Thursday, September 8, 2011

Benarkah Atheism itu kemuncak kebebasan?

11
Bismillahir Rahmanir Raheem.. telah menjadi satu bentuk ikutan, di mana untuk kelihatan cool, insan-insan yang dilahirkan melalui rahim seorang ibu muslim, tetapi malangnya tidak dididik dengan contoh kehidupan Islam yang baik, akan cenderung mengikut bawaan arus ke arah mana sahaja ia mengalir. Mereka merasakan bahawa untuk tidak berada di dalam pergerakan arus yang sedang deras berlaku, mereka akan ketinggalan. Trendy, itu kata mereka. Mereka lebih rela menjadi pengikut trend dari menjadi seorang yang memulakan trend. Kerana itulah kita tidak pernah selangkah lebih maju dari barat. Kita sentiasa menunggu matahari terbit dari barat, untuk tersentak bangun dan memulakan langkah. Mungkin kerana sieged mentality dek kerana dijajah lebih 500 tahun lamanya membuatkan ramai dari kita kehilangan keyakinan diri untuk memulakan sesuatu di luar tabii pemikiran barat. Sedangkan terlalu banyak yang diperkatakan dan dilakukan orang-orang barat itu tidak betul.  


Pernah saya memarahi seorang jurutera Melayu yang secara bulat-bulat menelan laporan yang disediakan seorang jurutera Inggeris bagi sebuah cadangan pembaikan sebuah jentera, hanya kerana dia takut untuk mempersoalkan cadangan-cadangan yang dikemukakan. ‘En. Nizam, takkan saya nak reject proposal mat saleh tu?’ katanya. Saya tahu jurutera Melayu itu lebih faham dan tahu apa yang diperlukan. Tetapi, mungkin kerana mentaliti kita semua sudah sedia diprogramkan dengan sifat inferiority complex, maka untuk mengatakan tidak kepada cadangan manusia dari ras bekas ‘tuan besar’ negara ini, kita berasa sangat teragak-agak. Setelah jurutera Melayu itu menilai semula cadangan-cadangan yang dikemukan, dia mencadangkan beberapa perkara digugurkan dan diganti dengan cadangan baru. Ia berhasil. Tetapi malang apabila cadangan itu dikeluarkan hanya setelah dimarah untuk melakukan perubahan kepada gaya fikir.

Seorang Lelaki Ateis
Urusan tersebut membawa kepada sebuah pertemuan dengan seorang pembekal peralatan berasal dari Sabah. Persepsi awal saya terhadapnya, mungkin dia seorang Kristian bernama seperti orang Melayu kerana dia tidak menjawab salam saya. Saya menumpang keretanya untuk ke gudang bagi tujuan pemeriksaan barang yang dibekalkan. Lebih mudah bergerak dengan sebuah kereta dari mengekor dan memandu sendiri dari belakang. Seorang yang sangat peramah dan suka bercakap tentang ideologi-ideologi pelik. Bila saya bertanyakan kepadanya apakah dia seorang Kristian, dia menjawab bahawa dia tidak bertuhan, kerana katanya dia tidak nampak apa kepentingan kewujudan Tuhan di dalam kehidupannya. Dia tidak berkahwin tetapi mengaku mempunyai pasangan hidup yang tinggal bersamanya sejak beberapa tahun yang lalu. Hari itu saya kurang mood untuk bersembang.  Saya biarkan dia berbicara tentang idealisma dan apa yang dipercayainya.  

Dia mahukan kebebasan
Ya. Dia menyatakan bahawa dia mahukan kebebasan. Kerana itu dia tidak mahu tersangkut dengan apa jua agama. Baginya agama itu merupakan antithesis kepada prinsip kebebasan yang didambakannya. Dia mengaku dia seorang yang bebas dan berasa sangat bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa ada bentuk hukuman yang menanti.

Perjalanan diperlahankan oleh sebuah lampu isyarat yang terlalu mengambil masa yang panjang. Setiap selang lima buah kereta dilepaskan, lampu isyarat kembali menjadi merah. Dia bersungut kerana lampu isyarat tersebut melambatkan perjalanan. Dia masih berceloteh. Selang hampir lebih dua minit, lampu hijau kembali bernyala. Sambil memandu, dia menyatakan bahawa agama itu menyekat kebebasan. Dia juga menyatakan agama itu mempunyai terlalu banyak peraturan yang menyekat seseorang individu itu bergerak bebas. Sebaik kereta di depan terlepas dari simpang tersebut, lampu isyarat bertukar merah kembali. Kami sekali lagi tersangkut dipersimpangan berlampu isyarat tersebut. Dia bersungut kerana ia melewatkan jadual kami.

Langgarlah Lampu Merah Itu…
Melihat keadaan mulutnya yang kumat kamit bersungut, saya sengaja mencadangkan kepadanya untuk melanggar lampu merah tersebut. 


‘Mana boleh, nanti kena saman..’. Mendengar reaksi jawapan beserta mimik mukanya, saya hampir tergelak.


‘Adin (bukan nama sebenar), awak cakap awak mahu hidup tanpa sekatan, tetapi kenapa awak membiarkan diri awak disekat oleh lampu isyarat ini?’ Mukanya merah padam. 

‘Walaupun saya ini ateis, saya tahu menghormati undang-undang.’ Dia membalas memberikan jawapan. Saya tergelak kecil.

‘ Jadi, sebagai seorang ateis, anda masih belum bebas dari peraturan yang menyekat anda dari bergerak bebas. Betul? Bukankah lampu isyarat ini melambatkan urusan kita? Jadi kenapa perlu takut dengan lampu isyarat?’ Saya menggasak dia dengan soalan.

‘Berhenti di lampu merah itu satu peraturan. Melanggarnya bermaksud kita melanggar undang-undang. Kami, walau pun ateis, kami tahu menghormati undang-undang.’ Balas Adin.

‘Siapa yang membuat peraturan tersebut?’ Saya bertanya kembali.

‘Ahli parlimen dan dean negara,’ jawabnya.

‘Awak takut dengan peraturan yang dibuat manusia?’ Saya bertanya lagi.

‘Bukan takut, tapi hormat.’ Dia menjawab.

‘Apa beza ahli parlimen tersebut dengan anda? Dia manusia, awak juga seorang manusia. Apa hak dia untuk menentukan kebebasan anda untuk bergerak pada petang ini. Bukankah peraturan yang dibuatnya menyusahkan kita dan akibatkan kita lambat kepada temujanji yang diaturkan? Kenapa sebagai seorang manusia yang sama, anda membiarkan hak kebebasan anda disekat oleh manusia lain? Apakah anda dalam kedudukan yang lebih rendah dalam keupayaan dan martabat akal, untuk membolehkan kehidupan dan kebebasan anda ditentukan oleh manusia lain.’ Saya bertanya lagi. Dia tidak menjawab. Sifat ramah sebentar tiba-tiba sahaja hilang bila saya pula menjadi ramah tamah.

‘Habis tu, bagaimana pula dengan awak? Jika awak ditempat saya sebagai pemandu, apakah awak akan melanggar lampu merah tersebut?’ Dia cuba bermain psikologi. Tidak menjawab pertanyaan saya tetapi membalas soalan saya dengan soalan lain.

‘Saya tidak akan melanggar sekali-kali lampu merah tersebut.’ Saya menjawab. Giliran dia pula ketawa.

‘Jadi awak dengan saya tiada bezanya. Kedua-duanya perlu menghormati undang-undang dan peraturan yang dibuat manusia.’ Seronok dia mengenakan saya.

‘Siapa cakap kita berdua sama. Tiada persamaan di situ.’ Saya menjelaskan. Dia memperlahankan ketawanya.

‘Di mana perbezaannya? Bukankah kita berdua telah dilambatkan oleh peraturan manusia?’ Dia bertanya kembali.

‘Ada perbezaannya. Saya menghormati peraturan yang dibuat manusia itu atas arahan Allah dan bukan kerana takut atau diarahkan oleh mana-mana manusia lain. Tetapi awak menurut peraturan itu kerana awak diarahkan oleh manusia lain. Dalam kes ini, ahli-ahli parlimen tersebut telah menetapkan peraturan tersebut dan dijadikan undang-undang lalu menyuruh awak menghormatinya. Bezanya saya dengan awak, ialah saya menghormati undang-undang tersebut di atas arahan Allah, Tuhan yang menciptakan langit, bumi dan segala-galanya termasuk diri saya dan awak. Tetapi awak tunduk hormat kepada undang-undang tersebut atas dasar arahan dan perintah manusia lain. Manusia yang tiada bezanya dengan diri awak, malah awak sendiri tidak kenal dengan dengan siapa ahli-ahli parlimen itu. Jadi antara takut melanggar lampu merah kerana diperintahkan Tuhan dan takut melanggar lampu merah disebabkan arahan manusia, yang mana satu melambangkan kedudukan dan kemuliaan tingkat akal seseorang manusia?’ Saya mengasak lagi.

‘Kenapa pula awak perlu takut kepada arahan Tuhan, bukan Tuhan boleh saman awak sebab langgar lampu merah?’ Dia bertanya mengikut lojik akalnya.

‘Adin, nyawa saya bergantung kepada ihsan Tuhan. Bumi ini bergerak juga bergantung kepada ihsan Tuhan. Matahari yang muncul hari ini juga atas ihsan Tuhan. Segala rezeki yang saya dapat, adalah atas ihsan Tuhan. Dibandingkan dengan saman manusia berharga tiga ratus ringgit, saya lebih takut Allah menarik balik kesemua nikmat yang diberikannya kepada saya jika saya tidak mahu menurut perintahNya. Jadi, kenapa pula awak takut dengan saman manusia berharga tiga ratus ringgit? Apakah ahli-ahli parlimen itu menghantar barang runcit setiap bulan ke rumah anda sehingga anda takut ianya ditarik balik kerana melanggar arahan mereka? Apa yang pernah mereka berikan kepada anda sehingga membuatkan anda takut untuk melanggar lampu merah sedangkan perlakuan itu bertentangan dengan prinsip kebebasan yang anda cari sebagai seorang ateis?’ Saya bertanya kembali.

‘Mereka mentadbir negara dan segala infrastruktur yang ada ini, termasuk lampu isyarat itu sendiri, jalanraya, sekolah, prasarana tenaga dan komunikasi, bukankah semua itu disediakan oleh kerajaan yang dikawal oleh ahli-ahli parlimen itu?’ Dia cuba menjawab.

‘Siapa yang memberikan mereka wang untuk perbelanjaan tersebut? Bukankah awak sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, memberikan mereka dana dalam bentuk cukai untuk mereka gunakan bagi pembangunan infrastruktur sepertimana yang anda sebut tadi? Seharusnya merekalah yang mendengar perintah awak kerana awaklah yang memberi ‘rezeki’ kepada mereka. Tetapi, kenapa awak pula sebagai ‘pemberi rezeki’ menjadi orang yang menerima arahan dan perintah untuk dipatuhi? Sebagai seorang ateis yang bertindak sebagai ‘pemberi rezeki’, kenapa kebebasan yang menjadi keutamaan dalam halatuju hidup awak, diletakkan dalam keadaan terkongkong oleh pihak yang menerima ‘rezeki’ dari awak? Hahah.. pelik bukan?’

Dengan tidak semena-mena, dia menekan minyak dan melanggar lampu isyarat tersebut bagi membuktikan sebagai seorang ateis, dia mempunyai kebebasan mutlak untuk tidak diperintahkan manusia. Saya terkejut dan tergamam dengan ekspresi kebebasan yang mahu dipertontonkan. Kemudian saya ketawa dan bertanyakan soalan berikut kepadanya, 

‘Brother, sampai bila awak hendak langgar lampu merah dan segala peraturan yang diberikan manusia kepada awak untuk membuktikan diri awak seorang ateis yang benar-benar bebas? Bukankah dengan bertuhan itu anda menjadi lebih bebas dari menjadi lebih rendah kedudukan dari manusia lain?’

Setengah jam dia tidak bercakap manakala saya pula tidak dapat menahan ketawa disebabkan tindakannya melanggar lampu merah tadi. Jadi, bukankah lebih baik menurut peraturan manusia di atas arahan Tuhan dari menurut peraturan manusia kerana diarahkan manusia itu sendiri. Allah sahaja yang tahu apa masalah keadaan mental golongan sebegini. Jadi setiap kali terbaca tulisan mana-mana ateis yang berbicara soal kebebasan, saya akan tersenyum sendiri mengenangkan pengalaman saya sendiri. Ini kerana tanpa sedar, mereka merupakan golongan yang paling teruk dikongkong arahan manusia sedangkan kita semua yang bertindak mengikut arahan Allah yang menciptakan segala-galanya. Bukankah itu sesuatu yang lebih memuliakan kedudukan kita sebagai seorang manusia. Wallahua’lam.

© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

11 comments:

PEMIKIR said...

Terbaiklah post ni abg Imraan Adz. atheis ni perilakunya sangat aneh. dah terang2 bukti keesaan dan maha kuasa Allah di muka bumi ni. akan tetapi masih lagi nak menafikan hanya kerana mahukan kebebasan yang tidak bertepi.

Walaupun begitu golongan atheis merupakan golongan yg lebih mudah diajak balik ke jalan yang benar berbanding pengikut tegar agama langit seperti Yahudi dan Kristian.

Dr. Zakir Naik pernah berkata golongan atheis ni telah memenuhi separuh dari kalimah syahadah lailahaillah.. mereka percaya "tiada Tuhan' maka kerja kita adalah melengkapkan lagi separuh kalimah tersebut..Allahuakbar. Dialah yang Maha Esa dan Maha Kuasa wallahualam.

Muhaimin said...

adakah kisah ini ada lanjutannya..

Ros said...

assalammualaikum wrt wbt

Atheism itu sebaliknya adalah kemuncak kerosakkan. Seseorang atheis itu hanya berbuat apa yang di rasai betul dan mengikut apa yang logik bagi mereka sahaja.

Bersyukurlah kita diberikan hidayah dilimpahi iman dan beragama Islam. Semoga Allah terus memayungi dengan perlindungan dan rahmatnya kepada kita.

Kepada 'Adin... mudah-mudahan dikurniai Allah SWT hidayah dan menjadikan Islam sebagai agamanya. InsyaAllah.

Anonymous said...

assalamualaikum... tahniah buat saudara Imran. kupasan yg sgt menarik dan menunjukkan tahap profesionalisme saudara dalam penulisan.bukan hentam kromo atau semberono.begitu juga dgn penulisan2 saudara sebelum ini... saudara menulis apabila ada perkara yg menyentuh akal fikiran sauudara.apa pandangan saudara mengenai isu The Final 12 yg dikhabarkan adalah hari kemusnahan bumi?isu ini hangat dibawa ke serata dunia sehingga ke warung2 kopi kampung.Filem berkenaan nya juga turut dikeluarkan berjudul 2012...mungkin saudara ada pandangan yang tersendiri.yang mungkin lebih nyata,seiring dan jelas.

satuhala said...

Salam Pemikir,
Betul kata saudara. Dr. Zakir Naik punya statement tu saya pernah dgr dlm sola jawab yg ditujukan kepadanya. Sya pernah berdialog dgn seorang pemuda Hindu yang akhirnya mengaku bahawa Tuhan yang paling agung ialah Allah. Tetapi malangnya, dia menyatakan bahawa Allah itu ketua segala tuhan dan tuhan2. Saya berjaya meyakinkan dia bahawa Tuhan yang sebenar itu Allah, tetapi saya gagal utk membantunya menafikan kewujudan tuhan2 selain Allah di dalam dialog tersebut. Pada ketika itu, barulah saya fahami dgn penuh kenapa kalimah syahadah dimulakan kalimah La ilaha illallah. Tiada tuhan Melainkan Allah. Ia harus bermula dgn penafian wujud segala macam tuhan lain, dan Tuhan itu hanyalah Allah.

Sptmana yg saudara katakan, benar adalah lebih mudah tugas berdakwah dgn golongan ateis kerana mereka telah melengkapkan sebahagian penting kalimah syahadah yg pertama iaitu merkea tiada ketaksuban kepadamana2 objek atau makhluk yg dinamakan mrk sebagai tuhan. Cuma tinggal utk meyakinkan mereka bahawa Tuhan Itu ada dan Dia ialah Allah.

Kita boleh berusaha, tapi hidayah adalah hak mutlak Allah utk diberikan kepada sesiapa yg Dia kehendaki.

satuhala said...

Salam Muhaimin..
Ada byk lg kisah2 dialog semacam ini, termasuk dgn pemuda2 Hindu, Kristian dan lain2 agama.

Cuma saya belum sempat mencatatkan semua pengalaman trsebut dlm bentuk tulisan. InsyaAllah klu ada kesmepatan sya akan memuatkan sedikit demi sedikit ke dalam penulisan blog ini.

satuhala said...

Wkmsalam warahmatullah w.r.t. Kak Ros,

Benar Atheism itu sgt merosakkan jika si Ateis itu merupakan org2 yg hanya terikut2 dgn org lain supaya mrk kelihatan cool dan trendy.

Tetapi seorg ateis yg menolak kewujudan tuhan dalam bentuk2 dan makhluk lain di dalam doktrin agama selain Islam yg mereka anuti sebelum ini, merupakan golongan yg sedang di dalam satu pencarian. Terbukti di dalam banyak kes apabila ateis2 ini bertemu dgn Islam, mereka tanpa berlengah lagi akan memeluk Islam kerana mereka ini menolak kewujudan tuhan dlm agama asal mereka kerana mereka tahu bahawa ianya tidak masuk akal dan tidak benar.

Kak Ros benar apabila mengatakan Atheism itu kemuncak kerosakan. Ia berlaku sekiranya si ateis itu tadi kekal tegar di dalam mmpertahankan dogma bahawa tuhan itu tidak wujud dan tiada keperluan bagi manusia utk hidup bertuhan. Tp, tidak semua ateis itu membawa keburukan. Ateis yg mencari kebenaran atas dasar ikhlas mencari apa itu ketuhanan, akan memberikan impak positif kpd Islam apabila mereka dipertemukan dgn Islam dan diberikan hidayah kelak.

Kita semua perlu berusaha dgn lebih keras lg.

satuhala said...

Salam Tanpa 3:38.
Saya nampak kecenderungan dan ketaksuban terhadap kiamat dlm kalendar Maya 2012 merupakan sesuatu yg dirancangkan sejak lama dulu supaya supaya semua manusia diprogramkan utk menjadi panik. Adapihak mahu mengambil kesempatan nanti. Mereka inisedang menyediakan umat manusia utk menjadi bersedia utk panik dan menjadi histeria. Yg belum dilakukan mereka ialah menekan panic button. Panic button ini akan ditekan supaya perkara2 yg diprogramkan melalui media2 dan filem2 direalisasikan supaya seluruh umat manusia yg tiada pegangan akan mudah ditpu dan diprogram utk bertindak melalui kemahuan mereka apabila tiba masanya kelak. Di dalam filemtersebut mereka telah menunjukkan serta memprogramkan bagaimana seseorg manusia harus bertindak apabila tiba masanya 'malapetaka' itu akan timbul. Isu 2012 harus juga dibaca dgn doktrin messiah yg juga telah lama diprogramkan ke dalam minda semua manusia di dalam pelbagai judul filem. Saya sedang menulis ttg ini.
InsyaAllah, akan dimuatkan dlm blog ini.

irdana khan said...

assalamulaikum saudara

lama betul saya tidak 'betul-betul mambaca' tulisan2 saudara.. alhamdullilah.. ianya masih segar dan bernas seperti posting-posting sebelum ini.
untuk pengetahuan supervisors saya merupakan golongan radical atheis. persoalan mereka tentang Tuhan samalah seperti buku - The God Delusion tulisan Richard Dawkins.Oleh kerana mereka ini adalah supervisors (guru2 saya yg menyelia thesis saya), jujur saya katakan yg sukar kadang2 untuk saya mencari perkataan , ayat yg terbaik supaya rambut tak putus, tepung tidak berselerak. ditambah pula salah seorang dari mereka merupakan ex-muslim. he was Shi'ite. tapi anehnya walau tak percaya wujudnya tuhan tapi percaya adanya syurga dan neraka. saya kata "Macamana nak masuk syurga kalau yang empunya syurga pun kita tak percaya?". yang kelakarnya dalam kata tak percaya tuhan, one day he got a good news and he spontaneously said "WOW, God is great".

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Irdina Khan.. Lama tak berkunjung ke sini. Maaf kerana email terakhir Irdina kepada saya x sempat saya jawab.
Sukar kalau berada dlm situasi Irdina. Betul mcm kata Irdina, kena bijak utk ayat yg terbaik supaya rambut tak putus, tepung tidak berselerak.
Kelakar juga dengan atheist Iran ex-muslim tu.. hahah.. seolah-olah dia pendamkan apa yang dia yakini tentang kewujudan Tuhan dengan ketebalan egonya. Mereka sebenarnya hidup dalam state of denial yang membantutkan kemajuan intelektual mereka dalam kemajuan fikiran dlm jangka waktu panjang.
TQ Irdina. Selalu lah ke sini. Semoga saudari sentiasa selamat dan tenang serta diberikan perlindungan oleh Allah setiap saat dan masa. Semoga berjaya. AMin.

Anonymous said...

Kat office i tu ada 2 atheist.mulut celupar.tu baru kerja drebar ada duit ot lebih sikit dah mencabar allah swt bagi kilat kat dia.i tengok motor dia tu teruk xciden mcm dah brkali2 bala.tapi masih xubah.hai dunia2