Saturday, October 6, 2012

Hak Asasi Manusia Ala Amerika

5
Oleh : M.I.A.\Imran Haaz

Entah kenapa, ada di kalangan orang kita yang sentiasa menggunakan USA sebagai Kiblat yang dikagumi secara membuta tuli. US negara kapitalis melampau yang teramat suka mengajar negara-negara lain di dunia berkenaan hak asasi manusia, tetapi hak asasi rakyat sendiri untuk mendapatkan perlindungan dan keselamatan kediaman, dinafikan hanya kerana gagal membayar insurans perlindungan kebakaran bernilai USD 75. Ketika Amerika sibuk menghantar demokrasi dan kebebasan bersuara ke negara-negara luar dengan pesawat-pesawat pengebom miliknya, rumah rakyatnya sendiri terbakar hanya kerana mereka bersuara tidak mahu tertindas dengan bayaran insurans perlindungan kebakaran. Biarlah tidak mempunyai hak bersuara total seperti mereka, sekurang-kurangnya di sini, kereta bomba tetap sampai setelah dipanggil. Cuma soal lambat dan cepatnya kereta bomba itu sampai merupakan persoalan subjektif yang bergantung kepada banyak faktor. Yang nyata, apabila rakyat negara ini 'bersuara' meminta bantuan untuk memadamkan kebakaran rumah sendiri, sekurang-kurangnya kereta bomba itu sampai untuk menjalankan tugasnya untuk menyelamatkan harta benda serta nyawa rakyat negara ini. 


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

5 comments:

nzmy dzul said...

Salam tuan imran,

hari ini sedang saya blogwalking, saya terperasan satu blog ini, nama blog yg sgt mengejutkan..

http://kaabahituberhala.blogspot.com/

saya mula tertanya2, apa yang cuba disampaikan dlm blog ini lalu saya melihat isu-isu yg diterbitkan berada diluar ruang lingkup pengetahuan saya.

Tuan Imran, jika Tuan punyai masa lapang, bacalah blog ini.

kata-kata yang paling buat saya beristifar panjang,
"orang-orang pekak dan yang tuli pun boleh lihat dengan jelas batu-batu yang gunakan di setiap amalan ibadat Haji. Mengeliling batu, sembah batu, menciup batu, mengutip batu, membaling batu ke arah batu, berlari antara dua batu, berdiri atas batu."

semoga Tuan dan seluruh isi keluarga Tuan dibawah perlindungan Allah SWT... Amin..

...Juwita Maya... said...

haah saya dah baca blog tu...meremang kot baca ayat2nya...rasanya yg tulis tu bukan islam kot..ataupun org islam yang ateis..wallahualam..

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Nzmy,
Saya dah baca blog tersebut.. biasanya blog sedemikian ditulis dan diupah penulisnya oleh gerakan evangelis.. mereka menyamar sebagai muslim dan mungkin juga mengupah manusia bernama muslim yg tidak lagi berpegang kepada agama..

Saya pernah menjelaskan tentang pertuduhan bahawa org Islam menyembah batu kaabah di dalam novel Syahadah Gadis Ateis.. malah di dalam salah satu dialog/debat saya dengan beberapa org Kristian di youtube juga saya pernah menerangkan tentang pertuduhan tersebut kepada mereka .. ia boleh di capai di bawah :

http://www.youtube.com/all_comments?v=ONsZ57xDbsI&page=3

malang sekali dalam pautan di atas, komen2 yg dimuatkan oleh flaneldez telah tidak lg wujud.. ini kerana akaunnya telah ditutup.. meninggalkan komen saya menjawab tanpa soalannya kekal.. tetapi, screenshot debat tersebut ada di dalam laptop lama saya yg rosak.. nanti saya carikan kembali supaya boleh dikongsi di sini bahagian2 yg tidak diterbutkan di dalam blog..

secara asasnya pada ketika itu, flaneldez menghina org Islam sebagai penyembah batu kerana menghadap ke kaabah, lalu saya menjawabnya bahawa muslim menghadap ke sana bukanlah kerana ingin menyembah kaabah tersebut, tetapi menurut kepada perintah Allah yang mengarahkan muslim menghadap ke sana.

kemudian saya menjelaskan jika bagunan kaabah itu hilang dan hancur sekalipun muslim tetap akan menhadap ke sana. Lalu Flaneldez menghina pula dengan mengatakan belum pernah ada satu agama yg menyembah lokasi.

Saya menjelaskan kembali kepadanya, bahawa sekiran bumi Mekah itu sendiri berlubang dan bumi menjadi lohong di kawasan tersebut, muslim tetap akan menghadap ke sana kerana Allah memerintah kita menghadap ke sana, bukan kerana Kaabah berada di situ dan bukan kerana lokasi negeri Mekah, tetapi perintah Allah menyuruh manusia menghadap ke sana yg kita turuti.

Malah di dalam Syahadah GAdis Ateis, saya menjelaskan bahawa kiblat pertama umat Islam bukan Mekah tetapi Baitulmaqdis. Jd. bukan batuan di Mekah dan lokasi bumi Mekah itu yang menjadi sembahan, tetapi Muslim menyembah Allah dengan menuruti setiap perintah Allah. Ke mana sahaja yg Allah suruh kita menghadap, ke sanalah kita akan turuti. Jika sempat, sya jelaskan dgn lebih panjang di dalam blog nanti. TQ atas keprihatinan Nzmy.

semoga Nzmy dan seluruh isi keluarga dan semua muslimin muslimat sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT... Amin..

satuhala said...

betul Juwita,
Mungkin ditulis oleh non-Muslim atau seorang ateis.. biasanya blog2 sebegini ada tangan lain yg support dr belakang..

Anonymous said...

Macam golongan anti hadis pun ada..