Wednesday, February 26, 2014

Jangan sampai bila keranda diusung, baru bercucuran air mata

Oleh : Imran Haaz

Sebaik Merdeka, golongan bukan Islam menuntut supaya Tulisan Jawi di dalam sekolah kebangsaan dimansuhkan serta digantikan dengan Tulisan Rumi. Alasan mereka, ia supaya mereka berasa selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan tanpa merasakan anak-anak mereka didoktrinasikan dengan elemen-elemen Islam. Dengan memansuhkan tulisan Jawi, maka menurut mereka, integrasi nasional akan berjalan dengan lebih lancar. Negara akan lebih berpadu dan masalah-masalah perkauman akan berkurangan.

Berdekad-dekad selepas tulisan Jawi dimansuhkan, mereka yang memintanya dilakukan masih tidak menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka tetap memilih pendidikan Vernakular yang menjadi barah dan punca kepada masalah perpaduan kaum di Malaysia. Manakala pemerintah yang menurut nasihat kurang cerdik tersebut pada satu ketika dahulu, terus disalahkan oleh orang-orang Melayu sehingga ke hari ini kerana telah mematikan keunggulan tulisan Jawi.

Kita fikir pemerintah akan belajar dari kesilapan. Tetapi kita mungkin silap.




Baru-baru ini, sekumpulan yang mendakwa diri mereka ‘genius’ yang menghurungi pemerintah mengatakan bahawa ruang pemakluman bangsa di dalam borang-borang kerajaan menjadi punca perpecahan kaum di negara ini. Pemerintah seolah percaya kerana mengambil serius tentang hal ini. Kuman seberang laut nampak jelas, gajah di depan mata, terus buat-buat tidak nampak.

Masalah perpaduan kaum di negara ini adalah disebabkan pemisahan anak-anak berlainan bangsa di dalam sekolah-sekolah yang mempunyai aliran yang berlainan. Mereka berfikir di dalam lingo bahasa yang berbeza. Mereka membesar dengan pemikiran yang berbeza dan tidak bercampur sesame mereka. Mereka menonton siaran televisyen yang berbeza sehingga tiada topik yang boleh dijadikan subjek perbincangan yang sama. Mereka bermain sukan yang berbeza dengan sekelompok bermain bola sepak dan sekelompok lagi diprogramkan untuk menyukai bola keranjang. Mereka telah dipisahkan secara sedar dan terancang.

Kemudian bagi mengalihkan perhatian daripada dihalakan kepada sistem vernakular sebagai punca masalah perpaduan negara, maka mangsa yang paling mudah dicari. Kambing hitam diperlukan dan dicari. Sebaik dijumpai, lalu kambing hitam itu disembelih. Pemerintah tahu, orang Melayu mudah bertoleransi. Mereka tetap akan terus bertoleransi walaupun mereka dihalau masuk ke hutan dan tinggal bersama beruk di atas pokok. Jika kedudukan beruk di atas pokok pun terancam dengan kehadiran Melayu setelah dihalau ke hutan, maka hak-hak keistimewaan beruk di hutan juga perlu ditegakkan. Maka apa sahaja yang memberi keistimewaan kepada Melayu harus dirampas, dimusnahkan dan dihancurkan. Di mana pula mahu menghalau orang Melayu setelah bukan Melayu menghuni pekan dan beruk berkuasa di hutan? 

Yang jelas Melayu dan segala yang Melayu boleh ditoleransikan. Tanam mereka dalam kubur hidup-hidup pun tidak mengapa. Malah kubur-kubur mereka juga boleh dibongkarkan kembali dan dipindahkan hanya kerana mereka boleh ditoleransikan. Asalkan, hak asasi segala yang lain daripada Melayu itu perlu dihormati. Bukan Melayu, kambing, kucing, kayu, batu, jalan Tar, tong sampah, loji kumbahan dan segala yang lain mempunyai hak yang lebih atas daripada hak Melayu. Melayu boleh ditoleransikan. Bukankah semua yang berlaku selama ini mencadangkan seolah-olah itu yang dikejar-kejar oleh politikus tempatan. Barang lelong paling laku di dalam perebutan politik hari ini ialah segala yang Melayu dan Islam? Bukan begitu yang sedang dipamerkan oleh kedua-dua pihak? Pemerintah jika bersetuju dengan perkara ini, maka jelas mereka telah terikut-ikut dengan sikap pelelong Islam dan Melayu dipihak sebelah sana.    

Kenapa ruang pemakluman status bangsa menjadi mangsa keadaan pada waktu ini? Mereka tahu Melayu Islam itu majoriti pada kedudukan bilangan bangsa mereka. Dalam sistem demokrasi, bilangan sentiasa diterjemahkan sebagai kuasa yang memerintah dan menentukan dasar. Bilamana semua ini dikelabukan dan dihilangkan, maka tiada lagi garis pemisah yang memisahkan dengan jelas Antara yang bukan Melayu dan Melayu. Semuanya rakyat Malaysia berbangsa Malaysia.

Bukankah ini juga cita-cita Perlembagaan Rakyat yang disokong oleh golongan Pro Komunis semasa cadangan Perlembagaan Malaysia cuba dibentuk sebelum Merdeka? Semua rakyat Malaysia dianggap sebagai Melayu di dalam Perlembagaan Rakyat tersebut jika Perlembagaan Rakyat itu diterima sebagai Perlembagaan Persekutuan. Lim Kit Siang adalah Melayu. Teresa Kok pun Melayu, Nga Kor Ming juga Melayu, semua di dalam HINDERAf juga Melayu walau tidak disunat anunya itu. Itulah yang dicadangkan di dalam Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan gabungan Putra-AMCJA.

Bukankah pengkelabuan pemisahan bangsa ini menuju apa yang dimahukan Perlembagaan Rakyat satu ketika dulu? Kenapa Najib Tun Razak mahu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diusahakan oleh Ayahandanya yang banyak berjasa kepada kekuatan serta kebangkitan orang-orang Melayu?

Tolonglah sedar. Kita telah melihat pemansuhan tulisan Jawi yang dikatakan akan mendekatkan pelbagai bangsa kepada Sekolah Kebangsaan. Ia tidak pun berlaku.

Apa mereka fikir dengan pemansuhan kategori bangsa di dalam dokumen-dokumen rasmi kerajaan akan melembutkan hati mereka untuk kembali bersama pemerintah? Jangan harap dan bermimpi disiang hari.

Seorang Muslim tidak akan dipatuk ular dari satu lubang sebanyak dua kali. Itu kata-kata Rasulullah s.a.w.

Jika masih mamai dan berharap bahawa dengan tindakan ini orang-orang Cina dan bukan Islam akan kembali menyokong pemerintah, jangan harap perkara itu akan berlaku. Selagi mereka percaya bahawa ‘anugerah tuhan’ itu akan membawa mereka ke mercu pemerintahan, mereka akan terus memekakkan telinga mereka kepada segala apa yang dilakukan oleh pemerintah. Meskipun pemerintah memalukan diri sendiri dengan mengetuk gendang cina sebelum perayaan tempoh hari.  Mereka tanpa segan silu dan tanpa rasa terhutang rasa terhibur dengan tindakan tersebut, mengtongsampahkan pemerintah di dalam cara sokongan mereka. Buatlah apa sahaja, mereka tidak akan menumpahkan sokongan kerana mereka sudah melihat bahawa kemungkinan untuk mereka memerintah itu sudah dekat. Kecuali bilamana mereka melihat tindakan mereka mengasingkan diri mereka dari sokongan kepada pemerintah lebih banyak merugikan mereka dari segala segi. Selagi mereka ditatang dan dihiburkan dengan tuntutan demi tuntutan mereka dilayan, maka selagi itulah mereka yakin bahawa ugutan mereka terhadap pemerintah akan sentiasa membuahkan hasil.

Pemerintah harus menginsafi peribahasa orang-orang tua kita dahulu. Jangan yang dikejar tidak dapat, tetapi yang dikendung berciciran.

Percikan air longkang pengundi bukan Melayu pada PRU 13, tidak menumbangkan pemerintah. Bayangkan jika orang Melayu yang melakukan Tsunami politik pada PRU 14 nanti.

Ingat pesan pelukis komik Tony Wong, 
“Jangan sampai bila keranda diusung, baru bercucuran air mata.”

© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email