Tuesday, October 27, 2015

Jangan Marah Melayu...

0


Jangan marah pada orang Melayu jika keupayaan minda mereka, hanya mengorbit persoalan vape, artis, pelawak, troll harian dan sebagainya.

Ini kerana mereka-mereka yang berpeluang untuk membentuk minda orang-orang Melayu, menyediakan sarapan minda kepada pembaca mereka dengan berita-berita seumpama ini yang diketengahkan setiap hari.

Benar sex sells, tp... Apa orang melayu ni kemaruk seks sangat ke sampai hari-hari berita seperti ini dihighlightkan untuk menjual akhbar?

Perhati beza media yang satu lagi di bawah. Biarpun penipu, tetapi mereka tahu cara menggunakan media sebagai satu instrumen untuk mencapai agenda dan matlamat mereka yang tertentu.

Selagi beginilah bentuk sarapan minda majoriti orang Melayu, janganlah bermimpi mereka akan sedar tentang survival mereka yang sedang terhakis serta Agama mereka yang sedang diruntuhkan dari luar dan dalam.


Penulisan Asal Di Sini...
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: