Sunday, August 14, 2016

Krusade, Koboi & Kanser

0




Dalam kerasukan George Bush mendesak hujah bersandarkan dalil-dalil koboi untuk melancarkan perang ke atas Iraq, wujud rasa tidak senang di kalangan pentadbir British mengenai ketidaktelitian pihak Amerika dalam merancang perang dan menangani kesan pasca perang.



Pegawai-pegawai British menggelarkan pelan perancangan tersebut sebagai "Harebrained scheme." Malang sekali, terperangkap antara menolak dari sembrono menyokong atau menyokong atas dasar semangat setia kawan dengan Amerika, Tony Blair memilih yang kedua. Semua nasihat dari perisikan British diketepikan.

Sir Christopher Meyer, bekas duta British ke Amerika menghantar beberapa pucuk telegram kepada Tony Blair pada 2002. Antara lain kandungannya mendedahkan obsessi Bush yang menganggap Amerika sebagai negara pilihan Tuhan untuk melancarkan crusade ke atas kejahatan.

Petikannya seperti berikut :

"in effect, that destroying Saddam is a crusade against evil to be undertaken by God's chosen nation.... The target of Bush's messianic appeal was... the anxious and unconvinced in the country at large." (1)

Siapa sahaja Presiden Amerika, sama ada dari Republikan atau Demokrat, kesan polisi luar mereka tetap sama. Hegemoni pelobi tetap menjadi kiblat utama.

Ia ibarat memilih antara cemerkap sang koboi atau kanser perlahan yang meratah satu persatu negara-negara sasaran dengan agenda Demokrasi Amerika.

1) Kurt Eichenwald, The War On Error, Newsweek (29/7/2016-5/8/2016), ms 19



Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: