Sunday, January 13, 2013

Ada Apa Dengan 112/121?

4

Bismillahir Rahmanir Raheem.

Sesuatu tarikh boleh ditulis dengan pelbagai cara. Jika 12 Januari, ada yang menulisnya sebagai 112 dan ada juga  menulisnya dengan 121. Angka ini muncul kembali. Ia muncul setelah terbenam beberapa tahun lepas. Lebih menarik lagi, ia sentiasa dekat dengan agenda Kristianisasi negara ini. Menariknya, jika dibaca tidak kira samada dalam bentuk 112 atau 121, ianya tetap mengorbit kepada satu perkara dengan bentuk tujuan yang sama iaitu simbolik kepada perjuangan gerakan Kristianisasi dalam negara.

Perhatikan perkara berikut :

Nombor 112 ialah bersamaan dengan YHVH Elohym dlm gemmatria Yahudi. YHVH Elohym ialah nama Tuhan yang disembah di dalam kitab Bible terutamanya di dalam teks Perjanjian Lama. Saya terbaca tentangnya di dalam blog Tuan A. Karim Omar.

12 Januari juga boleh ditulis dengan 121. Apabila ditulis di dalam bentuk begini, lantas calar perjuangan yang berkait kes Linna Joy satu ketika dulu kembali menggamit memori. 121 (1A) merupakan artikel di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memisahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan sivil. Artikel ini telah cuba dihapuskan sejak beberapa tahun dahulu melalui pelbagai kumpulan pendesak yang mana akhirnya berjaya menggunakan beberapa menteri kabinet untuk membawa satu memorandum kepada pemerintah yang kemudiannya dikaitkan dengan tuntutan-tuntutan IFC.

Usaha tersebut berjaya dipatahkan dengan tindakan pantas orang-orang Islam mendesak Perdana Menteri yang dilihat terlalu lemah dan hampir tunduk kepada semua desakan yang mengancam kedudukan Islam di Malaysia.  Kes Lina Joyy cuba dijadikan batu loncatan untuk membolehkan usaha-usaha ke arah memastikan artikel 121 (1A) dihapuskan sama sekali. Gerakan kristian sejak dari kes Lina Joy sentiasa melihat artikel 121 (1A) sebagai penghalang kepada percubaan murtad orang-orang Islam. Ia perlu dihapuskan. Menarik sekali apabila nombor ini muncul kembali minggu ini. Yangg lebih menarik pula apabila pemain-pemainnya hampir majoritinya orang yang sama di dalam gambar di bawah selepas mereka kecewa di dalam kes Lina Joy serta percubaan membuka floodgate murtadin gagal.




Sila ke pautan blog milik Tuan A. Karim Omar untuk penjelasan 112 di dalam Gematria Yahudi.





© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

shamsadis said...

terbaek bro....

satuhala said...

Shamsadis,
Ramai yg sebenarnya tidak tahu dan sedar signifikan penggunaan simbolism dlm agama Kristian.

Simbolism melibat nombor dan grafik seperti ikan, anak biri2, mentari terbit, tiga bulatan dan sebagainya.

Begitu juga nombor di mana 888 = Jesus dan nombor2 yg digunakan utk merujuk figura2 tertentu di dalam gematria Yahudi.

Satu kebiasaan bagi mereka di dalam melakukan apa sahaja, ia mesti mempunyai sesuatu yg dpt disimbolikkan supaya mudah diingati, dikenali dan disampaikan.

shamsadis said...

diaorang bukan kisah, yang penting matlamat menghalalkan cara...Putrajaya harus ditawan walau akidah umat menjadi taruhan...

satuhala said...

Shamsadis,
Situasi yg kita hadapi pada hari ini, telah diberitahukan kpd kita sejak 1400 tahun yg lampau.

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yg menjamin serta menguatkan lg kedudukan Islam dan umat Islam di mana sahaja terutama di bumi Malaysia ini. Ameen.