Wednesday, September 10, 2014

MH 17 : Jika Saya Seorang Pencuri

Saya cuba meletakkan diri saya di dalam posisi seorang pencuri yang sedang merangka pelan untuk membuat pencurian. Sasaran saya sebuah rumah yang dilengkapi sistem penggera termasuk CCTV.

Untuk mengelakkan saya tertangkap, maka saya perlu melakukan salah satu daripada perkara berikut :

1) Memastikan saya tahu setiap lokasi yang dipantau atau dijaga oleh sistem tersebut dan mengelakkan pergerakan di dalam kawasan pemantaun.

2) Mengenalpasti semua lokasi yang dipantau dan peealatan yang digunakan dan kemudian mematikan semua sistem tersebut sebelum aktiviti mencuri itu berlaku.

3) Jika tiada kesempatan, maka aktiviti pencurian itu dilakukan terlebih dahulu, tetapi kemudiannya saya padamkam semua rekod aktiviti pencurian itu daripada sistem.

Kenapa tiba-tiba saya meletakkan diri saya di dalam situasi pencuri yang sedang merancang untuk mencuri dengan selamat?

Semuanya dicetus oleh rasa marah kepada kuasa besar dunia yang masih tidak tahu malu menipu dengan terang kepada dunia dengan mencuci dosa mereka dengan alasan-alasan paling menjengkelkan.

Petikan berita hari ini:

"... namun, perakam audio itu terhenti tiba-tiba,".



Mulut dikunci serapat mungkin ketika hati sedang mencarut-carut di dalam kepelbagaian bahasa bagi menunjukkan semangat Satu Malaysia.

Apa mereka fikir kita bodoh yang semuanya boleh berhenti tiba-tiba tanpa sebarang campurtangan sesiapa sama ada dilakukan sebelum atau selepas nahas MH 17?

Jika mereka berupaya untuk mengawal mana-mana pesawat Boeing secara kawalan jauh, apalah yang susah sangat untuk menghentikan rakaman perakam di dalam pesawat samada semasa penerbangan atau selepas penerbangan ditembak jatuh.

Keadilan harus ditegakkan. Kita berdoa supaya pihak yang melakukan kekejaman dan melindungi kekejaman ini dihukum Allah dengan hukuman yang mengazabkan di dunia dan akhirat. Ameen.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email