Tuesday, October 30, 2012

Membawa Masjid Ke Lubang Biawak



Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Selepas ini, pihak berkuasa agama Islam negeri mungkin terpaksa mengadakan satu lagi jawatan untuk pengurusan masjid. Pemain organ untuk lagu-lagu ketuhanan ala-ala lagu gospel gereja mungkin diperlukan selepas ini. Fatwa-fatwa mengarut demi pengaruh politik mula tersebar sepantas penyakit ebola bawaan udara.

Mereka kini tidak tahu beza antara masjid, pentas konsert, perpustakaan dan studio rakaman. Hanya perlukan kopiah, sedikit janggut dan wajah yang dibuat innocent, ia sudah cukup Islami bagi minda yang terasuk serta dilemahkan oleh kryptonite minda muslim. Kini, apa sahaja instrument muzik boleh dibawa masuk ke masjid atas nama muzik Islami. Manusia ke masjid tidak lagi kerana menunggu dan rindu kepada Allah, tetapi seronok dan sedap mendengar dendang seruling, petikan ukulele dan sebagainya. Tiada akan ada banyak perbezaan antara masjid dengan gereja dalam dekad-dekad akan datang. Bermula dengan menjinakkan masjid dengan ukulele, selepas melihat tiada bantahan kerana telah difatwakan ahli kitab muslim sebagai tidak apa atas nama ‘Muzik Islami’, akan dimasukkan pula selepas ini set drum, kemudian bass, kemudian seruling, lepas itu tabla, kemudian didgeridoo, kemudian rak amplifier 10 tingkat, kemudian pentas, kemudian set penataan cahaya, kemudian penari latar, kemudian asap bagi menghidupkan suasana konsert . Tidak cukup dengan itu, dimasukkan pula organ gereja dengan paip bunyian setinggi kubah masjid. Organ ini tidak lengkap kalau pemain organnya tidak bernama Igor.

Pak Haji-Pak Haji yang cuba lari dari hiburan dengan memasuki kelab pencen di masjid untuk cuci tangan kini tidak lagi boleh lari ke mana-mana. Mereka cuba cuci tangan dari hiburan, tetapi hiburan kini mengejar mereka hingga ke dalam masjid.



Jika dulu Pak Haji Shamsudin melayan Iron Maiden semasa muda. Ke mana sahaja Shamsudin pergi masa mudanya, semua kawan-kawannya tahu dia seorang headbanger. Pening headbanging semasa konsert di zaman muda  bukanlah satu masalah baginya. Leher keras seolah silap bantal pada keesokan pagi yang dirasakan semasa cuba menggosok gigi bukanlah satu masalah kepadanya. Tetapi apabila usia meningkat dan band-band rock digantikan oleh boy band yang kekurangan hormone testosterone, Shamsudin sudah tidak mempunyai premis melepaskan kegianannya untuk headbanging. Bagaimana mungkin dia rock dengan Justin Bieber?

Sebaik pencen, Shamsudin pergi ke Mekah. Tunaikan haji dan pulang dengan serban. Bila ditanya sahabat handai, kenapa berserban. Itu sunnah jawabnya. Lagipun dengan berserban, malulah sikit dia nanti jika mahu melakukan perlakuan sumbang. Shamsudin mula ke masjid. Berjinak-jinak dengan ilmu agama. Enak menikmati hidayah, Shamsudin pulang ke rumah. Dibungkusnya semua LP, Katrij, Kaset, CD dan MD band heavy metal miliknya dan terus dicampakkan ke longkang. Dia mahu cuci tangan. Dia mahu cari ketenangan. Kubur pantas memanggil katanya.

Keesokan harinya, dia ke masjid selepas maghrib, tiba-tiba terlihat padanya set dan deck amplifier Marshall disusun bertingkat. Sejak bila masjid ini azan guna amplifier Marshall? Tidak cukup dengan set amplifier, Pak Haji Shamsudin ternampak sebaris gadjet effect diletakkan di hadapan. Wah.. advance bilal masjid ini, patutlah suara azan mendayu-dayu macam desiran ombak di tepi pantai. Guna Effect Flanger rupanya. Pak Haji Shamsudin tiba-tiba terkaget. Dia terlihat suatu objek yang sangat dikenalinya satu ketika dulu.

Dag, Dig, Dug.. Dag, Dig, Dug  di dalam dada Shamsudin. Dia kenal gitar tersebut. Fender Telecaster. Adrian Smiths selalu gunakannya. Tiba-tiba pemikirannya melompat jauh ke zaman remajanya. Ketika jemaah lain tercangak melihat kelibat gitar dikukus, grill, panggang, kukus, grill, panggang di dalam masjid, Pak Haji Shamsudin tiba-tiba bagaikan dirasuk, dia bangun melompat ke depan dan lantas merampas mikrofon di bilik bilal. Suis dipetik, Pak Haji Shamsudin lantas meluru ke depan dan melompat ke tengah jemaah masjid yang dari tadi keliru dan tercangak melihat kejadian di depan mata.

“Hell Yeahhhhhhh!!!!!” jerit Pak Haji Shamsudin yang sudah dirasuk puaka yang pernah merasuknya ketika berumur 24 tahun. Dari headbanger Pak Haji Shamsudin bertukar menjadi Serbanger. Serban + Headbanger = Serbanger . Seumur hidupnya dia tidak pernah menjangkakan yang di masjid juga ada heavy metal.

Jika tahu, sejak dia muda lagi tentulah dia ke masjid untuk berhibur sakan. Tak perlu tiket. Hanya sekadar menjeling kepada tabung beroda yang ditolak dari dari satu jemaah ke satu jemaah lain tanpa perlu menghulurkan apa-apa. Cuma berpura-pura berzikir, terlelap dan berdoa, maka pantaslah tabung itu meninggalkan posisi dihadapannya.

Hanya jika Michael Schumacher tahu betapa pantasnya tabung beroda ini bergerak di dalam masjid tanpa perlu berkali-kali singgah di pit stop untuk mengisi bahan, tentu sahaja Michael Schumacher dapat menikmati title kejuaraannya kembali dengan menunggang tabung masjid ini.

Manusia fitrahnya sukakan hiburan, tetapi perlulah berpada-pada, tahu dimana letaknya keutamaan serta di mana tempat yang sesuai untuk hiburan itu boleh dinikmati atau dijalankan. Islam itu luas, tetapi ada sempadannya. Kisah Pak haji Shamsudin itu hanya sebuah kisah mengarut yang cuba disampaikan kerana melihatkan kecenderungan sesetengah pihak membawa hiburan atas tiket ‘Islami’ ke dalam rumah-rumah Allah. Mengajak anak muda ke masjid bukanlah dengan cara sedemikian rupa. Ada banyak lagi cara yang lebih noble dan tidak menghinakan remaja dengan stereotaipkan mereka sebagai hamba kepada hiburan. Anak-anak muda sekarang ramai yang bijak dan juga mempunyai keinginan yang kuat kepada ilmu pengetahuan serta rajin bertanya. Kenapa harus semuanya disalutgulakan (sugar coating) seolah mereka ini junkie hiburan yang tidak mahu bergerak kecuali mempunyai bahan dorongan? Jika inilah keadaannya manusia yang mengambil tanggungjawab memimpin serta menetapkan trajektori ummah, jangan terkejut jika di dalam dekad-dekad mendatang, apa yang telah merosakkan agama Nasrani akan memenuhi masjid-masjid Allah. Manusia bertumpu mencari hiburan dan bukan mengubat kerinduan kepada Allah. Tidak semua perkara boleh di bawa masuk ke semua tempat. Bukan niat untuk menyekat keluasan fungsi masjid, tetapi memelihara masjid dari menuju nasib yang menimpa umat-umat dari kalangan ahli kitab terdahulu. Boleh sahaja dibincangkan tentang sejarah muzik, dan segala yang ilmiah tentang muzik di dalam lokasi premis masjid. Tetapi 'merebus' gitar di dalam masjid itu sangat janggal dan membuka ruang dan jalan kepada perlakuan yang hampir sama dengan apa yang telah dilakukan ahli kitab kepada tempat-tempat yang satu ketika dahulu menjadi rumah Allah di dalam agama mereka.

Seperti buku, ia sesuatu yang baik, boleh di baca di mana-mana sahaja kecuali semasa membuang air. Setiap satu benda dan perkara ada tempat yang bersesuaian dan tidak bersesuaian dengannya. Islam itu luas tetapi ada sempadannya. Cuba masuk Perpustakaan Negara dan mainkan gendang sepenuh perasaan, apakah perkara tersebut dapat dibenarkan berlaku di dalam tempat seumpama itu? Cukup-cukuplah dengan label islami.

Muzik Islami, Hijab Islami, Kopi Islami, Parti Politik Islami, Dangdut Islami, Disko Islami, Alompak Agogo Islami, Kemban Islami, Selipar Islami, Air Botol Islami, Filem Islami, Novel Islami, Berus Gigi Islami, Tandas Islami, Gelek Islami, Bedak Islami, Bengkung Islami, Headbanging Islami, Rokok Islami, Beer Islami, Bak Kut Teh Islami dan segala macam Islami lagi sehingga kita tidak terasa kita ini Islam jika tidak mengikut trend pemikiran yang cuba dipaksakan ke atas kita ini.

Habis dilacurkan Islam atas keinginan nafsu berpunca dari tembolok boyot yang tidak dapat dibendung kembangnya.

Kita menuju lubang biawak kerana ada ahli kitab di kalangan kita. Mereka dijangkiti wahan. Wahan mereka hanya terubat bilamana tembolok mereka penuh memboyot. Kiblat mereka lelaki melayu bertengkolok pada kertas polimer pelbagai warna. Kiblat mereka tampuk kuasa di Putrajaya. Kiblat mereka kereta mereka berlambang kuda hitam menari gagah. Kiblat mereka pengaruh dan betapa ramainya pengikut di media-media sosial. Jika tidak kisah untuk menurut mereka ke lubang biawak, teruskan buat-buat tidak faham dan tidak peduli dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Jika saya mempunyai seribu tangan, tentu saya telah menjentik suis kesedaran setiap seorang dari mereka ini supaya cepat sedar dari mamai yang terlalu panjang.

Persoalannya, apa pula selepas ini yang akan dibawa masuk ke masjid? Gajah Sarkas? Na’uzubillahi Min Dzaalik..

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

6 comments:

Tipu daya Iblis cukup mengena pada hari ini...
 
hmph...saya pernah rasa tak sedap hati tentang ini apabila seorang 'artis' yg sudah ke pangkal jalan masih memegang gitar dan kesana kesini dengan gitar walaupun di majlis2 ilmu.. nampaknya saudara telah mengupas dan saya membaca dan memahami .. rindu nya dengan blog ini :))
 
boleh saya tumpang tanya? dimana saya boleh dapatkan syahadah gadis ateis? bolehkah dapatkan secara online?

-shafik@g1.com.my
 
Betul Nazri,
Manusia hari ni sudah terlupa mengenai hasutan serta tipu daya Iblis.. basic mengenai modus operandi Iblis ramai Muslim tidak tahu.. jadinya mereka tertipu ketika mereka merasakan jalan yg ditempuh mereka benar..
 
Juwita,
Kerana merasakan tidak sedap hati yg sama dengan yang dirasakan Juwitalah saya menulis penulisan di atas..

Risau krn semua pesanan Rasulullah s.a.w. mengenai destinasi lubang biawak yg akan ditujui ramai antara kita semakin menjadi kenyataan..

Maaf krn jarang update blog ini.. TQ atas sokongan Juwita..
 
Salam Syafiq,
Mungkin destinasi terakhir yg boleh Syafiq cuba dapatkan Syahadah Gadis Ateis ialah di bookcafe.com..

Tp pemeriksaan akhir saya di sana menunjukkan SGA sudah kehabisan stok.. mungkin saudara Syafiq boleh membuat request kepada pihak PTS dengan mengisi borang berikut di sini...

http://www.bookcafe.com.my/en/contact-us.html

Saya juga tak punyai naskah di dalam simpanan, di mana naskah terakhir telah saya berikan kepada salah seorang rakan facebook saya.. mungkin Shafiq boleh ke pautan yg saya berikan di atas..
TQ Atas sokongan..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email