Monday, June 10, 2013

Lain Boneka Dari Ventriloquist Sama

8
Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..


Pada 2009, saya menulis kronologi kehancuran dalaman negara-negara Islam seperti berikut.

Segala ancaman kepada Dunia haruslah dihapuskan. Iran harus dilemahkan sebagaimana Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara Islam yang lain. Libya, Syria, Yaman, Lubnan dan negara-negara Islam yang dilihat sebagai sekutu yang boleh menyokong pemberontakan Iran terhadap hegemoni barat akan dilumpuhkan. Begitu juga dengan negara-negara Islam di Nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Saya menulisnya di sini.. 

Lama sebelum itu, saya menulis tentang perkara yang hampir sama seperti petikan berikut :

Apa yang berlaku di sana mempunyai kaitan dengan apa yang apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Turki dan Malaysia. Hanya Allah sahaja memiliki pegetahuan tentang apa sahaja rancanganNya dan apa yang sedang dia persiapkan untuk Yahudi di Israel.

“Di sana” di dalam petikan di atas, merujuk kepada demokrasi yang telah ditegakkan secara sah di Gaza, tetapi tidak diiktiraf oleh Israel dan sekutunya. Lalu semua hasil keputusan yang dicapai oleh sistem demokrasi yang ditegakkan di Gaza beberapa tahun dahulu, disambut dengan serangan demi serangan saban tahun oleh Israel dan sekutunya. Bacaan penuh pada pautan ini : 


Serangan melalui pemberontakan dalaman ke atas Libya, Mesir, Tunisia, Iran, Turki, Indonesia dan Malaysia telah dijangka. Berkali-kali saya menulisnya di dalam blog ini secara konsisten sejak 2009.
Saya menulis tentang semua itu sebelum Libya, Mesir, Tunisia dan Turki cuba diruntuhkan melalui kekacauan dalam. Setiap kali, saya menulis tentang perkara tersebut, saya akan membuat artikel susulan mengenai False Flag.

False flag secara mudah merupakan satu modus operandi yang biasa dilakukan agen-agen Israel serta proksi mereka untuk mencetus peperangan, kekacauan, perubahan rejim, perubahan pemegang kuasa, perubahan polisi dan sebagainya melalui jalan fitnah. Jalan Fitnah di dalam kategori False Flag ini dilakukan dengan mencederakan atau melakukan pembunuhan kepada pasukan sendiri dan kemudian menuduh ianya dilakukan oleh pihak musuh supaya campurtangan luar serta sentimen rasa benci rakyat ditempat yang menjadi sasaran dapat diapi-apikan.

Salah satu contoh teknik false flag yang pernah cuba digunakan di kawasan Nusantara pernah saya ceritakan tidak lama dahulu di dalam petikan artikel lama di dalam blog ini seperti berikut :

Malaysia juga tidak terkecuali dari Operation False Flag. Pada ketika Indonesia berkonfrontasi dengan projek Malaysia Tunku Abdul Rahman, pengganas British yang semakin hilang kekuatan empayar mereka dengan satu demi satu kemerdekaan yang terpaksa diberikan kepada tanah jajahannya, mencadangkan kepada Tunku Abdul Rahman satu bentuk cadangan yang boleh menghancurkan masa depan kedua-dua negara yang serumpun ini. Pihak British pada ketika kempen ganyang Malaysia sedang diapi-apikan di Indonesia, memberi sebuah cadangan kepada Tunku Abdul Rahman. Cadangan tersebut seperti berikut.

British akan menempat sebuah kapal perangnya di Selat Melaka dengan kru kapal. Pada satu ketika yang tepat pada perkiraan mereka, pihak British akan mengebom kapal mereka sendiri dan membunuh semua kru di dalamnya. Setelah pengeboman itu berjaya, maka satu tuduhan akan dilemparkan kepada pihak Indonesia bahawa merekalah yang bertindak ganas dengan mengebom kapal milik British. Pada persepsi umum nanti, tiada siapa akan menuding jari kepada Malaya dan British atas kecelakaan yang berlaku kerana pada sangkaan umum, kapal tersebut merupakan sekutu Malaya dan ianya pula milik British. Ia diletupkan sebagai ‘lesen besar’ yang mengabsahkan dan bakal menghalalkan keperluan British untuk terlibat sama dalam perang baru nanti 1. Cita-cita British untuk menguasai Nusantara tidak pernah padam walaupun kemerdekaan sudah diberikan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Nafsu besar mereka tidak dapat dibendung apabila melihat kesempatan yang ada di depan mata. Ini perluang mereka untuk menguasai Malaya kembali dan mendapat bonus memiliki Indonesia pula kelak. Tetapi, Allah itu Maha Besar. Allah membukakan hati Tunku Abdul Rahman dengan menolak cadangan untuk mendajalkan Indonesia dengan pelan tersebut. Alasan yang diberikan Allahyarham Tunku ialah, “Bahawa kami ini serumpun.” Walau pun kita dipisahkan secara geografi dan melalui pelakaran sempadan yang dicipta barat, tetapi perasaan bersaudara itu tidak hilang. Jika Tunku Abdul Rahman menyambut cadangan tersebut, tentu sahaja masa depan rantau ini berubah menjadi sesuatu yang tidak serupa dengan hari ini. 

Pautan penuhnya di sini: 



Peristiwa tersebut dicatat di dalam buku tulisan Said Zahari bertajuk, Said Zahari; Meniti lautan gelora : sebuah memoir politik.

Bermula minggu lepas, kekacauan yang sudah lama dijangka dan disebut akan berlaku di Turki, memunculkan dirinya. Satu persatu negara yang telah saya senaraikan, telah pun mengalami kekacauan yang telah dijangka. Kecuali Malaysia. Bunga-bunganya telah ada, hanya menunggu operasi False Flag untuk memberikan kekuatan yang diperlukan ketua proksi dajjal untuk melancarkan pemberontakannya.



Apabila kita meneliti bahasa, slogan serta teknik-teknik yang sentiasa digunakan di dalam kekacauan yang melanda Syria, Libya, Mesir dan Turki yang terbaru, kita melihat seolah-olah ia dijalankan oleh tangan terlindung yang sama. Bonekanya berlainan rupa, tetapi ventriloquistnya merupakan pemain yang sama.

Bahasa-bahasa yang mencetus sentimen pemberontakan yang digunakan di Turki juga kita dengar sering diulangungkapkan di dalam negara kita.

Bahawa parti AKP pimpinan Erdogan tidak akan dapat ditumbangkan melalui jalan demokrasi. Maka demonstrasi jalanan merupakan remedi untuk memuaskan nafsu sang ventriloquist. Ia supaya proksi-proksi tajaan mereka dapat memegang tampuk kuasa, dan seterusnya negara-negara tersebut akan segera termasuk sebagai sebahagian daripada sekutu-sekutu yang tidak akan mengancam cita-cita hegemoni mereka.

Sedangkan pemerintahan Turki ditegakkan melalui jalan demokrasi. Dipilih melalui jalan demokrasi sepertimana yang sering diserukan oleh Tokong Demokrasi Uncle Sam. Tetapi apabila Tokong Demokrasi melihat demokrasi tidak memberikan kelebihan yang dimahukan mereka daripada negara-negara ini, maka Tokong Demokrasi pun murka. Demokrasi tiada nilai jika ia tidak dapat ditranslasi menjadi sokongan kepada Sang Tokong.

Itulah yang terjadi kepada sistem Demokrasi yang telah ditegakkan di Gaza dan Turki. Demokrasi hanya sah sebagai demokrasi bilamana Tokong Demokrasi mendapat sembahan materi. Menggugat cita-cita hegemoni Tokong Demokrasi, bererti demokrasi yang telah tertegak dari pilihan rasa rakyat tempatan, hanya seperti sebuah hidangan yang dicelur dengan air dari parit dan longkang.

Sang Tokong jijik dengan demokrasi sedemikian rupa. Maka demonstrasi jalanan dan kekacauan berpunca dari demonstrasi tersebut mula diberikan cop halal sebagai jalan suci menuju demokrasi. Apa yang telah ditegakkan bukanlah satu cerminan demokrasi yang tulen. Ia hanya tulen bilamana, Sang Tokong sentiasa dipasang colok dan dipersembahkan dengan buah-buahan yang bakal mengenyangkan.

Telah kedengaran dalam bisikan yang jelas, peranan negara binatang haram Israel mempunyai peranan di dalam tumbangnya Libya, luka berdarahnya Syria dan kekacauan jalanan di Turki lewat ini. Hanya mereka dengan telinga terpalam kerana mata hati tertutup tidak mendengar semua itu.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Apakah Malaysia, sebuah negara yang mempunyai penguasaan kepada laluan kapal antara 3 yang tersibuk dan terpenting di dunia akan dilepaskan begitu sahaja oleh Tokong Demokrasi?

Terusan Panama, Terusan Suez dan Selat Melaka merupakan laluan perkapalan serta ekonomi terpenting di dunia. Terusan Panama masih dikuasai oleh Amerika. Begitu juga dengan Terusan Suez. Bagaimana pula dengan Selat Melaka?

De-Ja-Vu Panama

Sebelum itu kita lihat kepada apa yang terjadi semasa 1989 di Panama. Cerita bagaimana dan sehingga tahap mana Tokong Demokrasi ini sanggup lakukan untuk memastikan penguasaan mereka ke atas jalan-jalan ekonomi ini tidak tersumbat dan mengancam survival mereka.


Secara ringkas, cerita terusan Panama adalah seperti berikut. General Noriega yang merupakan pemimpin Panama, merupakan bekas agen C.I.A. dan merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat. Terusan Panama terletak ditengah-tengah negara tersebut yang membolehkan pergerakan kapal dari Laut Teduh (Pasifik) memasuki Lautan Atlantik tanpa perlu melakukan pelayaran jauh mengelilingi Cape Horn di selatan benua Amerika.

Amerika Syarikat, mempunyai perjanjian serahan semula Terusan Panama untuk ditadbir oleh Panama sendiri selepas tahun 2000. Perjanjian tersebut dikenali sebagai Torijjos-Carter Treaties yang ditandatangani oleh Presiden USA, Jimmy Carter dan Presiden Panama, Omar Torijjos pada 7 September 1977. Antara syarat serahan yang dipersetujui ialah, terusan tersebut akan dikembalikan kepada Panama. Tetapi, Amerika dibenarkan untuk mengekalkan pengkalan-pengkalan tenteranya disepanjang terusan tersebut dan terusan itu dibuka untuk kegunaan bebas Amerika.

Tahun berganti tahun, pemimpin berganti pemimpin, sehinggalah General Manuel Noriega diangkat sebagai Presiden Panama. Sebagai bekas agen C.I.A. dan mempunyai rekod tumpah setia pada Amerika Syarikat, maka perlantikan Noriega disambut Amerika dengan tangan terbuka. Noriega mendapat restu Tokong Demokrasi kerana dia merupakan sebahagian daripada mereka., menyokong aspirasi mereka dan mempunyai rasa tumpah setia kepada Amerika.

Hubungan Noriega dengan Amerika menjadi buruk apabila cerita mengenai Noriega yang pernah berkhidmat sebagi agen C.I.A. dan D.E.A. Amerika mula dibocorkan kepada pengetahuan awam. Modus Operandi biasa bagi mana-mana Ventriloquist, mereka akan segera cuba mencuci segala kaitan mereka dengan boneka yang dimainkan supaya ianya tidak menjejaskan kepentingan mereka. Maka, semua dosa Noriega semasa menjadi agen C.I.A. dan D.E.A. dikeluarkan. Dia disabitkan terlibat dengan kartel dadah dan mendapat sokongan dan bantuan kewangan dari pengedar-pengedar dadah semasa menjadi agen D.E.A. untuk Amerika. Ventriloquist tahu di mana kelemahan boneka mainan mereka. Tetapi boneka mereka tidak pernah menjadi sebarang ancaman selagi yang mengeluarkan suara untuk bercakap, ialah Ventriloquist itu sendiri. Selagi boneka tersebut hanya bertugas membuka mulut dan membenar suara vetriloquist keluar dari mulutnya, maka selagi itulah, boneka itu mempunyai nilai untuk terus dimainkan di dalam persembahan antarabangsa. Tetapi semua akan berubah menjadi masalah apabila boneka mainan sang ventriloquist, mula mahu bercakap menggunakan suara sendiri. 

Noriega bukanlah pemimpin yang suci lagi kudus. Tetapi selama bertahun-tahun kudis dan kurapnya disimpan Amerika pada tahun-tahun mereka mengecap nikmat berselimut bersama.  Hanya setelah setianya tidak lagi tertumpah kepada tuan yang memberikannya makan dan kedudukan, maka segala kurap, kudis dan panau Noriega dipersembahkan.

Itulah yang terjadi, apabila Noriega menolak untuk meletak jawatan setelah didesak oleh Presiden Ronald Reagan setelah skandal hubungannya dengan Amerika, C.I.A., D.E.A. dan kartel dadah terbongkar. Noriega berkeras untuk tidak tunduk kepada desakan. Melihat Amerika kini mengancam kedudukannya sebagai Presiden, Noriega mula mengalihkan sokongan kepada blok Timur dan menjadiikan Russia, Cuba, Nicaragua, Libya  dan negara-negara komunis yang lain sebagai sekutu barunya. Ini merupakan ancaman kepada penguasaan Amerika ke atas terusan Panama. Amerika memerlukan alasan untuk masuk campurtangan untuk menjatuhkan Noriega dan memasang boneka baru mereka pada kerusi Presiden.

Alasan yang dicari mereka akhirnya muncul pada 1989. Panama pada ketika itu menjalankan Piliharaya Umum. Setelah berpuluh tahun Rejim Junta Tentera Panama menguasai politik dan pentadbiran negara, hanya pada penghujung tahun 80 an barulah Tokong Demokrasi bersuara menuntut demokrasi dikembalikan di Panama. Semuanya berlaku setelah mereka melihat, tiada untungnya pemerintahan Noriega kepada mereka.

Semasa Pilihanraya Umum Panama dijalankan pada 1989, Amerika memberi bantuan secara senyap kepada boneka-boneka baru yang membentuk pakatan pembangkang Panama. Isu mula dimainkan bahawa Noriega tidak mendapat sokongan popular warganegara Panama. Lalu, melalui penguasaan media antarabangsa, Noriega dipersetankan. Persepsi demi persepsi telah direkabentuk supaya memasuki dan terpahat ke dalam minda warga dunia dan warga Panama bahawa Pilhanraya itu tidak akan berjalan dengan telus, adil dan saksama.

Lalu, pakatan pembangkang yang didorong dan disokong oleh Amerika membuat beberapa tindakan pre-emptif. Beberapa kawasan pengundian telah dirancang tindakan pre-emptif. Tokong Demokrasi memerlukan alasan untuk campurtangan di mana-mana negara yang mereka perlukan sebagai survival cita-cita mereka. Lalu, satu tindakan pre-emptif, digerakkan oleh pakatan pembangkang Panama. Mereka mendakwa bahawa mereka telah menjalankan kiraan undi sebelum peti-peti undi dikira pada pusat penjumlahan rasmi. Apabila keputusan rasmi diumumkan. Calon mereka, Guillermo Endara, telah disahkan kalah dan calon pro-Noriega, Carlos Duque diangkat sebagai pemenang.

Lalu mereka bertindak melakukan protes dengan menyatakan kemenangan pakatan pembangkang dan calon mereka Guillermo Endara, telah dirompak. Lalu mereka melakukan demonstrasi jalanan membantah keputusan ini. Tidak semena-mena, Guillermo Endara telah didapati dicederakan di dalam salah satu perarakan bantahan. Amerika tersenyum dengan kejadian ini. Tetapi, ia tidak cukup untuk mengabsahkan kemasukan serta campurtangan Amerika ke dalam hal ehwal Panama. Kes Guillermo Endara dicederakan masih belum cukup lagi untuk diangkat kepada tahap operasi false flag. Kes tersebut menyemarakkan bantahan. Noriega kemudiannya mengumumkan pilihanraya tersebut sebagai tidak sah dan meneruskan pemerintahan.

Pada ketika itu, Amerika berpresidenkan George H.W. Bush (Senior). Noriega dan Bush bukanlah asing. Noriega berkhidmat dengan C.I.A. semasa Bush merupakan orang penting di C.I.A.

Setelah boneka mereka sudah pandai bersuara sendiri, Presiden Bush mendesak Noriega berundur dan “menghormati aspirasi serta kehendak rakyat Panama.” Noriega tetap mengambil jalan yang bertentangan dengan rakusan nafsu Tokong Demokrasi. Lalu di dalam Panamian General Assembly, kerajaan Noriega membuat perisytiharan berikut.  Mereka meluluskan resolusi bahawa tindakan Amerika melakukan campurtangan di dalam hal ehwal negara Panama, melakukan sekatan ekonomi ke atas Panama serta isolasi Panama di pentas dunia membawa kepada wujudkan satu keadaan terdapat wujudnya peperangan antara Amerika dan Panama.

George Bush didesak oleh media Amerika yang dikuasai Yahudi untuk bertindak. Bush digelarkan sebagai bapuk, kerana tidak dapat menekan Noriega dan negara kecilnya daripada melawan kehendak dan daulat Tokong Demokrasi.

Tetapi seperti biasa, Amerika dan semua yang menjadi sahabat dan proksi Israel, tidak akan melakukan mana-mana tindakan drastik, tanpa melorongkan bukaan ruang alasan dengan tindakan operasi false flag.  False Flag harus dijalankan dengan segera.

Lalu Amerika mengirimkan 4 pegawai tentera mereka untuk ‘berjalan-jalan dan bersantai berdekatan kompleks’ pasukan pertahanan Panama. Satu tindakan provokasi yang diketahui mereka akan mengundang tindak balas keras. Ke empat-empat mereka cuba ditahan. Lalu berlaku pergelutan dan tembak menembak sehingga salah seorang pegawai tentera Amerika terbunuh. Seorang lagi terbunuh semasa menerima rawatan. Yang lain cedera.

Inilah False Flag yang ditunggu-tunggu. Sebuah tindakan terancang bagi mendapatkan cop halal untuk mengirimkan demokrasi ke Panama yang diposkan melalui kereta-kereta kebal dan pesawat-pesawat pengebom. Mendapat cop halal, Amerika tidak menunggu lama.

Sama seperti yang dilakukan oleh Bush anak beranak semasa menyerang Iraq dan Afghanistan dengan September 11 menjadi False Flag yang memberikan legitimasi serangan ke atas kedua negara tersebut. Panama kemudian di serang pada 20 Disember 1989. Hanya beberapa jam selepas serangan dilancarkan, Guillermo Endara telah dibawa Amerika untuk mengangkat sumpah sebagai Presiden Panama. Hanya beberapa jam setelah menyerang dia sudah dilantik sebagai presiden meskipun Noriega belum lagi ditumpaskan. Modus operandi ini kita lihat berlaku di Syria, Libya, Mesir, Iraq, Afghanistan dan 
sebagainya.


Lalu diwar-warkan kepada dunia bahawa Amerika melancarkan perang ke atas Panama atas nama untuk menegakkan demokrasi. Lalu ia menjadi siulan mereka-mereka yang diangkat sebagai boneka tokong demokrasi ini sehingga ke hari ini. Apabila Amerika menyerang sesuatu negara, maka mereka-mereka ini akan bersiul dengan satu melodi yang sama.

Amerika lancarkan perang di Panama, untuk apa? Ia untuk demokrasi di Panama!

 Amerika lancarkan perang di Afghanistan, untuk apa? Ia untuk demokrasi di Afghanistan!

Amerika lancarkan perang di Libya, untuk apa? Ia untuk demokrasi di Libya!

Amerika lancarkan perang di Iraq, untuk apa? Ia untuk demokrasi di Iraq!

Serangan Utama ke atas Panama berakhir pada 30 Januari 1990. Noriega ditahan setelah gagal mendapat suaka politik dari Vatican.

Setelah Guillermo Endara diangkat sebagai Presiden. Maka penguasaan Amerika ke atas kepentingan Terusan Panama terjamin kembali. Terusan itu ‘dikembalikan’ kepada kerajaan boneka Panama oleh Amerika. Selagi boneka membenarkan mulutnya terbuka dan membiarkan hanya sang ventriloquist bercakap, maka semua keburukan Panama seperti isu rasuah, ketidakcekapan pentadbiran, masalah kartel dadah, penyeludupan, hak asasi manusia, didiamkan Tokong Demokrasi. Hanya apabila sang boneka, sudah pandai berbicara sendiri dan tidak mahu membiarkan diri menjadi bahan lampiasan nafsu sang ventriloquist, maka pada ketika itu, semua kebejatan kerajaan tersebut akan diselak sehingga ke tulang hitam.

Menilai peristiwa yang terjadi kepada Panama dengan aturan demi aturan peristiwa yang berlaku bermula dari rasa tidak yakin Amerika kepada kesetiaan Panama, kemudian ditambah pula dengan kemungkinan penguasaan Amerika ke atas Terusan Panama yang mungkin terjejas teruk, direncahkan lagi dengan desakan proses demokrasi palsu oleh Amerika untuk menggulingkan kerajaan Panama. Kemudian dipanaskan dengan demonstrasi jalanan membantah keputusan pilihanraya yang dikatakan tidak adil kerana dakwaan proksi Amerika bahawa kemenangan mereka dirompak pemerintah. Lalu diwar-warkan kepada dunia bahawa pakatan pembangkang Panama yang menjadi proksi Amerika seharusnya telah menang kerana mendapat ‘sokongan popular rakyat Panama’. Sehingga berakhir semua drama tersebut dengan false flag yang mencetus kemasukan campur tangan Amerika untuk ‘menegakkan demokrasi’ di Panama, maka, tidak dapat tidak, kita yang memerhatikan situasi politik lokal pada hari ini, akan segera terasa bahawa semua insiden ini bagaikan suatu De-ja-vu kepada apa yang berlaku berkali-kali di dalam sejarah.

Dengan Selat Melaka rapat di sebelah, dan hubungan dengan China yang disangsikan Amerika, apakah kita berada di dalam situasi mendapat redha Tokong Demokrasi dunia? Persetankan sahaja Tokong Demokrasi tersebut dan salakan serta lolongan senja boneka-boneka mereka. Selagi kita bersatu sebagai satu ummah, tidak siapa dapat menggugat serta menghancurkan kita. Penyatuan kita ialah satu syarat bagi immuniti daripada mengalami kehancuran sepertimana yang telah dijanjikan Allah seperti di dalam hadis dari Amir bin Sa’ad r.a. dan Tsauban r.a. di bawah:

Dari ‘Amir bin Sa’ad, dari bapanya r.a. katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu’awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, “Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya jangan dimusnahkan umatku dengan bencana tenggelam, permohonanku itu juga diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadis di bawah ini dipetik dari penulisan bertajuk Kemerdekaan Yang Tidak Dapat Dipertahankan.

Dari Tsauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang Allah Ta’ala tunjukkan kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu umatku agar mereka tidak dibinasakan oleh kekuatan asing selain oleh diri mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku sudah memutuskan suatu putusan, maka putusan-Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain selain diri mereka sendiri sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan sebahagian (yang lain) dan mereka saling tawan menawan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kita semua mendoakan yang terbaik untuk tanah tumpah darah ini. Semoga dijauhkan dari menjadi tanah yang subur kepada fitnah dan tindas, kebulur makan dan gelupur perasaan.

Semoga de-ja-vu ini kekal di dalam matra permainan sangsi perasaan dan jauh dari realiti keadaan.

© 2007 -2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

8 comments:

Mawar7 said...

Marilah kita sama-sama doakan agar pemimpin umat Islam dan melayu khasnya diberikan hidayah untuk menyedari tipu muslihat para ventriloquist@tokong demokrasi...Ameen

Mawar7 said...

Marilah kita sama-sama doakan agar pemimpin umat Islam dan melayu khasnya diberikan hidayah untuk menyedari tipu muslihat para ventriloquist@tokong demokrasi...Ameen

satuhala said...

Akim85.. Ameen...

Melayu di dalam konteks Malaysia sudah semestinya Islam.. itu adalah fakta yang cuba disangkalkan oleh mereka yang terasuk bujuk dan rayu domba proksi dajjal.

rizal hass said...

Amin Ya Rabbal Alamin, semoga doa Tuan dan doa kita semua dimakbulkan Tuhan Rabbul Alamin.

Sesungguh satu lagi artikel yang baik daripada Tuan. Rasanya pembandingan Malaysia dengan Panama. Terusan Panama dengan Selat Melaka, sangat tepat sekali. Artikel ini wajib dibaca oleh semua rakyat Malaysia, khasnya Muslim Malaysia yang semakin hari diasak dengan segala macam dugaan oleh Tokong Demokrasi dan agen-agen mereka.

Kejadiaan Turki sememangnya sudah dijangka, cuma bila dan bagaimana saja belum jelas. Dan Malaysia juga pasti, cuma, bila dan bagaimana saja. Hendaknya dikecualikan Allah subhanawataala daripada segala bentuk fitnah sama seperti ketika Allah subhanawataala meniupkan kesedaran kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Tuan, dengarnya himpunan hitam akan diteruskan, dan khabarnya mati dihimpunan hitam, syahid, lebih hak daripada mempertahankan tanah air menentang agen Tokong Demokrasi di Sabah tempoh hari. Bisa berkomentari?

sophie said...

saudara Imran Haaz,

Bagaimana tips utk menerangkan kepada generasi muda yg terpelajar ttg isu politik semasa skrg? saya rasa terlalu ramai generasi muda masih tidak berlapang dada utk menerima kebenaran. bila diberikan dalil2 mereka mendakwa 'dari mana fakta kau dpt? apb giliran mereka menghentam tidak pula dipikirkan dr mana fakta mereka perolehi.

satuhala said...

Sophie..

Apa yg dialami Sophie di dalam percubaan menyampaikan kebenaran dan fakta itu, sesuatu yg lumrah pada masa kini..

Bg mrk yg benar2 mencari kebenaran, jalan utk mmbawa mrk kepada fakta dan perkara sebenar adalah lebih mudah..

Ttp bagi mrk yg mentafsirkan diri mrk dan puak mrk sebagai 'kebenaran' itu sendiri.. tiada jalan mudah utk membuatkan mrk sedar akan kesilapan jalan yang dilalui mrk..

Rasulullah s.a.w. menyampaikan kebenaran kepada kaum Quraisy di Mekah selama 10 tahun..

Selama 10 tahun, pengikutnya cuma berjumlah 67 orang.. Ttp baginda tidak pernah mengalah dan berundur.. Malah baginda terus beristiqamah..

Bagindalah cth ikutan terbaik di dalam hal yg dibincangkan ini..

Kita ambil pendekatan berlembut, bertegas dgn fakta, tidak mengambil jalan penipuan dan konfrontasi, dan istiqamah utk terus menyampaikan..

Cara paling mudah utk membawa mrk utk bersetuju ialah dgn berbincang terlebih dahulu mengenai perkara2 yg kita persetujui bersama.. kemudian bergerak kepada perkara yg lebih mudah utk ditangani persepsinya.. tangani satu per satu..

Ia bukan satu jalan yang indah, tetapi dibayar upah yg tinggi oleh Allah diakhirat nanti..

Kita harus sentiasa ingat bahawa kebenaran tidak akan lari jauh daripada al Qur'an dan Sunnah itu sendiri.. itulah jalan yg benar dan jgn kita yg cuba menyampaikan kebenaran lari dr jalan tersebut..

Apabila perbicaraan nampak menuju jalan buntu dan mula melibatkan emosi.. maka tinggalkan buat seketika.. ia supaya kita sendiri tidak terjebak di dalam permusuhan sesama Islam dan tidak membenarkan syaitan menunggang dan memperdaya kita semua dgn permusuhan yg diapi2kan dgn kehendak mahu menang dikedua2 pihak..

Kembali kpd sirah Rasulullah s.a.w... di sana byk cth yg boleh kita sama2 pelajari utk beristiqamah dalam hal ini..

satuhala said...

Tuan Rizal Hass,
Syahid dihimpunan hitam bersama lims kit siang itu fatwa dr manusia yg menggantikan hukum2 Allah dan sunnah pesuruhNya dgn ayat2 yg terbit dr batang nafsu diri sendiri yang melantik diri menjadi tuhan tanpa dia sendiri sedar.

Anonymous said...

Iran it's not islam.