Penulisan di bawah merupakan sebuah penulisan yang tidak pernah saya terbitkan di dalam blog ini. Ia diterbitkan di dalam ruang akaun facebook saya pada 11 Oktober 2012. Berikut penulisan penuh tersebut. Pautan asal dan komen-komen asal boleh ke timeline akaun facebook saya pada Oktober 2012.
Bismillahir Rahmanir raheem...
Ramai yang keliru untuk membuat keputusan. Sedangkan mukmin itu bukanlah saudara kepada kekeliruan atau mudah untuk dikelirukan. Semua kekliruan tu tidak perlu kita harungi kalau kita semua bersatu atas satu jemaah. Untuk menjadikan negara ini tunduk 100% kepada sistem Islam dengan pantas, hanya ada dua cara. 1. Resolusi 2. Revolusi. Kedua-duanya memerlukan kekuatan jemaah Islam Yang bersatu. Negara ini telah dibentuk oleh Allah dengan keadaan tiada ruang untuk umat Melayu/Islam berpecah. Allah mahukan kita bersatu dalam negara ini. Hanya manusia dihasut Iblis sahaja mengatakan Islam boleh didirikan dengan bersekongkol dengan golongan kafir yang menentang kita pada jalan agama kita dan cuba menghalau kita keluar dari kampung halaman kita sendiri (al Mumtahanah ayat 9).
Tidak kira melalui resolusi @ revolusi, kedua-dua cara memerlukan Melayu/Islam bersatu dalam satu jemaah. Tiada cara lain, kecuali bersatu. Hampir 500 tahun negara ini berada di bawah pemerintahan Nasrani dan Nasrani terlepas pegangannya ke atas negara ini bila semua umat Islam bersatu di bawah panji bangsa Melayu pada 1957. Apakah kita masih enak dibuai mimpi bahawa golongan Nasrani tidak mahu menguasai semula negara ini selepas 55 terlepas dari tangan mereka. Entah kenapa ramai sangat orang-orang Islam dibutakan dan tidak menyedari bahawa kumpulan-kumpulan Nasrani melalui PBB, US, Israel, NATO, dan pelbagai pertubuhan hak asasi manusia, media yang berselerak di dalam dunia sedang menjalankan agenda penjajahan ke atas seluruh dunia. Tidakkah manusia-manusia muslim sedar bahawa semua negara-negara yang baru muncul di dunia merupakan negara-negara Nasrani yang dipisahkan dari negara Islam?
Prinsip mudah mereka, jika tidak dapat menguasai sesebuah negara Islam secara total, daerah-daerah serta negeri-negeri yang mempunyai majoriti orang Nasrani di dalamnya perlu dipisahkan dari pentadbiran negara Islam. Perhatikan kepada Timor Timur yg kini dikenali sebagai Timor Leste. Dulu ia merupakan sebuah daerah di bawah penguasaan negara Umat Islam Indonesia. Tanpa bantuan IMF satu ketika dulu kepada Indonesia, apakah kita fikir semudah itu Indonesia melepaskan Timor Timur? Ia kini sebuah negara Nasrani yg muda. Perhatikan pula, Sudan Selatan. Dulu ia sebuah pecahan daerah dalam negara Sudan yg dikuasai umat Islam. Kini ia berjaya dipisahkan melalui tekanan-tekanan yang dikenakan. Kini Sudan Selatan merupakan negara termuda dunia. Dan ia juga merupakan sebuah negara Nasrani. Ia sepertimana Timor Timur, yang merupakan negara Nasrani yang dipisahkan dari Indonesia. Pengalaman serupa pernah terjadi kepada kita Nusantara. Bermula dengan Taiwan, Filipina dan kemudian Singapura. Perhatikan dengan rapat Nigeria , Ambon, Papua Barat (Irian Jaya) dan Pulau Pinang pula selepas ini. Persoalannya, kenapa umat Islam terlalu buta? Terlalu terkesima pada facade penampilan 'Islami' sedangkan mereka bersekongkol dengan proksi gerakan dajjal yang sangat jelas persekongkolannya melalui lisan, 'persemendaan' dan perbuatan?
Saya beruntung kerana dipertunjukkan oleh Allah masa depan Malaysia kerana saya orang Pulau Pinang. Bukanlah melalui ilmu ladunni atau ghaib atau mistik dan sebagainya. Tetapi melalui pemerhatian secara realiti dan memandang Pulau Pinang sebagai microcosm masa depan Malaysia. Saya telah melihat bagaimana perlakuan-perlakuan halus yang sentiasa dilakukan penuh terancang. Malang sekali mereka ini mempunyai segolongan manusia yang secara tanpa segan mengakui diri sebagai pewaris nabi untuk sentiasa memberikan cop halal kepada setiap bejat perlakuan mereka. Setiap kali perbuatan tidak elok mereka dapat dihidu dan dibisingkan, maka dengan segera mereka akan melakukan aktiviti damage control dengan menggunakan pengaruh pemberi cop-cop halal ini untuk mengaburi serta mempengaruhi pemikiran orang-orang Islam yang lain untuk perkara perbuatan seumpama itu tidak berlaku.
Perhatikan bagaimana umat Islam yang sudah semestinya majoritinya orang Melayu dikesampingkan serta dipinggirkan. Perhatikan bagaimana kedudukan Melayu dan Islam di Singapura dan Filipina sebaik Islam bukan lagi menjadi kuasa yang mentadbir negara-negara tersebut. Lihat sahaja saudara-saudara sebangsa dan seagama kita yang ditindas kerana mereka tidak memegang kuasa pemerintahan sepertimana yang berlaku di Patani dan kepada Bangsa Moro.
Ramai yang tidak tahu bahawa pada 1957, Melayu bukan majoriti yang besar rakyat Tanah Melayu. Tapi kekuatan penyatuan tersebut, membolehkan berkat penyatuan tersebut dirahmati Allah melalui kemerdekaan. Hanya orang dihasut Iblis sahaja mengatakan penyatuan orang-orang Islam di bawah panji kebangsaan di sini merupakan assobiyyah. Sedangkan ia mempunyai perbezaan amat ketara dengan assobiyyah yang berlaku di zaman nabi dan assobiyyah kebangsaan Arab yang meruntuhkan empayar serta khilafah terakhir umat Islam dalam kurun ke 19.
Sampai begitu sekali pentingnya penyatuan umat di sini sehinggakan Allah mewujudkan satu ruang yang sempit sehingga memaksa semua umat Melayu Islam untuk hanya mempunyai satu pilihan untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai penentu serta pemilik negara ini. Dua jalan untuk menegakkan sistem Islam dan menukar artikel 4 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi seperti berikut :
Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.
(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
Kepada berikut :
Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.
(1) Al Qur’an ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas ini dan yang tidak selaras dengan al Qur’an adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
Untuk melakukannya ia memerlukan Islam duduk dan bersatu pada satu jemaah. Melalui jalan Resolusi, 2/3 sokongan dewan Rakyat diperlukan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan. Tanpa penyatuan jangan harap ia akan dapat dilakukan. Jika mahu melakukannya secara melepaskan batuk ditangga dengan bersekongkol dengan golongan kafir dengan membawa ia kepada cadangan sebutan di Parlimen tetapi dalam masa yang sama tahu rakan di dalam gerombolan mereka tidak akan menyetujui cadangan tersebut, jangan harap ia akan dapat ditegakkan. Perbuatan membawanya ke parlimen juga tidak lebih dari perbuatan supaya mereka tidak dilihat tidak mengotakan janji-janji mereka yang dilaungkan sejak puluhan tahun yang lampau.
Jika resolusi gagal, tentulah revolusi pula menjadi pilihan. Dengan keadaan umat Islam bergaduh sesama sendiri, jangan harap sebarang revolusi pemberontakan untuk memaksa negara menukar sistem akan berjaya. Perbuatan ini bukannya akan memperkasakan Islam, tetapi ia akan membawa kehancuran kepada umat Islam itu sendiri. Itu telah Allah janjiikan sepertimana di dalam hadis berikut:
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari ‘Amir bin Sa’ad seperti berikut :
Dari ‘Amir bin Sa’ad, dari bapanya r.a. katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu’awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, “Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya jangan dimusnahkan umatku dengan bencana tenggelam, permohonanku itu juga diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Begitu juga dengan hadis di bawah ini.
Dari Tsauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang Allah Ta’ala tunjukkan kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu umatku agar mereka tidak dibinasakan oleh kekuatan asing selain oleh diri mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancu luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku sudah memutuskan suatu putusan, maka putusan-Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain selain diri mereka sendiri sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan sebahagian (yang lain) dan mereka saling tawan menawan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jadi, kedua-kedua jalan iaitu melalui resolusi dan revolusi akan gagal tanpa penyatuan umat Islam. Cuma satu pilihan yang tinggal untuk umat Islam menukar negara ini kepada negara Islam dalam keadaan umatnya tidak bersatu dalam satu jemaah. Caranya ialah evolusi. Sebagai Muslim, kita harus sentiasa berusaha dengan gigih supaya Islam serta semua set undang-undang serta hukumnya kembali tertegak dimuka bumi negara kita ini. Semua pilihan yang ada harus dikaji dan diusahakan. Malang sekali sumber kekuatan utama iaitu perpaduan di dalam satu jemaah tidak kita miliki untuk segera memecutkan perubahan dengan lebih pantas. Lebih malang lagi apabila ada pihak yang suka menangguk di air keruh.
Jadi, dengan hanya sedikit pilihan yang tinggal, kita perlu terus bergerak di dalam pilihan yang ada. Adalah lebih baik membuat satu atau dua langkah kecil secara realitinya daripada 1,000 langkah di dalam mimpi yang tidak pernah dihayun. Evolusi ialah dengan cara kita memasukkan secara perlahan-lahan elemen-elemen Islam secara halus ke dalam pentadbiran serta hukum undang-undang negara. Yang pertama yang perlu dilakukan ialah dengan kerap bercakap, memberi peringatan serta menggerakkan keinginan serta kesedaran masyarakat Islam tentang peri pentingnya perkara ini.
Hanya apabila pemikiran majoriti rakyat berubah barulah orang yang memimpin mereka juga berubah. Rakyat yang zalim akan dipimpin oleh orang yang zalim. Rakyat yang bodoh akan dipimpin oleh pemerintah yang bodoh. Akar kepada pucuk di atas perlu diperbaiki jika mahukan pucuk itu sentiasa hijau muda.
Dengan evolusi juga kita boleh mengubah sistem di dalam diam tanpa perlu mana-mana golongan bukan Islam seperti DAP, MCA, PKR dan MIC perasan dengan perubahan yang berlaku. Kita perlu mengubah sedikit demi sedikit sistem pentadbiran dan hukum undang-undang di dalam negara dengan cara yang paling halus. Dalam situasi negara seperti Malaysia dengan golongan ultra kiasu yang sentiasa memusuhi apa sahaja yang boleh memberikan kelebihan kepada umat Islam, maka segalanya perlu dilakukan dengan cerdik, bijak, tersusun dan senyap. Hanya yang kurang cerdik akan berdegar-degar membuat bising dan berkompang-kompang dan bergendang-gendang mewar-warkan kepada seluruh sistem solar mengenai hasrat dan betapa layaknya mereka dan hanya mereka berupaya mengubah dan bakal mengubah sistem pemerintahan kepada sistem Islam.
Evolusi merupakan cara yang paling berkesan dalam situasi Muslim sangat berpecah belah. Yahudi menguasai Palestin juga melalui cara ini. Dengan senyap mereka bergerak membeli tanah-tanah milik Palestin. Mereka menguasai tanah-tanah di sana dengan sedikit demi sedikit dan perlahan demi perlahan. Mereka juga telah membina sistem sokongan secara senyap, membina kekuatan bala tentera serta kekuatan pasukan keselamatan bermula dari kilang-kilang senjata di bawah tanah dengan unit pertempuran yang dinamakan Haganah (Kebun). Mereka menyusup dan membuat hubungan antarabangsa dengan pemain-pemain utama yang mempunyai akses kepada Liga Bangsa dan negara-negara kuasa besar dunia. Lalu pada 1948, tertubuhlah negara binatang lagi haram Zionis di bumi Palestin.
Evolusi mengubah negara ini kepada sistem yang semakin hari semakin dekat kepada Islam ialah jalan yang tinggal dan boleh digunakan sementara menunggu kucing bertanduk sebelum umat Islam bersatu. Untuk mengubah sistem sosial serta masalah sosial seperti gejala murtad, zina, homoseksualiti, pecah amanah, rasuah dan segalanya, perkara yang pertama bagi sesebuah negara Islam perlu lakukan ialah dengan mewujudkan sistem kewangan yang tidak berasaskan riba sama sekali. Segalanya berpunca dari sistem ekonomi yang berasaskan riba. Bacalah al Qur’an dan semua sahabat akan tahu bahawa untuk memerangi semua gejala sosial di atas, sistem kewangan negara perlu diubah terlebih dahulu kepada sistem Islam. Ini kerana melalui sistem riba inilah baja kepada segala gerakan yang mahu menghancurkan umat Islam melalui pelbagai keadah hedonism mendapat kekuatan.
Tebanglah pohon riba terlebih dahulu, kemudian dalam masa yang sama kita terapkan satu persatu secara istiqamah yang meningkat elemen-elemen Islam ke dalam sistem tanpa perlu kita labelkannya Islami. Hanya parti politik hilang upaya akal memerlukan label untuk melonjakkan sokongan dan sebagainya. Kita, umat Islam yang praktikal, tahu bahawa antara label dan perbuatan, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar. Kita tidak perlukan label untuk bergerak. Niat dan usaha kita yang dipasangkan untuk mengubah negara ini menjadi negara Islam diketahui butir-butir jelasnya oleh Allah. Kita terus bergerak ketika orang lain sibuk bercakap. Kita harus terus bergerak membuat perubahan di dalam kapasiti keupayaan kita tanpa perlu kita memberitahu orang lain bahawa apa yang kita lakukan ini berlogo Islami atau pun tidak.
Jika kita ketua jabatan-jabatan di mana-mana pentadbiran persekutuan, kita boleh memperkenalkan serta menambah sedikit demi sedikit peraturan dan mengubah apa sahaja yang kelihatan tidak secocok dengan Islam supaya ia bertambah dekat dengan jalan yang diredhai Allah. Tidak perlu mewar-warkan apa yang cuba diubah atau dilakukan itu dilakukan atas nama Islam. Kita tahu dan Allah tahu bahawa memang itu yang diniatkan. Tetapi diselindungkan perlakuan tersebut dengan tanpa memberikannya label. Jika mahu dilabelkan juga, gunakanlah label seperti ‘mempertingkatkan kecekapan’ dan sebagainya sebagai usaha perubahan tersebut. Ini kerana Islam sentiasa sinonim dengan segala yang cekap dan berkesan.
Dari susuk undang-undang pula, jika kesalahan zina dahulu tidak dikenakan sebat, kini zina dikenakan sebat walaupun ia masih jauh dari jumlah yang ditetapkan di dalam an Nur ayat 2.
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(Surah An-Nur: 2)
Tapi tidak ramai Muslim yang mengaku diri mereka Muslim tahu bahawa hukuman seratus dera itu merupakan hukum Islam pada ketika ia disempurnakan pada ketika Islam semakin kuat dan kukuh penguasaannya di Madinah. Ramai yang tidak tahu hukuman awal yang dikenakan ke atas penzina ialah dikurung di dalam rumah sampai akhir hayat. Penzina dihukum kurung di dalam rumah sehingga Allah memberikan mereka jalan keluar melalui hukuman yang lebih ringan iaitu dengan seratus kali dera seperti di dalam An Nur ayat 2. Perhatikan ayat 15 hingga 16 surah an Nisa’ semasa Islam belum lagi kuat dan umatnya pada ketika itu masih di dalam pembentukan serta diperkasakan kekuatan jati diri mukmin di dalam diri mereka.
{15- Dan perempuan-perempuan yang melakukan perbuatan keji dari perempuan-perempuan kalian, hendaklah terhadap mereka ada empat saksi dari kalian (yang menyaksikannya). Apabila mereka telah bersaksi maka kurunglah perempuan-perempuan itu di dalam rumah sampai ajal menemui mereka atau sampai Allah memberi jalan (yang lain) kepadanya.
16- Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji diantara kalian maka berikanlah hukuman kepada mereka berdua. Jika keduanya bertaubat dan memperbaiki diri maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha menerima taubat dan Maha penyayang.}
Perlahan-lahan kita tingkatkan had hukuman rotan, sedikit demi sedikit sehingga ia menepati sepenuhnya apa yang telah ditegaskan di dalam al Qur’an. Kita harus menunggang isu-isu besar yang berlaku untuk menekankan keperluan meningkatkan bilangan sebatan rotan. Jika mahu berubah secara sekaligus, kita memerlukan kekuatan jemaah sepertimana yang telah disebutkan di awal penulisan. Ini adalah pilihan yang ada untuk kita terus bergerak. Dari tiada, kepada enam sebatan, dari enam sebatan kita gandakan dua belas, dari dua belas perlahan-lahan kita naikkan sehingga cukup bilangannya sepertimana diwajibkan di dalam al Qur’an.
Tetapi, untuk memastikan pilihan ketiga yang tinggal ini terus boleh kita jalankan iaitu melalui evolusi, kita semua perlu memberikan perhatian kepada ancaman yang boleh menyebabkan usaha evolusi negara Islam ini gagal sama sekali. Dalam apa jua keadaannya, perhatian yang penuh harus sentiasa diberikan kepada pergerakan serta usaha-usaha yang dilakukan serta tindakan-tindakan yang diambil oleh sekumpulan manusia yang saya labelkan sebagai tentera-tentera bagi gerakan dajjal.
Mereka ini ialah golongan aktivis ‘nasrani’ yang telah dibiayai serta digerakkan untuk memastikan negara ini kembali kepada penguasaan mereka sepertimana di zaman kita berada di bawah Portugis, Belanda dan Inggeris. Perhatikan bersama siapa mereka ini berkumpul dan menyatakan sokongan penuh. Perhatikan bersama siapa mereka-mereka berpaut dan berjuang. Tentera-tentera gerakan dajjal ini mempunyai keupayaan kewangan yang hebat. Jika keupayaan kewangan mereka tidak hebat, mana mungkin mereka dapat memberi segala kemewahan kepada boneka atau proksi perjuangan mereka untuk bermewah-mewahan. Walaupun dia mewar-warkan kepada dunia, gajinya hanya satu ringgit (lebih murah dari harga bangkai tikus di Terengganu), tetapi ia tidak menghalang proksi gerakan tentera dajjal ini untuk bermewah-mewah dalam hidup, memiliki kediaman mewah, berkereta mewah dan ke sana dan ke sini dalam gaya penuh kemewahan.
Tidaklah pelik apabila Dajjal itu sendiri digelar di dalam sebuah hadis sebagai salah satu dari dua al Masih. Hanya ada dua al Masih di dalam dunia. Yang pertama Isa a.s. yang merupakan nabi, rasul serta manusia pilihan Allah yang mulia yang akan kembali diakhir zaman. Manakala yang seorang lagi yang bakal muncul diakhir zaman ialah al Masih ud Dajjal. Terjemahan kitab Sahih Bukhari menyebut perkataan al Masih yang dirujuk kepada Dajjal itu membawa maksud ‘yang banyak berjalan’. Tidak hairanlah ke sana dan ke mari dia bergerak. Jika Dajjal itu al Masih (yang banyak berjalan) tentu sahaja proksinya juga akan banyak berjalan. Hari ini di bumi Malaysia, hari esok, dia di Paris, esok lusa dia ke London, Tulat dan seterusnya dia berkampung di Sabah untuk menghasut orang-orang Nasrani bangkit berjuang mengambilalih negeri mereka dari penguasaan orang Islam dengan menggunakan sentimen nama Allah dan sebagainya.
Dibangkitkannya juga sentimen berkenaan pendatang-pendatang Islam dari Filipina. Ia supaya jumlah penduduk Islam di negeri tersebut dipertikaikan dan memberi ruang kepada umat bukan Islam di Sabah untuk menuntut kuasa. Dia cuba menggagalkan evolusi menukar demografi negeri Sabah menjadi majoriti berpenduduk Islam. Dia tahu tentang semua ini. Tetapi proksi dajjal, tetap proksi dajjal. Dia digelarkan sahabat totoknya sebagi Imam Mahdi, penulisannya sendiri pernah mengakui dirinya sebagai nabi yang digambarkan di dalam sebuah hadis.
Aktivis-aktivis yang menguasi minda dan hala tuju proksi dajjal ini sentiasa bergerak aktif. Mereka sentiasa cuba menghadirkan diri mereka dalam pakej yang cuba digambarkan sebagai mesra Muslim dan Melayu. Mereka juga sentiasa cuba mendampingi tokoh-tokoh yang dipandang Muslim sebagai ‘tokoh agama suci’ supaya gerakan mereka mendapat cop halal dan legitimasi keluhuran perjuangan mereka terserlah kepada muslim yang jarang mahu menggunakan kekuatan akal fikiran.
Perhatikan dengan rapat dengan siapa mereka ini bercampur, berkumpul serta berjuang. Bahasa mereka ialah bahasa hak-hak asasi. Pakaian mereka ialah demokrasi pada bab-bab yang menyebelahi mereka sahaja. Kitab mereka ialah The Prince dari Machiavelli. Kiblat mereka ialah Putrajaya. Penyuci dosa mereka ialah manusia-manusia yang mengaku diri ‘pewaris nabi’.
Maka setelah dikenalpasti mereka-mereka ini, berhati-hatilah.
Mereka yang mendakwa diri mereka ‘ulama’ atau’pewaris nabi’ inilah merupakan manusia-manusia terawal bakal tertipu dengan dajjal dan proksinya ini, kita boleh ketahui siapa mereka melalui lisan, perlakuan, persekongkolan serta perbuatan mereka. Jika Allah dicemarkan namaNya yang mulia dan RasulNya sanggup mereka hinakan serta cerca demi menjaga hubungan serta hati dan perasaan musuh Allah, maka berhati-hatilah dengan golongan ini. Jangan benarkan mereka sempat memanjat punca kuasa. Kita telah melihat nasib Timor Timur dan kita telah melihat negara Sudan, apakah kita tidak mahu mengambil pelajaran dan berterusan degil tidak mahu menggunakan akal fikiran hatta untuk sekali dalam seumur hidup?
Berhati-hatilah dan sentiasa tetapkan di dalam ingatan supaya peka dengan pergerakan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan dimana aktivivis-aktivis Nasrani yang anti Islam (bukan semua) dan kumpulan non-Muslim yang anti kepada Islam berkumpul. Sentiasa pastikan setiap tindakan kita bakal memastikan mereka tidak sempat mendaki hatta satu pun anak tangga ke puncak kuasa. Tidak kiralah siapa pun yang menjadi tunggangan mereka. Yang penting bukanlah yang ditunggang, tetapi yang menunggang itulah yang bakal mendatangkan mara bahaya yang tidak mungkin dapat diperbaiki sehinggalah kemunculan kedua Isa a.s. membawa panji Islam nanti. Bukan susah pun untuk buat keputusan, buka mata, telinga dan mula berfikir dengan membuat perbandingan situasi semasa dengan Al Qur’an dan Sunnah. Manusia mungkin betul atau salah, tetapi dua sumber ini tetap benar sehingga Israfil meniupkan sangkakala. Wallahua'lam.
Nota kaki :
Untuk evolusi bendera negeri Sarawak, sila rujuk pautan berikut untuk variasi evolusi jenis-jenis bendera yang digunakan di Sarawak dari masa sebelum merdeka sehingga kini. http://www.fahnenversand.de/fotw/flags/my-sk870.html