Oleh : Imran Haaz
Bismillahir Rahmanir
Raheem....
Modus Operandi
Melalui pemerhatian
semenjak itu, saya mendapati jika pihak-pihak yang menyertai jemaah gerakan
dajjal ini, jika mereka tidak memulakan isu, mereka akan mengambil kesempatan
di atas kes-kes yang sedang muncul di dalam negara. Melalui NGO-NGO yang dinamakan
dengan nama Islam dan dianggotai oleh orang-orang yang bernama Islam mereka
akan memulakan ‘sepak mula’ agenda tersebut.
Sebaik ‘sepak mula’ dilakukan, maka jentera-jentera
mereka akan mula memainkan peranan. Mereka akan memulakan dengan kemunculan surat-surat
menyokong perjuangan mereka di dalam akhbar-akhbar yang bersekongkol dengan menggunakan penulis-penulis
dengan nama-nama Islam bagi menunjukkan bahawa ‘majoriti muslim dengan pemikiran terbuka dan moden’
berada dipihak mereka. Kemudian suara pengarang akhbar-akhbar yang mungkin
bersekongkol dengan gerakan tersebut akan menggunakan ruangan pengarang di
dalam akhbar kendalian mereka untuk membawa isu ini kepada peringkat satu lagi.
Di dalam masa yang sama sebelum dan selepas dari itu, seorang dua wartawan
mereka akan mula memainkan isu ini di dalam beberapa konteks yang secara
umumnya berkisar kepada masyarakat yang seharusnya berfikiran terbuka moden
serta menghormati hak asasi golongan tersebut.
Perjuangan Gerakan Ini Perlu Dilihat Sah Dari Segi
Undang-Undang
Sebaik permainan peringkat
pertama ini dimainkan, mereka menunggu reaksi yang telah mereka idam-idamkan.
Mereka mahu muslim memberikan reaksi dalam bentuk hujah agama supaya agama
Islam dapat diburukkan sebagai sebuah agama yang jumud dan tertutup serta
‘anti-hak asasi manusia’, menyekat penganut-penganutnya dari menjadi bebas
seperti haiwan dan sebagainya. Pendek kata, mereka telah bersedia untuk merejam
bola tanggung yang ditunggu-tunggu memakan umpan. Pemerhatian yang dilakukan
inilah yang membuatkan saya mula faham dengan apa yang dimaksudkan Rasulullah
s.a.w. di dalam hadis sebagaimana yang dipetik berikut:
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a., dari Rasulullah s.a.w.,
bahawasanya beliau melarang membawa mashaf al Qur’an ke daerah musuh, kerana
beliau khuatir kalau nanti diambil musuh (lalu dirosakkan mereka keagungan dan
kesuciannya). (Hadis Riwayat Muslim, 1831).
Kemudian, di dalam
peringkat yang seterusnya akan muncullah kenyataan dari sekumpulan peguam atau
marjlisnya sendiri akan memberi reaksi dengan mengeluarkan hujah-hujah
perundangan yang menyokong tindakan mereka serta mendiamkan artikel-artikel
perundangan yang tidak memihak kepada mereka. Mereka tanpa malu dan segan
membuat hingar mengenai hak-hak perundangan yang dipesongkan maksudnya bagi
tujuan mendukung gerakan mereka dan mereka akan mendiamkan segala bentuk
undang-undang yang meletakkan mereka sebagai kumpulan yang berada dipihak yang
salah. Jadi, fungsi dan peranan jemaah dari majelis ini adalah untuk memberikan
legitimasi bersifat maya kepada persepsi masyarakat bahawa apa yang cuba
diperjuangkan mereka ini sah dari segi perundangan negara. Mereka tahu bahawa
majoriti orang-orang yang bernama Islam itu pemalas dan hanya gemar disuap
dengan maklumat tanpa mereka mahu mengambil tahu dan peduli tentang fakta serta
apa sahaja hujah yang dibawakan kehadapan mereka. Mereka bijak bermain
permainan persepsi kerana mereka tahu bahawa umat Islam telah lama berjaya
diprogramkan untuk memproses maklumat tertentu bersandarkan input-input yang
telah mereka tahu membawa tafsiran-tafsiran tertentu di dalam minda umat Islam
terutamanya yang berbangsa Melayu.
Gerakan Ini Memerlukan Cop Halal
Peringkat seterusnya
merupakan peringkat di mana NGO-NGO serta badan-badan yang selama ini telah dipromosikan
sebagai pelindung dan penjaga hak asasi manusia serta kebebasan akhbar dan
kebebasan bersuara yang telah diwujudkan di negara ini akan mula bersuara
menegur dan memberikan pendapat. Badan-badan ini kemudiannya akan bersuara bagi
memberi legitimasi kepada agenda yang sedang dimainkan gerakan ini.
Jika JAKIM merupakan badan
yang bertanggungjawab memberikan pengiktirafan halal kepada industri penyediaan
makanan di Malaysia ini, maka badan-badan serta NGO-NGO yang sejak dari awal
kewujudannya dipromosikan sebagai pelindung serta penjaga hak asasi manusia
bagi rakyat Malaysia ini, akan mula bersuara dan memberi kenyataan yang berupa
pengiktirafan betapa halalnya agenda gerakan tersebut dan betapa mulianya
tujuan perjuangan mereka. Sebaik, badan-badan hak asasi ini diarahkan untuk
bersuara, maka kini gerakan dajjal ini sudah mula mendapat mangkin atau catalyst bagi membawa isu ini ke
peringkat-peringkat yang seterusnya. Intipati kepada apa yang mereka
perjuangkan ini kini mendapat COP HALAL melalui penglibatan suara badan-badan
serta NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Mungkin ramai
yang tidak tahu bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 diwujudkan
artikel-artikel di dalamnya bagi tujuan memastikan zionis dapat mewujudkan
sebuah negara haram Israel. Di bawah Liga Bangsa sebelum negara haram Israel
diwujudkan, keperluan perlindungan imigran yahudi perlu diperkemaskan serta
dihormati diperingkat antarabangsa. Hasilnya ialah Deklarasi Hak Asasi Manusia
1948 diwujudkan. Itu tidak pernah bermaksud untuk mempertahankan hak asasi
manusia lain kecuali yahudi yang mahu masuk ke Palestin dan menetap secara
haram di sana.
Bagi yang memerhati, mereka
tahu bahawa badan-badan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia di
Malaysia ini hanyalah sebagai agensi pemberi COP HALAL kepada segala
perancangan yang akan dilaksanakan satu persatu sehingga sebuah pemerintahan
yang dikuasai sepenuhnya pihak yang bakal dijadikan proksi kepada gerakan
dajjal. COP HALAL ini penting bagi menarik minat muslim-muslim berfikiran
liberal dan tidak mempunyai asas agama yang kuat. Ia juga bagi tujuan menarik
minat, respons serta sokongan dari pihak-pihak bukan Islam untuk turut
menyokong usaha yang dilakukan mereka ini.
Melalui pemerhatian, kita
mengetahui bahawa badan-badan ini juga sama sikapnya dengan sebuah badan peguam.
Mereka mengetengahkan artikel-artikel hak asasi yang dapat memberikan sokongan
kepada apa yang mereka perjuangkan tetapi mendiamkan artikel hak asasi yang
tidak menyebelahi mereka. Saya pernah bertukar dialog dengan seorang timbalan
pengarang sebuah akhbar berbahasa Inggeris apabila timbul isu persembahan Beyonce.
Di dalam dialog tersebut saya menegaskan bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia
1948, walaupun direka untuk memberikan hak kepada imigran Yahudi untuk
membentuk negara haram Zionis, ia kini diimani oleh sejumlah besar pertubuhan
boneka hak asasi manusia diserata dunia sebagai sebuah kitab utama yang akan
dinyanyikan seperti sebuah chorus line.
Jika mereka mahu berhujah bersandarkan deklarasi yang dianggap sebagai Kadesh Hakodeshim a kedua
selepas tabut yang menempatkan Taurat, kita juga tiada masalah untuk berhujah
bersandarkan apa yang diimani mereka. Tetapi janganlah mereka mengambil sikap
berpegang dengan satu artikel yang menyokong mereka tetapi menyembunyikan
artikel deklarasi Hak asasi manusia yang tidak menyebelahi mereka.
Penghalalan gerakan
seumpama ini tidak terhad kepada sokongan yang ditunjukkan oleh NGO-NGO serta
badan-badan yang sudah sedia di tanam di laman demokrasi negara ini. Modus
Operandi gerakan ini juga bijak serta rakus menunggang apa jua sentimen, perkara
serta kawasan yang sentiasa ditafsirkan sebagai kudus pada pemikiran rakyat
yang majoritinya orang-orang Islam.
Bagi memberikan legitimasi
betapa halalnya gerakan ini, maka mereka akan dengan segera bertenggek bagaikan
dedalu menumpangi dahan-dahan subur untuk mendapatkan manfaat persepsi kudus
dan suci. Satu kebiasaan yang sudah diperlihatkan beberapa kali apabila lokasi
tanah suci Mekah, Madinah, Masjidil Aqsa, perjuangan pembebasan Palestin,
imej-imej ulama’ besar dan sebagainya dipergunakan serta disalahgunakan bagi
tujuan mewar-warkan setiap apa yang diperjuangkan mereka itu halal dan berakar
dari sisi perjuangan Islam yang tulin.
Tanpa segan dan rasa malu
kepada Allah yang Maha Melihat, mereka menggunakan segala bentuk perkara
sepertimana yang disebutkan sebelum ini bagi tujuan menonjolkan diri mereka
serta perjuangan mereka amat suci lagi halal untuk diikuti oleh orang-orang
Islam yang lain.
Ini kerana gerakan bejat yang mahu digerakkan itu memerlukan kekuatan
bilangan yang menyokongnya. Sangat jelas, mereka memerlukan sokongan
orang-orang Islam yang telah lama diprogramkan minda mereka supaya sentiasa
berfikir secara minimum supaya gerakan massa yang diterjuni golongan ini akan
membentuk satu pukulan seumpama ombak gadang yang diinginkan.
Gerakan Ini Memerlukan Sokongan Orang-Orang Islam
Agenda perjuangan mereka
tidak lengkap selagi mereka tidak mendapat sokongan dari umat Islam itu
sendiri. Bagi tujuan ini, gerakan dajjal ini telah melakukan satu usaha yang
panjang bermula dari zaman pertengahan bagi membentuk satu bentuk sistem
pemikiran yang tertanam kukuh di dalam minda orang-orang Islam. Ia dilakukan
supaya orang-orang Islam berfikir di dalam satu bentuk gaya fikir yang seragam.
Gaya fikir yang membuat kesimpulan sama dan diimani dengan kukuh bersandarkan
input-input yang dilihat, didengari serta dirasakan indera yang lima.
Kerana itulah saya dengan
sengaja meletakkan watak seorang pemuda berpakaian ranggi dan tidak berbentuk
ulama’ berpenampilan tipikal bagi tujuan memprogram semula minda bawah sedar
khalayak sasaran yang membaca tulisan di dalam bentuk novel dengan tajuk
Syahadah Gadis Ateis. Segalanya dilakukan dengan perancangan dan bukan
suka-suka. Segalanya dilakukan dengan tujuan memprogramkan semula minda
pembaca-pembaca penulisan tersebut. Ulama’ harus berpakaian sebagaimana
Rasulullah berpakaian ketika berdakwah serta menyampaikan risalah kepada
umatnya. Berpakaian seperti Rasulullah untuk tujuan berdakwah bukanlah dengan
maksud mengenakan serban serta jubah, tetapi memakai pakaian yang tiada beza
yang jauh dari subjek yang menjadi sasaran dakwah mereka selagi pakaian mereka
mematuhi syariat dan tidak melanggar ketetapan dan batas-batas yang telah
ditetapkan Allah s.w.t.
Kebanyakan usaha dakwah
kita tersasar serta tidak membuahkan hasil kerana sunnah berdakwah yang
ditekankan Allah melalui kisah-kisah para nabi dan rasul di dalam al Qur’an
tidak kita amalkan dengan penuh yakin dan dilakukan dengan penuh istiqamah.
Rasulullah tidak mempunyai jubah kenabian. Rasulullah juga tidak mempunyai
pakaian khas yang membezakan diri baginda dengan umat yang cuba didekati
baginda. Pakaian Rasulullah s.a.w. tidak membezakan diri baginda secara ketara
dengan subjek yang hendak didekatinya.
Daripada Abu
Sa’id Al-Khudri r.a. berkat : Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu
akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan
Nasrani yang kau maksudkan?”. Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan
mereka”. (Hadis Riwayat Muslim)
Sesuatu yang semakin
merisaukan berlaku kini. Apabila muslimah kita yang berniat baik mahu menutup
aurat, mula tertipu dengan tawaran fesyen yang mendekatkan diri mereka dengan
cara bagaimana rahib-rahib wanita Nasrani mengenakan tudung mereka dan
gaya-gaya fesyen yang diceduk dari budaya bukan Islam yang berasal dar Afrika.
Lebih parah apabila orang-orang agama sendiri tertipu dengan rasa ekslusiviti
pemakaian jubah yang semakin hari semakin mendekatkan diri dengan gaya
paderi-paderi nasrani.Persoalannya, kenapa golongan yang mendakwa diri mereka
pewaris nabi mahu membezakan diri mereka dengan khalayak yang harus didekati
dan didakwahi? Percayalah, kita sedang menuju ke lubang biawak. Dari perlakuan
serta sikap kita terhadap arahan serta perintah Allah di dalam al Qur’an
sehinggalah kepada cara bagaimanan kita berpakaian. Menilai situasi ini,
dapatlah disimpulkan destinasi kita kini cuma satu, ke lubang biawak. Kita
sedang melangkah dengan deras meniru segala perbuatan kaum yang dimurkai
sepertimana yang disebut di dalam surah al Fatihah. Kita mengikut jejak mereka
me‛rabbi’kan ulama’ dan mula
berpegang kepada ‛talmud’ tulisan-tulisan tangan sang manusia dan
mengkesampingkan ayat-ayat sebenar Allah di dalam al Qur’an serta sunnah yang
ditinggalkan Rasulullah. Lihat sahaja disekeliling kita. Perhatikan bagaimana
mereka-mereka yang mengaku diri mereka sebagi pewaris nabi kini gemar
menjadikan diri mereka terlalu ekslusif dan mula membezakan diri mereka dari
masyarakat yang harus didekati mereka. Pakaian mereka kini semakin mencontohi
pakaian yang dipakai para rabbi dan paderi. Apa masalah mereka ini?
Apakah yang terlintas di
dalam mata fikir mereka sehinggakan tergamak mereka melakukan pembezaan serta
menjadikan diri mereka termasuk di dalam sebuah kelompok ekslusif. Ia seolah
mencadangkan kepada getus hati khalayak ramai bahawa khalayak yang ramai itu
asing dan terasing dari jalan menuju syurga yang sedang ditempuh mereka? Benar
mereka melakukannya kerana niat mengikut sunnah. Tetapi kenapa hanya menumpukan
kepada sunnah yang zahir tetapi tidak kepada pengisian yang cuba disampaikan
Rasulullah s.a.w.? Para sahabat mendekati Rasulullah pada ketika mereka masih
belum lagi Islam kerana mereka percaya kepada perwatakan baik Rasulullah serta
kemuliaan sifat yang jelas diketahui ada pada diri baginda. Baginda tidak
menukar cara berpakaian baginda untuk membezakan diri baginda sebagai nabi dan
rasul, tetapi dengan pakaian yang sama dengan apa yang dipakai oleh khalayak
yang kemudiannya menjadi para sahabat baginda. Yang baginda s.a.w. sedaya upaya
sedaya upaya sarankan ialah umat Islam harus berbeza dalam cara berpakaian supaya
perbezaan di antara orang-orang Islam dengan golongan ahli kitab dan
orang-orang musyrik dapat dibezakan.
Cukup dengan berpakaian
menepati syariat.Pakaian baginda sama dengan apa yang dipakai oleh umat baginda
ketika itu. Itu antara sebab baginda sangat mudah didekati kerana para sahabat
yang mulia dapat merasakan dengan dekat satu perasaan sense of belongings. Percayalah, jika kita tidak mahu mengikuti
sunnah sebagaimana ianya ditunjukkan oleh Allah s.w.t. melalui kisah para
anbiya’ di dalam al Qur’an serta sunnah yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w.,
kita akan menggigit jari kerana pihak lain menggunakan sunnah-sunnah tersebut
dengan sebaiknya bagi memastikan agenda penguasaan dunia mereka dapat dicapai.
Tak percaya? Mereka telah melakukannya kerana mereka memahami apa yang disampaikan
Allah s.w.t. dan Rasul-Nya sedangkan pada masa yang sama mereka tidak beriman
kepada keduanya. Untuk mendapatkan sokongan orang-orang Islam, ada beberapa
kaedah yang telah digunakan sejak dahulu.
Berhala Orang-Orang Beriman
Yang pertama, memberhalakan
manusia-manusia yang telah dirancangkan gerakan mereka sejak dari awal. Ia
sebuah modus operandiyang berusia ribuan tahun lamanya. Modus operandinya
begini, seorang figura atau lebih akan dibentuk dari awal kemunculannya untuk
dipuja-puja. Pada awalnya figura ini akan sentiasa disabitkan dengan kehebatan
ilmu pengetahuannya, sifat waraknya, kezuhudan sisi kehidupannya dan segala
sabitan sifat yang suci. Dari masa ke semasa, pengaruhnya akan menjadi meluas
dengan cakap-cakap mulut yang disampaikan. Dia tidak langsung menghalang
pemujaan yang dilakukan malah terasa nikmat apabila dipuja-puja sedemikian rupa
kerana tertipu dengan tipu daya syaitan.
Dari rasa hormat dikalangan
pengikutnya pada mulanya, perasaan hormat itu kemudiannya bertukar kepada
perbuatan memuja di dalam ketaksuban. Figura ini akan mula mengumpulkan
pengikut dan membina kekuatan. Kemudian apabila pengaruhnya mula meluas, dia
akan dibiarkan, tetapi di dalam masa yang sama agen-agen gerakan dajjal akan
memerhatikan perkembangannya dengan rapat. Mereka menunggu isyarat. Mereka menunggu lampu
hijau supaya langkah seterusnya dapat dijalankan.
Mereka sedang menunggu saat
dan ketika apabila figura ini akan berkelakuan seperti ahli kitab sepertimana
mereka berkelakuan di zaman sebelum kedatangan Isa al Masih dan semasa Muhammad
s.a.w. diutuskan. Mereka memahami bahawa di akhir zaman nanti, figura yang
menyamai sifat dan perlakuan ahli kitablah yang akan digunakan sebagai
tunggangan mereka menuju puncak kuasa. Ia telah diberikan amaran oleh
Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun yang lalu.
Salah satu sifat ahli kitab
yang termasyhur ialah perbuatan mereka yang kerap mengubah serta menyembunyikan
ayat-ayat Allah serta hukum Allah pada setiap kali ayat serta hukum Allah itu
tidak memberikan keuntungan kepada apa yang sedang mereka usahakan. Malah mereka
juga sanggup mengubah dan tidak menjalankan hukum-hukum Allah apabila salah
seorang dari mereka didapati serta dituduh melakukan kesalahan. Hadis riwayat
Muslim berikut membolehkan kita sedikit sebanyak mengenali sikap ahli-ahli
kitab terdahulu yang mana sikap itu akan muncul kembali dikalangan mereka yang
mendakwa diri mereka sebagai ahli agama.
Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis demikian pula Imam
Muslim dan selain mereka berdua ada juga dari jalur Barra bin Azib. Ia berkata,
"Pada suatu hari lewat di hadapan Nabi s.a.w. seorang Yahudi yang dalam
keadaan dicontengi dengan arang dan didera. Kemudian Nabi s.a.w. memanggil
mereka, dan bersabda kepada mereka, 'Apakah memang demikian kamu jumpai dalam
kitabmu mengenai hukuman pelaku zina?' Mereka menjawab, 'Ya.' Lalu beliau
memanggil orang yang paling ‘alim (ulama) di antara mereka dan bersabda
kepadanya, 'Aku mohon atas nama Allah yang telah menurunkan kitab Taurat kepada
Musa a.s. apakah memang demikian kamu jumpai dalam kitabmu mengenai hukuman
bagi pelaku zina?' Orang alim itu menjawab, 'Demi Allah! Sebenarnya tidak
demikian, seandainya engkau tidak menganjurkan kepada diriku supaya
mengemukakan yang sebenarnya niscaya aku tidak akan menceritakannya kepadamu.
Sebenarnya engkau dapat menemukan hukuman rajam bagi pelaku zina di dalam kitab
kami. Akan tetapi setelah banyak para pelaku zina dari kalangan orang-orang
kami yang terhormat, hukuman itu kami batalkan, apabila ada seseorang yang
lemah dari kalangan kami melakukannya, maka kami tegakkan hukuman had itu
atasnya. Setelah itu kami sepakat untuk membuat suatu hukum yang dapat
ditegakkan terhadap orang yang mulia dan hina. Akhirnya kami sepakat untuk
menetapkan hukuman pencorengan dengan arang dan dera bagi pelaku zina.' Setelah
itu Nabi saw. bersabda, 'Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah orang pertama yang
kembali menghidupkan perintah-Mu setelah mereka (kaum Ahli Kitab) matikan.'
Kemudian beliau memerintahkannya agar dihukum rejam. Setelah itu lalu turunlah
ayat, 'Hai Rasul! Janganlah engkau dibuat sedih oleh orang-orang yang bersegera
(memperlihatkan) kekafirannya...' (Q.S. Al-Maidah 41) sampai dengan firman-Nya,
'Jika kamu diberi ini (yang sudah diubah-ubah oleh mereka), maka terimalah...'
(Q.S. Al-Maidah 41). Mereka mengatakan, 'Datanglah kamu sekalian kepada
Muhammad, jika ia memberi fatwa kepadamu dengan hukuman pencorengan dengan
arang dan hukuman dera (bagi pelaku zina), maka turutilah kehendaknya olehmu.
Dan jika memberi fatwa kepadamu agar kamu menegakkan hukuman rajam, maka
hati-hatilah kamu.' Ayat di atas berkaitan dengan ayat-ayat sesudahnya sampai
dengan firman-Nya, 'Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang zalim.'" (Q.S.
Al-Maidah 45). 1
Gerakan dajjal akan memerhatikan
tindak-tanduk figura yang sedang mereka cuba bentukkan tanpa dirinya sedar.
Apabila tercetusnya masalah dikalangan mereka-mereka yang dekat padanya, dan
sikap yang diambil olehnya masih tetap mahu berkeras untuk berhukum mengikut landasan
serta dasar tindakan yang berakar kepada al Qur’an serta jalan yang ditunjukkan
oleh nabi, maka perkara tersebut akan ditafsirkan oleh gerakan dajjal sebagai
suatu halangan kepada mereka untuk menggunakan diri figura tersebut sebagai tunggangan
bagi menjalankan langkah seterusnya.
Walaubagaimanapun, apabila
si figura tersebut memilih untuk bersikap sepertimana ahli kitab di dalam hadis
di atas, iaitu dengan memutarbelit ayat-ayat Allah demi untuk menyelamatkan
orang-orangnya yang berdosa, gerakan dajjal akan segera memberi perhatian
kepada apa yang sedang dilakukannya. Tetapi untuk menggunakan figura tersebut sebagai
tunggangan, mereka perlu melihat bagaimana pula pengikutnya mengambil
pendirian.
Pemerhatian rapat dibuat untuk menilai sikap penyokong-penyokongnya.
Jika penyokong-penyokongnya mengambil sikap untuk merujuk setiap arahan serta
fatwa yang dikeluarkan oleh figura itu dan membandingkannya semula kepada jalan
sebenar sepertimana yang ditetapkan Allah di dalam al Qur’an serta sunnah
rasul-Nya dan kemudiannya menolak perbuatan figura itu, maka gerakan dajjal
akan mentafsirkan perkara tersebut sebagai satu kegagalan. Bagi menunggang
orang yang didakwa serta sedaya upaya dipotretkan sebagai alim, warak serta
zuhud itu, mereka perlu menunggu sehingga setiap perkataan yang keluar dari
mulutnya dianggap sebagai ultimatum wahyu oleh para pengikutnya.
Hanya apabila setiap pengikut
figura yang sentiasa dipotretkan secara kosmetiknya warak, mengikut arahannya
bagaikan menerima arahan dari Tuhan, barulah lampu hijau yang dinanti-nantikan
gerakan dajjal itu ditafsirkan sebagai menyala. Ia sangat mudah untuk
dikenalpasti. Apabila setiap arahan, fatwa serta perbuatan figura tersebut yang
bertentangan dengan arahan Allah di dalam al Qur’an dan sunnah dapat diterima
bulat-bulat tanpa sebarang bantahan, malah mereka sanggup bergolok gadai dan
mati demi ‘wahyu’ yang baru disampaikan oleh ‘wali’ ini, maka itulah ketikanya figura tersebut
diangkat sebagai tuhan tanpa pengikut-pengikutnya menyedarinya.
Kini gerakan dajjal sudah
mempunyai tuhan dalam bentuk manusia yang boleh memberikan segala bentuk
arahan, boleh menghalalkan segala yang haram dan mengharamkan segala yang halal
ke atas sejumlah besar para pengikutnya. Dia akan digunakan secara maksimum
sehingga ke akhir hayatnya bagi tujuan mempengaruhi sebahagian besar
orang-orang Islam yang tidak pernah berminat menggunakan akal fikiran kurniaan
Allah kepada mereka. Tidak setakat gerakan dajjal mempunyai tuhan yang boleh
ditunggang mereka, malah gerakan itu juga mempunyai umat yang meyembah tuhan
tersebut tanpa berbelah bahagi. Umat yang tidak lagi menggunakan al Qur’an
serta sunnah sebagai rujukan, tetapi kata-kata serta fatwa dari figura ini
menjadi ultimatum panduan untuk diikuti.
Mereka menjadikan orang- orang alim mereka dan rahib-rahib
mereka sebagai tuhan selain Allah dan juga mempertuhankan Nabi Isa, putera
Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada
tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Maha Suci Allah daripada apa yang
mereka sekutukan. (At-Taubah, 31)
Hadis riwayat at Thabrani daripada ‘Adi bin
Hatim berikut menjelaskan latarbelakang ayat 31 surah at Taubah seperti yang
dipetik di atas.
“Aku
pernah datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat
daripada perak di leherku. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah
patung itu daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, beliau
membacakan ayat: Ittakhadzû ahbârahum wa ruhbânahum min dûni Allâh…(Ayat 31
surah at Taubah hingga akhir ayat). Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak
menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu Rasul membantah, 'Bukankah para
pendeta dan rahib itu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian
mengharamkannya. Mereka juga menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu
kalian menghalalkannya?' . Aku menjawab, 'Memang benar.' Beliau bersabda,
'Itulah bentuk penyembahan kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.'” (HR ath-Thabrani daripada Adi Bin Hatim).
Jika kita telitikan
ayat-ayat al Qur’an, sejarah penyembahan berhala yang pertama sekali muncul
dimukabumi ini adalah bermula semasa zaman Nabi Nuh a.s.
Ia bermula dengan rasa
kagum, takjub serta kasih ke atas orang-orang yang beriman yang pernah hidup
sebelum zaman itu. Selepas kematian orang-orang beriman tersebut, syaitan
membisikkan kepada mereka supaya didirikan patung-patung yang menyerupai orang-orang
beriman yang mereka rindui. Pada awal pembinaan patung tersebut, ianya hanya
didirikan sebagai tugu bagi tujuan peringatan. Selepas persalinan generasi,
syaitan datang membisikkan kepada mereka supaya mula menyembah patung-patung
tersebut. Bermula dengan perasaan takjub dan kasih yang tidak disempadani
dengan panduan, perasaan itu berubah menjadi taksub lantas mencampakkan rasa
kasih yang pada awalnya suci kepada perbuatan menyekutukan Allah. Lantas dihancurkan
Allah umat tersebut dengan banjir besar dan kisah tersebut disebut hampir oleh
semua kitab yang dianggap suci dan tradisi lisan di dunia. Ia dirakamkan
kembali di dalam al Qur’an supaya manusia mahu mengambil pengajaran, tetapi
malangnya kebanyakan manusia tidak mahu mengambil peduli.
Figura yang kini telah
dilayan oleh para pengikutnya seperti tuhan kini akan dipergunakan sepenuhnya. Setiap
perancangan gerakan dajjal selepas dari itu, akan menggunakan segala fatwa yang
dikeluarkannya bagi mendapatkan tentera-tentera di dalam rupabentuk muslim yang
boleh dikerah ke mana sahaja dan berbuat apa sahaja bagi menjayakan perancangan
mereka.
Gerakan dajjal di dalam
waktu yang sama, akan mempersiapkan figura-figura baru bagi tujuan menggantikan
‘tuhan manusia’ yang sedang digunakan
mereka. Kader-kader baru akan dibentuk dan dipromosikan. Mereka akan dibentuk
dan dibudayakan supaya mempunyai satu sistem gaya fikir yang seragam. Pada awalnya
mereka akan sedaya upaya dipromosikan sebagai insan-insan yang non-partisan. Ia supaya setiap pandangan
bagi setiap isu yang diambil daripadanya akan sentiasa ditagih oleh manusia-manusia
muslim di dalam kumpulan yang lebih luas. Metamorfosisnya pada peringkat awal
kemunculannya, dia akan digula-gulakan oleh nikmat mendapat perhatian yang
meluas oleh media.
Seluruh jentera media yang digenggam di dalam tangan kanan
dan kiri gerakan dajjal akan diarahkan untuk menagih fatwa serta pandangan daripadanya. Lalu
dilimpahkan kemewahan pada dirinya sehinggakan perutnya mula membuncit. Buncit kenyang
dengan makanan, pengikut serta kuasa bicara yang semakin hari ditafsirkan
sebagai fatwa. Ia satu indikasi perit bagi mereka-mereka yang memerhatikan
gerakan dajjal dengan dekat. Bagaimana mungkin seorang yang mendakwa dirinya
pakar al Qur’an atau hadis atau keduanya sekali dapat membiarkan fizikal tubuh
mereka berubah menjadi buncit? Ia satu petanda. Petanda yang hanya mahu
difahami oleh segelintir manusia tetapi tidak semua.
Setelah dia mula merasai
nikmat kenyang, dia akan segera dibawa jauh dari bastion yang menjadi kubu terakhir yang melindungi dirinya daripada
terjerumus ke dalam fasa-fasa akhir metamorphosisnya. Dia akan dibawa ke suatu
daerah di mana self esteem dan jati
dirinya akan berada pada kedudukan defensif. Akan ditempatkan disekelilingnya
figura-figura yang hebat dan melangit tinggi pencapaian dunia mereka yang mana credentials mereka tidak tergapai dengan
galah kebolehannya yang sejengkal. Dia akan dipaksa merasa hidup bersendirian
ditengah-tengah mereka-mereka ini. Perlahan-lahan, dia akan mula membentuk
pemikiran yang kritis terhadap dirinya, bangsanya serta sistem tamadun yang ditinggalkannya
sebelum ini. Tanpa dia sedar, dia mula dirasuk perasaan inferiority complex. Lalu seorang sahabat akan dihantar kepadanya
untuk membolehkannya menyandarkan harapan serta mendengar
pandangan-pandangannya. Tanpa dia tahu, sahabat inilah jambatan yang dihulurkan
gerakan dajjal kepadanya supaya rasa percaya itu mula terbentuk.
“Sesungguhnya
syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang
menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu
memencilkan diri dan hendaklah berjamaah, mencampuri orang ramai dan menghadiri
masjid” (Hadis riwayat Ahmad)
Dia kemudiannya akan dihantar pulang serta kembali kepada masyarakatnya
setelah mereka yakin dan pasti bahawa suatu hari kelak, apabila tiba waktunya,
dia akan dapat menggantikan figura tuhan manusia yang semakin berusia dan bakal
dijemput pulang.
Menumpang Nafsu Amarah Golongan Agama
Gerakan dajjal tidak hanya
menumpukan perhatian kepada pembentukan figura-figura agama yang kemudiannya
dilayan seperti tuhan oleh penganut taksub mereka. Malah mereka akan meneropong sebanyak
mungkin ahli agama yang ada dan mencari titik-titik kelemahan mereka supaya
pada ketika mereka tersalah pijak, gerakan ini akan segera mengambil
kesempatan.
Kebiasaannya mereka akan
menunggangi golongan ini apabila golongan ini dilihat berkonflik dengan apa jua
sistem yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara-negara Islam yang mahu
mereka kuasai. Mereka pandai mengambil kesempatan. Mereka tahu sesetengah
manusia itu tidak dapat memadamkan api kemarahan dengan begitu sahaja. Mereka tahu
bahawa apabila kemarahan itu tidak dipadamkan, apinya berubah menjadi dendam
dan dendam itu menuntut pembalasan yang sewajarnya.
Lalu mereka menyediakan
premis serta peluang supaya rasa marah itu diredakan dan dalam masa yang sama,
mereka dapat menumpangkan agenda bejat mereka supaya akhirnya agenda pembinaan masyarakat
bobrok bagi tujuan persediaan umat yang dengan mudah menerima kedatangan dajjal
yang akan tiba tidak lama lagi dapat diwujudkan.
Malang sekali, mungkin ahli
agama tersebut tidak sedar akan langkahnya yang termasuk di dalam perangkap
mereka, tetapi dengan sedikit kesilapan, dia telah membenarkan batang tubuh
dirinya dihinggapi dedalu yang berniat tidak elok. Perhatikan kes berikut sebagai salah satu dari banyak
contoh yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku sehingga datang
saatnya Isa a.s. dikirimkan kembali ke dunia.
Petikan-petikan akhbar yang
dimuatkan berikut bukan bertujuan bagi membincangkan topik yang menjadi
persoalan kepada intipati isikandungannya. Ia cuma bagi menunjukkan bagaimana
agen-agen gerakan ini menggunakan golongan agama tanpa sedar mereka bagi tujuan
mencapai motif terkehadapan (ulterior
motive) mereka. Ia juga bagi menunjukkan contoh kepada pengunjung blog ini,
sebagai rangkuman kepada apa yang telah
disebut di dalam penulisan ini. Penulisan ini tidak dibuat secara suka-suka
tetapi ia mengambilkira pemahaman kepada pemerhatian yang dibuat sejak sekian
lama terhadap modus operandi kumpulan-kumpulan yang dikenalpasti sebagai agen
kepada gerakan dajjal di bumi bertuah ini.
Pada 16 November 2011,
telah dimuatkan di dalam sebuah akhbar tempatan berkenaan isu anak tidak sah
taraf (anakluar nikah) yang meningkat jumlahnya kepada satu angka yang agak
membimbangkan.
Membaca petikan akhbar
tersebut, berdasarkan pengalaman memerhatikan gerakan ini, saya dapat mengagak
bahawa berita malang tersebut akan disambut dengan reaksi oleh pihak
orang-orang Islam yang mahu ianya diubati dan saya turut mengagak bahawa setiap
cadangan atau remedi yang cuba dikemukakan oleh pihak yang risau dengan masalah
ini, akan disambut dengan cadangan balas oleh agen gerakan ini yang akan
membalut agenda mereka dengan remedi rekaan mereka yang kelihatan seolah
bersimpati tetapi pada hakikatnya mempunyai motif terkehadapan yang lebih
membinasakan.
Lalu perhatian dipusatkan
dengan agakan bahawa agen-agen ini akan memulakan gerak mereka kurang sebulan
dari tarikh berita tersebut dan reaksi terhadap berita tersebut. Apa yang telah
diagakkan kemudiannya menjadi kenyataan apabila pada 24 Nov 2011, kumpulan splinter dalam Islam, menulis pandangan
mereka bagi tujuan menyokong cadangan Majlis Fatwa sebuah negeri di pantai
timur yang bercadang membenarkan bayi
bagi pasangan baru berkahwin yang melahirkan anak kurang dari 6 bulan tempoh
perkahwinan, dibinkan kepada pasangan lelaki tersebut. Sekali lagi ditegaskan,
bukanlah intipati serta isikandungan yang dimuatkan yang mahu diperbincangkan,
tetapi penulisan ini bertujuan bagi menunjukkan bagaimana mereka menggunakan
isu-isu yang terbit dan bagaimana pihak agen-agen ini memanipulasi setiap
kesempatan yang ada bagi tujuan memberikan impak positif kepada agenda
terkehadapan mereka.
Sepertimana yang disebut di
dalam penulisan ini, maka apabila salah satu dari NGO atau orang perseorangan
lantikan agen-agen ini telah berbunyi, bunyi tersebut kemudiannya disahut oleh
agen-agen mereka yang lain di dalam akhbar-akhbar tempatan untuk digendangkan
supaya ianya membangkitkan satu bentuk sentimen negatif terhadap pihak berkuasa
Islam, sistem perundangan Islam dan sebagainya. Perhatikan petikan artikel
berikut yang diterbitkan sebulan kemudian.
Mereka memalukan gong-gong perang sambil
menunggu peluang keemasan untuk menggunakan orang-orang Islam supaya bergeser
dengan orang-orang Islam itu sendiri. Dalam kes ini, mereka menunggu
sebaik-baiknya jika mereka dapat menggunakan orang-orang agama untuk berselisih
dengan orang-orang agama bagi mewujudkan pergeseran terbuka. Pernantian mereka
tidak lama apabila pada 24 Disember 2011, sebuah kes malang berlaku ke atas
seorang tokoh agama. Ia berkenaan permasalahan yang dihadapinya dengan sebuah
agensi kerajaan berkenaan masalah pembaharuan mykad ahli keluarganya.
Agen-agen gerakan ini
memandang perkara ini sebagai peluang keemasan. Lalu satu bentuk forum secara
terbuka bakal diadakan bagi menjemput tokoh yang tidak bersalah ini untuk membentangkan
pendapat mengenai peraturan Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak membenarkan
anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan tempoh perkahwinan untuk dibinkan
kepada pasangan lelaki di dalam perkahwinan tersebut.
Pada bulan Februari 2012,
setelah membuat perancangan, maka berlangsunglah forum yang secara zahirnya
kelihatan mahu membincangkan masalah masyarakat tetapi sisi batinnya berisi
modus operandi biasa gerakan ini yang mahu melaga-lagakan golongan agama supaya
pergeseran antara orang-orang Islam sentiasa dikipaskan panas. Lalu perkara ini
berlanjutan hampir seminggu lamanya dengan pihak yang digelar ‘kaum tua’
berbalas kenyataan dengan ‘kaum muda’ agama secara terbuka. Kedua-duanya tidak
bersalah. Ini kerana mereka telah dipergunakan oleh gerakan bejat ini bagi
merosakkan persaudaraan sesama Islam. Mohon saya dan tuan-tuan ambil
pengajaran.
Selepas ini, InsyaAllah
saya akan cuba berkongsi dengan tuan-tuan bagaimana pula untuk mendepani
gerakan yang kerap menggunakan media di bawah penguasaan gerakan dajjal bagi
tujuan memburuk-burukkan agama suci ini serta umatnya di bumi Malaysia ini.
Perhatikan contoh petikan akhbar di bawah yang diterbitkan salah sebuah akhbar
di Malaysia dengan sewenang-wenangnya menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai orang
yang perlu dipertanggungjawabkan terhadap konflik Palestine dan Israel.
InsyaAllah, jika panjang umur, pada hari Sabtu 19 Mei, 2012 tepat jam 9 pagi saya
muatkan ke blog ini. Wassalam.
a : Kadesh Hakodeshim merupakan Tabut
Perjanjian yang dianggap sebagai relic paling suci yang menempatkan tablet 10
rukun yang diberikan Tuhan kepada Musa disamping tongkat milik Musa serta
pelbagai objek suci yang lain. Kadesh Hakodeshim di dalam bahawa Hebrew membawa
maksud Paling suci dari segala yang suci.
Rujukan :
1)
Jalalluddin
al Mahalli & Jalalluddin as Suyuthi, Kitab Tafsir Jalallain Jilid 1,
Asbabun Nuzul ayat 41 surah al Maidah, Sinar Baru Algesindo, m/s 521.
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.