Friday, August 20, 2010

Isu Nama Allah : Jesus Pernah Muncul di Kota Bahru, Kelantan? Kronologi 3.

8
oleh : M.I.A.
Artikel ini merupakan sambungan kepada artikel-artikel di bawah label Isu Nama Allah yang dimuatkan di dalam blog ini sebelum ini. Klik sini untuk ke artikel sebelum ini.

Sesudah kemunculan Jesus di Jerusalem dan perjuangannya yang mendapat tentangan, di akhir tahun 33 Masihi, mengikut kepercayaan Kristian, Jesus telah ditangkap setelah dia dikhianati oleh salah seorang pengikutnya, Judas Iscariot. Upah 30 wang perak dibayar kepada Judas untuk menyerahkan Jesus kepada kumpulan pendita Yahudi bagi tujuan hukuman. Selepas disalib dan mati, dia muncul kembali kepada sekumpulan pengikutnya memberi amanat sebelum dia diberitakan diangkat ke langit. Gospel-gospel Synoptical berakhir dengan cerita itu. Surat-surat Paul yang merosakkan ajaran Kristian asal dimasukkan ke dalam New Testament sebagai sebahagian dari Injil mereka. Ia juga berakhir dengan menceritakan peristiwa sama dalam versinya yang tersendiri yang menyongsang dari apa yang biasa dikatakan Jesus di dalam Synoptical Gospel. Tetapi, Kitab Mormon ini mencatatkan peristiwa tambahan yang berlaku kepada Jesus setelah dia diangkat ke langit. Sebelum itu, harus saya jelaskan kepada sahabat semua, bahawa kumpulan Latter Day Saints yang beriman dengan Kitab Mormon ini, dianggap sebagai kumpulan yang sesat dikalangan mazhab Kristian yang besar dan kukuh dan dikatakan menyimpang jauh dari ajaran Kristian sebagaimana yang diimani oleh kumpulan Kristian seluruh dunia. Kitab mereka bukanlah kitab-kitab samawi yang asal. Ianya ditulis sekitar akhir kurun ke 18 oleh pengasas gereja Mormon bernama Joseph Smith. Smith mendakwa dia memperolehi lemping-lemping emas yang mencatatkan mengenai perihal suku Bani Israel yang telah keluar dari Jerusalem dan bermastautin di sebuah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada mereka. Tanah itu dikatakan mereka akan diberikan Tuhan sekali lagi kepada mereka. Saya sudah menjelaskan perihal perkara ini di dalam bahagian artikel dengan tajuk yang sama sebelum ini. Terdapat dikalangan penulis blog tempatan, di dalam teruja mahu mencari asal usul mendakwa bahawa Kitab Mormon merupakan sebuah kitab Yahudi purba. Harus saya tegaskan di sini, kepurbaan sifat kitab itu hanyalah pada dakwaan Joseph Smith yang menyatakan lemping-lemping emas yang mengandungi catatan Kitab Mormon itu, merupakan catatan purba yang diberikannya oleh malaikat yang berjumpa dengannya. Hakikatnya, kitab pertama Mormon ditulis sekitar kurun ke 18.


Kristian menolak kumpulan ini untuk dimasukkan sebagai orang-orang Kristian. Saya memasukkan kisah mereka ini kerana mereka juga turut mahu dan telah menggunakan nama Allah di dalam penerbitan sebagai merujuk kepada Tuhan di dalam kitab mereka. Kitab Mormon Bahasa Melayu milikan saya ini membuktikannya.
Jesus di Tanah Melayu
Setelah diangkat ke langit sesudah dia disalib, Kitab Mormon mencatatkan satu peristiwa menarik untuk diperhatikan. Jesus dikatakan telah dikirimkan oleh Tuhan di dalam kitab mereka kepada sekumpulan ‘domba sesat dikalangan Bani Israel’ yang telah ditempatkan Tuhan di sebuah tempat dan tanah yang dijanjikan. Jesus dikatakan muncul di negeri Kelimpahan (Bountiful) untuk menyampaikan ajaran yang sama sepertimana yang pernah dia sampaikan kepada Bani Israel di Jerusalem. Sebagaimana yang telah saya jelaskan di atas, semenjak zaman menara Babel diruntuhkan Tuhan di dalam kitab mereka, dan kemudiannya semasa serangan kerajaan Babylon ke atas kerajaan Yehuda, beberapa kumpulan dari suku Bani Israel telah diperintahkan Tuhan di dalam Kitab mereka untuk berhijrah ke sebuah tanah yang dijanjikan. Dalam memahami lokasi kedudukan sebenar tempat-tempat yang diceritakan di dalam Kitab Mormon, terdapat dua pecahan pendapat dikalangan orang-orang Mormon sendiri. Pendapat yang menjadi ikutan majoriti semenjak dahulu lagi menyatakan bahawa semua tempat yang dinyatakan di dalam BM merujuk kepada tempat-tempat yang wujud di Amerika Tengah. Sebagaimana yang sudah saya jelaskan sebelum ini, pendapat awal ini kini mula disanggah kerana terdapat banyak percanggahan fakta sepertimana yang dicatatkan di dalam BM dengan lokasi-lokasi di Amerika Tengah (Meso America). Jadi, masalah ini membuka ruang perdebatan dan kajian baru sehingga usaha ini pula melahirkan satu hipotesis baru bagi mengabsahkan kandungan BM supaya kekal relevan. Pengabsahan ini perlu di dalam zaman ini di mana segala sesuatu itu ditelitikan sebelum dapat diimani sepenuhnya. Maka Hipotesis Semenanjung Tanah Melayu dicadangkan Olsen dan mereka-mereka yang sependapat dengannya bagi menggantikan hipotesis awal yang merujuk Amerika Tengah sebagai lokasi latar BM. Walaupun kumpulan yang berpegang dengan hipotesis Semenanjung Tanah Melayu ini kecil, tetapi mereka mula mengumpulkan pengikut dengan pantas.

Saya berbicara di dalam artikel ini menurut kaca mata Olsen kerana saya dan kita semua di sini merupakan penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Kita harus memahami kenapa ada pihak benar-benar meletakkan sepenuh tenaga dan usaha mereka dalam menjalankan aktiviti dakwah mereka di sini. Kita harus faham apa signifikan tanah ini dengan matlamat jauh perjuangan mereka serta apa yang mereka mahukan dari penduduk Nusantara ini. Jadi keseluruhan artikel yang panjang ini akan berbicara mengenai perkara tersebut.
 Sesudah diangkat ke langit, sepertimana yang sudah dijelaskan sebelum ini, Jesus telah diberitakan muncul di negeri Kelimpahan (Bountiful). Sebelum dia muncul di situ, ketika penyalibannya dikatakan berlaku di Jerusalem, beberapa bentuk bencana alam telah melanda sekitar negeri Kelimpahan. Peristiwa ini, bagi mereka-mereka yang beriman dengan Kitab Mormon merupakan petanda nubuwwah. Zarahemla telah diberitakan terbakar dan hancur, negeri Moroni telah diberitakan ditenggelami air laut (M.I.A. - Olsen menjelaskan ia akibat Tsunami dan dia menyatakannya di dalam bukunya yang dicetak pada 1997, tujuh tahun sebelum berlaku Tsunami 2004). Kehancuran berlaku di mana-mana dan ia disedari oleh orang-orang yang memahami bahawa segala yang berlaku itu merupakan satu petanda sepertimana yang telah dijelaskan dan diberitahukan kepada mereka oleh Nabi Samuel (menurut kepercayaan mereka). Nabi Samuel ini bukanlah Nabi Samuel yang melantik Saul (Talut) sebagai Raja Bani Israel pertama sepertimana yang diceritakan di dalam bahagian awal artikel sebelum ini. Nabi Samuel di dalam Kitab Mormon ini merupakan seorang Nabi yang berketurunan Laman yang sama-sama tinggal di negeri yang dijanjikan setelah mereka keluar dari Jerusalem. Begitu juga dengan ramalan yang dibuat oleh Nabi Zenos dan Nabi Zedok mengikut kepercayaan mereka (1 Nephi 19 ayat 10).

 Nabi Samuel ini telah menyatakan bahawa akan berlaku kegelapan selama tiga hari dan tiga malam pada tika dan saat Jesus Christ disalib. Setelah perkara yang diramalkan itu berlaku pada tahun ke 34 Masihi (menurut Kitab Mormon), tiba-tiba muncul kedengaran suara Jesus Christ berkata-kata kepada semua orang Nephi yang berkumpul di negeri Kelimpahan. Sesudah membuat kemunculan, Jesus Christ kemudiannya menyampaikan khutbah dengan isikandungan yang sama sepertimana yang dimuatkan dalam Synoptical Gospel terutamanya fasal-fasal yang termuat di dalam Gospel of Matthew, Jesus Christ kemudiannya melantik dua belas orang dari kalangan suku Nephi untuk menjadi pembantunya bagi melayan urusan umat ‘domba Israel yang sesat ini’. (3 Nephi fasal 13 ayat 25). Dua belas orang yang dilantik dari suku Nephi ini nama mereka seperti yang disebut di dalam 3 Nephi fasal 19 ayat 4. sebelum Jesus naik kembali ke langit, dia menanyakan kepada 12 orang pengikut yang dilantik tersebut tentang apa yang diingini mereka untuk dia perkenankan. Yang menzahirkan hasrat cuma 9 orang. Mereka menyatakan mereka ingin kembali kepada Jesus sebaik cukup umur dan hayat mereka dilengkapkan di dunia. Lalu Jesus memperkenankan dan menyatakan kepada mereka bahawa, pada ketika umur mereka mencapai 72 tahun, mereka akan dimasukkannya ke dalam kerajaannya (syurga menurut apa yang diimani mereka) dan memperolehi sentosa. Baki 3 lagi tidak berani untuk menyatakan hasrat mereka. Tetapi direkodkan di dalam kitab Mormon, Jesus memberitahu mereka bahawa biarpun mereka tidak menyatakan hasrat tersebut, dia tetap mengetahuinya dan akan memakbulkan keinginan mereka. Jesus kemudiannya menyatakan bahawa mereka bertiga tidak akan disentuh maut dan umur mereka akan dipanjangkan sehingga ke suatu hari bilamana Jesus akan datang menjemput mereka untuk disatukan dengan kerajaan langit. Sehabis Jesus berbicara, langit pun terbuka dan 9 orang itu dibawakan untuk melihat kerajaan langit dan sekembali nanti mereka dilarang untuk menceritakan keajaiban tersebut kepada orang ramai. ( 3 Nefi di dalam keseluruhan fasal 28).

Negeri Kelimpahan yang diimani mereka merupakan negeri yang dijanjikan Tuhan mereka kepada kumpulan Bani Israel yang keluar dari Jerusalem satu ketika dahulu. Menurut Hipotesis Semenanjung Tanah Melayu yang didokong oleh Olsen, negeri Kelimpahan, setelah dibuat perbandingan dengan beberapa tempat yang wujud di semenanjung Tanah Melayu, Olsen mendakwa tempat tersebut sebagai merujuk kepada Kota Baharu, Kelantan. 3 orang yang dilantik dan diberikan kelebihan tidak akan disentuh maut itu, jika menurut apa yang diimani mereka di dalam hipotesis Tanah Melayu ini, berkemungkinan pada fikiran mereka masih berada di Kelantan, masih hidup dan menunggu Jesus kembali mengambil mereka.


Jika begitulah kiranya, maka menurut kitab yang diimani mereka, Kota Baharu di Kelantan pernah menjadi tempat persinggahan Jesus Christ. Mereka yang menjadi pengikut Olsen mempercayai dengan kesungguhan yang tinggi bahawa Jesus Christ pernah berjalan-jalan dan berdakwah di negeri Kelantan. Hampir dua ribu tahun yang lampau, mereka percaya bahawa negeri Kelantan pernah dilawati dan disinggahi oleh anak kepada Tuhan sepertimana yang diimani mereka mengenai status Jesus Christ di dalam persekutuan Trinity.


Jadi, bagi mereka-mereka (penganut mazhab Mormon) yang bersependapat dengan Olsen yang berpegang kepada Hipotesis Semenanjung Tanah Melayu ini, Kota Bahru Kelantan pernah menyaksikan kehadiran Jesus Christ pada 34 Masihi. Malah tanah itu juga telah dijanjikan oleh Jesus Christ dengan janji berikut.


Verily, verily, I say unto you, thus hath the father commanded me- that I should give unto this people this land for their inheritance. (Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepadamu, demikianlah Bapa telah memerintahkan Aku- bahawa Aku harus memberi kepada bangsa ini tanah ini untuk warisan mereka.) 3 Nephi fasal 16 ayat 16.


Jika anda berada di Kuala Lumpur, Johor bahru dan Pulau Pinang, dan jika anda terlihat dua orang lelaki berseluar hitam dan berkemeja putih, segak dan kemas berjalan berpasangan di tempat-tempat tumpuan awam (stesen LRT,stesen bas, kompleks membeli belah dan sebagainya) dan menegur dengan cara baik individu-individu tertentu, ketahuilah bahawa mereka itu merupakan mubaligh kristian dari mazhab Mormon. Mereka digelarkan sebagai Elders dan mereka sedang dalam misi mereka untuk mencari ‘jiwa-jiwa untuk mereka selamatkan’. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka terhadap agama mereka, begitu juga dengan saya dengan artikel sebegini. Mereka ingin ‘menyelamatkan jiwa-jiwa untuk agama mereka’ begitu juga dengan saya yang mahu melihat anak-anak muda Islam terselamat jiwa mereka dari dimurtadkan. Jadi fahami apa signifikan Tanah Melayu ini dengan pemahaman segolongan dari mereka yang beriman dengan Kitab Mormon ini. Jadi, jika Zarahemla atau Kota Baharu merupakan Tanah Yang Dijanjikan kepada mereka, maka tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan menuntut janji tersebut sebagaimana kaum Yahudi menuntut Palestin atas janji Tuhan yang telah terbatal oleh sikap dan akidah mereka. Kita harus bergerak dan terus memantapkan kedudukan ukhuwah dan solidariti kita sebagai satu ummah. Artikel ini tidak habis di sini. Di kesempatan yang lain InsyaAllah saya akan jelaskan percubaan pertama mereka memurtadkan umat Islam bermula pada kurun ke 16 di Nusantara & bagaimana mereka ditentang oleh orang-orang Islam di sini dengan intelektualisme, keringat, darah dan nyawa. InsyaAllah.. walaupun ia mengambil sedikit masa, saya akan cuba muatkan sedikit demi sedikit berselang seli dengan posting yang lain di dalam blog satuhala ini. Wallahua'lam...

Rujukan :
1) R.A. Olsen; The Malay Peninsula As The Setting For Book Of Mormon.


© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

8 comments:

shamsadis said...

nampaknya saudara perlu segera menyiapkan cerita seterusnya agar pemahaman mereka diluar sana tidak keliru.

Penulis said...

sudah lama saya menunggu artikel ini..tidak sabar untuk membaca sambungannya.saya sesungguhnya masih tidak memahami,kenapa banyak ilmu2 yang tersorok dan dianggap hilang seperti sejarah2 nusantara, dan bukannya sejarah rekaan dalam buke teks sejarah kita.Teruskan berjuang!!

satuhala said...

Assalamu'alaikum Shamsadis.. lama tak ke sini.. mungkin juga disebabkan blog ni senyap lima bulan dulu.. hahah.. kalau artikel ni di baca dari bahagian pertama siri ni, mungkin kekeliruan tu tak timbul. Saya harap semua dapat membacanya di dalam konteks pemikiran yang mahu saya sampaikan. InsyaAllah saya akan sambaung, tetapi Allah jua yang mengizinkan apa yang saya rancangkan itu dapat berlaku atau tidak.. Selamat berpuasa & beribadah Sham..

satuhala said...

Assalamu'alaikum Penulis.. InsyaAllah saya akan sambung, berkenaan ilmu2 yang hilang nanti saya jelaskan di dalam kesempatan yang diiznkan Allah nanti.. tetapi banyak rahsia tanah Melayu ni ada di dalam bentuk2 buku. cuma org kita malas membaca, itu salah satu sebab pengetahuan yang dirasakan hilang itu hilang, sebenarnya ia ada dan tidak dicari. Tetapi ada juga ilmu2 yang disengajakan oleh pihak2 tertentu supaya ia hilang.. ia berlaku sejak 2000 tahun yang lalu. Orang kita tak suka membaca benda2 berat, mcm blog saya dan saudara Penulis sendiri.. persoalan berat dan dihuraikan dengan panjang, trafiknya tidak banyak. Memahami psiki ini, sebab itu blog saya tidak bersifat traffic oriented. Saya sampaikan apa yang saya tahu kepada yang mahu mengambil tahu. Pengunjung2 macam inilah yang menjadi permata blog saya ni. TQ Penulis.. Selamat Berpuasa dan gigih bermala ibadat mengikut kemampuan sendiri.

SS said...

salam saudara MIA

Saya rasa pernah baca entry ini dan beberapa entry lain keluaran ogos 2010 pada entry2 sebelum2 ini. adakah saudara mengelurkan kembali entry ini? Anyway, terima kasih menjanakan blog yg sgt membuka minda dan informatif.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam SS,
Ia sambungan kepada entri2 sebelum ini dlm sebuah siri panjang yang belum habis dimuatkan.. InsyaAllah.. perlahan-lahan mengikut keizinan Allah, saya akan memuatkan ke dalam blog ini.. TQ & selamat berpuasa..

abg ghanu said...

salam...saya masih baru dlm blogging ni. kalau ada knowledge atau pandangan cadangan boleh la tunjuk ajar saya.
http://www.go-turtle.blogspot.com/

Anonymous said...

Terbaik.truskan saudaraku...