oleh Muhammad Ibn Az
Ramai juga yang mempersoalkan keadilan Allah dalam perkara sebegini. Antara pertanyaan yang sering dibisikkan syaitan ke dalam hati ialah kenapakah Allah menciptakan sesetengah manusia itu sempurna dan sesetengah manusia itu penuh dengan kekurangan dan kecacatan jika Allah itu Maha Adil. Sebenarnya tiada kekurangan yang Allah s.w.t. berikan kepada semua manusia. Semuanya diberikan Allah dengan samarata. Setiap kekurangan yang Allah berikan akan Allah s.w.t. tampung dengan nikmat yang kita tak pernah sedar pun. Kekurangan hanya kelihatan pada mata yang melihat dengan hati, tapi keistimewaan dan nikmat yang tinggi hanya dapat dilihat oleh mata yang melihat dengan akal dan iman. Sebenarnya, kecacatan itu sendiri ditampung Allah dengan kelebihan-kelebihan yang tak ternampak. Tak percaya? InsyaAllah saya akan buktikan sebentar lagi.
Suka saya mengambil contoh orang buta. Ini kerana pernah satu ketika saya melihat seorang buta berjalan-jalan setiap hari di jalanan yang sering saya lalui ke tempat kerja. Lalu syaitan pun berbisik, 'kasihan orang itu… apa yang boleh dilakukannya dengan tidak dapat melihat..bagaimana dia dapat melakukan kerjanya.. bagaimana dia dapat mencari nafkah untuk membela anak isterinya… adilkah Allah membiarkan dia hidup dengan tidak dapat melihat?'. Lamunan sedemikian membuka lebih ruang kepada syaitan untuk membisikkan bermacam perkara lagi ke dalam hati. Apa yang mampu saya buat ketika itu ialah, cuma memohon perlindungan dari Allah dari bisikan syaitan ini. Cuma apabila saya pulang ke rumah, barulah Allah s.w.t. membuka pintu akal supaya melihat bahawa apa yang saya lihat itu dan bisikan syaitan ke atas saya itu terdorong dari mata yang memerhati dengan hati, hati pula tempat nafsu bersarang dan nafsu pula ialah sahabat karib Iblis dan syaitan. Maka apabila Allah s.w.t. membukakan akal saya untuk memerhati, maka barulah terlihat oleh saya betapa Allah menggantikan nikmat mata yang tidak diberikanNya kepada orang buta tersebut dengan nikmat-nikmat yang lebih besar. Subhanallah.. Maha Suci Allah dari segala kekurangan.
Benar.. Allah s.w.t. menukarkan nikmat mata yang tak diberikannya kepada mereka yang buta dengan berbagai-bagai nikmat yang nampak dan tak ternampak oleh kita. Pertama sekali ialah, mereka ini walaupun mata mereka tidak berfungsi, tetapi hati mereka seakan melihat. Ini dari pengalaman saya sendiri, pernah satu ketika ketika hendak keluar untuk membeli belah dengan isteri, kereta yang saya pandu melintasi seorang pemuda buta di Seberang Jaya yang
Perlu diingat, kekurangan dalam bentuk kecacatan sebegini bukanlah bermakna ianya tidak setaraf dengan manusia lain yang lebih sempurna, tetapi merupakan nikmat Allah yang Allah s.w.t. kurniakan kepadanya supaya apa saja yang biasa dilakukannya, akan membawa impak pada skala luar biasa. Sebagai contoh, seorang pelajar yang buta dan berjaya sehingga mendapat 10 A 1 dalam keputusan S.P.M.nya. Di sekolah yang sama, ada seorang lagi pelajar yang celik mendapat keputusan yang sama. Pada fikiran anda, siapakah yang akan menjadi tajuk perbualan dan tajuk utama muka depan akhbar-akhbar tempatan? Tentulah pelajar yang buta tersebut
Perhatikan saja mereka-mereka yang termasuk dalam golongan istimewa ini yang berjaya. Terlalu banyak contoh yang boleh dikemukakan. Suka saya mengambil contoh Prof Datuk Dr. Ismail Md. Salleh, yang buta semenjak kecil tetapi dia kini antara orang yang berpengaruh di negara ini. Dia juga pernah dilantik menganggotai Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (Mapen II) bagi memastikan ekonomi negara selamat dari segala bentuk serangan dan menjanakan ekonomi supaya rakyat hidup makmur. Beliau juga pernah menjadi Deputy Director-General di ISIS (Institut Pemikiran Strategik Negara) dari tahun 1993-1994. Kini beliau berkhidmat sebagai Naib Canselor sebuah kolej di tanah air. Betapa besar sumbangannya kepada kita yang celik ini. Apakah majoriti dari kita yang celik ini berupaya melakukan perkara yang serupa? Berapa ramai yang celik terutamanya majoriti lelaki-lelaki melayu yang buta hatinya tak mahu memperdulikan bakal nasib bangsa dengan tidak langsung peduli tentang persekolahan. Jangan harap akan menjadi sebagai Naib Canselor Universiti jika untuk melangkah kaki ke universiti pun tidak dipedulikan. Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., di akhir zaman nanti nibah wanita kepada lelaki ialah 50 kepada 1. Setiap seorang lelaki bagi setiap 50 wanita. Benar … sabda Rasulullah s.a.w. ini sedang menjadi kenyataan sedikit demi sedikit. Mungkin ramai yang akan mempertikaikan ini dengan mengambil contoh nisbah jantina di
Berbalik kepada mereka-mereka dari golongan istimewa. Siapa cakap mereka ini tidak mampu untuk berjaya. Contoh Prof Ismail Md Salleh tadi sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka yang tiada keupayaan untuk melihat, tetapi dapat memberikan sumbangan yang amat luar biasa kepada Negara. Banyak lagi nama yang amat saya kagumi, antaranya Stephen Hawking yang terkenal dengan bukunya, A Brief History Of Time. Beliau lumpuh seluruh anggota badan, tetapi hasil kerjanya dalam bidang fizik dan sains kosmos melangkaui keupayaan kebanyakan mereka yang dilahirkan sempurna.
Bukankah ini menunjukkan bahawa Allah itu Maha Adil? Diambilnya sedikit nikmat, tetapi dihujankannya dengan jutaan rahmat dan nikmat lain sebagai pengganti. Cabaran saya kepada anda semua untuk membuktikan dengan mencari berita orang-orang buta mengalami kemalangan dimulakan sekarang. Carilah… tengok saja akhbar esok, lusa sehingga tamat tempohnya. Perhatikan apakah mangsa kemalangan yang dilaporkan itu buta atau celik seperti kita? Emailkan kepada saya nanti jika berjumpa. Wallahua’lam…
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.
eNovel dari pemilik blog satuhala Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juda CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...