Sunday, March 7, 2010

Isu Nama Allah : Ada apa dengan Tanah Melayu? Kronologi 2.

Oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Artikel kali ini merupakan kesinambungan kepada artikel Palestin : Sebuah Post Mortem bahagian 3 (Klik Sini) dan artikel Isu Nama Allah : Kronologi 1 (Klik sini). Dalam kedua-dua buah artikel itu, saya sudah berjanji untuk menceritakan kepada semua sahabat pengunjung apa signifikannya Tanah Melayu dan Nusantara ini di dalam agenda perkembangan agama Kristian dan gerakan Zionis. Jika sebelum ini sudah saya jelaskan kronologi berkenaan perjuangan pihak Kristian di Malaysia untuk menggunakan nama Allah, artikel kali ini saya akan jelaskan bagaimana mereka sampai ke sini dan apa yang telah dilakukan gerakan missionary mereka sejak awal kedatangan mereka ke Tanah Melayu ini. Tetapi sebelum dari itu, biar saya jelaskan apa signifikan Tanah Melayu dan Nusantara ini kepada gerakan Kristian dan Zionis dalam cita-cita mereka. Artikel kali ini bercerita mengenai kepercayaan sesetangah pihak di dalam beberapa pecahan mazhab Kristian (tidak kira yang menjadi pihak majoriti atau pun minoriti atau pun yang difatwakan sesat oleh kumpulan majoriti Kristian) tentang apa signifikan Tanah Melayu dengan kepercayaan-kepercayaan tertentu oleh sesetengah pihak di dalam agama mereka. Saya memulakannya dengan cerita sebelum Kuil Haikal Solomon di bina. Berikut artikel yang sudah saya ringkaskan dari artikel asal yang saya tulis sebelum ini. Beberapa perkara yang pada asalnya mahu saya muatkan, saya simpan kembali untuk untuk disiarkan pada masa yang saya kira sesuai nanti. InsyaAllah.. buat masa ini, apa yang diringkaskan di bawah ini adalah memadai untuk memahami gerak kerja, niat dan apa kepentingan Nusantara ini dalam pemikiran sesetengah daripada mereka.


Samuel, Saul (Talut) dan David (Daud)
Mengikut kitab yang diimani mereka, Old Testament (Perjanjian Lama), setelah David (Daud) membina kerajaan selepas menggantikan Saul (Talut dalam al Qur’an). Saul merupakan raja pertama yang dilantik Tuhan ke atas Bani Israel. Era selepas Moses merupakan era di mana segenap urusan Bani Israel dikawal dan diletakkan di bawah pengawasan para hakim dan nabi-nabi. Ketika era mereka di bawah pengawasan Nabi Samuel, kedudukan dan keharmonian hidup bani Israel sedang diancam oleh musuh mereka, orang-orang Philistine. Permintaan Bani Israel untuk mendapatkan seorang raja untuk mengatur urusan mereka dimakbulkan Tuhan bagi tujuan memimpin mereka untuk berperang dan menyelamatkan mereka dari serangan Philistine. Cerita ini dibenarkan di dalam al Qur’an dalam surah al Baqarah ayat 246 hingga 252. Beza versi al Qur’an dengan Bible ialah, di dalam Bible Saul merupakan anak kepada keluarga yang kaya, tetapi versi di dalam al Qur’an menyatakan bahawa Saul (Talut) merupakan seorang rakyat biasa dikalangan bani Israel. Kesudahan bagi Saul di dalam Bible diceritakan dengan kesudahan yang buruk di mana Tuhan di dalam Bible dikatakan membencinya dan mengaku diriNya membuat kesilapan semasa memilih Saul sebagai Raja dikalangan Bani Israel. Ini kerana Saul tidak mahu menurut arahan Tuhan di dalam Bible untuk membunuh keseluruhan kaum Amalekites (moyang kepada keturunan Arab yang wujud pada hari ini) tidak kira siapa mereka, samada lelaki atau perempuan, anak-anak dan bayi-bayi kecil, binatang-binatang ternak mereka dan sebagainya. Ia terkandung di dalam 1 Samuel 15 ayat 2 – 11 seperti di bawah.

15:2 Thus saith the LORD of hosts, I remember that which Amalek did to Israel, how he laid wait for him in the way, when he came up from Egypt. 15:3 Now go and smite Amalek, and utterly destroy all that they have, and spare them not; but slay both man and woman, infant and suckling, ox and sheep, camel and ass. 15:4 And Saul gathered the people together, and numbered them in Telaim, two hundred thousand footmen, and ten thousand men of Judah. 15:5 And Saul came to a city of Amalek, and laid wait in the valley. 15:6 And Saul said unto the Kenites, Go, depart, get you down from among the Amalekites, lest I destroy you with them: for ye showed kindness to all the children of Israel, when they came up out of Egypt. So the Kenites departed from among the Amalekites. 15:7 And Saul smote the Amalekites from Havilah until thou comest to Shur, that is over against Egypt. 15:8 And he took Agag the king of the Amalekites alive, and utterly destroyed all the people with the edge of the sword. 15:9 But Saul and the people spared Agag, and the best of the sheep, and of the oxen, and of the fatlings, and the lambs, and all that was good, and would not utterly destroy them: but every thing that was vile and refuse, that they destroyed utterly. 15:10 Then came the word of the LORD unto Samuel, saying, 15:11 It repenteth me that I have set up Saul to be king: for he is turned back from following me, and hath not performed my commandments. And it grieved Samuel; and he cried unto the LORD all night. (Terjemahannya : 1 Samuel fasal 15 ayat 2 hingga 11 : 15:2 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Aku akan membalas apa yang dilakukan orang Amalek kepada orang Israel, karena orang Amalek menghalang-halangi mereka, ketika orang Israel pergi dari Mesir. 15:3 Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai." 15:4 Lalu Saul memanggil rakyat berkumpul dan memeriksa barisan mereka di Telaim: ada dua ratus ribu orang pasukan berjalan kaki dan sepuluh ribu orang Yehuda. 15:5 Setelah Saul sampai ke kota orang Amalek, disuruhnyalah orang-orang menghadang di lembah. 15:6 Berkatalah Saul kepada orang Keni: "Berangkatlah, menjauhlah, pergilah dari tengah-tengah orang Amalek, supaya jangan kulenyapkan kamu bersama-sama dengan mereka. Bukankah kamu telah menunjukkan persahabatanmu kepada semua orang Israel, ketika mereka pergi dari Mesir?" Sesudah itu menjauhlah orang Keni dari tengah-tengah orang Amalek. 15:7 Lalu Saul memukul kalah orang Amalek mulai dari Hawila sampai ke Syur, yang di sebelah timur Mesir. 15:8 Agag, raja orang Amalek, ditangkapnya hidup-hidup, tetapi segenap rakyatnya ditumpasnya dengan mata pedang. 15:9 Tetapi Saul dan rakyat itu menyelamatkan Agag dan kambing domba dan lembu-lembu yang terbaik dan tambun, pula anak domba dan segala yang berharga: tidak mau mereka menumpas semuanya itu. Tetapi segala hewan yang tidak berharga dan yang buruk, itulah yang ditumpas mereka. 15:10 Lalu datanglah firman TUHAN kepada Samuel, demikian: 15:11 "Aku menyesal, karena Aku telah menjadikan Saul raja, sebab ia telah berbalik dari pada Aku dan tidak melaksanakan firman-Ku." Maka sakit hatilah Samuel dan ia berseru-seru kepada TUHAN semalam-malaman.)

Di dalam kitab Israeliyyat yang sama, peperangan seterusnya dengan orang Philistine, Goliath (Jalut) mencabar Saul untuk memberikan seorang pemuda bani Israel untuk berlawan dengannya. Saul membuat pengumuman bahawa sesiapa di kalangan Bani Israel yang berani bertarung dengan Goliath akan dikahwinkannya dengan anak perempuannya dan keluarga pemuda terbabit akan dikecualikan dari segala bentuk cukai yang perlu dibayar kepada pemerintah. David menyahut cabaran dan dia menang di dalam pertarungan dengan Goliath  (1 Samuel fasal 17 : 1 – 58). Kemenangan itu menurut kitab yang diimani mereka membuatkan nama David disanjung melebihi kredit yang diberikan kepada Saul. Diberitakan di dalam kitab mereka, Saul menjadi irihati dan cuba membunuh David semasa dia berpura-pura di dalam keadaan sawai ketika David bermain harp. Gagal, lalu Saul menawarkan anak gadisnya untuk dikahwini David. Tetapi Saul menjalankan tipudaya dengan memberi syarat bahawa David tidak perlu membayar mas kahwin. Yang perlu David berikan kepada Saul merupakan persembahan 100 kulup kulit kemaluan orang-orang Philistine yang bakal ditewaskan di dalam perang berikutnya nanti. Pada perkiraan Saul, David akan terbunuh jika dia bersungguh-sungguh mahu memnuhi permintaan ini. David menyahut cabaran dan di dalam perang kemudiannya dia berjaya membunuh 200 orang Philistine dan mempersembahkan kepada Saul 200 kulup kulit kemaluan mereka melebihi dari yang Saul minta. Saul terpaksa mengahwinkan anaknya Michal dengan David. (1 Samuel fasal 18 ayat 25 hingga 27). Rasa benci Saul kepada David semakin memuncak sehingga dia cuba membunuh David beberapa kali lagi. David melarikan diri dan diberitakan Saul akhirnya murtad dengan melakukan perkara syirik dengan meminta bantuan seorang wanita tukang sihir bagi menghidupkan kembali Nabi Samuel yang telah meninggal dunia sebagai pelindung dirinya di kala dia berperang dengan kumpulan Philistine. Diberitakan di dalam Bible, perempuan tersebut berjaya menghidupkan satu makhluk yang menyerupai Samuel tetapi pada hakikatnya tidak. Di dalam perang berikutnya di antara Saul dan orang-orang Philistine, ketiga-tiga anak Saul dibunuh. Saul meminta tentera pelindungnya membunuhnya, tetapi anggota tentera terbabit menolak untuk melakukannya. Lalu Saul menghempaskan tubuhnya ke arah pedangnya yang tercacak dan membunuh diri. Perbuatannya kemudiannya diikuti oleh tenteranya tadi. Lalu mayat mereka dipakukan ke dinding sebuah tempat bernama Bethshan. David kemudiannya menjadi Raja kepada Bani Israel mengambil alih dari Saul. Itu cerita Saul di dalam Bible.

Di dalam al Qur’an, fitnah ahli kitab terhadap Raja Pertama Bani Israel iaitu Talut (Saul), di bersihkan Allah di dalam surah al Baqarah ayat 245 hingga 252 di bawah:

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman". Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

Talut (Saul) dimuliakan kembali oleh Allah setelah difitnah di dalam kitab yang sudah diubah oleh tangan-tangan manusia. Fungsi al Qur’an sebagai Furqan (yang membezakan antara yang benar dan salah) dapat dilihat di dalam contoh ini. Saul diberikan Allah Ark of Covenant (Tabut Perjanjian Musa) sebagai menunjukkan dia raja yang dipilih Allah walaupun dipertikaikan oleh bani Israel. Di dalam surah al Baqarah di atas juga, jelas diberitakan bahawa peralihan kuasa antara Talut (Saul) dan Daud (David) berjalan dalam keadaan yang harmoni, berhemah dan tanpa konflik.

Berbalik kepada kitab yang diimani mereka, sesudah David mengambilalih kuasa, kemakmuran mula melimpah ke atas tanah yang didiami Bani Israel. Melihatkan tradisi menempatkan Ark of Covenant (Tabut Perjanjian Musa) yang ditempatkan di dalam khemah suci, David memohon kepada Tuhan supaya dapat diperkenankan perintah ke atasnya untuk membina sebuah tempat yang kukuh bagi mensucikan Tuhan dan Tabut tersebut di dalam sebuah binaan Haikal. Haikal di dalam bahasa Hebrew membawa maksud kuil atau pun istana. Tuhan bersetuju dengan permintaan David, tetapi Tuhan di dalam Bible menyatakan bahawa David tidak layak untuk membina tempat suci tersebut kerana dia telah menumpahkan banyak darah di dalam pelbagai perang yang disertainya sejak dia bersama dengan Saul. Tuhan di dalam Bible menyatakan bahawa tempat tersebut seharusnya di bina secara aman dan selamat dan di bina oleh man of peace, orang yang boleh menjamin keamanan dan keselamatan. Man of peace sudah semestinya merujuk kepada mereka yang benar-benar tunduk dan berserah kepada Tuhan dan perintah-perintah Tuhan. Man of peace tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada mereka-mereka yang Muslim iaitu mereka-mereka yang tunduk sepenuhnya kepada Tuhan. Di dalam al Qur’an, Haikal ini dirujuk sebagai masjid kerana semua nabi membawa manusia kepada Islam dan diperlengkapkan Islam semasa zaman Muhammad s.a.w. Malah di dalam beberapa ayat al Qur’an, Sulaiman a.s. dirujuk sebagai Muslim kerana ekspedisi Ratu Saba’ untuk menemuinya merupakan satu bentuk ekspedisi untuk mengislamkan kaum Saba’ bersama ratunya yang menyembah matahari. Rujuk surah an Naml ayat 22 hingga 44 (M.I.A. - Tolong rujuk dan rajinkan diri untuk memeriksa semua fakta ini kembali. Muslim bukan hamba Allah yang menunggu dengan mulut ternga-nga untuk disuap.. tetapi mereka adalah hamba-hamba Allah yang berusaha dengan segala upaya yang ada untuk memastikan setiap apa yang dibawakan kepada mereka diperiksa isikandungannya terlebih dahulu sebelum mereka percaya. Jangan jadi seperti muslim-muslim yang menjadi zombi politik goblok. Tolong periksa kembali kerana saya juga manusia yang boleh melakukan apa jua kesilapan dan kesalahan.) . Jadi yang layak membina tempat-tempat yang mengagungkan Allah dan memuliakan namaNya hanyalah orang-orang Muslim.

Berbalik kepada kitab yang diimani mereka, setelah Tuhan tidak memperkenankan permintaan David untuk dia sendiri membinanya, David kemudian memainkan peranaan sebagai penyedia kemudahan supaya proses pembinaan dapat dilakukan oleh anaknya Solomon (Sulaiman). David kemudiannya membeli sebidang tanah di Gunung Moriah dari Ornan. Kemudian dia mengumpulkan 100,000 Talents emas, 1,000,000 Talents perak, tembaga dan besi. Talent merupakan unit sukatan terbesar Hebrew dengan 1 Talent bersamaan dengan 34 kilogram. David juga menyumbangkan 3,000 Talents emas miliknya sendiri dan 7,000 Talent perak miliknya. Disamping itu, putera-putera lain juga memberikan sumbangan. Kesemua yang dikumpulkan adalah seperti berikut: 108,000 talents emas dan 10,000 Darics emas (M.I.A. – Darics ialah nilai matawang emas Parsi yang bersamaan dengan 0.27 ounce Troy iaitu bersamaan dengan 8.4 gram sukatan kini) dan 1,017,000 talents perak. Mahu tahu jumlah kos tersebut kini? Tukarkan emas dan perak terkumpul tersebut di dalam gram dan kemudian darabkan dengan harga emas dan perak terkini... Jangan terkejut.. kiralah sendiri..

Solomon (Sulaiman)
Perkahwinan David dengan Michal tidak melahirkan apa-apa zuriat. Ini kerana David telah bersumpah tidak mahu mengadakan hubungan seksual dengannya disebabkan Michal menegur dan mengkritik perbuatan David yang menari kesukaan apabila Tabut Perjanjian Musa itu dikembalikan ke Jerusalem. Bible melakarkan dua kesudahan yang bercanggah bagi Michal. Yang pertama di dalam 2 Samuel fasal 6 ayat 23, yang menyatakan bahawa Michal mati tanpa meninggalkan zuriat. Ini akibat sumpah David yang tidak mahu bersama dengannya seperti yang dijelaskan tadi. Bagaimanapun, di dalam petikan 2 Samuel 21: 8 di dalam Bible edisi lama, dinyatakan bahawa Michal melahirkan lima anak kepada Adriel. Tetapi versi-versi Bible yang baru, ayat 2 samuel 21 : 8 sudah pun ditukarkan menjadi Milcah memelihara dan membesarkan anak-anak Adriel. Ini supaya percanggahan yang berlaku itu dapat ditutup dengan mendakwa bahawa lima anak yang disabitkan kepada Adriel merupakan anak kepada kakaknya Merab yang dipeliharanya.

Menurut kitab yang diimani mereka, Solomon merupakan anak kepada David melalui perkahwinannya dengan Bath-Sheba. Perkahwinan itu berlaku setelah David bertaubat kerana telah berzina dengan isteri Uriah. a Solomon merupakan nama gelaran yang diberikan kepada anak David bersama Bath-Sheba ini. Nama sebenar Solomon ialah Jedidiah sebagaimana diperintahkan Tuhan di dalam Bible untuk diberikan kepadanya (2 Samuel fasal 12 ayat 24 hingga 25). Solomon merupakan gelaran yang diberikan kepada Jedidiah disebabkan perjanjian antara David dan Tuhan yang menyatakan anaknya nanti akan dibenarkan membina Haikal kerana dia orang yang menjamin keamanan. Solomon di dalam bahasa Hebrew membawa maksud ‘yang mengelakkan konflik dan menjamin keamanan’. Pada tahun ke empat sebaik Solomon menaiki takhta menggantikan ayahandanya David, kerja-kerja pembinaan Haikal dimulakan. Haikal itu dibina bersandarkan pelan pembinaan yang dilakar David melalui jalan wahyu. Solomon juga menggunakan kepakaran luar. Kerajaan Tyre yang mempunyai hubungan diplomatik dengan David semasa beliau memerintah, menghantar bantuan berupa tukang-tukang ukir dan tukang batu (stone mason) untuk membantu David membina kota di Jerusalem.

Setelah kematian David dan ketika Solomon menaiki takhta, sekali lagi Hiram, raja dari Tyre ini membuat perjanjian damai dan diplomatik dengan menghantar bantuan yang sama untuk memastikan Haikal yang mahu dibina Solomon berjaya dibina. Hiram memberikan bantuan material berupa kayu kayan, permata dan batu-batuan. Hiram juga menghantar seorang pakar binaan yang mahir dalam kerja tukang logam emas, gangsa dan tembaga. Pakar ini yang juga bernama Hiram memainkan peranan penting di dalam pembinaan Haikal ini.

Hiram Abiv – Lagenda Stone Mason
Hiram Abiv, bagi yang biasa dengan kajian kumpulan rahsia yang wujud di dunia kini, tahu di mana kedudukan Hiram Abiv dimuliakan dalam kumpulan rahsia tersebut. George Washington, Henry Ford, Theodore Rooselvet, Harry Truman, Buzz Aldrin, Abbot, George HW Bush, pemilik rangkaian kedai serbaneka dan pemilik akhbar yang melancarkan perang salib ke atas Islam di Malaysia, beberapa pemimpin di dalam bahagian pemerintah, beberapa pemimpin di bahagian pembangkang di dalam politik kotor Malaysia kesemuanya meletakkan Hiram Abiv sebagai figura sentral yang menyatukan mereka dalam sebuah pakatan gerakan rahsia untuk memerintah dunia. Sebagaimana Hiram Abiv membina Haikal di Baitul Maqdis satu ketika dulu, mereka ini menyelinap masuk ke setiap negara dengan membuat hubungan dengan golongan pemerintah dan golongan yang dijangka mereka memerintah bagi menjamin cita-cita penubuhan Haikal ketiga akan berjaya setelah semua projek yang diusahakan mereka berjaya.

Hiram Abiv di dalam bahasa hebrew bermaksub ‘Hiram bapa ku’. Menurut sarjana Bible, ia tidak membawa maksud literal melainkan ia sebagai panggilan menunjukkan penghormatan terhadap kemahiran dan tugasan yang dipikulnya sebagai ketua jurubina Haikal. Tetapi di dalam Freemason, Hiram ini merujuk kepada Hiram Bapa dan Hiram Anak yang berkhidmat untuk pembinaan Haikal. Lagenda Hiram ini juga dimasukkan ke dalam gerakan Freemason dan dijadikan Darjah Ketiga (Third Degree) yang merombak sistem Degree A & B. Ada pihak menyatakan bahawa lagenda Hiram ini dimasukkan oleh pihak yang terpengaruh dengan Legend of the Tombs, Rosicrucian, sekitar abad ke 17 ke dalam Freemason. Tetapi bukti yang dibawakan seorang penulis di abad ke 18, menunjukkan sejak abad ke 14 lagi, terdapat sebuah manuskrip di dalam tulisan Arab yang dimuatkan sebagai mukaddimah kepada manuskrip Sunnah Rasulullah s.a.w., apabila setiap huruf pertama di dalam mukaddimah manuskrip itu disusun kembali, ia membentuk perkataan dengan maksud berikut, “Kami telah ketemui Hiram, Tuan kami.”  1 Ayat ini merupakan kata kunci (password) Freemason bagi yang tahu cara menafsirkannya pada ketika itu. Secara jelas dengan bukti di atas, gerakan ini sudah menembusi jemaah Islam sejak kurun ke 14 lagi bagi merosakkannya dari dalam. Sebagaimana UMNO dan PAS dirosakkan oleh ulat-ulat, hama dan kutu-kutu penghisap darah dari dalam, sebegitulah modus operandi pelbagai gerakan yang mahu meruntuhkan penguasaan umat Islam sejak dahulu lagi. Dan sumber yang dinyatakan ini juga menyatakan dengan jelas bahawa lagenda Hiram sudah pun memasuki sistem Freemason lebih awal dari kurun ke 14. kejatuhan empayar Islam telah direncanakan bermula dari meruntuhkan sistem pembelajaran agama itu sendiri semenjak sebelum kurun ke 14 lagi. Mereka menembusi jaringan pusat-pusat pengajaran Islam untuk menanamkan doktrin-doktrin berbau agama tetapi mempunyai kesan sampingan buruk kepada masa depan kekuatan umat Islam. Sehingga ke hari ini, kumpulan-kumpulan tersebut masih wujud dalam gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Perhatikan dengan akal dan bandingkan perbuatan mereka dengan perintah Allah di dalam al Qur’an, dengan wujudnya percanggahan ketara antara amali perbuatan mereka dengan perintah Allah, maka busuk bangkai gerakan mereka yang bertopengkan orang-orang agama akan dapat dihidu dengan mudah. Muslim jangan terlalu bodoh serta mudah dikencing dan diberakkan otak mereka oleh fa├žade imej zuhud, tawaduk dan innoncent yang ditunjukkan sesetengah pihak. Hakikatnya mereka inilah yang menjadi barah dan pacat kotor meneguk darah muslim dalam diam demi kepentingan dan makanan ego mereka sendiri. Nampak jelas mereka terlupa dengan kisah Iblis, membangga diri dengan kebaikan dan kemuliaan golongan sendiri sehingga memandang segala yang lain itu sebagai jijik dan tidak boleh diletakkan di dalam kapal yang sama. Kesudahannya, Iblis dilaknat Allah sehingga kiamat. Diceritakan berkali-kali di dalam al Qur’an, dikuliahkan berkali-kali di dalam majlis ilmu, diceritakan berkali-kali kepada khalayak, tetapi tukang cerita tidak pernah mahu mengambil iktibar. Seolah-olah dia itu maksum dan terselamat dari dosa. Semoga Allah melindungi kita semua dari jangkitan penyakit busuk ini. Amin.

Berbalik kepada cerita Solomon dan Hiram Abiv. Untuk memastikan projek pembinaan Haikal ini berjaya, bahan-bahan mentah dari negara luar dimport dari pelbagai sumber. Solomon yang sudah berkahwin dengan Queen Sheba (Ratu Saba’/Balqis) mempunyai akses kepada jaringan pelabuhan dan pusat perdagangan yang merupakan antara yang tersibuk pada ketika itu. Kerajaan Sheba, merupakan destinasi perdagangan yang kaya. Ia juga menjadi laluan utama perdagangan jalan darat dengan karavan-karavan unta membawa barangan dagangan merentasi dunia Arab hingga ke India di timur dan Afrika di sebelah baratnya. Hiram juga membuat satu bentuk kerjasama dengan Solomon dengan membina kapal-kapal di Ezion-Geber (kini  Berenice) teluk Aqaba untuk pelayaran ke timur. Mereka juga membina dan menempatkan kapal-kapal termasuk juga di selat Mediteranean.

Operasi perdagangan di laut lepas ini membawa masuk kepada kerajaan Solomon kekayaan dalam bentuk emas, gading, perak, batu-batu permata, kayu kayan bermutu, dan termasuk binatang-binatang eksotik tertentu seperti beruk dan burung merak. Sesuatu yang jelas, dinyatakan di dalam Bible, bekalan emas untuk pembinaan Haikal ini di ambil dari sebuah tempat yang dikatakan mempunyai deposit emas paling berkualiti dan banyak. Tempat  itu dinamakan sebagai Ophir di dalam Bible. Di manakah Ophir yang dimaksudkan ini?

Emas dan kayu-kayan Nusantara (Ophir?)
Ophir menurut kitab yang diimani mereka, merupakan sebuah tempat yang terletak di sebelah timur. Perjalanan pergi dan balik dari kerajaan Solomon ke sana mengambil masa 3 tahun. Menurut Flavius Josephus 2 di dalam kitabnya The Antiquities of Jews, Ophir dikatakan berada di Aurea Chersonesus (Semenanjung Emas). Flavius Josephus atau nama sebenarnya Joseph ben Matthias merupakan ketua kumpulan Yahudi yang memberontak terhadap pemerintahan Rom di Palestin. Pada tahun 67 Masihi, dia ditangkap tetapi dibebaskan setelah ramalannya mengenai Vespasian yang akan diangkat menjadi Maharaja menjadi nyata. The Antiquities of Jews disiapkannya pada tahun 90 masihi, menceritakan sejarah bangsa Yahudi dari masa penciptaan sehingga ke tahun 66 Masihi. Dia menceritakan perihal Aurea Chersonesus di dalam bab 6 dan bab 7 kitabnya. Bab tersebut yang menceritakan mengenai bagaimana Solomon memperolehi kekayaan dengan bekalan emas yang dibawa pulang dari Aurea Chersonesus.

Ptolemy, seorang ahli geografi dan astronomi Greek, melakarkan sebuah peta lengkap dengan longitud dan latitude beberapa tempat yang dikenali di dunia. Tidak terlepas dari pandangan Ptolemy ialah tempat yang bernama Aurea Chersonesus ini. Ptolemy yang dilahirkan pada tahun 90 Masihi dan meninggal dunia pada 168 Masihi, menyiapkan hasil kerjanya pada kurun 2 Masihi. Aurea Chersonesus yang dilakarkannya dinyatakan dengan tepat merujuk kepada semenanjung Tanah Melayu.


Di sinilah emas bagi pembinaan Haikal Solomon dilombong. Terdapat juga beberapa pendapat yang menyatakan ia merujuk kepada Filipina, Indonesia, India, Afrika dan beberapa tempat lagi. Filipina dan Indonesia merupakan sekumpulan kepulauan yang termasuk dalam kumpulan kepulauan  alam melayu yang digelarkan sebagai Tagaroa. Tagaroa meliputi kawasan dari Madagascar sehingga ke kepulauan Pasifik.

Tagaroa ialah kepulauan yang termasuk di dalam alam Melayu 3. Pulau Madagascar yang terletak sebelah timur Tanjung Pengharapan (Cape of Good Hope). Ia merupakan sebuah pulau di mana penduduknya merupakan leluhur keturunan Melayu dan Indo-Melanesian. Penduduk Madagascar  digelar sebagai Malagasci. Terdapat hampir dua puluh kumpulan etnik. Teori awal yang luas diperkatakan ialah mereka ini berasal dari Melaka (Nusantara). Bukti ini didapati dari catatan seorang bangsawan Portugis yang dihormati pada kurun ke 17 4. Keseluruhan Tagaroa ini merupakan alam leluhur bangsa Melayu. Dari bukti bahasa, teks-teks lama dan kebudayaan, jelas Madagascar memang mempunyai akar yang kuat dengan alam Melayu. Persoalannya, bagaimana mereka boleh sampai ke sana? Apakah mereka ini keturunan pelombong-pelombong emas Aurea Chersonesus yang memilih untuk menetap di Madagascar atau mereka sebenarnya sudah lama di situ belayar berulang alik antara Aurea Chersonesus dan tempat-tempat mereka berdagang sebelum Hiram dan Solomon menggunakan khidmat mereka untuk membawa bekalan emas ke Jerusalem?



Umum mengetahui bahawa bangsa Melayu merupakan antara bangsa yang mempunyai ilmu pelayaran terhebat semenjak dunia lama lagi. Kedudukan Madagascar yang terletak di di hujung barat perjalanan antara Aurea Chersonesus menguatkan hujah Josephus kerana terdapat taburan penduduk yang mempunyai kaitan dengan keturunan bangsa melayu berada di semua tempat di sepanjang perjalanan yang di dakwa sebagai perjalanan ke Ophir. Tetapi jangkaan paling tepat ialah berdasarkan catatan Flavius Josephus, Ophir merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu. Hasil kerja Flavius Josephus digunakan para sarjana Bible untuk memahami kronologi dan peristiwa-peristiwa yang dirakamkan teks-teks Old Testament dari dulu hingga kini. Menurut Flavius Josephus lagi, selepas banjir besar Noah, keturunan Shem anak Noah bermastautin di pinggiran Sungai Euphrates sehingga ke lembah yang menghadap lautan India. Dari situ keturunannya berkembang lagi sehingga ke beberapa generasi. Menurutnya lagi, keturunan Shem ini melahirkan bangsa-bangsa Persia, Syria, Lydians dan banyak lagi. Keturunannya yang tinggal di bahagian Euphrates yang menghadap lautan India pula tersebar lebih jauh lagi ke bahagian Asia yang bersambung dengannya. Antara yang lahir di bahagian Asia ini ialah Ophir ben Joctan ben Heber ben Sala ben Arphaxad ben Noah. Berkemungkinan tempat ini digelarkan sebagai Ophir sebagai menandakan tempat di mana keturunan Ophir ben Joctan bermastautin. Jadi, Semenanjung Tanah Melayu atau Ophir di dalam Old Testament memainkan peranan penting sebagai sumber yang membekalkan pelayar yang cekap, pekerja, pelombong dan bahan mentah yang diperlukan Solomon untuk membina Haikal. Jadi apakah mereka diperlukan sekali lagi untuk pembinaan Haikal ketiga selepas Masjidil Aqsa diruntuhkan? Persoalan bilakah Masjidil Aqsa akan diruntuhkan mereka, akan saya terangkan di bahagian seterusnya nanti. Muslim harus bersedia.

Samada secara kebetulan atau tidak, Gunung Ledang di semenanjung Tanah Melayu juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Mount Ophir. Mengejutkan bukan? Saya belum menceritakan perihal Tanah Melayu ini sebelum zaman di atas. Ada cerita lebih menarik dan lebih mengejutkan semenjak zaman Adam. Tetapi tidak semua perkara boleh diceritakan kepada semua. Ia akan menimbulkan perasaan teruja melampau bagi sesetengah pihak. Tunggu jika ada masa yang sesuai dan apabila Allah mengizinkan, saya muatkan untuk dikongsi di blog satuhala ini. Untuk artikel kali ini, setelah saya memotong sebahagian besar apa yang telah saya tulis kerana merasakan ia bakal menimbulkan sedikit keresahan, dan kerana takut ramai yang keliru dengan artikel penuh nanti, maka apa yang terpampang di depan skrin para sahabat adalah cukup untuk membuat semua sahabat faham bahawa ‘Ini wilayah Palestin kita, pertahankan tanah ini dahulu sebelum bercita-cita besar mahu mempertahankan tanah orang lain!’ bak kata pepatah, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Cuba sahabat semua fikirkan kenyataan berikut. Pada ketika sekumpulan pedagang India dan Arab berlabuh, berniaga dan membawa Islam ke sini, sebahagian dari mereka meninggalkan leluhur keturunan yang digelarkan sebagai Jawi Peranakan sebagai waris kepada perkahwinan campur mereka dengan orang tempatan. Ketika orang-orang China datang berdagang ke sini, perkahwinan campur antara mereka dengan orang-orang tempatan meninggalkan sekumpulan manusia yang digelarkan Peranakan (Baba) di tanah ini. Jadi, jika benar kitab yang didakwa mereka bahawa Solomon dan Hiram menghantar ekspedisi penggalian emas dan bahan-bahan mentah lain di Nusantara ini, dan tempoh khidmat mereka pula lebih 20 tahun lamanya, apakah dari mereka ini tidak meninggalkan apa-apa keturunan yang sama seperti Jawi Peranakan dan Baba seperti di atas? Jika ada.. siapakah mereka? Jika benar.. dimanakah kini mereka berada? Apakah keturunan tinggalan pekerja Solomon dan Hiram ini sedang dicari untuk memastikan mereka ini akan berkhidmat kembali untuk membina Haikal ketiga? Jika demikian kiranya niat gerakan tersebut, bagaimana keturunan ini boleh diperhambakan kembali?

Tanah Yang Dijanjikan : Gereja Mormon
Pada 1830, Joseph Smith menubuhkan Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints (LDS). Dia mendakwa malaikat datang kepadanya memberikan sebuah kepingan emas yang mengandungi catatan wahyu.

Dakwa mereka, segalanya bermula pada kurun ke 4 masihi. Pada ketika itu Nabi Nephite@Mormon (menurut kepercayaan mereka) dan anaknya Moroni membuat catatan rekod tamadun dua bangsa Yahudi. Catatan itu menggunakan bahasa Reformed Egyptian dan mencatatkannya di atas kepingan-kepingan emas. Dipercayai dan diimani mereka, bahawa Noroni kemudiannya telah menyembunyikan kepingan emas tersebut di perbukitan Cumorah berdekatan Palmyra, New York. Ia disembunyikan di situ bagi tujuan untuk ia dijumpai semula oleh generasi yang akan menyusul nanti.

Pada 1823, Moroni dikatakan muncul di hadapan Joseph Smith dalam bentuk malaikat dan menyerahkan kepingan emas tersebut kepadanya. Joseph Smith kemudiannya menggunakan batu penilik (seer stone) untuk menterjemahkan bahasa Reformed Egyptian catatan terbabit. Selepas selesai menterjemahkan catatan itu, Joseph Smith kemudiannya mengembalikan kepingan emas tersebut kepada Moroni dan disaksikan 12 orang pengikut Smith.

Dakwa mereka bahawa semua peristiwa yang dicatatkan di dalam wahyu yang diterima Smith sebagai merujuk kepada perjalanan dua bangsa Yahudi yang berhijrah dan menetap di benua Amerika mula mendapat perhatian. Tetapi setelah dikaji teks BM (Book of Mormon) dan dibuat perbandingan tentang persekitaran yang disebut di dalam kitab tersebut dengan latar cerita BM terbabit, kekeliruan dan percanggahan cerita dan fakta sebenar mula timbul. Ramai yang mula mempersoalkan latar belakang cerita Smith yang mendakwa Tanah Yang Dijanjikan (The Promise Land) sebagai merujuk kepada benua Amerika. Bukti-bukti arkeologi juga tidak menyokong pendapat yang merujuk kejadian latar BM sebagai merujuk kepada benua Amerika. Ia dibuktikan dengan beberapa perkara berikut secara ringkas:

1)       Tanah yang diceritakan di dalam BM itu, merujuk kepada sebuah semenanjung. Tetapi Amerika Tengah bukanlah sebuah semenanjung.
2)      Di dalam Ether 7 : 9,   seperti petikan berikut :  Wherefore, he came to the hill Ephraim, and he did molten out of the hill, and made swords out of steel.... diceritakan bahawa kaum Jeradites melombong besi dari sebuah bukit dan menggunakannya untuk membuat pedang besi. Amerika Tengah tiada bukti arkeologi untuk menyokong kenyataan tersebut dalam tempoh waktu yang dinyatakan dalam BM.
3)      Tiada wujud bijirin sepertimana yang dijelaskan dalam BM di Amerika Tengah.
4)      Haiwan-haiwan berikut tidak wujud di Amerika Tengah pada waktu tersebut. Haiwan seperti lembu, kambing, kuda tidak ada di sana ketika itu tetapi wujud dalam jumlah yang banyak di Semenanjung Tanah Melayu.
5)      Semenanjung itu mempunyai bahagian sempit, di mana 1.5 hari diperlukan untuk bergerak dari laut timur ke laut barat. Amerika Tengah tidak mempunyai kawasan serupa meskipun kawasan Panama dan negara-negara berdekatan dengannya mempunyai keluasan yang lebih. Segenting Kra di Utara Semenanjung Tanah Melayu merupakan gambaran tepat kepada lokasi yang disebut di dalam BM.
6)      Di Amerika Tengah tiada bukti kewujudan lombong zaman silam. Di Semenanjung Tanah Melayu, sepertimana yang sudah diceritakan dari awal artikel ini tadi, sudah pun menjadi pusat perlombongan dan eksport bahan-bahan yang dilombongkan.
7)       Kewujudan banjaran Gunung yang memisahkan antara timur dan barat yang memanjang dari Utara ke Selatan. Di Amerika Tengah, banjaran gunung dengan ciri-ciri demikian tidak wujud. Tetapi di Semenanjung Tanah Melayu, Banjaran Titiwangsa menurut R.A. Olsen merupakan gambaran yang tepat kepada apa yang disebut di dalam BM.
8)      Bukti-bukti arkeologi di Amerika Tengah yang menunjukkan pada waktu penghijrahan dua suku bani Israel ke ‘Tanah Yang Dijanjikan’ berlaku di dalam BM, Amerika Tengah hanya punyai peralatan kayu, batu dan tulang. Sedangkan BM menyatakan Tanah Yang Dijanjikan dihuni oleh kedua bangsa bani Israel ini membolehkan mereka mencipta dan menggunakan peralatan logam dan besi.  Sekali lagi Semenanjung Tanah Melayu dikatakan lokasi yang tepat dan lokasi sebenar di mana semua perkara ni berlaku.
9)      Amerika Tengah pada waktu yang tersebut di dalam BM, masih lagi berada di zaman batu, sedangkan Semenanjung Tanah Melayu telah pun memasuki zaman logam dan bertepatan dengan apa yang menjadi latar cerita di dalam BM.

Semua yang disenaraikan di atas merupakan sebahagian kecil dari hujah yang dikemukan R.A. Olsen di dalam bukunya The Malay Peninsula As The Setting For The Book of Mormon. Dia mendakwa ke semua yang disebut itu dan banyak lagi contoh yang dibawakannya di dalam bukunya yang tersebut tadi, wujud di sebuah tempat yang dinamakan sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Hampir keseluruhan apa yang disebut di dalam Book of Mormon, lokasi kejadiannya boleh dikatakan menggambarkan dengan hampir tepat berlaku di Semenanjung Tanah Melayu. Itulah yang dikatakan oleh R.A. Olsen.
Ok.. berikut ini saya ringkaskan sedikit versi cerita R.A. Olsen yang bersungguh-sungguh menyatakan bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan tempat-tempat yang tepat digambarkan di dalam Book of Mormon (BM) dan bukan Amerika Tengah sepertimana yang diimani oleh penganut Latter Day Saints ortodoks.

Menurut kitab yang diimani mereka, semuanya bermula dengan Menara Babil (Tower of Babel) yang diruntuhkan Tuhan kerana kebiadaban bangsa Hebrew yang mahu melancarkan perang terhadap Tuhan. Saya pernah menulis tentang ini dalam artikel berikut. (Klik sini). 

Kejadian itu berlaku sekitar 3000 SM. Di dalam Genesis fasal 11 ayat 8 hingga 9 menceritakan seperti berikut :
11:8 So the LORD scattered them abroad from thence upon the face of all the earth: and they left off to build the city. 11:9 Therefore is the name of it called Babel; because the LORD did there confound the language of all the earth: and from thence did the LORD scatter them abroad upon the face of all the earth. (Lalu TUHAN menyelerakkan mereka keluar dari situ ke seluruh permukaan bumi;, dan mereka berhenti mendirikan kota itu. 11:9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota tersebut disebut Babel, karena di situlah dikacaubilaukan TUHAN bahasa seluruh bumi dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh permukaan bumi.

Ether fasal 1 di dalam Book of Mormon memulakan perjalanan Kaum Jaredites dengan peristiwa tersebut. Jaredites merupakan antara kelompok yang diselerakkan keluar dari Babel. Menurut BM, Jared berdoa agar bahasa asal mereka iaitu bahasa pertuturan Adam tidak ditukarkan Tuhan ketika Dia murka dengan perancangan manusia untuk memeranginya. Permintaan itu dimakbulkan. Kemudian Jared meminta bantuan saudara sedarahnya untuk merayu kepada Tuhan, jikalau mereka bakal dihalau keluar dari Babel, dirayukan supaya mereka dapat ditempatkan di negeri dan tanah yang terpilih oleh Tuhan (Ether 1 ayat 38). Lalu saudaranya itu merayu kepada Tuhan dan Tuhan berasa belas terhadapnya dan memerintahkan pekara berikut. Disuruh Tuhan kepada suku Jaredites supaya berkumpul dan mereka juga harus mengumpulkan segala jenis binatang jantan dan betina, segala jenis biji benih tumbuhan dan setelah semua itu dilakukan, disuruh Tuhan di dalam kitab mereka supaya bergerak ke arah utara. Tuhan di dalam kitab mereka berjanji akan memandu suku Jaredites ini menuju ke sebuah tanah yang dijanjikan, tanah yang paling mulia dan terpilih dari segala tanah yang wujud di dunia ini. Tuhan turut berjanji akan membangkitkan bangsa mereka kemudiannya menjadi sebuah bangsa yang terhebat dan tinggi kedudukan berbanding bangsa-bangsa lain yang wujud (Ether 1 ayat  39 hingga 43). Mereka kemudiannya menuju ke sebuah tempat yang bernama Nimrod (menurut R.A. Olsen Nimrod bukan tempatnya, tetapi muara sungai Tigris. Ini kerana perjalanan mereka yang mengusung pelbagai jenis haiwan, unggas, bijirin, kawanan lebah dan ikan-ikan di dalam tangki air tidak mungkin dapat dilakukan dalam jarak yang jauh, ditambah pula dengan permukaan bumi yang mencabar, ianya tidak memungkinkan teori asal bahawa mereka bergerak ke Nimrod yang lebih jauh kedudukannya.) kemudian Tuhan di dalam kitab mereka berfirman, Ether 2 ayat 5 And it came to pass that the Lord commanded them that they should go forth into the wilderness, yea, into that quarter where there never had man been.

Sekali lagi Olsen cuba meyakinkan bahawa ayat 5 di dalam Ether fasal dua di atas tidak dapat secara lojik merujuk kepada benua Amerika. Ini kerana bukti arkeologi menunjukkan bahawa di benua Amerika, sudah wujud penempatan manusia yang lebih lama dari tarikh 3000 SM. Olsen cuba membawakan bukti bahawa Polynesia, salah satu dari gugusan kepulauan pasifik masih tidak berpenduduk sehingga ke tahun 336 SM. Jadi tanah di mana manusia tidak pernah mendiaminya sepertimana yang dijanjikan Tuhan di dalam Ether fasal 2 ayat 5 Book of Mormon dikatakan Olsen sebagai tidak merujuk kepada benua Amerika.

Kemudian di dalam Ether  fasal 2 ayat 6, Tuhan di dalam kitab yang diimani mereka memerintahkan mereka membina tongkang. Olsen sekali lagi cuba mencadangkan di dalam buku karangannya bahawa Ether fasal 2 ini berlaku di sebuah tempat di mana pertemuan dua sungai (Tigris dan Euphrates) terjadi dan tempat ini menghadap lautan (Teluk Parsi). Ia berdasarkan kepada ayat berikut : Ether fasal 2 ayat 13 : for behold, it came to pass that the Lord did bring Jared and his brethren forth even to that great sea which divideth the lands. And as they came to the sea they pitched their tents; and they called the name of the place Moriancumer; and they dwelt in tents, and dwelt in tents upon the seashore for the space of four years.

Moriancumer ini dinyatakan Olsen sebagai merujuk kepada tempat pertemuan dua sungai tadi di Teluk Parsi. Ini kerana Teluk Parsi merupakan kawasan di mana lautan yang membelah dua daratan dalam lokasi paling dekat dengan Babel. Di situ mereka berkhemah dan tinggal selama 4 tahun. Selepas empat tahun, Tuhan di dalam kitab yang diimani mereka muncul dan memerintahkam Jared membina tongkang megikut spesifikasi yang ditetapkan. Tongkang ini akan bertindak sebagai pengangkutan kepada perjalanan mereka yang akan dilakukan ke laut lepas yang ganas. Tongkang yang tertutup ini menimbulkan keresahan kepada Jared tetapi ditenangkan dia kembali oleh Tuhannya dengan beberapa penjelasan sepertimana yang tercatat di dalam Ether fasal 2.

Olsen mendakwa jarak perjalanan 5,000 batu dari Moriancumer ke semenanjung Tanah Melayu dapat dilakukan dalam tempoh 333 hari dengan mengambil kira putaran dan tiupan angin monsun yang berubah-ubah. Dia mendakwa dengan menaiki tongkang yang diperbaiki mutu buatannya seperti mana yang diarahkan Tuhan di dalam BM, suku Jaredites menaiki lapan buah tongkang dengan segala muatan bergerak menuju Tanah Yang Dijanjikan dengan bergerak pada kelajuan 15 batu sehari. Olsen berkata gambaran di dalam Ether fasal 6 ayat 11 bahawa pelayaran itu memakan masa selama 344 hari hampir tepat dengan anggaran yang dilakukannya terhadap hipotesis jarak perjalanan dari Moriancumer ke Semenanjung Tanah Melayu. Untuk melayakkan benua Amerika sebagai merujuk kepada tempat yang dituju setelah suku Jared diperintah belayar dari Moriancumer, ia pastinya memakan masa yang berkali ganda lebih panjang. Ini kerana tongkang yang diperintahkan kepada suku Jared untuk membinanya tidak menggunakan layar sebagai pendorong tongkang terbabit, tetapi tongkang-tongkang tersebut hanya bergantung kepada hanyutan ombak dan arus yang bergerak mengikut perubahan monsun. Jadi, bagi Olsen, hipotesisnya yang menyatakan kaum Jaredites menuju ke Semenanjung Tanah Melayu merupakan suatu hipotesis yang lebih tepat jika dibandingkan dengan hipotesis Amerika Tengah.

Hipotesis Olsen kemudiannya mencadangkan bahawa mereka kemudianya mendarat di Selatan Myanmar. Kenapa Olsen menyatakan mereka mendarat di selatan Myanmar dan seterusnya menolak pendaratan suku Jaredites berlaku di Amerika Tengah? Sepertimana yang telah dijelaskan di atas tadi, tempoh pelayaran yang diambil selama 344 hari dari Teluk Parsi ke timur menggunakan tongkang tanpa layar adalah mustahil dapat dilakukan dalam tempoh tersebut untuk menuju benua Amerika. Begitu juga dengan sembilan contoh yang dibentangkan di atas sebelum ini. Berikut sebab-sebab tambahan yang dijelaskan Olsen yang menyatakan Semenanjung Tanah Melayu mempunyai segala kelebihan dan perkara sepertimana yang wujud di dalam Book of Mormon.

  • Oleh kerana tempat pendaratan suku Jaredites, merupakan sebuah kawasan yang tidak berpenghuni (M.I.A.  - sumber arkeologi menjelaskan tanah melayu sudah mempunyai penghuni sejak 6,000 SM dikalangan orang-orang mongoloids, begitu juga dengan fosil manusia perak@orang perak yang berusia lebih 10,000 tahun dan beberapa peralatan kegunaan manusia berusia 34,000 tahun yang ditemui sekitar Lenggong Perak menunjukkan bahawa semenanjung Tanah Melayu telah berpenghuni lebih lama dari fosil orang Perak tersebut. Bukti-bukti arkeologi yang lebih baru pula bakal mengubah teori bahawa manusia bergerak keluar dari Afrika tetapi berasal dari semenanjung Tanah Melayu. Ia sedang cuba dibuktikan melalui penemuan peralatan batu yang dianggarkan berusia jutaan tahun di Perak.. harap fahami bahawa artikel ini pada bahagian ini berbicara dari sudut pandang R.A. Olsen) . Olsen cuba menjelaskan bahawa walaupun orang-orang Mongoloids telah pun dibuktikan berhijrah ke semenanjung tanah Melayu sejak tahun 6,000 SM, masih terdapat banyak tempat di kawasan yang subur ini tidak berpenghuni. Menurut Olsen lagi, ia tidak seperti Pantai Barat benua Amerika yang sudah terbukti mempunyai penghuni pada ketika itu sekaligus tidak menepati apa yang digambarkan di dalam BM.

  • Di dalam BM, tempat di mana suku Jaredites mendarat dan bermastautin mempunyai banyak pokok-pokok buah dan jumlahnya terlalu banyak. Olsen sekali lagi mendakwa pantai barat Amerika tidak layak untuk dikatakan sebagai menggambarkan lokasi tempat pendaratan ini. Ini kerana pantai barat Amerika merupakan tempat yang bersuhu sejuk dan hanya buah-buah tertentu dapat tumbuh dengan bantuan pengairan yang sistematik. Oleh kerana tempat di mana suku Jaredites mendarat merupakan tempat di mana manusia tidak pernah tinggal, sudah pastinya kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan yang mendapat taburan hujan yang cukup dan dalam jumlah yang banyak. Semenanjung Tanah Melayu yang bermula tanahnya dari selatan Myanmar merupakan tempat yang lebih tepat dengan isi cerita di dalam BM.

  • Kewujudan Gajah sepertimana yang disebut di dalam Ether fasal 9 ayat 19. Menurut Olsen, ia tidak wujud di Amerika pada zaman yang disebutkan di dalam BM iaitu 3,000 SM, tetapi wujud dalam jumlah yang banyak di Semenanjung Tanah Melayu hingga kini.

Tanah Yang Dijanjikan itu (Semenanjung Tanah Melayu menurut Olsen dan mereka-mereka yang bersependapat dengannya di dalam Hipotesis Melayu ini), telah diberkahi Tuhan dengan pelbagai kemakmuran di dalam bentuk makanan, binatang ternak dan hasil-hasil bumi yang banyak. Tetapi Tuhan di dalam kitab mereka telah mensyaratkan di dalam Ether fasal 9 ayat 20 sepertimana berikut :


And thus the Lord did pour out his blessings upon this land, which was choice above all other lands; and he commanded that whoso should possess the land should possess it unto the Lord, or they should be destroyed when they were ripened in iniquity; for upon such, saith the Lord: I will pour out the fulness of my wrath. (Dengan demikian Tuhan pun melimpahkan rahmatnya ke atas tanah ini, tanah yang terpilih melebihi segala tanah yang lain; dan Dia memerintahkan bahawa setiap yang memiliki tanah itu, seharusnya memilikinya demi kerana Tuhan, dan mereka harus dicelakakan bilamana mereka melampaui batas di dalam perlakuan mereka; dan ketika itu, kata Tuhan : Aku akan melepaskan sepenuhnya segala kemarahanKu (ke atas mereka).

Itulah yang terjadi kepada suku Jaredites setelah lama mereka menetap di tanah yang dijanjikan Tuhan. Mereka mula melakukan perkara onar dan segala perkara yang dilarang Tuhan. Mereka turut merosakkan bumi di mana mereka tinggal. Bumi di mana mereka tinggal yang pada awalnya diberi gelaran sebagai Bountiful (Tanah yang melimpah ruah dengan rahmat. Dalam Kitab Mormon Bahasa Melayu ianya dikenali sebagai ‘Kelimpahan’) kedudukan tanah ini bersebelahan dengan sebuah neger yang dinamakan gelarannya sebagai Desolation (Tanah yang terbiar dan ditinggalkan. Di dalam Kitab Mormon berbahasa Melayu dinamakan tanah ini sebagai Kemusnahan). Tuhan di dalam kitab yang diimani mereka menghantarkan ramai nabi-nabi dari masa ke semasa untuk kembali mengingatkan suku Jaredites supaya kembali ke pangkal jalan, tetapi mereka tidak mempedulikan nabi-nabi tersebut. Kemudian Tuhan di dalam kitab yang diimani mereka menghantar pelbagai jenis ular yang berbisa sehingga menakutkan binatang-binatang ternak mereka sehinggakan semua binatang-binatang itu melarikan diri sehingga ke sebuah tempat yang dinamakan sebagai Zarahemla. Bangsa Jaredites ini kemudiannya dimusnahkan pada tahun 200 SM akibat kejahatan mereka dan peperangan yang ditimpakan ke atas mereka.


Zarahemla ialah Tanah Merah di Kelantan?
Zarahemla di dalam Book of Mormon dikatakan Olsen sebagai merujuk kepada sebuah daerah di negeri Kelantan yang dinamakan sebagai Tanah Merah. Peta berikut menjelaskan perbandingan yang dibuat Olsen dan pihak-pihak yang menyokong Hipotesis Tanah Melayu ini. Dia membandingkan tempat-tempat yang disebut di dalam BM dan menyesuaikan jalan ceritanya dengan kedudukan tempat-tempat yang wujud di Tanah Melayu.


Zarahemla juga kemudiannya dihuni oleh bangsa Mosia setelah leluhur keturunan mereka diperintahkan Tuhan untuk melarikan diri dari negeri Nephi (menurut Olsen, Nephi ini terletak di dalam sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang kini di kenali sebagai Negeri Sembilan. Daerah tempat tinggal bangsa Nephi secara spesifiknya dinyatakan Olsen sebagai merujuk daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan) di selatan Zarahemla, meredah hutan belantara mengikut arahan Tuhan sehingga mereka sampai ke Zarahemla.  Di Zarahemla (Tanah Merah mengikut Hipotesis Tanah Melayu oleh Olsen), mereka menemukan sebuah bangsa yang juga merupakan leluhur keturunan Bani Israel yang telah lama melupakan adat resam, agama dan bahasa pertuturan asal mereka. Mosiah mengetahui mengenainya melalui tradisi lisan yang disampaikan kepadanya oleh bangsa Zarahemla. Pihak dari bangsa Zarahemla menyatakan bahawa mereka merupakan ketrurunan Bani Israel yang melarikan diri dari Jerusalem sewaktu zaman kerajaan Yehuda diserang dan raja mereka, Raja Zedekia ditawan dan dibawa ke Babylon. Pertemuan suku bangsa Mosia dengan bangsa Zarahemla ini berlaku sekitar 130 SM mengikut kitab yang diimani mereka.Lalu Tuhan di dalam kitab mereka memerintahkan Mosia untuk kembali mengajar penduduk Zarahemla akan bahasa keturunan mereka yang asal. Kedua bangsa ini bergabung dan Mosia dilantik sebagai Raja mereka yang baru.(Omni ayat 1 hingga 30).

Selepas ini, saya akan membentangkan pemahaman Hipotesis Semenanjung Tanah Melayu sebagai latar cerita gereja Mormon dan akan menceritakan perihal Jesus Christ yang dikatakan pernah muncul di Kota Baru, Kelantan pada tahun 34 Masihi.

Benarkah Jesus Christ pernah muncul di Kota Bahru Kelantan? Tunggu artikel selepas ini.. InsyaAllah saya muatkan sebaik siap menaipnya..




Nota Kaki :
a – Ahli kitab memfitnah David sebagai berzina dengan isteri Uriah, panglima perang David. Tetapi al Qur'an membersihkan nama David (Nabi Daud) dari fitnah ahli kitab di dalam ayat-ayat surah berikut. Sila rujuk ayat 21 hingga 26 surah Saad.

Rujukan :
  1. Bernard E. Jones; Freemason’s Guide and Compendium; George G. Harrap & Co. Limited; m/s 306.
  2. Flavius Josephus; The Antiquities of the Jews; Josephus the Complete Work; Translated by William Whiston A.M. Thomas Nelson Publisher. m/s 42 - 43.
  3. John Rahasia dan Abdul Rahman al Ahmadi; Konsep Tagaroa, Gagasan dan Falsafahnya; Tamadun Melayu (Jilid Empat); Dewan Bahasa dan Pustaka; m/s 1427 – 1448.
  4. R.A. Olsen; The Malay Peninsula As The Setting For Book Of Mormon.
© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

9 comments:

Terima kasih atas update ini yang telah lama kami tunggu sejak kronologi 1
tulisan yang 'heavy' dan perlukan pembacaan teliti untuk di hazam

saya suka statement anda ‘Ini wilayah Palestin kita, pertahankan tanah ini dahulu sebelum bercita-cita besar mahu mempertahankan tanah orang lain!’

saya penah membaca berkenaan rahsia tanah melayu ini sebelum ini namuntidaklh se detail ini

sungguh bagus kupasan anda membantah fitnah bible terhadap nabi Daud dengan menggunakan al-Quran

truskn usaha dakwah ini

jazakallah khairan kathira
 
post ni menarik sangat ..sbb berkaitan dengan satu artikal tentang bangsa melayu yang sedang saya baca...

ada persamaan dari segi fakta dan rujukan..

artikal asal http://mistisfiles.blogspot.com/
untuk memudahkan saudara M.I.A membacanya sila ke forum
http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sejarah/79865-alter-terahsia-bangsa-melayu-1-12-a.html

artikal saudara mungkin salah satu kunci kepada artikal ini

update this post as soon as possible ... thank
wassallam....
 
Salam cW,
Segala puji bagi Allah.

Ini memang wilayah Palestin kita, tetapi ramai ang alpa..

InsyaAllah jika diberikan ZAllah kesempatan, saya akan muatkan bahagian-bahagian lain yang sedang saya usahakan..

TQ atas komen.. Semoga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah .. Amin..
 
Salam Mee..
TQ atas komen. Pasal artikel dlam link yang saudara berikan, saya hanya sempat membaca 2 bahagian kerana kesuntukan masa.. InsyaAllah sebaik dapat gambaran sebenar, saya akan muatkan komen saya pada bahagian komen kepada artikel ini..

Update.. insyaAllah tak lama lagi.. bahagian kronologi 3 akan saya sambung nanti..


Semoga anda sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah.. Amin
 
bole jadi rujukan sejarah, sama macam mistisfile, bagus teruskan menulis supaya boleh dikongsi bersama
 
Banyak sekali bukti-bukti yang dapat anda gunakan sebagai tambahan referensi bagi blog ini, baca di...

http://faithbookz.blogspot.com

semoga bermanfaat,wassalam....
 
Salam Shamsadis & fajar 'Yehuda'.. TQ, segala puji itu hanya bagi Allah.. InsyaAllah kalau sempat saya check content blog tu fajar.. semoga kalian di bawah rahmat dan perlindungan Allah setiap saat dan masa.. Amin.
 
Salam M.I.A.
Smoga ddlm lindungan & rahmat Allah sentiasa..

bila nak update artikel ni?

rasanye bukan sy sorang tertunggu2..

tq mee for sharing blog link to mistisfile very2 informative..

wassalam
 
Wa'alaikumsalam wrt Zara.. saya sambung pada 20 Ogos 2010.. pada jam 12:02 minit pagi.. InyaAllah.. tq sebab tolong ingatkan..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email