oleh : Imran Haaz
Majalah National Geographic keluaran Ogos 2012,
menyiarkan sebuah kisah perjuangan orang asli Amerika. In The Shadow of Wounded Knee menjadi tajuk kepada penulisan
tersebut. Ia mengisahkan tentang nasib masyarakat Sioux di Oglala, Pine Ridge,
Dakota Selatan.
Wajah mereka mempunyai iras Melayu. Pada 1975,
telah berlaku satu pembunuhan etnik yang melibatkan pergerakan American Indian
Movement (AIM) oleh FBI dan kerajaan Amerika. Tanah Adat mereka telah dirampas
melalui pelbagai olahan terhadap perjanjian sedia ada. Dari memiliki Amerika
sebagai negara mereka, penguasaan kaum Indian Amerika kemudiannya dikelompokkan
secara paksa mengikut suku kaum dan tanah adat yang bertaburan di seluruh
negara. Immigran kulit putih datang dengan senjata dan perjanjian tipu daya.
Perjuangan mereka sejak dari awal 1700 hingga
kini untuk mendapatkan hak tidak pernah berhenti. Pada 1890, ketika kesedaran
tentang erti merdeka dan hak untuk mendapatkan kembali apa yang dirampas
semakin menebal. Risau dengan kesedaran tersebut, immigran kulit putih yang
pada waktu itu berjaya merampas Amerika dan bertindak sebagai kerajaan, mengadakan
satu operasi serbuan. Serbuan dijalankan pada waktu satu ritual agama sedang
dijalankan di sana. U.S. Indian Policemen dihantar untuk menahan Sitting Bull. Dalam
operasi yang kalut itu, Sitting Bull dan beberapa yang lain terbunuh. Melihat keadaan
tersebut, salah seorang ketua yang masih tinggal yang dinamakan sebagai Big
Foot melarikan diri.
Pada Disember 1890, U.S. Seventh Cavalry Unit,
terserempak dengan Big Foot dan orang-orangnya di Porcupine Creek. Pertempuran
tercetus. Bila sahaja asap tembakan hilang dan reda, 145 orang, lelaki wanita
dan kanak-kanak terbunuh. Kaum Sioux mendakwa statistik tersebut telah
diringankan. Korbannya sebenar lebih banyak. Salah seorang yang terbunuh
merupakan seorang ibu yang sedang mendukung bayinya dalam keadaan dirinya
hampir memegang bendera gencatan tempur.
Pelbagai perkara buruk telah dilakukan kepada
penduduk asal Amerika oleh kumpulan immigran kulit putih yang mengambil tampuk
pemerintahan melalui tipu daya dan paksa selepas itu.
White Plum, nama individu yang ditemuduga
menceritakan bahawa kerajaan yang ditadbir kaum immigran kulit putih telah
mencuba pelbagai perkara untuk memastikan kaum mereka tunduk kepada sistem
asing yang diperkenalkan di tanah tumpah darah mereka sendiri. Harta benda
mereka telah dirampas, ramai di antara mereka dibunuh di dalam genosid-genosid
terancang, mereka ditipu berkali-kali di dalam pelbagai perjanjian damai yang
ditandatangani. Bahasa ibunda mereka diharamkan. Agama mereka turut diharamkan.
Sehinggalah American Indian Religious
Freedom Act 1978 diluluskan Kongres, baharulah sebarang percubaan untuk
menghalang kebebasan beragama oleh penduduk-penduduk asal Amerika diancam
dengan pertuduhan jenayah.
White Plum menyatakan bahawa, hanya ada satu
alasan yang membolehkan orang-orang Sioux bertahan disebalik segala kekejaman
ini dan menahan orang-orang Sioux sepertinya daripada bertukar menjadi
pembunuh-pembunuh yang kejam. White Plum menyatakan bahawa mereka dapat
bertahan kerana keindahan dan kelembutan bahasa ibunda mereka. kelembutan
bahasa mereka melembutkan hati dan melunakkan kembali perasaan mereka. tiada
jalan untuk mendidik mereka menjadi seorang yang pembenci di dalam bahasa
ibunda mereka. Bahasa yang aman. Bahasa yang mendamaikan kata White Plum.
Pada 1975, berlaku satu lagi krisis
besar-besaran di sana. Ia bermula dengan tindakan protes oleh AIM menuntut
semua perjanjian yang telah termeterai antara suku kaum mereka dan kerajaan
Amerika dipatuhi dan dihormati. Ia hampir menjadi satu pertempuran yang besar
dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan Amerika seperti Federal Marshall, FBI
dan penghantaran senjata-senjata tempur berat ke Oglala. Pada 5 Mei satu
perjanjian persepakatan telah dicapai. Tiga hari kemudian kepungan pihak
berkuasa ke atas protes di Oglala berakhir. Kehilangan nyawa berlaku pada
kedua-dua pihak.
Peristiwa-peristiwa inilah yang menjadi api
dalam sekam dan membarah di dalam jiwa masyarakat Sioux di Pine Ridge.
Walaubagaimanapun, sebagai langkah perdamaian (reconciliation), Presiden Barrack Obama
di dalam Defense appropriation bill 2010,
menyatakan permohonan maaf di atas segala ketelanjuran pihak kerajaan Amerika
kepada semua suku kaum asli yang ditindas dan diperlakukan dengan kejam selama
ini.
Permohonan maaf itu masih tidak cukup untuk
mengubati hancur luluhnya hati suku kaum Sioux. Mereka mahukan semua perjanjian
pembahagian tanah yang telah dibuat sejak 1800 dihormati. Mereka mahu tanah
suci mereka dikembalikan. Walaupun mereka dijanjikan pampasan, kaum Sioux
menolak untuk menerimanya kerana tiada jumlah pampasan yang dapat melunaskan
segala hutang darah dan maruah yang ditanggung kerajaan Amerika ke atas mereka.
White Plum memberikan contoh kenapa mereka bertegas menolak pampasan yang cuba
ditawarkan. Black Hill yang kini menempatkan Mount Rushmore di Amerika, merupakan
bukit suci bagi kaum Sioux. Tanah itu dirampas meskipun ia telah diwartakan
sebagai tanah milik mereka. lebih teruk lagi, setelah merampas, penjajah
immigran kulit putih menghina bukit suci tersebut dengan mengukir wajah
Presiden-Presiden Amerika di kawasan suci kaum Sioux. White Plum bertanya, “Berapakah
nilai pampasan yang boleh menebus semua penghinaan ini?”
Atas sebab itulah mereka kini hidup di dalam
sistem ekonomi dan cara kehidupan mereka sendiri. Salah seorang kaum Sioux yang
ditemuduga mengenai sistem ekonomi yang sedang mereka amalkan dan kenapa mereka
menolak dengan sistem sediada menyatakan perkara berikut :
“Everything in the U.S. is designed around money. So how do we live in that mode –with the white man’s house, the whiteman’s pickup, the white man’s currency – and still keep our traditional Lakota culture?”
“Everything in the U.S. is designed around money. So how do we live in that mode –with the white man’s house, the whiteman’s pickup, the white man’s currency – and still keep our traditional Lakota culture?”
Lalu pada setiap Mei, peristiwa pembunuhan,
perampasan hak tanah, penghinaan kepada tempat suci mereka disambut dengan
protes menterbalikkan bendera Amerika Syarikat sebagai simbol pernyataan kecewa
dan bersedih atas layanan Amerika terhadap mereka.
Menterbalikkan bendera sudah menjadi simbol
pernyataan rasa kecewa dan tidak berpuas hati yang dikenali seluruh dunia. Lihat
sahaja keadaan corak hidup kaum Sioux yang mengalami penindasan di sana.
Apa pula yang menjadi legitimasi kepada hak mereka
ini untuk menterbalikkan bendera negara? Bak Kut Teh lebih mahal 5 sen di dalam
khayal selepas 5 Mei 2013?
P/S : Saya mohon maaf. Saya terlalu naif semasa
menulis penulisan di atas. Harap boleh maafkan saya atas ketelanjuran dan
kenaifan saya sepertimana Ah Lek selalu berikan alasan untuk memaafkan pihak
yang menyakiti hati majoriti orang Islam yang lain. Jika mereka boleh naif,
saya juga naif. Jika Muslim memahami apa erti sebuah panji dan menyelami kisah bagaimana tiga pahlawan Islam Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah gugur syahid mempertahankan panji sebagai simbol perjuangan di dalam perang Muktah suatu ketika dahulu, dan jika mereka faham apa maksud-maksud rahsia disebalik panji Jalur Gemilang tersebut, mereka tidak akan bertepuk gembira dengan perbuatan di atas. Saya tegakkan kembali panji itu dengan menterbalikkan kesemua mereka di dalam gambar di atas. Jika mahukan hormat dan hak, bukan begini caranya. Wassalam.
Rujukan :
1) Alexandra Fuller, In the Shadow of Wounded Knee, National Geographic, (August 2012), National Geographic Society. hlmn. 30 - 67. (http://ngm.nationalgeographic.com/2012/08/pine-ridge/fuller-text)
1) Alexandra Fuller, In the Shadow of Wounded Knee, National Geographic, (August 2012), National Geographic Society. hlmn. 30 - 67. (http://ngm.nationalgeographic.com/2012/08/pine-ridge/fuller-text)
© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.