Wednesday, November 25, 2009

Obama bukan Wahabi...

Oleh : M.I.A. 

Bismillahir Rahmanir Raheem... Obama tidak lekang dengan segala bentuk kontroversi. Itu kebiasaan bagi sesiapa jua yang memegang tampuk pemerintah negara paling banyak berhutang di dunia. Hutang duit dan hutang darah Kerajaan Amerika jika ditulis di dalam buku 555 dan disusunkan secara menegak, saiz ketinggiannya akan melangkaui jarak bumi ke bulan di dalam ganda yang banyak.

Tetapi bukan itu tujuan utama penulisan kali ini. Tertarik dengan gesture (M.I.A.: Maafkan saya Dr. Rais.. saya belum membeli kamus Dewan Bahasa dan bolehlah tuan menyumbatkan saya ke golongan cakap tak serupa bikin, sekelas dengan menteri dan peniaga pasar malam di dalam penulisan lepas. InsyaAllah akan saya perbaiki kelemahan mandul tatabahasa ini.. ) menunduk yang dilakukannya di hadapan Raja Arab Saudi dan Maharaja Jepun.
Dengan gesture demikian itu, huru haralah jadinya negara yang menjadi kiblat reformis hak asasi tahap bawahan kerana pemimpin mereka ‘tunduk’ kepada ‘negara bangsa-bangsa yang rendah’. Bagi mereka itu satu penghinaan kepada tamadun barat. Tidak apa bagi mereka jika mantan Presiden, George Bush, kelihatan bodoh dan begitu dungu di dalam setiap pertemuan dengan pemimpin luar, tetapi jangan sesekali tunduk memberikan hormat seperti mana yang dilakukan Obama. Itu bagi mereka satu penghinaan kepada tamadun kulit putih barat.


Hanya orang-orang timur dengan budaya mereka yang halus menggunakan gesture sedemikian untuk menunjukkan rasa hormat. Apa yang dilakukan Obama menunjukkan kesan didikan alam Nusantara yang diterimanya semasa kecil dahulu masih berbekas di dalam dirinya. Jadi alam melayu dan nusantara ini telah memberikan satu sentuhan halus kepada jati diri Obama. Kerana itulah nampak dia lebih berhemah jika dibandingkan dengan seekor Presiden yang digantikannya sebelum ini.

Dalam pada itu, di kala pelbagai golongan agama di dalam negara ini bergaduh dan berebut menuduh lawan mereka sebagai pengikut wahabi hanya kerana beberapa pendapat mereka terkadang selari dan terkadang kelihatan tunduk dan condong kepada fatwa dan pemikiran ulama’-ulama’ Arab Saudi, maka janganlah pula Obama juga turut dituduh Wahabi semata-mata kerana dia tunduk kepada Raja Arab Saudi. Jangan marah aaa ustaz-ustaz.. menyampah saya tengok kamu semua bergaduh sambil menyelak kain satu sama lain di depan khalayak muslim dan bukan muslim... Yang tua sibuk bergaduh mahu ke haji, yang muda sibuk menuduh sesama sendiri Wahabi... jadi siapa yang mahu kami dijadikan sebagai idola yang masih hidup bagi kami anak-anak muda? Perlukah kita menangkap kesemua mereka yang bergaduh dan mengikat mereka dalam keadaan berpelukan lalu dikurung mereka di dalam sebuah bilik lantas dipasangkan siri Wonder Pet tanpa henti untuk mereka tonton supaya mereka tahu apa yang penting untuk meletakkan Islam kembali ke persada kuasa dunia ialah dengan bekerjasama dalam satu jemaah? Perlukah ianya dilakukan sedemikian rupa?  Ya Allah... Ampunkanlah dosa-dosa kami kerana kami bercakaran sedemikian rupa, dan satukanlah kembali hati kami semua di sini supaya dapat kami bangkit dan berjuang menuju redha Mu Ya Allah..  Ameen..


Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

11 comments:

salam..
begitu benar sekali..
ramai sudah yang bercakaran sesama sendiri hanya kerana sesuatu yang tak menguntungkan agama, bangsa dan negara..
ayuh bangkitlah umat islam..
bersatu kita teguh..
 
ameen ? it is for kristian rite ? should u use amin instead ? sorry if i misunderstood this thing :)
 
Wa'alaikumsalam Afzan.. Ayuh kita bangkit bersama-sama meninggalkan persengketaan dan perbezaan dan mencari titik temu supaya kita dapat bersatu di atas satu dasar iaitu bertauhidkan Allah dan berpegang erat kepada sunnah RasulNya.. TQ atas sokongan.

Anonymous... In Christian they use Amen not Ameen.. they way they pronounce 'men' in the 'Amen' exclamation is similar to they way we pronounce 'men' the plural of 'man'. I used Ameen instead of Amin becauce I felt that the double 'e' soften the pronunciation of the word to make it sounds similar to the way the Arab pronounce it. In Bahasa Melayu grammar, what I wrote in the article is in no doubt wrong. Thank you for the positive feedback, it shows that readers of this blog scrutinize what I wrote with an opened mind and not afraid to voice their doubt and concern positively.. I'll make changes in my future writings. For this blunder, I'll make it remain as it is to give credit to your positive comment here. Sadly, you didn't provide your name.. May Allah bless you, Afzan, all my readers and all Muslimin & Muslimat.. Thank you
 
salam Muhammad Ibnu'Az

telah aku ikuti penulisan saudara lama sudah. belum ada memberi respon, dan kali ini rasanya barangkali sudah tiba masa nya. barangkali juga hati sudah terbuka.

banyak ingin bertanya. yang pertamanya perihal fahaman Wahabi.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama, konsep moden fahaman Wahabi antaranya banyak yang menimbulkan keraguan. antaranya melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan), melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w, melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain, melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya dan lain2 lagi. jadi di manakah terletak nya kedudukan fahaman ini?

keduanya, beza Muhamadiyah dan Wahabi?

apakah benar hanya Negara Perlis saja yang tidak terikat dengan mana2 mazhab?

ruj;

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894

http://drmaza.com/home/?p=92

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi
 
Wa’alaikumsalam Tuan Penanya,
Terima kasih atas pertanyaan. Maafkan saya jika jawapan yang saya berikan ini tidak memenuhi permintaan Tuan. Saya sebenarnya tidak mahu lagi mencurahkan petrol ke dalam api permusuhan sesama muslim dan memanjangkan perpecahan dikalangan kita hanya kerana satu pihak merasakan dirinya lebih mulia dan ‘alim ilmu agama dari pihak yang lain. Nyata al Qur’an yang kita baca setiap hari, hanya menjadi sekadar bacaan apabila kisah-kisah yang dimuatkan di dalamnya kekal hanya menjadi kisah tanpa siapa pun mahu mengambil pengajaran. Kita sudah terlupa sikap chauvinist sedemikian rupa itulah yang menyebabkan bangsa kita ini terbuang ke bumi dalam keadaan susah dan penuh dengan pergolakan. Ia bermula dengan sikap chauvinist Iblis yang merasakan dirinya terlalu mulia kerana diangkat Allah menjadi antara hamba-hambaNya yang soleh. Lalu apabila diciptakan Adam dan Allah memuliakan kedudukannya, dan sebahagian tujuan penciptaan Adam itu pula sebagai ujian bagi Iblis, maka Iblis yang merasakan dirinya hebat mula hanyut di dalam sikap bangga diri kerana kebolehan, kedudukan dan kemuliaan penciptaannya. Sikap bongkak ini menyebabkan makhluk yang satu ketika dulu dimuliakan kerana ketakwaan dan kewarakan di dalam beribadat, dihinakan Allah sebagai seorang penghuni kekal neraka dan dilaknat di dalam setiap kitab Allah yang diturunkan kepada manusia. Bermula dari kemuliaan, dia menghabiskan kesudahaannya ditempat yang paling hina. Ramai di antara kita di sini tidak sedar bahawa apa yang dilakukan Iblis satu ketika dulu, sedang kita lakukan di dalam skala yang lebih teruk. Apabila perintah Allah kepada semua supaya tunduk kepada Adam, Iblis mengambil langkah untuk melawan perintah Allah tersebut kerana memberi tafsiran sendiri kepada perintah Allah supaya tunduk dengan membandingkan kemuliaan yang disangka ada pada dirinya itu. (samb. di bawah....)
 
(sambungan dr. sebelumnya..)

Sedangkan dia tidak mahu memahami bahawa yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka-mereka yang menurut dan dekat tunduk kepada perintah Allah. Jadi apa bezanya perbuatan kita bercakaran sesama kita dengan Iblis? Apakah kita berasa kita lebih hebat dari amal perbuatan baik yang pernah dilakukan Iblis? Apakah kita pernah diangkat Allah kerana kehebatan kita beramal ibadat hatta ke langit pertama sebagai pengiktirafan amalan tersebut? Tidak.. tidak sama sekali. Iblis diangkat ke langit ke tujuh dan dimuliakan Allah dengan berjalan di taman-taman syurga sebelum dia menolak perintah Allah dan dihumbankan dia di dunia ini bersama-sama keturunan manusia. Iblis dimuliakan Allah satu ketika dulu sehinggakan dapat berbicara secara langsung dengan Allah tanpa perantaraan kerana kedudukannya dan kewarakannya. Tetapi semua itu sia-sia belaka kerana dia meletakkan dirinya di atas perintah Allah dan bukan di bawah perintah Allah. Cuba lihat di sekeliling kita, apakah kisah ini tidak berulang dikalangan yang merasakan diri mereka ‘alim dan menfsirkan perintah Allah sesuka hati mereka? Apabila diperintahkan Allah supaya semua umat Islam berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai berai (Ali Imran 103), kenapakah kita masih masih bertelagah sesama kita hanya kerana melihatkan perbezaan yang wujud lantas memuliakan dikalangan kelompok sendiri dan mengkafirkan kelompok yang tidak bersetuju. Apabila Allah memerintahkan kepada Rasulullah seperti di dalam ayat 64 surah ali imran
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". Ia bukan hanya ditujukan kepada ahli kitab di kalangan bani Israel. Di zaman Rasulullah s.a.w., bangsa Arab merupakan bangsa yang digelarkan sebagai ummi kerana mereka merupakan bangsa yang belum diberikan Allah perkhabaran wahyu. Setelah Rasulullah dilantik sebagai Rasul, mereka sudah diberikan kemuliaan sebagaimana bangsa-bangsa terdahulu diberikan Allah perkhabaran wahyu yang menyeru semua bertauhidkan Allah dan bersatu di dalam syariat masing-masing yang telah ditetapkan. Kedatangan Islam memperlengkapkan segala syariat yang ada dan semua manusia diajak supaya bersatu di dalam mentauhidkan Allah di dalam Islam. Jadi, ayat di atas di dalam konteks masyarakat kini, adalah terpakai kepada semua yang pernah diberikan perkhabaran wahyu. Jadi, mari kita memulakan kembali pendekatan lama yang dianjurkan Allah dan rasulNya supaya dapat kita bersatu kembali. Iaitu dengan apabila ditanyakan kepada kita tentang perbezaan diantara apa yang dipegang kukuh dikalangan kita, tidak kira apa jua mazhab dan pendekatan tauhid, asalkan ianya mempunyai nas kukuh di dalam al Qur’an dan as Sunnah, maka katakan kepada insan yang bertanya itu seperti berikut: ‘Di antara kami dan mereka mempunyai lebih banyak persamaan yang jelas, iaitu kami bertauhidkan Allah yang Maha Esa dan beriman kepada malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat, qada’ dan qadar dan banyak lagi.’

(samb. di bawah)
 
(bersambung dari sebelumnya)

Bermula dari titik-titik persamaan dan pertemuan yang dikenalpasti ini, baru kita bergerak menyelesaikan isu-isu ketidaksamaan yang ada. Lebih mudah untuk berbincang jika sudah ada rasa hormat-menghormati setelah dapat duduk semeja dengan mengetahui segala persamaan yang ada. Jika kita berterusan melihat kepada perbezaan sebagai cara untuk mengenali jemaah-jemaah muslim yang lain, maka kita dengan sendirinya sudah menjarakkan diri kita dengan mereka dengan jurang kefahaman yang kita sendiri timbulkan. Carilah persamaan dahulu sehingga boleh timbul perasaan kasih dan sayang antara jemaah, dan kemudian kita selesaikan dengan cara baik dengan sikap bertolak ansur selagi dibolehkan kitabullah dan sunnah. Saudara penanya mempunyai sebuah blog yang baik dan mengajak sahabat-sahabat muslim untuk menggunakan akal fikiran. Teruskan perjuangan saudara dengan membawa medan perjuangan membentuk satu jemaah muslim yang hebat menggunakan akal fikiran dan bersatu di atas dasar kita menyembah Allah dan beriman kepada rasulNya. Mari kita sama-sama berjuang ke arah penyatuan muslim. Sebelum mengakhiri jawapan ini, saya ingin memetik kata-kata Paderi Lamnes al Yasu’ie, salah seorang perancang dan penanam gerakan perpecahan di kalangan muslim selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada 1924. berikut petikan kata-katanya sepertimana yang tercatat di dalam al Masyriq/Jilid 28/m/s 738 :
Islam mula akan hancur apabila umat Islam sukar untuk mewujudkan persefahaman di kalangan mereka dan di dapati ramai di kalangan muslim golongan yang bertaqlid dan jahil yang sememangnya menguntungkan pihak yang memusuhi mereka.
Jadi maafkan saya sekiranya saya memilih untuk tidak memberikan penjelasan tentang perbezaan antara kedua pihak. Jika ada walau pun seorang pengunjung blog ini, menyatakan kepada mana-mana pihak yang bertanya apa pandangan dan perbezaan kumpulan dan jemaah yang berbeza fahaman dengan mereka dengan berkata : ‘Antara kami dengan mereka punyai banyak persamaan kerana kami menyembah dan bertauhidkan Allah yang sama.’ Maka saya sangat bersyukur kerana apa yang diperjuangkan di sini membenihkan hasil, biar pun kecil kea rah menyatukan kembali umat Islam di seluruh dunia. Ayuh Ahlus Sunnah, Syiah, PAS, UMNO dan semua jemaah muslim yang diberikan kitabullah.. mari kita bersatu menggegarkan kembali muka bumi ini dengan keadilan Islam dan memakmurkan kembali bumi yang dipertanggungjawabkan kepada kita ini dengan kemajuan yang memakmurkan dan bukan yang menghancurkan sebagaimana yang dilakukan pengganas-pengganas beragama barat. Teruskan mengajak pengunjung berfikir tuan penanya.. kerana bila muslim mula berfikir, mereka tidak akan mudah diperbodohkan. Semoga Allah memberikan tuan pahala yang setimpal.. wallahua’lam.
 
bersatu dgn syiah??manakan mungkin golongan ini dapat bersatu dgn ASWJ.mereka telah mengkafirkan sejumlah besar para sahabat r.a lg kesesatan syiah lawati http://tenteradajjal.blogspot.com/
 
Assalamu'alaikum Anonymous (knp tidak disertakan nama jika dipihak benar?)..
Bukan tugas kita untuk mengkafirkan mana-mana pihak. Bukan tugas kita untuk menilaikan sesuatu pihak itu lebih kafir dari pihak yang lain. Bukan juga tugas kita untuk menilaikan diri kita baik tetapi pada masa yang sama kita tenggelam dalam gelombang rasa hati membenci sesuatu golongan hanya dengan mendengar atau terikut-ikut rentak gendang yang dipalu oleh pihak yang mahu kita semua muslim kekal berpecah dan tidak bersatu. Tugas kita ialah menyeru semua kembali berpegang kepada 'tali' Allah. Untuk itu, kita harus optimis dan bukan pessimis keras dan kaku. Bersama bersatu atau hancur seperti debu-debu melayang.. hanya itu pilihan yang diberikan Allah kepada kita.. jadi pilihlah jalan yang Allah mahu.. semoga Allah membuka hati semua kita untuk kembali dalam satu jemaah atas dasar mentauhidkan Allah dan mencintai rasulNya..Amin.
 
saya bersetuju dgn sebahagian pendapat tuan empunya blog, tapi sy pohon tuan membuat kajian yg lebih tentang syiah. Sangupkah tuan bersatu dgn orang2 yang mengkafirkan Sahabat Nabi saw & berbagai2 lg jenayah? Bagi sy gerakan Syiah sama bahaya dgn gerakan kristianisasi, kedua-duanya merosakkan akidah. Wallahu'alam.

Alhamdulillah sy sedang membaca novel tuan, memang menarik, sy doakan ALLAH permudahkan urusan tuan.
 
Salam Abu Umair,
TQ atas sokongan. Berkenaan dengan syiah, kita mengutuk perbuatan mereka mengkafirkan para sahabat dan memporakperandakan jamaah Islam kita sejak dari zaman sahabah dan tabi'ien. Cuma tanggungjawab atas bahu kita sekarang ini untuk kembalikan mereka ke dalam pelukan ASWJ. Ia seharusnya bermula dengan mencari titik kesamaan dan perlahan-lahan kita bergerak untuk berusaha supaya kesilapan mereka yang lalu mereka tinggalkan dan kembali ke dalam jamaah. Kita mempunyai kerja-kerja yang banyak tertangguh dalam hal ini. Ia perlu diusahakan. Jika yang kafir sekali pun perlu kita dekati, apatah lagi sebuah umat yang pernah satu ketika dulu duduk di dalam satu jemaah umat Islam dengan kita. Semoga jalan tersebut dipermudahkan dan api permusuhan tersebut tidak dikipaskan dengan lebih panas agar satu pendekatan yang lebih santun dapat mendamaikan pecahan terbesar umat Islam nanti InsyaAllah. TQ sekali lagi Abu umair.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email