Bismillahir Rahmanir Raheem.. Saya tersenyum sendiri apabila menonton bagaimana seorang penulis wanita bernama Hebah Ahmed, salah seorang dari penulis yang menyumbangkan penulisan kepada sebuah buku bertajuk I Speak For Myself, dipermudahkan Allah di dalam menjawab pertuduhan yang dilemparkan golongan feminis barat ke atas Islam. Sebagaimana yang sering saya sebutkan di dalam blog ini, mereka tiada modal selain memfokuskan serangan mereka terhadap peraturan penjagaan aurat di dalam Islam.
Sebagaimana yang telah dibuktikan sejak dahulu lagi sejak zaman Rasulullah s.a.w., jika perjuangan itu dengan niat yang ikhlas kerana Allah, bantuan Allah akan sampai di dalam bentuk-bentuk yang tidak kita sangka-sangka. Lihat video di bawah ini, apabila pemberita merangkap moderator antara pertukaran pandangan antara Hebah Ahmed dan Mona Eltahawy, seorang kolumnis yang sentiasa menulis tentang isu-isu wanita Islam (Baca gerakan Liberal Feminisme), pula yang berhujah atas nama hak dan perlembagaan Amerika Syarikat dalam bentuk hujahan yang kelihatan sangat bias kepada Islam.
Begitulah jadinya, tanpa sedar bantuan Allah itu datang di dalam bentuk-bentuk yang tidak disangka-sangka. Kredit juga harus diberikan kepada Hebah Ahmed di mana hujah-hujah yang dilontarkan sangat bernas, tepat dan tidak dapat digoyahkan oleh cerita-cerita yang Mona petik dari angin yang berlalu. Tiada sandaran fakta dan hanya cakap-cakap berita angin yang direkasaya.
Dialog terbabit seputar isu hak untuk memakai Niqab yang cuba diharamkan oleh kerajaan Nicholas Sarcozy di Peranchis satu ketika dulu. Entah apa yang sedang dibuat Nicholas Sarcozy sekarang setelah dijatuhkan sebagai Presiden Peranchis. Mungkin sekarang ini dia sedang menyesali tindakannya mengharamkan Niqab. Jika tidak tentu sahaja dia boleh bersembunyi dibelakang penutup muka bagi menutup malunya dihinakan Allah dengan kekalahan perebutan jawatan Presiden. Allah telah menunjukkan satu persatu. Tindas umat Islam, anda akan dimalukan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Thaksin Shinawatra. Sampai ke saat ini dia diharamkan memijak bumi Thailand setelah doa-doa mangsa peristiwa Tak Bai, 24 Oktober 2004, dimakbulkan Allah. Tidak sampai 2 tahun, pada 19 September 2006, tentera merampas kuasa dan jadilah dia pemimpin terbuang dan tidak dapat memijak bumi Thailand sehingga kini.
Video dialog antara Hebah Ahmed dan Mona Eltahawy seperti di bawah. Artikel tulisannya di dalam I Speak For Myself boleh dibaca di sini. (Klik) Perhatikan wajah sugul Mona diakhir bahagian video tersebut. Allah Maha Besar, dan apabila Allah mengatakan di dalam surah al Baqarah ayat 14 dan 15, yang Dia akan memperolok-olokkan golongan sebegini, ketahuilah janjiNya amat benar. Jadi, jangan takut untuk mempertahankan hak sebagai muslim. Jangan risau dengan penghinaan, cercaan serta label yang cuba mereka lemparkan. Hujah-hujah dangkal yang digunakan Mona kita dapat kenal menjadi zikir harian kumpulan liberasi feminisme di dalam negara ini. Tidak perlu takut untuk menentang mereka. Kemenangan itu milik orang yang bersolat dan sabar. InsyaAllah..
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.