Friday, February 12, 2010

Kapal Terbang Tak Boleh Terbang, Kapal Selam Tak Boleh Selam...

Oleh M.I.A.

Sepertimana yang saya nukilkan sebelum ini. belum panas artikel tersebut diam di blog ini, Buletin Utama menyiarkan berita yang memanaskan hati sesiapa jua rakyat Malaysia. Jika pada tahun 1980-an 35 dari 88 buah pesawat Skyhawk yang dibeli kementerian terbabit tersadai kerana ‘masalah teknikal’ di gurun Arizona.

Kini sejarah berulang kembali bila kapal selam yang baru diperoleh dengan jerit perih wang pembayar cukai, tidak boleh menyelam pula. Jiran yang memandang kita sebagai musuh tentu sudah tercirit birit dalam seluar akibat ketawa tanpa henti melihatkan betapa ‘Mr.Bean-nya’ segala yang berlaku dengan negara yang berdaulat ini. mereka tentunya takut berperang dengan kita kerana pada bila-bila masa sahaja kapal terbang kita boleh jatuh di dalam republic mereka sebelum sempat kita melepaskan tembakan.

Saya berdiri teguh di belakang siapa jua yang menjadi pemerintah selagi sebahagian besar dari dasar pemerintahannya tidak bertentangan dengan Islam. Tetapi kesetiaan ini bukan pada tahap membabi buta taksub dan menjadi balaci totok pengangguk sepenuh masa. Suka saya memetik kenyataan yang dibuat oleh Tuan Haji Ibrahim Ali di Parlimen semasa sessi soal jawab pada 1989 berkenaan isu belanjawan bagi Kementerian Pertahanan. Berikut petikannya:

‘Kita sudah dengar banyak isu-isu atau skandal-skandal yang terbabit dengan Kementerian Pertahanan. Banyak wang negara telah dicurah atas nama pertahanan untuk kepentingan pertahanan negara. Malah dengan wang yang telah dibelanjakan selama ini untuk kemudahan pertahanan negara kita, Tuan Pengerusi, saya percaya sudah lama saki baki komunis negara ini sudah dapat dihapuskan. Tapi malang kalau kita lihat dari segi peruntukan yang diperlukan Kementerian Pertahanan maka mahu tidak mahu kita dapat mengatakan salah satu dari kementerian yang banyak membazir. Membazir dalam ertikata membuat pembelian-pembelia, terutamanya dari segi pihak perancangan, pentadbiran dan pertahanan dan juga perkhidmatan tentera yang kita dengar, terutamanya pembelian Skyhawk, pembelian Tornado dan lain-lain alat ganti tentera yang kita lihat banyak membazir, manakala prestasi amatlah diragui sekali.

Masakan tidak, kalau kita lihat dari segi perbelanjaan yang telah dikeluarkan, dibandingkan dengan negara-negara jiran, kalaupun melebihi ataupun sama, tetapi peristiwa kejatuhan kapal terbang, kapal perang, tidak terjadi seperti yang terjadi di negara kita ini. Kalau pun ada kapal terbang jatuh, dia jatuh waktu perang. Ini belum kena angin pun dah jatuh, termasuklah kapal terbang nuri baru-baru ini, 21 orang terbunuh. Sebelum ini kapal terbang Skyhawk yang menjadi skandal besar hampir satu billion ringgit lebih kurang, pukul rata dijangka perbelanjaan kalau dilihat dari segi apa yang terpaksa dibelanjakan terhadap Skyhawk lapan puluh lapan yang kini tersadai – 35 buah di Arizona Padang Pasir. Hal ini diketahui oleh seluruh dunia- ada artikel-artikel dalam akhbar-akhbar antarabangsa yang amat memalukan. Manakala kalau sebelum ini ditanya mengenai dengan peruntukan yang diperlukan oleh Kementerian Pertahanan, segala-gala keputusan telah dibuat dengan terperinci, segala keputusan telah dibuat dengan kajian yang halus, pakar-pakar yang cukup, tapi belum pun sampai dua, tiga tahun, kita dengar kapalterbang Skyhawk jatuh. Kapalterbang Nuri baru ini jatuh. Yang aneh pula kapalterbang Nuri jatuh, laporan yang dibuat nanti tak perlu diberitahu kepada orang ramai kerana ia tidak ada kepentingan orang ramai, kata Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Say abaca dalam akhbar, Tuan Pengerusi, kenyataan Yang Berhormat Menteri Pertahanan, 21 orang mati jatuh helicopter Nuri, tidak ada kepentingan dengan orang ramai, tidak perlu laporan ini disiarkan kepada orang ramai. Saya rasa ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Saya menggesa dan mendesak Kementerian Pertahanan dan Kerajaan supaya membentangkan laporan, kalau perlu saya cadangkan kertas putih, bersabit dengan kejatuhan helicopter Nuri, kerana ia berkait rapat dengan pentadbiran pertahanan dan perkhidmatan tentera negara kita. Kalau belum perang pun sudah jatuh, macam mana di waktu perang, Tuan Pengerusi?....

…. Kita boleh menyatakan sedih, kita boleh menyatakan dukacita, sememangnya semua tragedi itu berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. Tetapi jarang juga kita dengar adalah berlaku di setengah negara, tetapi tidak kerap seperti di Malaysia ini. Dahulu sudah kata Nuri selamat, boleh digunakan, belum sampai beberapa tahun, jatuh pula satu lagi. Samalah juga dengan Skyhawk. Pembelian 88 buah, 35 buah belum kita terima. Yang kita terima sudah pun jatuh sebuah, sudah hilang sebuah, lima buah sudah jatuh. Apa perancangannya, Tuan Pengerusi? Sebab itu saya mengatakan tadi bahawa pentadbiran pertahan dan perkhidmatan tentera ianya mesti disusun semula…

….kita boleh ada pertahanan yang kuat, tetapi dengan tidak belanja yang banyak. Soalnya cara mana kita membeli, berhati-hati dari segi perancangan. Yang kita bimbangnya berlaku ada udang di sebalik batu. Ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk dapat komisyen, ini yang jadi harga mahal. Orang lain beli murah, kita beli mahal. Sebab itu kita mengatakan bahawasanya pertahanan negara boleh kita jadi kuat tanpa kita membelanjakan wang yang banyak…” 1


Sampai bila perkhidmatan tentera akan menjadi sebuah perkhidmatan yang boleh dianggap sebagai widowmaker di kala negara aman? Berapa ramai lagi yang harus mengorbankan kebahagiaan hidup dengan kematian suami, isteri, anak-anak, ibu dan bapa yang berkhidmat dengan perkhidmatan tentera hanya kerana terdapat segolongan manusia yang tidak pernah berfikir di luar ‘tembolok’ mereka? Berapa ramai lagi yang harus menjadi balu dan menyara hidup anak-anak dengan menjual nasi lemak, bergadai harta benda untuk menjaga kelangsungan hidup anak-anak yang kematian bapa mereka kerana ditugaskan memandu besi buruk terbang di kala pembuat keputusan memandu kereta mewah hasil ‘kebijaksanaan’ mereka mencatur keputusan? Berapa ramai lagi yang harus menjadi anak-anak yatim berkasut buruk dan berpakaian lusuh dan menjadi mangsa cercaan di sekolah mereka hanya kerana bapa-bapa mereka mati kerana ditugaskan berkhidmat di dalam kapal selam yang pada mulanya tidak boleh menyelam, tetapi kemudiannya terus menyelam tak timbul-timbul? Berapa ramai lagi anak-anak yang tidak kenal kubur bapa-bapa mereka kerana bapa-bapa mereka ditugaskan mengendali besi buruk terbang merentas Laut China Selatan hanya kerana spesifikasi dan kos penyelenggaraan pesawat terpaksa dikurangkan kerana ‘masalah-masalah teknikal’? Sampai bila kementerian ini akan menjadi widowmaker di kala orang-orang tertentu mampu memandu widowmaker?
Sudah lebih dua puluh tahun dari catatan HANSARD di atas, perkara yang sama masih berulang-ulang. Sudah berkali-kali terhantuk masih belum terngadah. Pakai ilmu kebal bebal ke pak-pak menteri oiiii!!?
Apakah pemerintah masih mahu bersikap sepertimana ia bersikap sejak dahulu biarpun tragedy K-19 Widowmaker dan tragedy kapal selam Kursk berkemungkinan berlaku ke atas anak muda kita akibat kerakusan sesetengah pihak? Jika kapal selam K-19 Russia di tahun 50-an digelarkan sebagai widowmaker kerana keupayaannya memusnahkan pihak lawan, membunuh tentera lawan hingga meninggalkan balu-balu akibat perang tetapi nasib malang menimpa mereka dengan sebuah tragedi berlaku, apakah kapal selam kita ini pula bakal digelarkan widowmaker kerana ia musnah sebelum sempat berlawan dan membawa semua yang bersamanya bersemadi dan meninggalkan balu hanya kerana kesetiaan mereka kepada negara ‘diliwat’ oleh sekumpulan pengkhianat ‘bertembolok besar’?!! Sampai bila?!!!! Pak Menteri! Jangan sia-siakan anak bangsa yang bergadai nyawa kerana mereka cintakan negara dan cintakan agama.

Sebelum saya mencarut-carut dan mengkasut-kasutkan beberapa pihak akibat marah yang kemudiannya membiarkan emosi saya bakal ditunggangi syaitan , adalah lebih baik saya berhenti menulis pada barisan ini. Maaf, saya emosi kerana saya mempunyai ahli keluarga yang berkhidmat dengan tentera dan sahabat karib yang juga anggota tentera. Saya tak mahu mereka di’mokhtar’kan melalui jalan belakang oleh mana-mana pengkhianat yang berfikir di dalam ruang lingkup ‘tembolok’ masing-masing. Pak-pak menteri.. demi Allah… tolonglah berubah…

Rujukan :
1. Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Ketujuh, Penggal Ketiga; Jilid III. Bil 54; m/s 9593 hingga 9597. Dokumen Lengkap boleh di baca dengan klik laman berikut : http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR30111989.pdf
Untuk bahagian spesifik isu Kementerian Pertahanan dalam hal peruntukan belanjawan dan isu-isu pertahan (pembelian Skyhawk dsb) ini boleh di baca mulai m/s 9578.

© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

10 comments:

Salam...

apabila kapal terbang tak boleh terbang dan kapal selam tak boleh menyelam...
1. Jet A4 Skyhawk itu adalah jet 2nd hand peninggalan perang vietnam. Ianya perlu direpair, diupgrade dan diselenggara semula dengan kos yang tinggi dengan tenaga kerja yang mahir dan berilmu. keperluan mendesak berikutan keadaan semasa ketika itu dengan tawaran murah membuatkan kerajaan terburu2 membeli jet2 tersebut tanpa mengambil kira kesan sampingannya kepada ekonomi. kesan sampingan yang terjadi selepas pembelian itu adalah
a. kekurangan modal untuk membina semula jet2 tersebut
b. kekurangan kepakaran dan teknologi dari segi tenaga kerja TUDM untuk melaksanakan penyelenggaraan.
c. kekurangan profesionalisme dan kepakaran tinggi TUDM untuk melatih mekanik2nya.
d. kekurangan peruntukan untuk menggaji lebih ramai mekanik.
e. masa yang lama untuk melatih seorang mekanik hingga ke tahap pakar.
2. ketika itu, teknologi kita masih rendah dengan golongan profesional teknikal masih lagi kurang.

Apabila kapal selam tidak boleh menyelam...
1. kapal selam adalah gabungan kepada
a. kejuruteraan mekanikal, elektrikal, marin, balistik dan jentera yang tinggi - negara kita kurang semua itu
b. kemahiran dan kecekapan anak kapal yang terdiri dari pelbagai unit dan bidang seperti pemanduan, navigasi, enjin, elektrik, sonar,persenjataan dan lain2 lagi - TLDM baru pertama kali dapat kapal selam dan mengambil masa untuk mahir
c. sistem penyelenggaraan seperti minyak, peluru, oksigen, makanan dan sbgnya dengan sistem pengendalian kapal selam yang berbeza dengan sistem pengendalian kapal biasa dan kesilapan boleh berlaku

kesimpulan

3. perkara2 di atas adalah masalah berunsurkan mekanikal dan kemahiran manusia, itu adalah perkara yang utamanya.

4. sekiranya ada unsur rasuah sekalipun, ianya bukan sebab utama kapal-kapal itu tidak boleh terbang atau menyelam lantaran meskipun dalam keadaan rasuah sekalipun, kapal selam dan kapal terbang itu dapat dibeli.

5. Terlalu banyak bangkangan dan kritikan adalah salah satu punca kematian tentera akibat perbalahan politik sejak zaman dahulu kala lagi.

6. tentera memang dilatih, dijaga dan di bayar untuk mati jadi kalau takut mati atau rasa nak hidup lama, jangan jadi tentera. Itu adalah asas keperwiraan dan kepahlawanan tentera.

7. Rasuah memang ujud dalam diri kita sendiri, tanpa kita sedari dan kerana ia ujud dalam diri kita, maka kerana itulah kita boleh nampak unsur itu pada manusia lain.

salam perkenalan
 
nasib baik hari tu shiekh... gi bulan tompang orang...
kalau guna sendiri punya
takut2 boleh pegi tak boleh balik
kikiki....
kalau mati masa latihan boleh kata mati syahid tak???
 
Wa’alaikumsalam Acinetobaxter,
TQ atas komen.. berikut penjelasan lanjut.
1. Isu Skyhawk :
Pembelian itu dilakukan setelah negara Asia Tenggara ditakutkan dengan Teori Domino oleh pentadbiran Amerika. Teori domino menyatakan bahawa gerakan komunis akan menguasai negara-negara berikut menurut turutan berikut. 1. China. 2. Korea 3. Vietnam 4. Laos 5. Thailand 6. Malaysia 7. Indonesia 8. Burma 9. India selepas Amerika angkat kaki keluar dari Vietnam pada 1975. Ia sebagai Atonement kepada betapa ‘pentingnya peranan Amerika’ sebagai penghalang kepada gerakan komunis dan sebagai justifikasi kepada kekejaman yang dilakukan Amerika. Padahal penglibatan mereka di Vietnam tidak lebih hanya dari agenda mereka untuk mewujudkan World Government yang mana pencapaian itu sedang mereka usahakan sehingga kini. Iran, Korea Utara, Venezuela dan China batu penghalang seterusnya yang harus dijatuhkan bagi menjamin World Government dalam usaha mereka. Pada 17 Februari 1950, James Paul Warburg dengan yakin menyatakan kepada dewan senat America perkara berikut : "We shall have World Government, whether or not we like it. The only question is whether World Government will be achieved by conquest or consent." Dia yang merupakan keturunan kepada pengasas Kuhn, Loeb & Company yang membiayai Revolusi Russia melalui seorang banker kepada kerajaan Germany pada waktu itu. By Conquest : negara-negara teluk seperti Iraq, Afghanistan, Iran dan Korea Utara bakal di tawan. By consent : negara-negara kecil seperti Malaysia dan semua yang lain ditawan melalui campurtangan politik dan gertakan-gertakan ke atas sumber ekonomi dan ancaman keselamatan.
Melalui Teori Domino, kerajaan menjadi cuak dan takut. Lalu Skyhawk bekas gunaan tentera Amerika dijual dengan tawaran harga murah dan ‘ugutan’ kejatuhan kerajaan kepada pihak komunis bakal menjadi kenyataan jika Malaysia tidak mahu membelinya sebagai asset pertahanan.

Masih ingat dengan pembohongan dan panic Y2K sehingga memaksa kerajaan-kerajaan dunia menghabiskan beratus juta dollar semata-mata untuk mempersiapkan negara masing-masing bagi mengelakkan ‘ancaman’ melumpuhkan system negara? Begitulah kesan teori domino ke atas negara-negara yang panic. Pembelian panic di buat dengan perancangan tidak rapi. Isu Skyhawk ini dibicarakan dalam artikel di atas dalam konteks kebijaksanaan pembuat dasar dan perancangan bagi kelengkapan persenjataan tentera kita. Di dalam HANSARD yang sama, timbalan menteri pertahanan pada waktu itu menjelaskan bahawa baki 35 buah Skyhawk dalam bentuk parts tidak boleh di bawa pulang kerana masalah storage dan cuaca di Malaysia tidak mengizinkan ianya di bawa pulang. Ini menunjukkan kelemahan dalam membuat perancangan ke hadapan. Isu ini ditimbulkan kerana Kementerian yang sama cuba mengemukakan budget pembelian pesawat TORNADO dengan kos £40 juta sedangkan pihak lain hanya membayar £17 hingga £20juta sebuah bagi pesawat yang sama. Di sini isu kickback commission ditimbulkan
Hujahan tuan bagi bahagian 1. (a) hingga (e) dijawab pada bahagian di atas dan sudah diberikan perhatian dalam artikel di atas dan artikel ‘Harga bukan isunya.. ia isu pengkhianatan..”. Ia melibatkan forward planning yang tidak cekap dan kelemahan-kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku dan memalukan negara berlaku.

samb. di bawah..
 
Samb. Dari atas.

Isu kapal selam tak boleh selam..
Jawapan 1. (a) hingga (c) : Kementerian Pertahanan telah menghantar krew dan kumpulan yang terlibat dengan projek kapal selam pertama ini, menyediakan kemudahan prasarana tempat latihan, kediaman, elaun dan sebagainya. Mereka berkursus selama enam tahun bagi memahirkan diri dengan teknologi kapal selam ini. 150 pegawai dan anak kapal TLDM menjalani latihan pengendalian kapal selam di Sekolah Latihan Kapal Selam Malaysia di Pangkalan Laut DCN, di Brest, Perancis sejak 2004 bagi melayakkan mereka belayar pulang ke Malaysia. Sebahagian daripada mereka menjalani latihan untuk menjadi krew kapal selam manakala sebahagian lagi dilatih sebagai krew simpanan, sokongan dan pengajar. Latihan berkenaan membabitkan operasi di daratan dan di dalam kapal selam serta penggunaan sistem, senjata, pemerintahan, taktikal dan peperangan biokimia. Setelah latihan selama enam tahun mereka telah ditauliahkan layak mengendalikan kapal selam ini Untuk mengatakan mereka tidak cekap, saudara sebenarnya telah merendah-rendahkan kebolehan anak bangsa dan juga secara tidak langsung mempertikaikan keberkesanan semua latihan yang diberi kepada mereka selama enam tahun di Eropah. Kerosakan mekanikal sesuatu yang lumrah, tetapi apabila jentera perang baru berkos RM 1 billion yang disandarkan keupayaannya untuk mempertahankan kedaulatan negara rosak dalam tempoh tidak sampai setahun, ia merupakan satu isu besar. Jika bas ekspress lain cerita, ini antara asset utama pertahanan negara. Jika berlaku kerosakan mekanikal teruk kepada kenderaan mahal yang baru saja di beli saudara sehingga ia tidak dapat bergerak seperti yang diharapkan, apakah saudara akan tersenyum kepada pihak yang membinanya dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak cekap mengendalikannya? Tentu tidak bukan?
4. ‘sekiranya ada unsur rasuah sekalipun, ianya bukan sebab utama kapal-kapal itu tidak boleh terbang atau menyelam lantaran meskipun dalam keadaan rasuah sekalipun, kapal selam dan kapal terbang itu dapat dibeli.’ – maaf, biar apa pun caranya rasuah tidak dapat dikompromi. Kita berbicara mengenai asset pertahanan negara dan saya tahu tuan juga mahukan yang terbaik untuk negara kita. Jadi kurangkan segala elemen yang boleh menyebabkan sesuatu yang boleh berfungsi pada skala hebat bertukar menjadi sesuatu yang mungkin membawa musibah akibat perancangan dan pembayaran-pembayaran tidak perlu yang mengurangkan spesifikasi apa sahaja perkara yang mahu diperoleh.

5. Terlalu banyak bangkangan dan kritikan adalah salah satu punca kematian tentera akibat perbalahan politik sejak zaman dahulu kala lagi.
- Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini, malah di dalam artikel ini dan artikel sebelum ini ‘Harga bukan isunya…’ saya menjelaskan negara harus memperhebatkan asset pertahanan negara dan tidak perlu menunggu pihak lain untuk menyediakannya untuk kita. Kita seharusnya mampu membangunkan teknologi2 sendiri. Ingat saranan saya sebelum ini supaya peralatan seperti Gap Generator diwujudkan dan diusahakan supaya pengkalan tentera kita terlindung dari intaian satelit musuh?

samb. di bawah..
 
samb. dari atas..

‘6. tentera memang dilatih, dijaga dan di bayar untuk mati jadi kalau takut mati atau rasa nak hidup lama, jangan jadi tentera. Itu adalah asas keperwiraan dan kepahlawanan tentera.’
- Ya saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Bukan hanya tentera, tetapi semua muslim harus begitu dalam bersikap untuk mempertahankan agama dan negara. Semua yang mahu dan berniat untuk berjuang dan berjihad harus bercita-cita untuk syahid di medan perang. Kematian dan terbunuh di medan perang itu satu penghormatan terhadap perjuangan mereka. Tetapi ia bukanlah satu lesen untuk membiarkan mereka mati katak secara sia-sia akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang diharapkan mereka membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka.

7. Saya tidak berbicara mengenai rasuah, saya berbicara mengenai kos-kos yang tidak perlu dalam sebarang perundingan melibatkan perolehan asset strategic negara dan saya kosisten tentang perkara ini dalam artikel ini dan artikel lepas. Mungkin ia agak pedas bagi sesiapa yang pernah melakukan rasuah dan mencuit sesiapa yang terasa artikel ini seolah-olah memerli mereka untuk melompat sedangkan hakikatnya ia hanya teguran kepada pembaziran kepada kos2 yang tidak perlu. Manusia tidak dicipta dengan fitrah melakukan rasuah, fitrah manusia hanya ingin kembali mencari Tuhannya yang sebenar. Pertama kali saya dengar setiap manusia wujud sifat perasuah di dalam diri mereka. Atau mungkin saya sendiri terlalu naïve kerana tidak mengetahui tentangnya..

Terima kasih kerana berkunjung dan melontarkan kritikan bernas. Saya suka komentar dalam bentuk begini. Ia membina sekaligus saya sentiasa berasa selamat kerana artikel2 tulisan saya dapat ditegur jika saya tersilap oleh pengunjung2 yang kritis. Terima kasih. Semoga Allah membalas kebaikan saudara ini dengan rahmat dan keselamatan di dunia dan akhirat. Amin. Keraplah berkunjung ke sini. InsyaAllah.
 
Salam Tok Empat,
Kita mampu sebenarnya untuk mencipta roket yang lebih baik. Cuma peluang, galakan, sokongan dalam bentuk kewangan dan kesungguhan umat Islam yang lain dalam membantu semuanya boleh berhasil tidak wujud dalam bentuk yang seharusnya ia wujud.
Kalau mati dalam latihan kerana niat mereka bertugas mempertahankan negara semata-mata kerana Allah, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga sepertimana yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dalam masa yang sama, pihak yang menyebabkan kematian mereka akibat kejahatan niat dan perbuatan mereka akan di bawa kehadapan Allah untuk dipertanggungjawabkan nanti. Syurga dan neraka itu urusan Allah. Urusan kita pula ialah patuh kepada perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya semata-mata kerana ikhlas kerana Allah.

TQ Tok Empat.
 
sedikit maklumat ketenteraan dari blog.....

http://militaryofmalaysia.blogspot.com/

chik_249
 
salam kembali tuan...saya gembira bermuzakarah dengan tuan atas keterbukaan tuan menerima hujah...

Bukan membangkang, hanya menyatakan atas pengalaman dan pemerhatian sebenar di dalam ATM sepanjang perkhidmatan saya di dalamnya. Saya juga tidak begitu menitik beratkan ttg isu luaran spt politik, kestabilan antarabangsa atau doktrin-doktrin birokrasi. Apa yang saya tekankan adalah keprofesionalism dan akhlak ATM itu sendiri. Saya tidak menyebarkan fitnah tetapi inilah kenyataannya.

1. apa yang ditunjukkan oleh ATM bukan apa yang berlaku di dalamnya. Tahap profesionalism yg diwar-warkan hanyalah lakonan semata-mata kerana mereka mmg dilatih untuk menunjukkan yang cantik dan baik tetapi menutup yang buruk dan menyimpan yang busuk. setakat rasuah dalam tentera itu, antara prebet dan sarjannya saja sudah begitu banyak rasuah dlm seharian bekerja meskipun bukan dlm bentuk wang. Usah ceritalah pula pegawai-pegawainya. Cuba-cubalah tuan bertanya hal yang sebenar dlm tentera pd anggota2nya.

2. Tuan marah atas perancangan yg tidak teliti yang diuruskan oleh orang politik yang mengakibatkan kematian di pihak tentera. hakikatnya, atas bangkangan dan kritikan yang melulu, maka nyawa2 anggota tentera masih dalam taruhan apabila masih terpaksa menggunakan helikopter Nuri yg ditangguhkan pembelian pesawat gantinya dahulu.Tidak ada bangkangan dari pihak tentera atas perkara itu hanya bangkangan dari pihak pembangkang. lalu kematian itu dituding kembali pada pihak kerajaan.

3. isu pengkhianatan yang tuan hujahkan atas dasar kurang perancangan adalah hujah yang lemah meskipun cuba dikuatkan dgn doktrin-doktrin dan teori-teori politik. Perkara biasalah bagi kerajaan yang baru nak membangun, mempunyai kelemahan dan dibaiki dari masa ke semasa.

4. Tentera tidak akan mempertikaikan kematian walau apa keadaan sekalipun kerana memang dia sepatutnya mengatahui apakah tugasnya, dalam perang atau diluar perang. yang nyatanya, wanita semakin ramai masuk tentera dan itu perkara yang kurang elok.

5. Masuklah pasukan tentera simpanan dan tuan akan segera melihat segala apa yang tuan katakan itu dan apa yang tuan tidak nampak selama ini.

6. Tiada kompromi dengan rasuah! kalau tuan halusi mengikut ilmu tasauf, solat itu sendiri mengandungi unsur rasuah!

kesimpulannya.

Jom tuju ALLAH!
 
isu kapal selam aku rasa isu yang diputar belit oleh pembangkang utk menimbulkan sentimen kebencian kepada kerajaan..

inilah puncanya jika tidak dibuat kajian.. tapi menuduh secara melulu..

sekian terima kasih...
 
isu kapal selam aku rasa isu yang diputar belit oleh pembangkang utk menimbulkan sentimen kebencian kepada kerajaan..

inilah puncanya jika tidak dibuat kajian.. tapi menuduh secara melulu..

sekian terima kasih...


Perlu di ingat, soal keselamatan negara kita tidak boleh berkompromi. mana2 kerajaan di dunia pasti ada pembangkangnya.. di sinilah peranan pembangkang yg bilamana kerajaan membuat sesuatu yg tidak elok dalam pemerintahannya, mereka akan menegur, mengkritik kerajaan dsbg.. Bagaimana pula sekiranya tiada pembangkang dalam mn2 kerajaan di dunia? anda fikir2 kan lah.. sekian terima kasih..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email