Sunday, September 18, 2011

Demi sebuah cita-cita mereka ditelanjangkan..

13
Oleh : M.I.A./Imran Haaz


“Saya semenjak kecil lagi mahu menjadi model...”. itu kata-katanya. “Saya faham sensitiviti Islam, dan had-had yang perlu saya patuhi,”  hujah klise yang beserta percikan air liur sebagai bonus kepada yang masih bebal mahu bertanya. Kasihan, demi sebuah cita-cita, segalanya harus dia korbankan. “Anda harus 95% telanjang”, itu kata-kata penganjur. “Kami mahu periksa anda dan meneliti setiap inci tubuh anda dihadapan panel penilai kami. Jika ada sedikit kecacatan, kamu tidak layak untuk dijadikan model. Jika bulu kaki kamu terlebih, kamu tidak layak jadi model. Jika gigi kamu bersepah tak mengikut kiblat, kamu tak layak untuk berada di sini. Kamu harus bertelanjang supaya kami dapat meneliti sepenuhnya fizikal anda.” Sampai begitu teliti sekali panel yang merasakan diri mereka bijak tetapi hakikatnya memijak daya intelektual wanita berpenampilan cantik tersebut.


“Layak nanti, kamu akan memperagakan pakaian-pakaian designer hebat. Semakin lama dan semakin banyak pengalaman yang kamu timba di pentas peragaan nanti, semakin gelaplah masa depan kamu sebagai seorang model.” Di situ jugalah dia terjelupuk, jatuh terkangkang dan ternganga seolah-olah tidak faham. Kenapo pulak?”, tiba-tiba suara yang dikawal ayu sehingga hampir sesak nafas sebentar tadi, bertukar menyerupai suara pak cik pembawa beg sireh dalam iklan kesedaran bahaya peragut radio Sinar.


Alamak.. macam James Earl Jones da suara dia..”. Panel yang sebentar tadi kagum dan terkesima dengan pesona penampilan gadis genit tadi, mula muntah berkilo-kilo. “Eh Carl.. kau makan tosei ye pagi tadi?”. Carl atau nama sebenarnya Kaliappan terkantoi. Imej hip hop kebaratan yang dibinanya selama ini, dihancurkan reputasi tersebut oleh pemerhatian tajam Sally, panel kedua, terhadap makanan yang dicernakan Carl. 20 tahun lepas, Sally akan mengangkat tangannya tinggi-tinggi bila nama sebenarnya dipanggil di sekolah. Tetapi kini, jika nama itu dipanggil, ia seolah-olah tidak bertuan punya.Tiada siapa tahu nama sebenar Sally. Dia berasa geli dengan nama kemelayuan yang tercatat di dalam kad pengenalannya. “Panggil saya Sally..”. 

Kasihan.. mereka lupa asal usul kerana diperhambakan dunia. Kasihan.. mereka mengejar dunia yang memperhambakan mereka. Model yang diceritakan awal tadi masih keliru. Apakah pengalaman yang bertahun-tahun dikumpulnya di atas runway akan ditongsampahkan? Tanyakan mana-mana designer, pernahkah mereka melihat model yang sama memperagakan pakaian yang dihasilkan mereka 20 tahun lepas, masih diberikan keutamaan di atas pentas peragaan kini? Tidak sama sekali. Dunia ini begitu kejam terhadap wanita. Sebaik tercarik, terabit wajah dan susuk tubuh, mereka akan ditendang keluar dari pentas peragaan tanpa hormat. Carilah makan sendiri bila sudah memasuki fasa makcik-makcik. Apatah lagi sebaik beranak pinak. “Kami tak mahukan kamu lagi di situ”, itu kata-kata Carl kepada model lamanya yang sudah bertambah seinci ukur lilit pingggangnya. Carl yang bermuka bagai tapak sulaiman tak sedar diri ini, cuba melihatkan kekurangan orang lain tanpa dia melihat kekurangan diri sendiri.

Demi sebuah cita-cita juga, mereka harus meletakkan daya intelektual mereka dibelakang façade ketrampilan yang dicita-citakan terhadap mereka.

Dunia yang diperhambakan mentaliti materialis barat tidak menghormati mereka seadanya. Untuk menjadi wanita yang dianggap bebas dan berkeyakinan, ketiak anda harus bebas lipatan. Jika dicukur, pastikan tunggul-tunggul tinggalan dan bintik-bintik hitam tidak kelihatan. Jika tidak, teman lelaki anda akan menggunakan teropong untuk memeriksa anda. Bintik-bintik hitam tidak boleh diterimanya sedangkan ketiak teman lelakinya sendiri seperti bulu beruang yang sudah berkali kali akil baligh. Tengok saja iklan yang dimomokkan ke kaca tv kita sebelum ini.

Sampai begitu sekali wanita dinilaikan dan ditelitikan sehingga masa dalam kehidupannya banyak dihabiskan untuk membelek kekurangan diri sendiri. Mereka menjadi zombi-zombi yang telah diprogramkan untuk menilai dan memberi fokus memerhatikan kekurangan diri. Lantas diyakinkan mereka supaya mereka tidak berkeyakinan diri lagi untuk menjadi wanita super yang boleh bergerak ke mana sahaja tanpa perlu merasakan dirinya menjadi subjek untuk ditelitikan. “Tetapi jangan takut... kami ada penyelesaiannya”. Itu kata sang kapitalis sambil memperkenalkan segala macam produk sebagai remedi kekalutan resah fikiran setelah wanita-wanita ini diserang minda mereka dengan program-program yang bakal membentuk pemikiran inferiority complex.

Perhatikan sebuah lagi iklan yang pernah dimuatkan ke kaca tv kita sebelum ini. Di dalam iklan tersebut, kelihatan kelibat seorang wanita yang begitu resah dan takut. Dia takut untuk mengangkat tangannya kerana bimbang ketiaknya yang sedikit hitam itu akan menjadi perhatian manusia lain. Untuk membeli sayur di kedai kapitalis juga merupakan satu tugasan yang sukar buat dirinya. Untuk menahan sebuah teksi untuk pulang ke rumah juga merupakan satu masalah besar kepadanya. Semuanya gara-garanya ketiaknya bewarna sedikit gelap. Kemudian diberikan satu remedi kepadanya untuk mengatasi masalah tersebut. Ya, ditunjukkan kepada minda-minda yang bakal diprogramkan bahawa keyakinan wanita tersebut telah dipulihkan melalui satu magis produk pencerah ketiak. Apakah benar dia kembali memperolehi keyakinan atau dia sudah menjadi hamba produk? Untuk membeli sayur-sayuran pun takut-takut, untuk melintas jalan pun takut, untuk menahan teksi juga seperti seorang penakut. Apakah ini bentuk wanita yang menjamin masa depan negara? Berketrampilan hanya sebagai façade kepada inferiority complex yang hanya boleh diubati dengan memperhambakan diri kepada produk-produk tertentu? Bagaimana kalau ditakdirkan pada suatu hari, kontena yang membawa produk pencerah ketiak ini terbalik dan bandar tempat tinggalnya keputusan bekalan selama sebulan? Apakah dia akan kembali menjadi manusia penakut dan anak-anaknya mati kelaparan hanya kerana ibu mereka takut ketiaknya diperhatikan di kala dia membeli sayur?

Kemudian muncul pula iklan di televisyen berkenaan dengan sebuah pewangi kereta. Iklan ini pula menunjukkan betapa rendah dan bingainya tahap pemikiran wanita sehingga sanggup merosakkan, menjahanamkan serta menolak kenderaan sendiri jatuh gaung semata-mata untuk menumpang kereta wangi seorang lelaki, perempuan-perempuan dalam pelbagai pertubuhan hak wanita dengan pelbagai huruf singkatan ini bertepuk gembira tidak sedar bahawa iklan ini meletakkan tahap akal wanita lebih teruk dari seekor platypus. Sebodoh-bodoh platypus, tidak perlu dia merosakkan sarangnya sendiri semata-mata untuk menumpang sarang platypus lain yang berbau wangi. Hoi Sisters.. Kenapa tidak buat bising macam selalu?

Lebih teruk lagi, semakin hari semakin banyak pula iklan yang semakin menghina daya intelektual wanita menembus masuk ke ruang rumah kita tanpa sekatan. Kini iklan-iklan tersebut mengambil satu langkah ke hadapan lagi. Mereka kini giat membuat iklan yang mana jika diperhatikan dengan teliti, iklan-iklan sebegini meletakkan daya intelektual wanita lebih rendah dari binatang paling bodoh.

Nilaikan dengan akal iklan berikut. Seorang lelaki bertarak geek, tidak popular dan biasa-biasa penampilannya digambarkan di dalam frame pertama iklan. Sebelum ke perpustakaan, dia menyembur sejenis wangian yang digambarkan sebagai sangat hebat. Lalu turutan frame seterusnya menunjukkan dia berlalu masuk ke dalam perpustakaan dan melalui laluan di sebelah meja seorang wanita. Oh.. seorang wanita cantik berada di sekeliling buku-buku ilmiah di dalam sebuah perpustakaan moden yang hebat. Hanya wanita yang mementing perkembangan intelektual yang sihat akan menghabiskan masa ditempat seperti itu. Anda tidak akan bertemu Lady Gaga ditempat seperti ini. Tetapi malangnya, disebalik segala lambang intelektual yang gagah disekeliling wanita tersebut, segala kehebatan intelektual itu yang ada pada wanita tersebut dapat ditundukkan hanya dengan satu semburan wangian pada tubuh lelaki itu. Dengan tidak semena-mena wanita itu menjadi gelisah dan tak tentu arah. Pergerakan tubuhnya menunjukkan dia sudah sedia menyerah diri, maruah dan mahkota dirinya secara total kepada lelaki tersebut. Tanpa ukur dan tanpa berfikir panjang, dengan tidak tentu pasal, nombor telefonnya diserahkan kepada lelaki itu beserta gaya liuk lentuk tubuh yang mencadangkan bahawa segalanya bakal diserahkan kepada lelaki terbabit hanya kerana dia berbau wangi. Gila atau apa?

Jika anda biasa menonton National Geographic atau saluran Discovery, anda mungkin sudah biasa dengan teknik memikat pasangan yang diamalkan di alam haiwan. Kebanyakan haiwan menggunakan deria bau untuk memutuskan mana satu pasangan yang layak untuk dipilih bagi tujuan mengawan untuk melahirkan generasi pengganti. Haiwan yang menggunakan teknik sebegini tidak mempertimbangkan kriteria lain untuk menilai pasangannya selain dari faktor kedua iaitu faktor kekuatan. Setelah berjaya memikat pasangan dengan bau-bauan yang dihasilkan, pasangan jantan yang hampir dipilih tersebut, perlu pula bergaduh dan bertempur dengan jantan lain yang mahukan betina yang sama. Terkadangnya pertarungan itu sehingga meragut nyawa. Jika tidak pun kecederaan parah.

Malang sekali bagi wanita yang digambarkan di dalam iklan penyembur wangian tersebut. Dia bukan sahaja mengorbankan segala imej intelektualisme yang mengelilinginya, tetapi turut sama membiarkan maruahnya sebagai wanita yang mempunyai kuasa memilih terkorban hanya kerana hormon yang meransang nafsu seksnya tersentuh dengan semburan wangian yang dipakai jejaka tadi. Lelaki itu mendapat perempuan itu secara percuma tanpa perlu berusaha keras. Inilah yang dunia lelaki di dalam acuan barat mahukan. Money for nothing and chicks for free. Mark Knopfler teraju utama Dire Straits lama dahulu mengkritik rakan artisnya dengan lagu tersebut. Tak perlu bersusah payah, wanita itu akan segera datang melutut kepada anda tanpa perlu berbuat apa-apa. Ini sangat menghinakan. Ia satu penghinaan kepada kedudukan mulia seorang wanita. Binatang jantan di dalam saluran National Geographic itu sendiri perlu bertarung nyawa untuk mendapatkan betina pujaan, tetapi dalam iklan tersebut, si lelaki itu mendapat wanita itu tanpa perlu berbuat apa-apa. Bukankah kedudukan wanita tersebut sudah jatuh lebih hina dari binatang betina yang perlu dimiliki sehingga bergadai nyawa.

Terbaru, satu lagi iklan baru menambah lagi kepada perbuatan meletakkan maruah wanita ke dalam golongan yang sangat hina. Kali ini, iklan pencerah ketiak sekali lagi. Digambarkan di dalam iklan tersebut, dua orang wanita yang cantik paras rupa tapi rendah intelek malah mungkin juga pemalas dan jauh sekali dari golongan yang boleh dikategorikan sebagai super woman. Kedua mereka memandu sebuah kereta mewah. Cantik, lawa dan kaya tetapi digambarkan di dalam iklan tersebut sebagai memiliki mentaliti lebih rendah dari seekor unta padang pasir. Malang tidak berbau, kereta mereka pancit. Sudahlah tidak mampu untuk menukar tayar kereta sendiri, untuk menelefon pihak penyedia bantuan kecemasan pun tidak tahu. Lalu melambai-lambailah salah seorang sahabat berdua tersebut meminta pertolongan. Oleh kerana ketiaknya sedikit gelap, tiada siapa pun mahu datang menghulurkan bantuan dan pertolongan. Lalu timbul idea pada tahap pemikiran yang melebihi keupayaan Einstein berfikir di dalam minda seorang lagi sahabat berdua tersebut. Dikoyaknya lengan bajunya sehingga paras ketiak dan kemudian dia terus melambai-lambai seperti orang kerasukan puaka. Terpandang sahaja ketiaknya yang sedikit cerah, tiba-tiba dengan tidak semena-mena muncul mat-mat ketiak berlumba-lumba mahu menolong wanita terbabit. Sekali lagi ketiak dijadikan ukuran perlu atau tidak perlunya golongan wanita dibantu dan diselamatkan. Tidak bolehkah menolong mereka atas dasar mereka juga manusia dan makhluk Allah yang memerlukan pertolongan?

Cuba bayangkan jika Menteri bertanggungjawab dengan Kementerian Hal Ehwal Wanita cuba meminta bantuan kepada orang ramai dan pihak pemerintah, lalu dikatakan kembali kepadanya, “Puan, saya mahu lihat warna ketiak puan dahulu sebelum saya membantu kementerian puan?” Apa yang mahu dia kata? Apa perasaannya pada ketika itu? Tidak bolehkan membantu wanita dengan ikhlas tanpa perlu apa-apa penelitian yang tak perlu lagi menghinakan? Jadi puan menteri, tunggu apa lagi? kenapa dibiarkan kebejatan sebegini terus berleluasa?

Kebodohan demi kebodohan dipaksakan dunia moden ini kepada aras pemikiran wanita. Iklan-iklan yang semakin memperbodohkan daya intelektualisme wanita dibiarkan berleluasa sambil si pejuang hak-hak wanita bertepuk gembira berhalusinasi bahawa diri mereka sudah mencapai tahap dewata perempuan pasca modernis. Dengan kitab lengkap Shakespeare di tangan dan seekor kucing sebagai peneman, si pejuang wanita selektif pekak berbaju kurung ini mendakwa dia pencinta tafsir al Qur’an dan perkara inilah yang akan dia bawa ke mana-mana pulau jika ditakdirkan dia sesat pada suatu hari nanti.

Ketika mereka sedang diharapkan oleh kaum-kaum wanita di Malaysia untuk memperjuangkan hak-hak sepatutnya bagi wanita, perempuan-perempuan selektif pekak berbaju kurung ini pula sibuk menyelak kain separas pusat sebagai lambang betapa mereka ini setaraf Isaac Newton dalam getusan minda mereka dan berhak mendapat hak melakukan hubungan intim persis haiwan walaupun sudah bersuami. Wahai siss! Mahu jadi pejuang atau mahu jadi perempuan gila seks?! Begitu banyak isu yang harus diperjuangkan, hak untuk berkelakuan seperti haiwan pula yang diberi tumpuan. Lihat sahaja petikan akhbar di bawah. Apakah mereka-mereka ini yang diharapkan untuk melindungi hak wanita? Patutlah kebejatan sosial tidak pernah berkurang dan wanita sentiasa dianggap sebagai objek seks dan barang dagangan yang tidak perlu dihormati.







© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
10
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

13 comments:

Mawar7 said...

Artikel yang bagus.... tengok sekarang ni iklan tuala wanita yang pelbagai rupa pun bersepah naik muak tengok... sampaikan adik saya yang lelaki baru umur 8 tahun pun tau fungsi pad tu.. hmm dunia2

rizal hass said...

salam, aku pernah terfikir pasal dialoq seorang wanita muslimah yang tidak perlu botox itu ini sebab auratnya ditutup kemas, tidak perlu risau jika saiz buah dadanya tidak mengikut 'industri standard' atau jika rambutnya kusut masai sekalipun (ketiak hitam bukan lagi masalah), dia masih yakin kerana tiada yang nampak atau scrutinize...praktikal sebab yang tidak berkenaan-merujuk kepada mereka yang tidak berhak-tidak perlu masuk campur! perlu juga kita ingat mereka yang cintakan Allah pembersih sikapnya, jarang berambut kusut masai dibawah tudung!

noni said...

hehe..best entry ni..

satuhala said...

Betul Akim85.. saya sendiri rasa malu tgk iklan2 yg dimaksudkn..

satuhala said...

W'kmsalam Rizal Hass.. nama tu mengingatkan aku kpd sorg ahli fikir yg suka melepak di sebuah kopitiam sbrg. jaya.. org yg sama? Betul apa yg dikatakan, dgn menutup aurat, segala bentuk ruang bg seorg muslimah diperkudakan, diperhambakan serta diperlekehkn kewujudan mereka sbg diri mereka sendiri ditutup dgn perlindungan yg selamat dr Allah. Benar, sbg muslimah, sudah tentu rambut yg trlindung di bawah tudung itu sentiasa dijaga kemas..

satuhala said...

Salam Noni.. TQ, harap kita semua dpt bebaskan diri dr diprogramkan mentaliti utk berfikir sbgmana musuh Islam mahu kita brfikir..

...Juwita Maya... said...

salam...saya sentiasa berusaha menjaga hujung rambut sampai hujung kaki, sentiasa berbau wangi dan cantik semata-mata untuk suami saya..dan saya rasa bangga dan gembira kerana saya lakukannya semata-mata untuk suami..gembira sungguh bila suami puji saya cantik..saya tak perlukan pujian dari orang lain.. dan saya bersyukur kerana saya mempunyai kesedaran untuk menutupi aurat saya sejak dari saya muda remaja lagi sehinggalah sekarang saya dah ada anak 2. sekarang ni, alhamdulillah...keluar saja saya akan tutup apa saja yang indah2 kerana ianya adalah hak mutlak suami saya..alangkah baiknya jikalau semua wanita ada rasa seperti ini :))

satuhala said...

W'kmsalam Juwita Maya.. Alhamdulillah, segalanya dilakukan hanya mengharapkan keredhaan Allah. Allah meletakkan muslimah pada kedudukan permata2 bernilai tinggi yang hanya boleh dipandang dan disentuh oleh lelaki-lelaki yang benar-benar mahu memikul tanggungjawab menyayangi, mencintai serta sehidup semati dengan wanita tersebut.. beruntung seorang muslimah kerana kedudukannya yang tinggi kerana mengikuti arahan Allah itu menempatkan di sebuah kedudukan ekslusif dan bukan seperti longgokan barang2 tepi jalan yang boleh disentuh, dibelek, dipegang dan dilihat serta ditelitikan oleh sesiapa sahaja.. perhatikan, setiap yang terlalu bernilai hanya dapat dilihat dan disentuh oleh mereka-mereka yang benar-benar mahu memilikinya.. semoga kita semua menjadi muslim yang bersyukur. AMin..

SilverNitwit said...

Teringin aku nak jumpak hang..

...Juwita Maya... said...

oh ye, saudara, saya dah banyak kali khatam syahadah gadis ateis, bile lagi nak buat sambungan? apa yang terjadi selepas nizam berjumpa paderi itu? nak tahu sangat tu....salam.. :)

satuhala said...

Salam SilverNitWit, Insyaallah, ada rezeki & panjang umur boleh jumpa nanti.

satuhala said...

Salam Juwita,
TQ atas sokongan.. rasanya bab 1 sambungan novel tu dah saya tulis pada 2007.. cuma masalahnya bab kedua sampai ke tahun 2011 masih belum sempat saya mulakan.. kena kuat semangat nak tulis bagi habis.. InsyaAllah klu sempat lepas Perj Tu de Nu & dua buku sebelumnya terbit, saya sambungkan SGA dgn kisah Josiah tu..

siti_kadi said...

saya sgt suke dgn artikel anda. sgt membuka minda yg mungkin selama ini terlalu lama terkatup. keep up d gud work!