Oleh : Imran Haaz/M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem.. Selepas ini,
pihak berkuasa agama Islam negeri mungkin terpaksa mengadakan satu lagi jawatan
untuk pengurusan masjid. Pemain organ untuk lagu-lagu ketuhanan ala-ala lagu
gospel gereja mungkin diperlukan selepas ini. Fatwa-fatwa mengarut demi
pengaruh politik mula tersebar sepantas penyakit ebola bawaan udara.
Mereka kini tidak tahu beza antara masjid,
pentas konsert, perpustakaan dan studio rakaman. Hanya perlukan kopiah, sedikit
janggut dan wajah yang dibuat innocent,
ia sudah cukup Islami bagi minda yang terasuk serta dilemahkan oleh kryptonite
minda muslim. Kini, apa sahaja instrument muzik boleh dibawa masuk ke masjid
atas nama muzik Islami. Manusia ke masjid tidak lagi kerana menunggu dan rindu
kepada Allah, tetapi seronok dan sedap mendengar dendang seruling, petikan
ukulele dan sebagainya. Tiada akan ada banyak perbezaan antara masjid dengan
gereja dalam dekad-dekad akan datang. Bermula dengan menjinakkan masjid dengan
ukulele, selepas melihat tiada bantahan kerana telah difatwakan ahli kitab
muslim sebagai tidak apa atas nama ‘Muzik Islami’, akan dimasukkan pula selepas
ini set drum, kemudian bass, kemudian seruling, lepas itu tabla, kemudian
didgeridoo, kemudian rak amplifier 10 tingkat, kemudian pentas, kemudian set
penataan cahaya, kemudian penari latar, kemudian asap bagi menghidupkan suasana
konsert . Tidak cukup dengan itu, dimasukkan pula organ gereja dengan paip
bunyian setinggi kubah masjid. Organ ini tidak lengkap kalau pemain organnya
tidak bernama Igor.
Pak Haji-Pak Haji yang cuba lari dari
hiburan dengan memasuki kelab pencen di masjid untuk cuci tangan kini tidak
lagi boleh lari ke mana-mana. Mereka cuba cuci tangan dari hiburan,
tetapi hiburan kini mengejar mereka hingga ke dalam masjid.
Jika dulu Pak Haji Shamsudin melayan Iron
Maiden semasa muda. Ke mana sahaja Shamsudin pergi masa mudanya, semua
kawan-kawannya tahu dia seorang headbanger.
Pening headbanging semasa konsert di
zaman muda bukanlah satu masalah
baginya. Leher keras seolah silap bantal pada keesokan pagi yang dirasakan
semasa cuba
menggosok gigi bukanlah satu masalah kepadanya. Tetapi apabila usia meningkat
dan band-band rock digantikan oleh boy band yang kekurangan hormone
testosterone, Shamsudin sudah tidak mempunyai premis melepaskan kegianannya
untuk headbanging. Bagaimana mungkin
dia rock dengan Justin Bieber?
Sebaik pencen, Shamsudin pergi ke Mekah.
Tunaikan haji dan pulang dengan serban. Bila ditanya sahabat handai, kenapa
berserban. Itu sunnah jawabnya. Lagipun dengan berserban, malulah sikit dia
nanti jika mahu melakukan perlakuan sumbang. Shamsudin mula ke masjid.
Berjinak-jinak dengan ilmu agama. Enak menikmati hidayah, Shamsudin pulang ke
rumah. Dibungkusnya semua LP, Katrij, Kaset, CD dan MD band heavy metal
miliknya dan terus dicampakkan ke longkang. Dia mahu cuci tangan. Dia mahu cari
ketenangan. Kubur pantas memanggil katanya.
Keesokan harinya, dia ke masjid selepas
maghrib, tiba-tiba terlihat padanya set dan deck
amplifier Marshall disusun bertingkat. Sejak bila masjid ini azan guna
amplifier Marshall? Tidak cukup dengan set amplifier, Pak Haji Shamsudin
ternampak sebaris gadjet effect
diletakkan di hadapan. Wah.. advance bilal
masjid ini, patutlah suara azan mendayu-dayu macam desiran ombak di tepi
pantai. Guna Effect Flanger rupanya. Pak Haji Shamsudin tiba-tiba terkaget. Dia
terlihat suatu objek yang sangat dikenalinya satu ketika dulu.
Dag, Dig, Dug.. Dag, Dig, Dug di dalam dada Shamsudin. Dia kenal gitar
tersebut. Fender Telecaster. Adrian Smiths selalu gunakannya. Tiba-tiba
pemikirannya melompat jauh ke zaman remajanya. Ketika jemaah lain tercangak
melihat kelibat gitar dikukus, grill, panggang, kukus, grill, panggang di dalam masjid, Pak Haji
Shamsudin tiba-tiba bagaikan dirasuk, dia bangun melompat ke depan dan lantas
merampas mikrofon di bilik bilal. Suis dipetik, Pak Haji Shamsudin lantas
meluru ke depan dan melompat ke tengah jemaah masjid yang dari tadi keliru dan
tercangak melihat kejadian di depan mata.
“Hell Yeahhhhhhh!!!!!” jerit Pak Haji
Shamsudin yang sudah dirasuk puaka yang pernah merasuknya ketika berumur 24
tahun. Dari headbanger Pak Haji
Shamsudin bertukar menjadi Serbanger.
Serban + Headbanger = Serbanger . Seumur
hidupnya dia tidak pernah menjangkakan yang di masjid juga ada heavy metal.
Jika tahu, sejak dia muda lagi tentulah dia
ke masjid untuk berhibur sakan. Tak perlu tiket. Hanya sekadar menjeling kepada
tabung beroda yang ditolak dari dari satu jemaah ke satu jemaah lain tanpa
perlu menghulurkan apa-apa. Cuma berpura-pura berzikir, terlelap dan berdoa,
maka pantaslah tabung itu meninggalkan posisi dihadapannya.
Hanya jika Michael Schumacher tahu betapa
pantasnya tabung beroda ini bergerak di dalam masjid tanpa perlu berkali-kali
singgah di pit stop untuk mengisi
bahan, tentu sahaja Michael Schumacher dapat menikmati title kejuaraannya kembali dengan menunggang tabung masjid ini.
Manusia fitrahnya sukakan hiburan, tetapi
perlulah berpada-pada, tahu dimana letaknya keutamaan serta di mana tempat yang
sesuai untuk hiburan itu boleh dinikmati atau dijalankan. Islam itu luas,
tetapi ada sempadannya. Kisah Pak haji Shamsudin itu hanya sebuah kisah
mengarut yang cuba disampaikan kerana melihatkan kecenderungan sesetengah pihak
membawa hiburan atas tiket ‘Islami’ ke dalam rumah-rumah Allah. Mengajak
anak muda ke masjid bukanlah dengan cara sedemikian rupa. Ada banyak lagi cara yang lebih noble dan tidak menghinakan remaja
dengan stereotaipkan mereka sebagai hamba kepada hiburan. Anak-anak muda
sekarang ramai yang bijak dan juga mempunyai keinginan yang kuat kepada ilmu
pengetahuan serta rajin bertanya. Kenapa harus semuanya disalutgulakan (sugar coating) seolah mereka ini junkie hiburan yang tidak mahu bergerak
kecuali mempunyai bahan dorongan? Jika inilah keadaannya manusia yang mengambil
tanggungjawab memimpin serta menetapkan trajektori ummah, jangan terkejut jika
di dalam dekad-dekad mendatang, apa yang telah merosakkan agama Nasrani akan
memenuhi masjid-masjid Allah. Manusia bertumpu mencari hiburan dan bukan
mengubat kerinduan kepada Allah. Tidak semua perkara boleh di bawa masuk ke
semua tempat. Bukan niat untuk menyekat keluasan fungsi masjid, tetapi
memelihara masjid dari menuju nasib yang menimpa umat-umat dari kalangan ahli
kitab terdahulu. Boleh sahaja dibincangkan tentang sejarah muzik, dan segala
yang ilmiah tentang muzik di dalam lokasi premis masjid. Tetapi 'merebus' gitar
di dalam masjid itu sangat janggal dan membuka ruang dan jalan kepada perlakuan
yang hampir sama dengan apa yang telah dilakukan ahli kitab kepada tempat-tempat
yang satu ketika dahulu menjadi rumah Allah di dalam agama mereka.
Seperti buku, ia sesuatu yang baik, boleh
di baca di mana-mana sahaja kecuali semasa membuang air. Setiap satu benda dan
perkara ada tempat yang bersesuaian dan tidak bersesuaian dengannya. Islam itu
luas tetapi ada sempadannya. Cuba
masuk Perpustakaan Negara dan mainkan gendang sepenuh perasaan, apakah perkara
tersebut dapat dibenarkan berlaku di dalam tempat seumpama itu? Cukup-cukuplah
dengan label islami.
Muzik Islami, Hijab Islami, Kopi Islami,
Parti Politik Islami, Dangdut Islami, Disko Islami, Alompak Agogo Islami, Kemban
Islami, Selipar Islami, Air Botol Islami, Filem Islami, Novel
Islami, Berus Gigi Islami, Tandas Islami, Gelek Islami, Bedak Islami, Bengkung
Islami, Headbanging Islami, Rokok Islami, Beer Islami, Bak Kut Teh Islami dan
segala macam Islami lagi sehingga kita tidak terasa kita ini Islam jika tidak
mengikut trend pemikiran yang cuba dipaksakan ke atas kita ini.
Habis dilacurkan Islam atas keinginan nafsu
berpunca dari tembolok boyot yang tidak dapat dibendung kembangnya.
Kita menuju lubang biawak kerana ada ahli
kitab di kalangan kita. Mereka dijangkiti wahan. Wahan mereka hanya terubat
bilamana tembolok mereka penuh memboyot. Kiblat mereka lelaki melayu bertengkolok
pada kertas polimer pelbagai warna. Kiblat mereka tampuk kuasa di Putrajaya.
Kiblat mereka kereta mereka berlambang kuda hitam menari gagah. Kiblat mereka
pengaruh dan betapa ramainya pengikut di media-media sosial. Jika tidak kisah
untuk menurut mereka ke lubang biawak, teruskan buat-buat tidak faham dan tidak
peduli dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Jika saya mempunyai seribu
tangan, tentu saya telah menjentik suis kesedaran setiap seorang dari mereka ini supaya cepat
sedar dari mamai yang terlalu panjang.
Persoalannya, apa pula selepas ini yang
akan dibawa masuk ke masjid? Gajah Sarkas? Na’uzubillahi Min Dzaalik..
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda