik Singapura. Tetapi lain pula cerita di negara Malaysia yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Ia mengingatkan saya dengan satu kecaman terhadap siri Murphy Brown di awal 90 an dulu oleh seorang Naib Presiden, Dan Quayle, di Amerika Syarikat. Dia mengecam siri tersebut yang seolah-olah cuba mempromosikan kehebatan kehidupan si ibu tunggal yang mementingkan kerjaya dan mengutamakan kerjaya, seolah-olah memberi mesej kepada masyarakat terutamanya golongan feminis untuk mendapatkan liberalisasi melalui kaedah sama. Ia dicatatkan di dalam sebuah buku bertajuk ‘The Empty Church : The Suicice of Liberal Christianity’ tulisan Thomas C. Reeves. Saya membeli buku ini dulu untuk mengkaji trend kejatuhan sistem agama di barat. Beliau (Thomas C. Reeves) memetik laporan dari Chicago Tribune mengenai kecaman dari pihak Liberal berkenaan dengan apa yang ditegaskan Dan Quayle. Tetapi, dua tahun selepas itu (1994) Setiausaha Healths & Human Services, Donna Shalala, memperakui kebenaran rungutan Dan Quayle. 1
Jika Amerika yang terkenal dengan Hedonisme yang berakar kukuh dalam media arus perdana mereka turut ditegur, apatah lagi sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasminya! Perhatikan di dalam media arus perdana di Malaysia, bukankah nilai-nilai songsang, kotor dan jijik sedang dipromosikan secara meluas? Ia memberi kesan yang cukup merosakkan kepada gaya pemikiran mereka-mereka yang menontonnya.
Malang bagi Malaysia, sebagai negara dengan Islam sebagai agama rasminya, semua perkara yang berlaku ini benar-benar mengundang rasa jelek masyarakat terhadap mereka yang diamanahkan berkuasa. Islam itu agama rasmi bagi persekutuan ini. Ia termaktub kemas di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya, kenapa sejak akhir-akhir ini, filem-filem ‘fardu kifayah’ yang tidak menghormati Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan sebegini seolah-olah menjadi lambakan di dalam pasaran? Sedangkan Singapura, sebuah republik dengan majoriti bukan Islam BOLEH DAN TAHU menghormati umat Islam dan pegangan mereka, kenapa pemerintah Malaysia tidak boleh melakukannya?!!!! Jika pemerintah mahu dihormati dan disokong, hormatilah kehendak majoriti rakyat negara ini. Saya menyimpan satu keratan akhbar yang memetik Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamid Albar, sebagai berkata bahawa Guidelines bagi Lembaga Penapisan Filem akan diubah demi memenuhi kehendak khalayak yang sudah berubah mengikut masa. Tujuan saya menyimpan keratan akhbar tersebut adalah bagi melihat apa kesan dan akibat dari tindakan mengubah dasar peraturan Lembaga Penapisan Filem. Sebagai memetik apa yang dilaporkan, Dato’ Seri Hamid Albar menyatakan bahawa: “Malaysians have definitely change. Film makers, directors and actors are willing to do things now in their movies that were previously taboo. These are developments but there are segments that cannot accept it," (Rakyat Malaysia secara jelasnya telah berubah. Pembikin filem, pengarah dan pelakon kini sanggup melakukan perkara-perkara yang selama ini dianggap sebagai perkara yang terlarang di dalam filem-filem mereka. Semua ini merupakan satu perkembangan tetapi terdapat juga kumpulan-kumpulan yang tidak dapat menerimanya.)
“A lot of the board members are old timers. Some feel that we are being too rigid and should be more liberal. Then there are also those who are more conventional. It is important to strike appropriate balance between the liberal and conventional so that it does not create a new area of conflict," (Ramai di dalam ahli lembaga (LPF) merupakan orang-orang lama. Ada yang menyatakan kami terlalu keras dan seharusnya menjadi lebih terbuka. Tetapi, ada juga dari kalangan yang lebih konvensional. Adalah penting untuk memastikan terdapat keseimbangan antara kedua pihak supaya tidak menimbulkan apa-apa konflik baru.)
Jelas, selepas dari memerhatikan beberapa bulan, perubahan yang dijanjikan akan memberi keseimbangan kepada golongan yang lebih konvensional dan liberal, membawa kepada berlakunya lambakan ‘filem-filem berkisar tentang cerita dalam kain atas dasar fardu kifayah’. Bagi mereka, keratan akhbar seperti di bawah ini tidak memberikan apa-apa makna untuk diambil iktibar.
Jika benar pun hendak mendekatkan diri dengan golongan sebegini bagi tujuan dakwah, terdapat beribu kaedah lain yang lebih baik dan berkesan dan dengan tidak mempotretkan golongan ini sebagai hamba nafsu. Golongan sebegini sebenarnya sedang keliru. Jadi bagi yang hendak membawa mereka keluar dari kekeliruan, janganlah mereka sendiri keliru dan kelabu dalam pemikiran.
Kata pengarah filem itu lagi...
Orang mesti lihat macam mana pasangan itu berasmara. Kalau tidak mereka tak akan faham. Saya juga akan tonjolkan seseorang perempuan itu meraba pasangan lelakinya tetapi selepas diraba dia dapati pasangannya itu tak ada anu. Terus dia orang berpisah. Kekesalan si lelaki akan wujud ketika adegan itu. rujuk artikel 1
Daripada membazirkan wang disekolahkan dalam gelap selama hampir dua jam, adalah lebih baik menonton filem Tamil.. rapik dari mereka yang tidak membaca tafsir al Qur’an adalah seribu kali lebih baik dari mereka yang merepek dan meraban selepas membaca banyak tafsir. Jom tengok filem Tamil. Menonton Geli mat itu seribu kali lebih baik dari menonton ‘geli bersama mamat atas dasar fardu kifayah’.
Nampaknya masih jauh lagi usaha yang perlu dilakukan oleh penggiat seni untuk membentuk jatidiri apa yang dinamakan sebagai 'Filem Malaysia'. Berjayanya Slumdog Millionaire kerana mereka boleh menawarkan sesuatu yang segar kepada Holywood yang semakin hambar. Jatidiri filem India tidak dikorbankan secara total di dalamnya. Jadi apa yang mahu ditawarkan Filem Malaysia kepada dunia luar? Apakah sekadar mahu menjadi fotokopi kegagalan hedonisme Hollywood?
Teringat dengan kenyataan Cesar Pelli apabila dia diperlukan memastikan identiti Malaysia terserlah di dalam senibina Menara Berkembar Petronas yang bakal direkabentuk olehnya. Setelah beberapa rekabentuk ditolak oleh Mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohammad, akhirnya dia memasukkan ciri-ciri geometri Islam ke dalam rekabentuk tersebut. Itupun setelah kajian mendalam dilakukannya mengenai budaya Malaysia. Akhirnya, kesimpulan yang Cesar Pelli buat ialah, Malaysia dan Islam itu sangat berkait rapat, maka apabila dimaksudkan dengan identiti Malaysia itu, ia bermaksud memastikan ciri-ciri senibinanya seharusnya memaparkan konsep dan rekabentuk yang Islamik. Akhirnya rekabentuk tersebut dibentuk mengikut ciri senibina Islam. Pada pandangan saya, ia kelihatan seperti Qutub Minar di India yang dibina pada 1193 masihi yang diarah untuk dibina oleh Qutb-ud-din Aibak, pemerintah Muslim pertama di India.
Begitu juga seharusnya dengan filem Malaysia, apa jua yang hendak disogokkan, tidak kira samada hendak memaparkan multiculturalisme Malaysia atau permasalahan sosial di Malaysia, seharusnya filem-filem itu berada dalam lingkungan yang masih dapat disabitkan dengan identiti Malaysia sebagaimana yang dikatakan Cesar Pelli. Kekangan peraturan seharusnya melahirkan pembikin-pembikin filem yang lebih kreatif dan bukan pasif dalam memggunakan akal. Majunya pemikiran pembikin filem akan memalitkan refleksi apa yang berlaku dipersekitaran sosial masyarakat negara ini. Jadi, berhati-hati, dan berfikir dalam-dalamlah sebelum menilaikan idea yang perlu direalisasikan dan mana satu idea yang membawa kerosakan. Semua yang baik itu dari Allah.. Wallahua'lam..
Rujukan :
1) The Empty Church : The Suicice of Liberal Christianity, Thomas C. Reeves, The Free Press, m/s 8.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.
eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)