Friday, May 4, 2012

Panglima Tonney & Reban Ayam Terbang

9

Pada 2009, ketika saya menulis 'Berdagang Punggung di awan Merah', Allahyarham Azizi Abdullah menghubungi saya untuk menggunakan penulisan tersebut di dalam Utusan Pengguna. Saya membenarkannya. Ia bagi tujuan memberi kesedaran bagaimana pramugari-pramugari syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia dilayan seperti objek seks.

2012, syarikat penerbangan yang sama masih lagi 'melacurkan' pramugari-pramugari mereka dengan iklan online mereka dengan cadangan-cadangan seksual yang jelas. Perhatikan headline yang digunakan iklan-iklan serta promosi mereka baru-baru ini seperti  “New girl has finally arrived, she's twice the fun and half the price”, “Coffee, teaor me?”  dan “Now taking reservations. The seat, not the girl.”



Semuanya seolah-olah mencadangkan syarikat tersebut tidak hanya menawarkan tambang penerbangan murah, malah maruah staf-staf wanitanya juga semurah tawaran tiket yang diberikan. 

Persoalannya, ke mana perginya pejuang-pejuang hak asasi wanita yang selalu bising-bising di dalam khayal mereka berkenaan dunia penindasan ke atas wanita Islam dan segala peraturan Islam selama ini? Kenapa berterusan memilih untuk menjadi selektif pekak, bisu dan buta? Kita tahu siapa mereka dan motif utama dalam perjuangan mereka. Cuma mereka boleh menipu sekumpulan manusia tetapi tidak semua manusia boleh ditipu mereka.

Apa pula kata kementerian-kementerian berkenaan? Apakah penyakit pekak, bisu dan buta gerakan feminisme Malaysia juga telah berjangkit kepada mereka? Sampai bila mahu membiarkan Tonney sesuka hati memijak maruah pekerja-pekerja wanita syarikatnya? Siss dan Biga... Bila mahu duduk, bantah dan bersihkan Tonney di Dataran Merdeka?


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

9 comments:

adeq said...

salam ad fb?

satuhala said...

W'kmsalam Adeq,
FB badge ada kt tepi blog.. TQ

rizal hass said...

lawak gilaaaaaaaaaaaaaa tajuk...lovl

satuhala said...

Rizal Hass,
harap tajuk tu sampai ke pengetahuan tonney. Persoalannya..sampai bila kita mahu biar panglima boroi itu melacurkan pekerja2nya?

shamsadis said...

duit mengaburi segalanya

satuhala said...

Shamsadis,
Betul tu.. Sebenarnya mereka telah diprogramkan untuk melihat perkara kecil sebagai besar dan perkara besar sbg kecil.. itu antara punca ramai yg tak sedar mrk sedang ditipu//

...Juwita Maya... said...

Saya ada mengikuti beberapa usrah dan kami sebagai wanita sebenarnya amat sedih dengan penindasan sebegini. Seperti contohnya, yang diperbicangkan bersama Dr Harlina Siraj, terpampang sebesar2 alam iklan cat yang memaparkan sebahagian tubuh wanita di tepi jalan. Apa kene mengena cat dengan wanita?? entahlah.. tapi kadang2 geram juga sebab kelihatannya wanita itu rela..hmph...wallahualam...

satuhala said...

Juwita,
Itu masalahnya. Wanita sendiri yg benarkan diri mrk dieksploitasi krn tertipu dan mahu kejar glamour, wang dan perhatian. Sama seperti iklan minyak enjin motorsikal dalam sebuah bengkel, apa kena mengena perempuan seksi tersebut dgn prestasi keupayaan jentera beroda dua tersebut? Lebih malang lagi bila NGo2 yg berpura2 mmperjuangkan hak asasi wanita, kewujudan mrk di bumi ini tidak lebih dari menjadi puppet kpd gerakan yg mahu wanita secara berterus-terusan ditindas dan dieksploitasi sebegini.

Amin007.Ledang said...

Kempen seperti itu tak "salah"
sebab banyak untung maa.