Wednesday, February 19, 2014

Rak Rak Rum!

3
Oleh : Imran Haaz


Semakin bejat pengisian naskah drama dan filem kita. Islami mereka ialah pada tudung dan langkah terkepit. Benar-benar sempit. Islami pada penampilan dan kosmetik drama, tetapi semua batas hukum dilanggar, dirodok dan disodok. Berpeluk sakan sampai tidak ingat siapa yang dipeluk. Sebaik lesen besar berlakon sebagai suami isteri diberikan pengarah, ia diangkat sebagai wahyu baharu dari otoriti yang lebih besar dari Tuhan untuk melanggar hukum-hukum Tuhan tanpa rasa bersalah.

“Itu kehendak pengarah. Saya hanya menjalankan tugas. Semua ini tuntutan skrip.”
Kuyup lencun habis basah dikahakkan alasan tersebut untuk sesiapa sahaja yang bertanyakan perihal itu kepada mereka. Bagaimana pula dengan kehendak Tuhan, serta tuntutan agama? Ke parit dan longkang mana ia dihumbankan?

Patutlah kualiti filem dan drama kita semakin hari semakin menuju ke loji kumbahan. Jika sebelum ini, mereka berbangga dengan hasil kutipan. Tahun lepas dan tahun ini, kutipan semakin merudum. Sama merudumnya dengan sisi kebejatan moral di dalam sampah-sampah di dalam gelap yang ditawarkan kepada penonton Melayu. Rak Rak Rum jatuh berderai rumah nenek bagai dalam cerita ram-ram pisang.

Tak tegur makin bejat. Tapi kalau ditegur sakan mereka melompat-lompat.
“Penonton sekarang sudah bijak.” Itu satu lagi klise. Entah Einstein mana yang tolong membuat ukuran. Mungkin kerana penonton semakin bijaklah mereka kini berbelanja dengan bijak dengan menolak untuk menghabiskan duit dan wang mereka dengan menyokong industri filem kita.

Bukan semua insan seni dan pengarah berfikiran demikian, Cuma majority daripada mereka yang memalitkan lumpur kepada segelintir minoriti. Ini kisah yang malang. Medium yang seharusnya menjadi penggerak kekuatan generasi Islam menjadi kunyahan manusia-manusia dengan pemikiran yang boleh dipertikaikan.

Menggeleng kepala melihat bagaimana watak seorang ‘muslimah’ tidak dapat membendung nafsu lantas mengambil tindakan drastik meraba secara rakus punggung pelakon lelaki di dalam sedutan drama di bawah. Seolah-olah itulah punggung terakhir di dalam dunia yang boleh diramasnya.








Oh maaf.. saya yang tersilap. Saya tidak patut menegur. Itu semua kehendak pengarah rupanya. Terlalu berani dan cabul penulisan ini menegur pengarah dan penerbit yang seolah-olah mempunyai Otoriti yang lebih tinggi dari Tuhan semesta alam.
Maaf sekali lagi.. saya terlupa. Itu semua tuntutan skrip rupanya.

Maaf.. sekali lagi saya terlupa. Saya terlupa bahawa mereka telah mendapat wahyu dari tuan pengarah untuk membatalkan hukum-hukum Tuhan.

“Penonton sekarang sudah bijak!”

Oh Maafkan saya sekali lagi kerana tidak sebijak penonton yang menonton drama-drama dan filem-filem tersebut.

“Kami sudah merujuk ustaz dan kitab-kitab besar,”

Oh.. kalau begitu saya sedang hidup sebagai orang jahiliah.Maafkan saya sekali lagi.
“Sebagai manusia yang lebih bijak mengenai bidang seni Negara, kamilah yang lebih layak untuk menentukan halatuju industri seni Negara.”

Oh.. kalau begitu, saya terus tersilap membuat judgement awal kepada apa yang saya rasa sebagai bejat. Cuma tinggal satu persoalan, jika tuan-tuan pemain industri ini terlalu super-duper bijak dan wajib menerima sebelas anugerah nobel di dalam semua hal-hal tersebut, kenapa situasi kewangan FINAS setelah diserahkan kepada pemain industri turut rak rak rum seperti rumah nenek di dalam cerita ram ram pisang?



Inilah jadinya bila pengarah menjadi Tuhan dan skrip menjadi kitab panduan. Jahanam. Rak rak rum!




© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

3 comments:

...Juwita Maya... said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ntah apa nak jadi.

fesyen islamik konon busana muslim pun sama

saling tak tumpah mcm fashion show itali cuma pakaian cukup kain tp ketat...busana muslim katanya

ntah lah

lempang sorang2 direktor drama n lempang semua pereka fesyen ngok ni

fesyen lah sangat



satuhala said...

Hamba Allah February 20, 2014 at 10:32 PM,

Ini namanya hijack Islam untuk boyotan perut sendiri.

Mrk cuba corakkan Islam sebagaimana nafsu mrk mahu.