Tuesday, December 8, 2009

Syahadah Gadis Ateis... Bakal Terbit...

15

Assalamu'alaikum warahmatullah buat semua sahabat pengunjung... Alhamdulillah setelah lebih dua tahun novel ini berlegar-legar di alam cyber dalam bentuk eBook dengan tajuk 'Syahadah Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist', ebook tersebut bakal dijadikan novel dan akan diterbitkan di dalam waktu yang terdekat ini.

Segala puji bagi Allah yang mengaturkan segalanya, akhirnya setelah bertukar penerbit atas alasan peribadi, buku ini akhirnya akan diterbitkan oleh pihak PTS Islamika. Serentak dengan pengumuman ini, mengikut terma dan syarat perjanjian penerbitan dengan pihak PTS, penjualan eBook dalam versi asal 2007 akan dihentikan penjualannya di blog satuhala ini. Kepada semua yang menyokong dengan membeli eBook tersebut sebelum ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, maklumbalas ke arah pembaikan, komen dan kerana membantu mempromosikan eBook asal ini kepada saudara mara, rakan taulan dan pihak-pihak lain. Begitu juga dengan beberapa individu, forumer dan blogger yang mempromosikan eBook dan isikandungannya di blog, fb, forum dan laman masing-masing tersebut selepas membacanya. Antaranya blog ini , blog ini,. blog ini, forum ini, forum ini, blog ini, fb ini dan banyak lagi.  Terima kasih tuan-tuan, Allah sahaja yang membalasnya dengan kebaikan nanti.

Untuk makluman, versi buku yang bakal diterbitkan nanti, telah saya lakukan suntingan penuh dan membuat revisi baru dengan membuat penambahan maklumat dan pembaikan fakta berdasarkan maklumbalas pembaca dan perkara-perkara yang saya rasakan amat perlu untuk diperjelaskan lagi. Akhirnya ia siap disunting pada pertengahan Oktober lalu dan pihak PTS telah memasukkannya ke dalam jadual penerbitan mereka. Buat masa ini, lakaran grafik di sebelah kiri berkemungkinan besar akan dijadikan cover muka depan buku tersebut bagi menggantikan cover asal lakaran grafik yang dibuat saya seperti yang sahabat semua dapat lihat pada sebelah kanan skrin.

Tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penerbit lama dan penerbit baru ini atas kerjasama yang pernah dan sedang dijalinkan. Tidak lupa juga kepada editor-editor lama buku ini dan pihak editorial terbaru termasuk Ustaz Imran dan Puan Firdaus dari PTS Islamika atas kerjasama untuk memastikan novel ini berjaya diterbitkan. Buat Puan Firdaus, selamat pengantin baru, semoga ikatan perkahwinan yang baru dipaterikan itu kekal bahagia membawa ke syurga. Semoga semua zuriat dan keturunan yang lahir dari perkahwinan suci itu menjadi insan-insan penghuni taman-taman syurga nanti. Amin..
Ucapan ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada dua orang penulis tersohor dan yang mempunyai nama besar di bidang penulisan, Tuan Zaid Akhtar (penulis novel Salju Sakinah) dan Tuan A. Ubaidillah Alias (penulis Novel warkah Cinta Berbau Syurga) kerana sudi memberikan review dengan ulasan yang baik dan positif kepada novel Syahadah Gadis Ateis ini. Semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan dan rahmat yang berlipat ganda. Amin.

Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh terbitnya novel tersebut dan perkara yang berkaitan dengannya, sahabat-sahabat semua boleh melawat laman web PTS dengan klik link di bawah ini. Bagi yang pernah membaca versi eBook tersebut dan ingin memberikan rating, boleh berbuat demikian sebagai langkah sokongan di pautan laman web yang sama. Jangan lupa dapatkan novel Syahadah Gadis Ateis apabila diterbitkan nanti. Semoga semua urusan dan hasil kerja ini diberkati Allah dan membawa kebaikan kepada semua pihak. InsyaAllah jika berkesempatan, saya akan menceritakan sedikit sebanyak kronologi terhasilnya buku ini yang sangat berkait rapat dengan kewujudan blog satuhala ini.

Untuk maklumat lanjut klik laman web ini PTS Publications

Terima kasih atas sokongan semua.. Saya mengalukan apa jua bentuk maklumbalas dan kritikan daripada sahabat-sahabat yang memiliki dan sudah habis membaca versi ebook ini untuk memberikan komen di blog ini. Entry blog ini akan saya sambung seperti biasa dalam waktu terdekat nanti.. InsyaAllah..



Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

15 comments:

adi said...

nak beli versi bertandatangan Penulis bleh ? hehehhe.

J.HADI said...

Tahniah sahabat...kena buat promosi hebat hebat...semuaa org kena tahu kehadiran buku nih...tahniah!

satuhala said...

No problem Adi... Utk penyokong kuat tak jadi masalah.. bila nak hantar buku Adi ke publisher? TQ juga sebab promosikan sekali lagi penerbitannya dalam blog Adi (Hardyweb.wordpress.com)

satuhala said...

Salam J-Hadi-Protoss.. Ribuan Terima kasih... doa-doa dari sahabat seperti anda amat saya harapkan.. TQ kerana menyokong blog dan novel ini dari awal.. Doakan buku ini memberi manfaat kepada semua pihak.. Amin..

mee said...

aku ... harap ebook ni.. boleh jadi filem pulak... sebb jalan cerita best... lagi pun ini tentang aqidah... kan?....

nati buat la sambungan kesudahan . apa jadi kat rini...kekeke

zara said...

Salam...

hampir 2 tahun sy menunggu buku ini. Tahniah. kenapa tak kekalkan cover asal? lebih umpph!!! anyway sy mmg tak sabar utk dapatkan buku ini utk diri, keluarga n kawan2. sy pasti beli lebih dr 1. utk next projek, sy cadangkan translate to multilanguage. ur book mmg already international

zara said...

kenapa tak kekalkan nama pena?

IniRahmatAllah said...

Salam bang,

Saya yakin anda kenal siapa saya. Saya akan menulis review tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan buku ini. Mungkin agak panjang (Maaf). Kalau saya tak publishkan di ruangan komen ini, mungkin saya akan emailkan terus ke alamat abang. Saya jugak berharap sahabat-sahabat "satuhala" agar dapat memberi sebarang komen atau ulasan atau kritikkan yang membina tentang apa sahaja buah fikiran untuk hasil akhir buku ini diterbitkan. Kita tak punya banyak waktu, suarakan sebelum buku ini bakal dicetak.

"walaupon berlian tidak akan cacat jika dicampak ke longgokkan kaca, namun jangan biarkan kaca mencacatkan keindahan berlian"

Salam,

I.R.A

Zach said...

Salam bro M.I.A... semoga dirahmati Allah.. Alhamdulillah enovel tu jadi kenyataan dan diterbitkan.. ingatkan dah kensel lepas bro tarik dari publisher lepas... kuasa Allah mementukan ebook ni jadi novel akhirnya.. saya sgt teruja dan tak sabar nak dapatkan.. tapi jangan marah kalau saya bg sikit komen.. saya sgt setuju dengan komen Zara pasal cover baru ni.. nampak komikal sangat ditambah dengan font yang diguna untuk tajuk.. .. kalau tak silap.. dalam buku tu, watak lelaki pakai Tshirt bukan? cover lama lagi ummphh.. lagi pun sebagai lelaki, kalau pegang buku dengan cover lama, taklah segan sangat.. nampak cool skit, tapi apa pun bentuk cover saya tetap support.. Insyaallah.. sebaik kluar saya beli.. semoga berjaya bro M.I.A.. dan kalau berjaya jgn lupa update blog... hahahh.. wassalam..

satuhala said...

mee.. TQ kerana menyokong .. dalam Novel yang bakal diterbitkan (tidak ada dalam eBook).. wujud sebuah watak bernama Josiah, seorang bekas paderi, bertemu watak utama untuk membawa Rini pulang.. Jika Allah mengizinkan ada sambungan novel ini, InsyaAllah ia akan berkisar antara cerita Josiah, rakan-rakannya dan watak utama dalam pengembaraan akidah baru dalam mencari cinta agung.. InsyaAllah.. jika semuanya ok saya akan menymbung dari situ.. saya harap mendapat maklumbalas dari pembaca seperti anda.. TQ.. seoga Allah memberi kebaikan di dunia dan akhirat.. Amin.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Zara.. TQ atas sokongan.. saya juga menunggu ia terbit sejak dua tahun lalu.. berkenaan dengan komen zara mengenai cover baru, apa yang dikatakan Zara, sama juga dengan apa yang dikatakan oleh isteri, adik-adik saya dan beberapa sahabat yang mengirimkan email. Pihak penerbitan mungkin mempunyai strategi tersendiri untuk pasaran yang menjadi sasaran mereka. Tetapi jika ditanyakan kepada saya, tentu cover asal juga menjadi pilihan. Ini kerana cover asal tersebut lakaran grafiknya dibuat saya sendiri untuk menceritakan kesimpulan penuh mengenai cerita novel ini. Ia memang syariah compliance. Tetapi, pihak penerbitan juga mempunyai hak untuk mengetengahkan apa yang mereka rasakan perlu. Untuk itu saya berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menentukan hasil yang terbaik yang memberi manfaat kepada semua pihak dengan terbitnya novel ini nanti.. Berkenaan nama pena, saya telah menandatangani perjanjian penerbitan dengan mengemukakan nama pena baru.. InsyaAllah.. apa-apa update akan saya maklumkan di sini.. terima kasih atas komen dan sokongan tak berbelah bahagi Zara.. Allah jua membalasnya dengan kebaikan dan rahmat buat Zara sekeluarga di dunia dan akhirat.. Amin.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Ira, TQ atas komen dan sokongan.. saya dah dapat email Ira semalam. TQ sebab bagi penjelasan panjang, kritikan dan cadangan positif. Insyaallah saya akan lakukan semampu saya untuk kebaikan semua pihak. Saya akan cuba berbincang dengan pihak berkenaan mengenai beberpa isu yang ditimbulkan dan dimaklumbalaskan oleh Ira dan beberpa lagi sahabat kepada pihak yang berkenaan.. Semoga Allah melimpah Ira, isteri, Ira Jr. dan keluarga dengan limpahan rahmat di dunia dan akhirat.. semoga berbahagia selalu ... Amin..

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Zach, TQ atas sokongan dan email Zach juga saya telah baca dan beri perhatian.. pandangan berkenaan cover sepertimana yang telah saya jelaskan dalam jawapan kepada komen Zara.. benar watak uatma lelaki di dalam buku tersebut berbaju T Shirt dengan lakaran band Ramones, manakala gadis tersebut berpenampilan ranggi. Jadi untuk membuat cover yang syariah compliance, watak gadis tersebut tidak saya gambarkan di dalam cover asal. Cover baru juga bagi saya agak kemas dan bersih lakaran yang dibuat, masih berlegar di dalam persekitaran pengembaraan akidah novel ini, tetapi hanya merangkum peratusan akhir pada perjalanan babak penceritaan.. wajah gadis yang tersenyum di dalam gambar itu, tidak mewakili sepenuhnya mood watak Rini yang wajahnya penuh dengan kerut-kerut persoalan tetapi masih di dalam lingkungan cerita dalam perjalanan yang mahu disampaikan.. apa yang boleh dibuat ialah saudara dan sahabat semua termasuk saya mendoakan agar keputusan pemilihan cover ini ialah yang terbaik yang dapat dibuat supaya apa yang diniatkan di dalam penghasilan novel ini mencapai matlamatnya dan memberi kebaikan kepada semua pihak.. Zach, tq atas komen dan saya doakan Zach, isteri, anak dan seluruh keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah dan diberikan rahmat dan kebaikan di dunia dan akhirat.. Amin. Saya sangat mengharapkan dan mengalu-alukan maklumbalas dan kritikan dari mereka yang pernah membaca novel ini dalam bentuk ebook. Terima kasih. Wassalam.

Penulis said...

wsalam...sama2 saya ucapkan.. asalkan benda yg dipromosikan tidak mendatang mudarat kepada kita..saya mmg berbesar hati utk mempromosikannya.teruskan usaha murni saudara..berjuang dgn pena. ilmu saya tak cukup lg utk menulis seperti saudara.. sy bkn ahli Fiqh,bukan ahli Tassawuf mahupun ahli Usuludin. tp logik akal penulisan saya tetap berpandu kepada Al-Quran dan As-Sunnah.. minta dijauhilah saya dari terpesong dari jalan yang benar

Anonymous said...

salam buat saudara Muhammab Ibnu 'Az semoga berada dalam keadaan yang sihat.. tahniah atas usaha murni saudara dengan kembalinya karya dakwah saudara.. harap saudara dapat teruskan dan kami iringi dengan sokongan dan doa.. agak lama juga saya tidak mengikuti laman saudara selepas saudara "bercuti" kerana urusan dan kelahiran anak saudara pada ketika itu.. alhamdulillah.. saya doakan yang terbaik untuk saudara. laman saudara akan saya ikuti..Insya-Allah