Thursday, May 17, 2012

Dunia Yang Kejam Terhadap Wanita

4

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Masih ingat dengan penulisan saya bertajuk ‘Demi Sebuah Cita-Cita Mereka Ditelanjangkan”? sebahagian kecil penulisan itu saya turunkan di bawah berkenaan nasib bagaimana bekas-bekas model yang tidak lagi berada dalam susuk fizikal idaman.

Sebaik tercarik, terabit wajah dan susuk tubuh, mereka akan ditendang keluar dari pentas peragaan tanpa hormat. Carilah makan sendiri bila sudah memasuki fasa makcik-makcik. Apatah lagi sebaik beranak pinak. “Kami tak mahukan kamu lagi di situ”...

Petikan akhbar berikut menunjukkan bagaimana seorang gadis yang memenangi rancangan realiti t.v. Holland’s Next Top Model telah dinafikan hak untuk mendapatkan hadiah kemenangannya berupa kontrak dengan agensi model terkenal. Haknya dinafikan hanya kerana ukuran pinggulnya terlebih dua cm. Entah hak kebebasan wanita apa yang mereka kecap di sana sehingga seringkali wanita-wanita muslim di negara-negara Islam dikatakan ditindas. Apa gunanya kebebasan jika hak kemenangan mahu dilucutkan hanya kerana ukuran pinggul yang terlebih dua cm.



Gadis itu walaubagaimanapun bernasib baik apabila mahkamah memutuskan agensi model tersebut perlu menghormati kontrak yang telah ditandatangani dan mengarahkan pihak agensi terbabit membayar ganti rugi. Entah berapa ramai lagi gadis-gadis yang menaruh harapan terhadap kerjaya sedemikian lalu diperlakukan sedemikian rupa yang berakhir malang tanpa mendapat sebarang pembelaan. Apalah guna kebebasan sekiranya kebebasan itu menjerut wanita ke dalam satu sistem penilaian yang menekan mereka supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak manusia yang hanya mahu mengeksploitasi mereka bagi tujuan membuat untung. Yang untung orang lain, yang seksa si wanita.

Syukur kepada Allah, peraturan aurat telah menyelamatkan majoriti muslimah yang mematuhinya dari menjadi mangsa eksploitasi dan penghinaan sedemikian rupa. Entah kenapa gerakan-gerakan feminis bertukar kepada mode lembam pada setiap perkara yang menghina kedudukan wanita tetapi begitu cepat bersuara apabila seorang muslimah mahu mendekatkan diri ke jalan Allah?

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

...Juwita Maya... said...

Saya suka artikel yang sebegini :) ada seorang rakan saya mengatakan bahawa suaminya tidak suka dia gemuk. means, perlu kekal pada ukuran yang dikehendaki suami. tapi anak dia nak setiap tahun. Satu hari pergi makan saya tengok suaminya makan dengan banyak seolah2 tidak ada esok lagi tapi isteri hanya memandang sepi..takut nak makan...takut gemuk..saya tak pasti kalau ini relevan dengan tajuk di atas tapi bagi saya encik suami pun berpada2 la...x payah la nak seksa isteri sangat..setakat lebih 2-3 inci tu boleh la kot..macam2 kan..hmph...

rizal hass said...

assalamualaikum tuan.
syukur nikmat Allah swt kerana kita masih ada rezeki untuk bertukar-tukar buah fikiran.
semalam aku menonton rakaman al jazeera berkenaan isu lover boy.immigran daripada maghribi menggunakan wajak kacak mereka untuk menggoda gadis-gadis sunti belanda(senang kerana mereka banyak minum dan sering melakukan hubungan seks di dalam tandas, kata salah seorang responden, dengan disambut ketawa berdekah kawan-kawannya yang lain) seusia 15 tahun untuk melacur dan menyara lelaki tersebut.mereka gunakan cinta palsu untuk memujuk dan adakalanya memaksa dengan deraan dan sebagainya.
sukar mendapat kerja di belanda dikalangan remaja pendatang maghribi menyebabkan mereka berbuat demikian.
kerajaan belanda mati kutu.di belanda bapa ayam dan ayam-ayam melacur tidak salah disisi undang-undang negara maju tersebut.
ngo di sana mahu menaikkan hada umur pelacuran daripada 18 tahun kepada 21 untuk menyukarkan lover boy yang kebanyakkanya masih muda belia memperoleh mangsa seterusnya.
satu lagi bukti kegagalan sistem sosial barat.
teringat pula situasi kat malaysia lover boy afrika menggunakan kelebihan tertentu untuk menjerat wanita malaysia melakukan seribu satu perkara kepada mereka.daripada menyewa rumah, daftar niaga, sindiket penipuan sehinggalah kepada keldai dadah.
unlike belanda, di sini the so called feminist tak pulak minta kerajaan bendung gejala yang banyak melanda golongan marhaen sebab sponsor mereka memang suka tengok gejala kecelaruan sosial berlaku di negara ini.
lagipun depa dok tunggu tonni buat direct flight pi belanda kut...mana tau kut-kut dapat tiket free...

satuhala said...

Assalamu'alaikum Juwita,
Sangat relevan.. Wanita dunia hari ini telah diprogramkan untuk sentiasa berfikir dan mempercayai bahawa hidup dan mati mereka dan segala-galanya sangat bergantung kepada perhatian lelaki.

Lihat sj bgmana iklan-iklan produk kecantikan memprogram minda mereka tanpa sedar dgn cadangan-cadangan yg kurang bijak. Lelaki pula seronok apabila mrk bebas utk melakukan apa sahaja tentang diri mereka, tetapi si wanita sentiasa berasa terancam dengan setiap perubahan diri mereka yg mereka takut tidak akan menyenangi hati, mata dan rasa pasangan, majikan serta orang2 disekeliling mereka.

Tidak jika suami isteri masing2 menjaga penampilan agar masing2 melihat pasangan masing2 sebagai pasangan yang memberi ketenangan.

Yang salah ialah hanya meletakkan pelbagai bentuk arahan serta syarat yang menyeksakan kepada isteri tetapi si suami pula boleh selesa hidup dengan perut yg memboyot, selekeh, pemalas dan pelahap.

Lelaki2 muslim perlu diprogramkan semula supaya menghormati isteri sebagai pasangan hidup yg mempunyai hak2 ke atas diri mereka juga. Saya sendiri merasa rimas dan menyampah melihat lelaki-lelaki di dalam kejiranan yg saya kenal, apabila isteri mereka masing2 bersungut kepada isteri saya berkenaan perihal suami mrk yg peranan mereka sbg suami hanya di dalam bilik tidur tetapi dalam lain keadaan, si isteri terpaksa menanggung pelbagai tanggungjawab dari penjagaan anak, rumahtangga, duit dapur, bil-bil rumah malah ada sesetengah daripadanya tidak langsung bekerja atau tahu mencari rezeki. Semuanya dihempaskan ke atas kepala isteri untuk dibereskan.

Jadi, pemikiran lelaki2 muslim di Malaysia kebayankannya perlu diprogram semula untuk mula tahu rasa bertanggungjawab dan kembali timbul rasa hormat kepada wanita.

Itu juga yg sedang sya cuba lakukan dalam blog ini sedikit demi sedikit.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Rizal Hass,
Lebih sedap klu dapat bertukar-tukar fikiran mcm selalu dibaja secawan kopi. Tp. jarak mengehadkan kemungkinan itu berlaku lebih kerap. Disini pun xda masalah. Blog tuan pun xda masalah lepas diresusitasi kembali.

Fakta menarik tentang lover boys di Belanda tu. Kebebasan yang barat ciptakan hakikatnya hanya mampu membentuk kitaran masalah yang berputar2 di dalam gelung (loop) yang kebejatan & kebodohan yang tidak berkesudahan. Segala yg mahu dibebaskan mereka kini ibarat tali yg menjerut leher mereka dengan lebih ketat setiap kali remedi baru cuba mrk cadangkan. Akhirnya sikit demi sedikit, sistem Islam cuba ditiru, tapi dgn mengeluarkan Allah dan Muhammad sebagai tunjang kpd langkah copycat tersebut sptmana yg tuan katakn sebelum ni.

Lebih benar lg kenyataan bila sang feminist seolah tercekik cokodok apabila tak mengambil sikap yg sepatutnya dgn masalah2 yg melanda golongan marhaen spt ini. Dedak penternak mereka terlalu mahal utk berbicara soal yg tidak menguntungkan snag penternak.

Lain kali seblum balik Penang, inform aku. Ada rezeki boleh jumpa. InsyaAllah.