Wednesday, December 16, 2009

Rukun Iman Ke Tujuh : Sembahyanglah kamu bila sejadah kamu bersembahyang...

13

Oleh : M.I.A.

Messiah yang di tunggu-tunggu Bani Israel akan muncul pada tengahari Jumaat. Begitulah ia direkodkan dan ditungu dengan penuh keimanan. Menurut rekod mereka, dia akan muncul dan datang ke Zefat di antara bukit-bukit Galilee di negara Israel. Dia akan datang dari Gunung Meron merentasi lembah dalam perjalananannya ke Jerusalem. Di Zefat pada 1985, seorang wartawan National Geographic, Priit J. Vesilind, memulakan artikelnya dengan ayat di atas. Dia memberitahu bahawa sudah berkali-kali dicadangkan kepadanya untuk pergi ke Zefat untuk merasai sendiri bagaimana agama Yahudi diimani di sana. Di Zefat menurut Priit, Sabbath dihormati dengan penuh keimanan. Sebaik bintang pertama kelihatan di Meron pada malam Sabbath, Meron menjadi gelap gelita kerana semua penduduk menghormati kedatangan hari Sabbath pada setiap minggu.

Zefat semasa di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah, para cendikiawan Yahudi menikmati kebebasan dan menjadikan tempat tersebut sebagai pusat pembelajaran dan pusat amalan kepercayaan mistik. Selama 400 tahun mereka tinggal di situ dan hidup dengan beriman sepenuhnya kepada apa yang mereka percaya serta hidup dengan pebuh pengharapan bahawa pada suatu hari nanti nanti, mereka berkesempatan untuk bertemu dengan Messiah yang ditunggu-tunggu ini. Malangnya, Messiah yang ditunggu tidak tiba. Apa yang datang ialah kurun ke 20 dan kumpulan Zionis dari Eropah dengan bidaah logikal dan cita-cita mereka untuk menubuhkan negara sekular Yahudi.

Priit menceritakan tentang Malka Piletski, berusia 74 tahun pada ketika artikel itu ditulis pada 1985. Malka merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang masih bersekolah pada awal 1900-an apabila kumpulan guru pertama yang berasal dari Russia memasuki Zefat.

Mereka merupakan golongan sosialis, penuh dengan semangat revolusi.” Itu kata-kata Malka mengenai guru perempuannya dari Russia itu. “Mereka menyatakan bahawa agama adalah sesuatu yang ketinggalan zaman. Kamu seharusnya bercakap Hebrew dan bukan Yiddish. Mereka menjadikan kami berasa malu dengan ibu bapa kami.” Malka menambah. Priit kemudiannya bertanyakan kepada Malka, “Apakah kamu hilang kepercayaan terhadap agama kamu sesudah itu?”. Lalu jawapan ini diberikan Malka.
Saya masih ingat lagi tentang guru biologi kami yang memberikan satu tugasan berkenaan dengan tumbuh-tumbuhan.” Guru itu berkata. “Kamu semua dikehendaki menyiapkannya di rumah.”
Saya tahu bahawa ianya merupakan satu kesalahan dan dosa untuk menulis pada hari Sabbath, tetapi terdetik di hati saya apakah perkara dosa itu benar. Lalu saya mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri perkara ini. Seawal pagi pada hari Sabbath, saya mengambil sebatang pensil dan sehelai kertas dan berjalan ke arah sebuah padang yang terbentang luas dengan langit yang terbuka di atas dan (pada fikiran saya) seharusnya Tuhan dapat melihat segala-galanya di situ. Kemudian saya duduk dan perlahan-lahan menulis perkataan ‘THE PLANT’ (tumbuhan). Saya menunggu untuk melihat apa yang bakal berlaku. Apakah Tuhan akan menghukum saya?”
“Tetapi langit masih kekal segar tergantung dan berwarna biru dan bunga-bungaan liar masih kekal mengeluarkan haruman seperti biasa.” Bertahun kemudiannya Malka meninggalkan Zefat dan mengejar impiannnya menjadi seorang guru dan dia tidak menoleh ke belakang lagi. Malka kemudian berkata, “Mereka membuka kepada kami pintu kepada dunia,” Dia bercakap mengenai peranan kumpulan Zionis muda yang memasuki Palestin di awal 1900-an seperti contoh gurunya tadi, dan kemudian Malka menyambung, “Tetapi mereka telah menutup pintu langit (kepercayaan terhadap agama dan rahmat Tuhan) buat selamanya untuk kami,” 1

Liga Bangsa yang merestui kemasukan ratusan ribu pendatang haram Zionis Eropah mengubah demografi Palestin menjadi sebuah penempatan haram Yahudi. Kaum Yahudi yang pada asalnya dapat hidup aman damai disamping saudara mereka dari kalangan bangsa Arab, mula diracuni pemikiran mereka oleh gerakan dakyah Zionis ini. Mengikut Rabbi Teitelbum, adalah haram bagi umat Yahudi kembali ke Palestin sebelum kedatangan Messiah. Diaspora mereka merupakan satu bentuk hukuman dari Tuhan ke atas mereka. Maka apa yang dilakukan Zionis Eropah itu merupakan satu tindakan yang berdosa dan mencabar ketetapan Tuhan. Membaca cerita Malka Piletski, kita dapat melihat bagaimana agenda halus Zionis meracuni pemikiran anak muda Yahudi untuk meninggalkan agama anutan mereka demi memastikan cita-cita negara haram Zionis yang bakal mereka bina pada 1948 itu bersifat sekular.

Itu petikan sebahagian cerita pembinaan negara haram Israel sebagaimana yang tercatat di dalam artikel National Geographic pada tahun 1985. Fast forwardkan ke tahun 2009, baru-baru ini, di dalam majalah Newsweek yang membincangkan mengenai Amerika yang semakin hilang bisanya dalam menghasilkan inovasi dan pemikir-pemikir yang hebat, Fareed Zakaria, menjelaskan di dalam artikelnya 2 bahawa selama ini Amerika hanya bernasib baik kerana negara mereka mengalami tiga bentuk gelombang yang berpihak kepada mereka dan mencetus serta menjadikan negara mereka sebagai sebuah negara yang berinovasi tinggi. Gelombang pertama menurutnya berlaku sekitar 1930-an dan ketika perang dunia kedua di mana hampir keseluruhan Eropah dan sebahagian besar negara berpotensi tinggi Asia menjadi hancur disebabkan perang. Ia menjadikan Amerika satu-satunya negara yang masih utuh dan tidak disentuh kehancuran akibat perang (kecuali Pearl Harbour dan kepulauan pasifik milik mereka). Lain-lain negara hancur dan lumpuh sama sekali. Jerman yang sebelum tahun 1930 yang merupakan sebuah negara maju dan hebat, juga turut hancur. Ketika sebahagian besar dunia mencatu makanan, air dan memulihkan diri dari bahana ciptaan ini, Amerika sedang menikmati sebuah fasa zaman di mana ia tidak mempunyai negara-negara saingan dalam bentuk ekonomi dan teknologi. Ini meletakkan mereka di dalam kedudukan selesa. Ibarat bermain bola menentang pasukan lawan dengan hanya 3 pemain dan tiada penjaga gol. Tentu sahaja ekonomi mereka makmur kerana mereka satu-satunya negara yang mampu berinovasi dengan bebas tanpa perlu memikirkan masalah dalaman negara sepertimana Eropah dan Asia yang hancur.

Gelombang kedua menyaksikan migrasi intelektual, ahli perniagaan dan personaliti-personaliti hebat dari Eropah ke Amerika kerana kemakmuran negara tersebut. Ia menjadi pemangkin kepada kehebatan teknologi Amerika. Gelombang ketiga, berlaku semasa perang dingin di mana Kerajaan Amerika membelanjakan peruntukan yang besar (3% dari GDP mereka untuk R&D). Dengan Russia tidak lagi menjadi ancaman, kerjaaan Amerika mula mengurangkan peruntukan R&D dengan drastik. Ketika seluruh dunia lain buat masa ini memberi tumpuan kepada R&D dan bidang sains (China memperuntukkan 60% dari KDNK untuk sains dan teknologi bagi dua dekad akan datang), Amerika menuju kehancuran dengan isu-isu kebebasan bersuara dan hak-hak asasi manusia yang tidak masuk akal. Sebagai contoh, Large Hadron Collider yang dibina di Eropah dengan kos USD 5 billion, merupakan pengganti kepada Superconducting Super Collider yang ditutup operasi pembinaannya pada tahun 1990-an oleh arahan House of Representatives Amerika walaupun terowong bagi kelengkapan itu sudah pun digali sejauh 14 batu (lebih kurang 22.5 km).

Berbeza pula dengan Israel, di dalam majalah yang sama di dalam sebuah artikel bertajuk Soldier of Fortune 3 dimulakan dengan petikan berikut. “How does Israel- with fewer people than the state of New Jersey, no natural resources, and hostile nations all around – produce more tech companies listed on the NASDAQ than all over Europe, Japan, South Korea, India, and China combined?” (Bagaimana Israel dengan jumlah penduduk yang kurang dari jumlah penduduk New Jersey (US), tanpa sumber asli, dengan negara-negara yang mengancam kedudukannya disekelilingnya – menghasilkan lebih banyak syarikat yang disenaraikan di NASDAQ melebihi dari kesemua syarikat dari Eropah, Jepun, Korea Selatan, India, dan China jika digabungkan?).

Salah satu sebab yang diberikan oleh penulis artikel itu ialah kerana rakyat negara haram tersebut dikerah dan dipaksakan menyertai perkhidmatan National Service atau Khidmat Negara. Negara yang dirampas dan diperintah secara haram oleh Zionis ini, dan direstui penubuhan mereka oleh pengganas Amerika dan barat ini mewajibkan setiap warganya yang lelaki menyertai National Service secara berkala dan aktif. National Service yang dijalani mereka secara paksa itu menjadikan mereka sebagai manusia multitasking. Kepelbagaian kebolehan yang diperolehi mereka di dalam khidmat tersebut menjadikan mereka sebagai manusia yang mempunyai pelbagai kemahiran yang tidak statik, tidak jumud dan tidak kaku perspektif dalam menilai sesuatu perkara.

Tetapi malangnya kesemua itu dicapai mereka dengan satu pengorbanan yang besar. Seperti kata-kata Malka Piletski di awal tadi, mereka mengecap kemajuan dikala mereka mahu meninggalkan kejumudan agama mereka. Ya.. negara haram Israel menjadi maju kerana mereka telah meninggalkan sama sekali agama Yahudi mereka dan memberi tumpuan kepada pembinaan negara sekular. Begitu juga dengan negara-negara barat yang bertunjangkan kristianisasi. Dikala gereja mempunyai cengkaman kukuh di dalam pemerintahan di barat, zaman itu digelarkan di dalam sejarah sebagai Zaman Gelap. Di zaman gelap ini, manusia hidup secara barbarik dan perkembangan sains pula dianggap sebagai bidaah yang perlu dihukumkan dengan hukuman bunuh. Bruno dibakar hidup-hidup kerana bertegas dengan pemahaman sains yang bertentangan dengan apa yang gereja mereka imani. Miguel Servet of Aragon dibunuh dan dipalangkan kerana mempersoalkan konsep trinity yang diada-adakan dalam Kristian. Galileo, dipenjara dan  dipaksakan mengaku dan meninggalkan apa yang dia imani betul bahawa bumi ini bergerak mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya sebagaimana yang dipegang doktrin Geocentrik gereja yang menyatakan bumi pusat sistem langit dengan matahari mengelilinginya. Oleh kerana gereja Vatican pada ketika itu dengan berpandukan Bible, bertegas bahawa adalah bidaah dan satu bentuk kesesatan bila para saintis ini mendakwa bahawa bumi bergerak, maka setiap satu dari saintis yang berpegang kuat dengan penemuan baru i ni (heliocentric) diburu dan dihukum keras termasuk dibakar hidup-hidup.

Bermula dari situ, saintis-saintis ini memulakan perjumpaan-perjumpaan rahsia sesama mereka ditempat-tempat yang dirahsiakan bagi membincangkan perkara yang agama mereka anggap sebagai bidaah dan kesesatan. Dari perjumpaan demi perjumpaan inilah lahirnya sebuah pertubuhan rahsia yang akhirnya mendapat perlindungan dari pertubuhan-pertubuhan rahsia yang lain untuk tujuan membebaskna diri mereka dari cengkaman gereja-gereja Vatican. Dari sinilah ‘kumpulan-kumpulan rahsia’ mula terbentuk sedikit demi sedikit bagi tujuan kuasa dan menguasai dunia. Zaman gelap di Eropah dan barat bertukar menjadi zaman Renaissance bilamana kuasa-kuasa gereja mula dicabut dan negara-negara barat mula memisahkan kuasa agama kristian dari pentadbiran mereka. Bermula dari pemisahan ini, barat mula mengecapi kemajuan. Kemajuan barat yang ada pada hari ini, tidak dapat tidak, harus disabitkan dengan tindakan mereka meninggalkan agama mereka yang keras dan jumud.

Berbeza dengan Islam, umat Arab yang hidup secara barbarik, tidak bertamadun dan tiada beza antara mereka dengan perlakuan haiwan, mula berubah kedudukan dan cara hidup mereka sebaik cahaya Islam menguasai hati-hati mereka. Muhammad s.a.w. bertungkus lumus membawa keluar manusia kesemuanya dari perhambaan kepada sesama manusia, material dan perbuatan syirik, telah mengubah secara total demografi dan struktur masyarakat di tanah Arab menjadi manusia yang bertamadun dan menjadi peneraju tamadun besar yang memberi impak positif kepada kemanusiaan. Sebaik Islam menjadi tunjang pembinaan dan sahsiah sesebuah negara, negara itu melompat jauh ke hadapan di dalam kekuatan ketamadunan dan perkembangan ilmu.
Perhatikan.. perhatikan dan perhatian dengan akal yang berfungsi seperti mana tujuan Allah menjadikannya. Yahudi dan Nasrani menjadi maju kerana meninggalkan agama mereka. Tetapi muslim pula menjadi peneraju tamadun ketika mereka kuat dan berpegang kukuh kepada agama Islam. Kedudukan Islam yang tercorot di celah sarang cencurut adalah disebabkan umat Islam kini memilih untuk hidup dalam keadaan menghina dan merejamkan akal keupayaan mereka ke dalam longkang busuk dan meninggalkan ajaran Islam tulen yang sebenarnya.

Ketika seluruh Israel bergegak gempita sibuk berbangga-bangga dengan pencapaian saintis mereka diangerahkan anugerah Nobel baru-baru ini, surat-surat khabar mesra minda melayu muslim sibuk menghebohkan cerita sejadah duduk bersolat. Bangsat sangatkah akal pemikiran kita ini?!!!!!!!



Untuk mereka yang berfikir bahawa kejadian-kejadian seperti ini merupakan sebahagian daripada Islam, anda sebenarnya sangat tersilap dan menghina perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan kebodohan diri sendiri. Rasulullah berjuang bermati-matian untuk mengeluarkan manusia dari kebodohan seperti ini, kebodohan diri manusia itu sendiri dan kembali ke jalan Allah yang memuliakan akal fikiran manusia, tetapi malangnya umat Rasulullah kini terutamanya di Malaysia ini, akalnya lebih rendah dan hina berbanding kumpulan musyrik dan penyembah-penyembah berhala.

Saya pernah menegur di blog ini mengenai fenomena nama-nama Allah yang dikatakan muncul pada pelbagai objek dan makhluk. Saya juga pernah menegur penggunaan rakaman audio yang dikatakan oleh sang penceramah bahawa ia merupakan rakaman azab kubur. Saya mengatakan bahawa hanya manusia dengan iman yang korup memerlukan perkara seumpama itu untuk beriman kepada Allah s.w.t. Hanya manusia yang korup kekuatan akal memerlukan segala bentuk kepalsuan yang diada-adakan demi untuk beriman kepada Allah, melakukan suruhanNya dan meninggalkan larangan-Nya. Hasilnya saya dimaki, dihamun dan dicarut-carutkan di dalam youtube oleh majoriti manusia yang pemalas. Sudah saya sediakan penjelasan, tetapi kometar-komentar yang dilontarkan itu langsung tidak menunjukkan bahawa mereka mahu mengambil peduli untuk membaca apa yang mahu saya hujahkan sebagai pendapat saya. Saya tidak pernah ‘delete’ walau sebuah komen yang menghamun saya kerana saya memberi teguran tersebut. Ia ibarat ladang bagi mengutip pahala percuma dari komen-komen negatif tersebut. Saya menegaskan di dalam posting ‘Kebesaran atau sindiran dari Allah’ bahawa selagi kita memerlukan segala karut marut begini untuk disabitkan dengan Islam dan sebagai pemangkin iman kita, selagi itulah selayaknya umat Islam diseluruh dunia dibom dan dipijak-pijak oleh kuffar atas pilihan kita sendiri. Tetapi di dalam banyak-banyak komen yang saya terima di youtube, komen di bawah ini saya letakkan sebagai komen yang paling ‘klasik’ kerana dasar pemikirannya melebihi tahap ‘intelektualisme dewata’. Dia lebih hebat kerana rukun imannya ada tambahan rukun ke tujuh iaitu ‘hendaklah kamu beriman bila video azab kubur disahkan betul. Sembahyanglah kamu bila sejadah kamu bersembahyang’.

 jeffree040185 (3 days ago)
setelah anda(satuhala@blogspot) mmbuat 1 knyataan ttg video siksa kubur ini tipu...maka saya gembira kembali dan tidak takut berbuat maksiat sesuka hati....tq bro yg telah menghilangkan rasa takut golongan2 spt saya... sebelum ini merasa takut bila tgo video itu.. kembali bermaksiat sbab bro(satuhala@blogspot) telah mengkaji sedalam2nya ttg pkra trsbt lalu mmbri tahu siksa kubur tidak benar..anda sorg yg brpndgn jauh.?atau mnonjolkn KEBODOHAN anda?video itu mungkin saja benar dan sebaliknya...

klik sini untuk ke pesta maki hamun tersebut : http://www.youtube.com/watch?v=IqIgqlsogf4

Malah bila saya menyatakan Allah itu menyindir manusia yang tidak mahu menggunakan akal dengan perkara sedemikian, mereka menghamun saya dengan menyatakan tidak layak bagi Allah menyindir. Betulkah sedemikian kenyataan mereka itu, atau mereka tidak pernah membaca dan memahami al Qur’an sehingga habis?

Saya sangat pasti bahawa jika Umar al Khattab  r.a. masih hidup dan tinggal di Permatang Pauh, berkemungkinan tentu sahaja seluruh penduduk Permatang Pauh yang berpusu ke Taman Haji Mat Amin tempoh hari ditamparnya sehingga longgar gigi geraham kerana ‘baru mahu beriman dan kagum dengan kebesaran Allah hanya setelah sejadah bangun duduk bersolat’. Saya orang Pulau Pinang, dilahirkan di Tanjung, Pulau Pinang dan saya beserta keluarga saya dan ramai orang melayu & muslim di’exodus’kan keluar oleh pelacur-pelacur politik melayu-muslim keluar dari pulau tersebut. Kini bermastautin di Pematang Pauh dan saya tidak mahu muka saya disepak mana-mana khalifah yang mahu menegakkan khilafah dimuka bumi ini. Jika kita semua bersikap mahu menunggu sejadah makan nasi baru hendak makan nasi, jika mahu menunggu sejadah bersolat baru hendak bersolat, jika mahu menunggu sejadah berkhatan baru hendak berkhatan, jika mahu menunggu sejadah baca buku baru hendak membaca, jika mahu menunggu ‘nama-nama Allah’ muncul dimerata tempat baru hendak beriman, tiada guna berselawat ke atas Ibrahim a.s. pada setiap kali bersolat, kerana ucapan di bibir itu tidak membawa masuk apa jua pengertian ke dalam hati masing-masing. Jadi, jangan bersungut dan menumbuk-numbuk meja di kedai-kedai kopi cuba menjadi hero bila menyentuh mengenai nasib umat Islam di serata dunia jika diri sendiri tidak mahu berubah!

Rujukan :

  1. Priit J. Vesilind, Searching for the center Israel, National Geographic, Vol. 168, No.1, July 1985, m/s 2 – 5.
  2. Fareed Zakaria, Is America Losing It’s Mojo?, Newsweek, November 23, 2009, m/s 26-29.
  3. Dan Senor & Paul Singe, Soldier of Fortune, Newsweek, November 23, 2009, m/s 36 – 37.



Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.



Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

13 comments:

Unknown said...

Assalamua'laikum w.b.t

Saya BERSETUJU dengan apa yang saudara hujahkan.

Bak kata seorang Ustaz, "Kalau nak kata kejadian itu )sejadah berdiri bagai bersolat) perkara ajaib, Al-Quran lagi sangat ajaib.."

Teruskan usaha saudara untuk menyampaikan ilmu melalui medan ini..

Selamat maju jaya & teruskan perjuangan..! ^^,

irdina said...

betul, memang letih membaca isu sejadah bersolat nie. yang terbaru pasal air ajaib
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm.
anyway, terima kasih daun keladi

Kelembai Dukm said...

SALAM..
satu pembukaan minda yg harus di nilai secara terbuka oleh semua pembaca...
mereka yg yidak berilmu sudah tentu saja senang mencarut sambil mempertikai tanpa hala tuju..
teruskan perjuangan anta..

Anonymous said...

post yang sangat menarik. cuma saya berasa sedikit ralat mengenai ayat ini 'tiada guna berselawat ke atas Ibrahim a.s. pada setiap kali bersolat kerana ucapan di bibir itu tidak membawa masuk apa jua pengertian ke dalam hati masing-masing' soal ibadah adalah antara hamba dan Allah. soal ibadah kita berguna atau tidak adalah urusan Allah. walaupun ucapan tersebut mungkin tidak membawa sebarang pengertian di hati, hanya Allah yang boleh menilai perkara tersebut, hanya Allah yang Maha Mengetahui. kita hanyalah hambaNya yang amat lemah dan hina yang sering terdedah kepada godaan syaitan. wallahualam....

J.HADI said...

Pertamanya,setiap kali artikal sahabat tulis sentiasa menarik untuk saya membacanya...tahniah!

Kiranya sedikit sebanyak sahabat meluahkan rase kesal dan kecewa terhadap mereka yang memberi komen, yang pada pandangan sahabat teguran yang berikan untuk berniat supaya tidak terpesong jauh, lagi lagi dunia sekarang info mudah dan cepat sampai...niat sahabat mmg baik tapi simple...pemikiran sahabat berada di tahap yang lebih tinggi berbanding mereka yang memberikan komen komen jelik...pernah suatu ketika saya belaja...heboh pasal surat berantai( ala pasal satu sheikh kat madinah mimpi...then cerita pasal hari kiamat...syoknya surat tu letak kat masjid)...saya dapat je surat tu...saya photostat beso beso dan banyak banyak...then atas kertas tu saya tulis beso beso 'BIDA'AH'...huih sambutan mase tu amat menggalakkan( sebab mase tuh masa tampal tgh org ramai...kenalah)...Ilmu saya tak sehebat sahabat...pengetahuan saya cetek dan artikal artikal yang sahabat tulis hanya sekadar pengetahun saya dan keluarga...
Teruskan perjuangan sahabat mungkin suatu hari nanti org yang selama ini hanya di belakang tabir dan memerhati mula sedar seterusnya bangun berjuang...insya-Allah..

satuhala said...

Wa'alaikumsalam MSS LaWLiET,
Benar apa yang di petik anda, bahawa al Qur'an itu sendiri merupakan kalamullah yg tak terbanding kejaibannya.. Saya sgt bersetuju. paling mudah mengenal kehebatan Allah ialah dengan melihat kejadian diri sendiri, tetapi malang sekali tidak ramai yang mahu bersyukur dan merendahkan kehebatan Allah dengan perkara picisan sebegitu (sejadah duduk dsb.) .. TQ atas komen.. Semoga anda dan keluarga dirahmati Allah setiap saat & masa. wassalam...

satuhala said...

Assalamu'alaikum Irdina, sama-sama.. TQ atas komen,
Link berita kosmo tu broken.. tapi kebiasaan bagi mana-mana tabloid mcm tu utk exploit berita2 yang membikin semak minda org Islam. Susahlah masa depan Islam jika muslim berterusan secara majoritinya bersikap macam ni. Ketika umat lain di dunia bersikap lebih Islam dari Islam dalam membina ketamadunan, umat Islam pula bersikap seperti pengamal animisme yang percaya kepada segala karut marut untuk beriman, sedang Allah tak pernah pun suruh mereka bersikap macam tu.. Maaf saya tak sempat hantar cover buku yang saya sebut dalam email kepada Jannah.. saya sedikit sibuk.. InsyaAllah sebaik semua diuruskan dengan betul, saya akan emailkan kepada Irdina.. Semoga Irdina dan keluarga sentiasa dirahmati Allah di mana jua Irdina berada.. wassalam..

satuhala said...

Wa'alaikumsalam Wanna..
betul2 transparent Aniq.. siap letak IC jadi avatar.. respek habis.. jangan sampai kena exploit sudah la.. dicarut-carut tu biasa, lebih baik dicarut dari kerap dipuji, sekurang-kurangnya kita akan sentiasa berhati2.. tetapi kalau nak kritik adalah lebih baik mereka berhemah dan meneliti terl;ebih dahulu apa yang mahu dihujahkan.. itulah adab dalam Islam bukan? Doakan mereka semua berubah.. saya tak pernah delete komen mereka walaupun dimaki hamun dengan perkataan lucah.. itu adat mahu berjuang. TQ atas komen saudara Aniq.. semoga anda dan keluarga sentiasa dirahmati Allah setiap saat dan masa.. wassalam..

satuhala said...

Assalamu'alaikum Shahira.. TQ atas komen dan kritikan membina.. penjelasan saya... Saya memilih untuk menulis demikian kerana saban tahun kita merayakan AidilAdha dengan cerita-cerita Ibrahim a.s. dari masjid ke masjid, blog ke blog, forum ke forum, dan apa yang tinggal dari situ hanyalah sekadar cerita penyedap dan pengisi masa.. tak ramai yang mahu melihat bagaimana mulanya Ibrahim a.s. beriman kpd Allah dengan memerhatikan alam dengan akal, dari situ dia kenal siapa itu Allah. Awaluddin Makrifatullah, awal agama itu mengenal Allah, jika tidak kenal bagaimana setiap dari perlakuan ibadat kita boleh menghampiri roh sebenar yang membawa kita kepada ibadah yang mencegah segala perbuatan keji dan mungkar. Solat itu harus difahami bukan hanya sekadar mengenal rukun, syarat sah, tetapi solat itu bertambah indah jika dihayati aspek pelaksanaannya sebagai mematuhi perintah Allah. jadi apa signifikan berselawat setiap hari kepada baginda dimasukkan ke dalam tahiyyat jika ia tidak lebih dari satu kebiasaan yang dilagukan tanpa apa-apa pengejaran yang mahu diambil? Benar setiap ibadat itu hak Allah untuk menilaikannya, dan ANTARA cara mudah untuk melihat bagaimana ibadah itu dinilaikan baik oleh Allah ialah apabila ibadatnya membawanya menjauhi segala bentuk khurafat dan perkara-perkara keji dan mungkar. malang sekali, antara ramai yang berpusu terkesima dengan fenomena mistik spt. sejadah duduk ini, kebanyakannya ialah orang-orang yang bersolat. Setiap apa yang dilakukan di dalam solat perlulah dengan penuh penghayatan. Saya yakin saudari Shahira mengetahui bahawa Allah berfirman di dalam surah al Ma'un ayat 4 -5 seperti berikut "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. ".. maka saya cuba menegur bahawa punca segala masalah ini yang menjadikan majoriti muslim bersikap seperti golongan animisme ialah kerana solat mereka boleh jadi termasuk dalam golongan yang lalai. lalai bukan sahaja bererti melambat2kan solat, solat sambil lewa dsbnya, tetapi juga merangkumi perbuatan ikut-ikutan tanpa mahu mengambil pengajaran dan iktibar dari setiap perlakuan dan perbuatan, malah adakalanya diisi sikap riya' dan menunjuk-nunjuk sesama kita. Saudari benar apabila menyatakan bahawa kita sebagai insan, tidak pernah terlepas dari menjadi mangsa godaan syaitan. jadi seharusnya kita sering ingat mengingatkan antara satu sama lain supaya bilamana saya lalai, saudari dan sahabat sekelian boleh menegur saya, dan begitu juga sebaliknya supaya kita semua tidak hanyut di dalam kehidupan kita dengan menjadi lebih lalai lagi. Saya sangat menghargai komen seperti ini.. ia membina dan membenarkan saya bermuhasabah untuk menilaikan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dilakukan di masa hadapan.. Terima kasih, maaf jika tersinggung.. semoga Allah senitasa memberikan saudari dan keluarga rahmat pada setiap saat dan masa.. terima kasih atas komen dan keraplah berkunjung supaya blog ini mempunyai sahabat pembaca yang bukan sekadar membaca tetapi dalam masa yang sama menilai dan membuat pertimbangan sendiri dan mengeur pada keadaan memerlukan untuk sdaya ditegur.. terima kasih...wassalam..

satuhala said...

Assalamu'alaikum J.Hadi Protoss, surat pasal mimpi imam tersebut, saya pun dapat sikit masa dulu, saya cuma menyimpannya tanpa perlu berbuat apa-apa kerana memeahami bahawa dengan melayan ugutan bala dan rahmat dengan mengirim atau tidak surat itu, ia bermakna kita telah melakukan perbuatan syirik. Saya tidaklah seberani dan sepantas saudara dengan bertindak drastik. sekurang-kurangnya dengan adanya org seperti saudara, pasti segelintir dari jemaah kat situ sedar dengan perkara mengarut tersebut. Tetapi, faham-faham sajalah, sedikit menyokong dan ramai menghamun tu perkara biasa.. kita di dunia sekejap saja, saya ingat kata-kata seorang guru yang mengajar tafsir kepada saya, "ini jalanan berduri, kalau luka sedikit dah menangis terisak-isak, lebih baik jangan menempuh jalan ini..' saya, saudara dan para sahabat yang berkunjung ke blog ini tiada bezanya, setiap seorang dari kita mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing. Masing-masing dalam perjalanan untuk berhimpun dan disoaljawab dihadapan Allah nanti. yang paling penting, apa saja yang kita lakukan pastikan kesannya membawa perkara positif hingga diakhirat nanti.. tak kira apa profession samada pemain bola, guru, pensyarah, mekanik, tentera, professor, pekerja am, pereka fesyen dan sebagainya, harap dapat kita gunakan segala kelebihan yang ada untuk membawa kebaikan kepada manusia sejagat dan umat islam khususnya dan harap amalan kita nanti dapat mengundang rahmat Allah dan memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa hisab.. InsyaAllah.. untuk mereka yang menghamun itu, perlahan-lahan kita doakan supaya mereka berubah sikap. TQ atas komen sahabat.. semoga Alalh memberikan rahmat ke atas sahabat dan keluarga setiap saat dan masa.. Amin..

mee said...

aku dah tengok video tu... sebelum tu aku cam percaya gak pasal vid azb kubur tu.. tapi lepas baca dalil dan hujah bro saya mula berfikir... betul juga ...
walaupun tujuan vid tu untuk memberi menunjukan kebenaran tentang sesuatu perkara .. ianya jadi tidak bermakna lagi jika hanya satu penipuan... dimananya benar jika ia tipu... tidak perlulah mereka2 semata untuk mendapat kepercayaan.. dan lagi artikal bro sngat membuatkan saya berfikir...TQ

satuhala said...

Mee.. sama-sama, saya cuma buat apa yang saya tahu dan yakini. Alhamdulillah walaupun ramai yang tidak suka, sekurang2nya testimoni dari org seperti mee ini, menyedarkan saya bahawa bukan jumlah yang perlu kita kejar, tetapi dengan berjaya menagajak walaupun seorang meninggalkan perbuatan karut dan pembohongan atas nama Islam, ia bermakna posting itu ada kesan positifnya. Terima kasih... semoga anda dan keluarga sentiasa dirahmati Allah setiap saat dan masa.. Wassalam.

mee said...

just nak share apa itu makna kebesaran Allah
tengok sampai habis
http://www.youtube.com/watch?v=Vlrb1rOT36o&feature=player_embedded#at=350