Wednesday, October 21, 2009

Nobel, Obama dan Muntah Hijau..

4
oleh : M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem... Pada saat diumumkan Barrack Hussein Obama bakal menerima Hadiah Nobel Keamanan, ketika itu jugalah segala isi perut mana-mana pihak yang cintakan keamanan mula bergolak dan dengan pantasnya menuju ke tekak. Seluruh dunia pecinta keamanan muntah hijau berhari-hari.

Apa tidaknya.. dengan hanya bercakap tentang cita-citanya tanpa melakukan apa-apa lagi sudah pun ‘panel cerdik’ di dalam penganugerahan Nobel mengiktiraf angan-angan dan cakap-cakap bombastic Presiden Amerika tersebut. Dia yang belum pun sampai setahun memegang jawatan di kerusi yang biasa disandang penyangak-penyangak dan balaci zionis itu, diiktiraf hanya bersandarkan apa yang dia cakap tetapi tidak kepada perbuatannya.
Kalau begitulah caranya, sesiapa sahaja pun boleh dikira layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut. Ini termasuklah Mat Jenin. Cuma malang Mat Jenin, baru sahaja memasang angan-angan, takdir buruk menimpanya dengan terjatuh dari pokok. Tetapi cita-cita Obama itu tidak sama dengan Mat Jenin. Obama mahu Dunia (baca ‘Israel’) ini menjadi tempat yang selamat. Jika tidak tentu sahaja seluruh organisasi media yang dikuasai barat tidak berhenti-henti daripada memotretkan Iran sebagai ancaman besar kepada keamanan Dunia. Dunia hanya akan selamat hanya bila Iran tidak memiliki bom nuklear. Jadi demi memastikan Dunia ini selamat, para panel yang sangat-sangat cerdik di dalam seketariat penganugerahan Nobel, telah mengikat Obama dengan penganugerahan ini supaya apa yang dikatakannya itu akan dikotakannya.

Segala ancaman kepada Dunia haruslah dihapuskan. Iran harus dilemahkan sebagaimana Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara Islam yang lain. Libya, Syria, Yaman, Lubnan dan negara-negara Islam yang dilihat sebagai sekutu yang boleh menyokong pemberontakan Iran terhadap hegemoni barat akan dilumpuhkan. Begitu juga dengan negara-negara Islam di Nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Inilah yang dimaksudkan dengan objektif sajak White man’s Burden oleh Rudyard Kipling, di mana mereka, orang-orang barat dan sekutu mereka harus dan wajib memiliki segala kekuatan, persenjataan yang lengkap, kuasa ekonomi dan segala sumber kekuasaan. Ianya perlu dilakukan kerana mereka merasakan diri mereka dibebankan dengan tanggungjawab untuk memerintah dunia serta menakluk, mengubah dan menggalakkan perubahan gaya hidup lain-lain etnik di dunia selain mereka supaya kesemuanya bakal hidup seratus peratus di dalam cara dan gaya orang barat. Hanya setelah itu mereka (lain-lain etnik dunia selain kulit putih) dianggapkan mereka layak untuk diberi peranan di dalam dunia ini setelah mereka menjadi lebih putih dari mereka yang berkulit putih. Berikut petikan sajak Rudyard Kipling yang kini dinterpretasikan barat sebagai kewajipan bagi Amerika pula memikul galang beban Great Britain sebagai empayar sebelum ini dalam membentuk dunia yang keseluruhannya berubah dan mengadaptasikan gaya dan cara hidup barat secara total. Di mana sahaja ada pertentangan terhadap budaya dan norma barat, maka semua penduduk ditempat itu perlu ‘diajar’ dan ‘dibebaskan’.

Take up the White Man’s burden—
Send forth the best ye breed—
Go send your sons to exile
To serve your captives' need
To wait in heavy harness
On fluttered folk and wild—
Your new-caught, sullen peoples,
Half devil and half child
Take up the White Man’s burden
In patience to abide
To veil the threat of terror
And check the show of pride;
By open speech and simple
An hundred times made plain
To seek another’s profit
And work another’s gain
Take up the White Man’s burden—
And reap his old reward:
The blame of those ye better
The hate of those ye guard—
The cry of hosts ye humour
(Ah slowly) to the light:
"Why brought ye us from bondage,
“Our loved Egyptian night?”
Take up the White Man’s burden-
Have done with childish days-
The lightly proffered laurel,
The easy, ungrudged praise.
Comes now, to search your manhood
Through all the thankless years,
Cold-edged with dear-bought wisdom,
The judgment of your peers!

Banyak tafsiran dilakukan sarjana barat terhadap sajak berusia 110 tahun ini. Ada yang menganggap ia sebagai satu satira, ada yang menganggap ia sebagai sindiran terhadap kolonialisme. Tetapi majoriti daripada mereka menafsirkan ia sebagai satu pengesahan kepada peranan barat di dalam membentuk dan mengawal dunia tetapi kebanyakan daripadanya menyatakan ia merupakan desakan supaya kolonialisme dihalalkan dan diteruskan demi kepentingan mereka. Obama seorang Mulatto yang kini lebih putih dari kulit putih.

Lalu White man’s burden kini menjadi beban tanggungannya untuk memastikan seluruh dunia tunduk kepada prinsip-prinsip, gaya hidup, sistem politik dan nilai-nilai barat. White man’s burden membenarkan barat dan sekutu-sekutunya memiliki kekuatan dan bom-bom nuklear dan menjarah dunia. Tetapi tidak kepada ‘bangsa-bangsa rendah’ yang lain. Yang lain terlalu bodoh untuk mempunyai perasaan tanggungjawab jika memiliki bom Nuklear tersebut. Yang lain bila memiliki bom tersebut, sifat ‘anti-tamadun’ dalam dunia mereka akan mendorong mereka bertindak secara barbarik terhadap keselamatan Dunia. Whiteman's Burden membenarkan mereka memiliki apa saja bom, tetapi tidak yang lain. Memiliki apa sahaja senjata pemusnah pada apa jua skala adalah sesuatu yang selayaknya mereka miliki kerana mereka merupakan 'bangsa-bangsa bertamadun' yang perlu mengajar 'bangsa-bangsa rendah lain' cara bagaimana untuk hidup sebagaimana manusia seperti mereka.


Tetapi hak ini, tidak boleh diberikan kepada 'bangsa-bangsa rendah' yang lain. Mereka (bangsa-bangsa yang rendah itu), pastinya tidak akan menjadi sepandai dan seberhemah Amerika tatkala mereka menggugurkan Fat Man di Hiroshima dan Little Boy di Nagasaki. Hanya Amerika dan sekutunya sahaja tahu bila dan untuk tujuan apa bom itu boleh digugurkan. Bagi mereka, segala perbuatan mereka merupakan puncak kemuliaan berfikir bagi mana-mana makhluk yang berotak. Untuk membiarkan ‘bangsa-bangsa rendah’ yang lain memilikinya, takut nanti mereka tidak tahu dan terlalu bodoh untuk menentukan tujuan penggunaannya.

Kini, Iran (baca Islam, walaupun mereka bermazhab Syi’ah tetapi barat memukulratakannya sebagai Islam. InsyaAllah saya akan jelaskan propaganda mereka nanti) keras berdiri di tengah jalan menghalang laluan hegemoni mereka. Halangan yang mereka hadapi sekarang ini sebagaimana Islam menjadi batu penghalang gerakan dakwah mereka 500 tahun dahulu di Asia Tenggara. Mereka sudah tidak punya masa lagi. Lalu Obama harus dipertanggungjawabkan dan dibebankan dengan beban tanggungjawab yang baru. Nobel itu bukan untuk kejayaan yang telah dikecapi, tetapi Hadiah Nobel diberi bagi memastikan Obama melakukan apa yang mereka mahu dia lakukan. Satu paksaan di dalam masa yang terlalu mendesak. Jika Obama lambat, maka Dunia akan hancur.

Berikut petikan jawapan Michael Oren, Duta Israel di Amerika Syarikat kepada soalan wartawan Newsweek Lally Weymouth yang bertanyakan tentang sokongan dunia Arab terhadap tindakan ke atas kontijen Iran di dalam proses keamanan di sana. Berikut sebahagian dari jawapannya : “... we don’t have a while with Iran. The peace clock and the Iranian nuclear clock are running at completely different speeds.” 1 {Kita tidak punya banyak masa lagi dengan Iran. Putaran jam (bagi menjamin) keamanan (di timur tengah) dan Putaran (ancaman) Nuklear Iran berputar pada kelajuan yang berbeza}

Mereka sudah tidak punya banyak masa lagi. Jadi, hadiah Nobel Keamanan ini tidak lebih dari satu bentuk desakan kepada Obama untuk menyegerakan keamanan kepada Dunia agar segala penduduk yang tinggal di Dunia boleh tidur dengan aman. Semoga Joe Jenin ini juga akan jatuh dari pokoknya sepertimana Mat Jenin satu ketika dahulu... oh.. tidak cukup dengan itu, biar Joe Jenin selepas jatuh, ditimpa pula pokok yang cuba dipanjatnya..

Rujukan :
1) Rudyard Kipling, “The White Man’s Burden: The United States & The Philippine Islands, 1899.” Rudyard Kipling’s Verse: Definitive Edition (Garden City, New York: Doubleday, 1929).
2) Lally Weymouth; ‘All options means all options’, Newsweek October 12, 2009, m/s 31.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

irdina said...

salam

kenapa ya saya tak boleh download 2 bab percuma e-book tu? still available lagi ke ebook syahadah tu?

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Irdina,
Saya baru check.. rupanya savefile tengah update mengubahsuai website mereka. Jadi buat masa ini, file tersebut tak dapat diakses.. Saya akan cuba upload file tu nanti ke laman sharing lain. Satu lagi,
untuk pengetahuan semua, InsyaAllah ebook tersebut dalam versi buku akan terbit dalam tahun ini, paling awal bulan November. Itu yang diberitahu kepada saya oleh Editor yang bertanggungjawab terhadap buku Syahadah tu.. saya sedang buat proof reading untuk dihantar kembali kpd penerbit sebelum Jumaat ini. Doa-doakan supaya kerjasama kali ini menjadi dan buku itu boleh masuk pasaran sebulan dua lagi.. InsyaAllah.. TQ atas feedback tersebut Irdina, Saya akan upload ke link lain jika ada kesempatan.. wassalam..

irdina said...

Salam

maknanya e-buku tu available tak? sebab saya sekarang nie tak ada kat Malaysia and tak sabar pulak nak baca buku saudara tu.. boleh saya beli? tq

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Irdina Khan,
EBook tu still available.. tetapi saya syorkan Irdina baca sample dua bab awalnya dahulu sebelum mebelinya supaya Irdina dapat gambaran sebenar bagaimana ebook tu dipersembahkan.. sila email kepada saya di satuhala@yahoo.com untuk mendapatkan sample percuma tersebut.. selepas itu kalau masih berminat, boleh buat pembelian melalui akaun tersebut sebelum Novel di dalam bentuk buku diterbitkan. Ini kerana apabila Novel tersebut dibukukan pada hujung tahun ini, versi ebook yang merupakan versi asal Novel Syahadah tersebut akan dihentikan jualannya di sini.. harap dapat hubungi saya melalui email satuhala@yahoo.com.. terima kasih Irdina atas sokongan..