Friday, January 15, 2010

Isu nama Allah : Kronologi 1.

Oleh : M.I.A.

Bismillahir rahmanir Raheem.. Isu nama Allah ini bukan bermula hari ni, tapi sudah lama. Ramai ulama’ yang memberikan komen dan pandangan gagal memahami isu ini dari objektif gerakan Kristian di Malaysia. Saya tak punya banyak masa.. saya muatkan kronologi ringkas dan secara mudahnya begini, saya ambil rujukan dari buku History of Catholic Faith in Malaysia dan beberapa sumber penerbitan Kristian yang ada dalam simpanan saya. Ia perlu kerana terdapat spin doctors di luar sana yang cuba menangguk di air keruh. Isu ini sebenarnya bermula dari tahun 1981 dan di kala itu, oleh kerana tiada pihak yang memandang isu ini dari kacamata keuntungan politik, ianya tidak di bawa ke mahkamah untuk dipanaskan. Pelik apabila setelah hampir 30 tahun, isu ini timbul atas tujuan tertentu. Berikut kronologi ringkas untuk sahabat semua nilaikan. Selama hampir 30 tahun isu ini dikawal dan dijaga oleh pihak kerajaan supaya ianya tidak menjadi api yang membakar semangat persaudaraan, tiba-tiba sahaja sejak dua tahun kebelakangan ini ianya ditimbulkan pada skala besar-besaran.Saya tidak menyokong mana-mana parti politik, tetapi saya hanya mahu jelaskan apa yang benar dan perkara yang berada dalam pengetahuan saya. Nilaikan kronologi berikut:

o Import dan penggunaan Bible dalam bahasa Indonesia dengan tajuknya alKitab pertama kali diharamkan pada 1981 secara total oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

o Pengharaman ini diprotes oleh kumpulan Kristian, lalu ia dibenarkan import dengan syarat yang ketat, iaitu hanya boleh dijual di kedai2 buku Kristian dan gereja2.

o Alasan pengharaman yg diberikan kerajaan ialah kerana di dalam Bible berbahasa Indonesia tersebut mengandungi beberapa kalimah yang menyentuh sensitiviti serta mengelirukan umat Islam.

o Kumpulan kristian berhujah bahawa nama Allah sudahpun digunakan oleh orang-orang Arab sebelum Islam. Anuar Ibrahim pada ketika ini bersama kerajaan.

o Dalam tahun 1980-an, negeri2 Perak, Kelantan dan Terengganu mengharamkan 36 perkataan yang diharamkan pihak bukan Islam gunakannya. Berikut perkataan tersebut : (Akhirat, Dakwah, Ibadat, Kadi, Mufti, Syeikh,al Qur’an, Fatwa, Ilahi, Karamah, Nabi, Syariah, Al Sunnah, Firman Allah, Imam, Khalifah, Qiblat,Tabligh, Allah, Hadis, Iman, Khutbah, Rasul, Ulama’, Azan, Haj(Haji), Injil, Masjid, Solat, Wahyu, Baitullah, Hauliak, Kaabah, Mubaligh, Syahdah, Wali).

o MCCBCHSS lantas berjumpa Dr. Mahathir pada 10 April 1990 dengan isu ini sebahagian dari beberapa agenda yang diktengahkan mereka untuk dirundingkan. Mereka kemudiannya mendakwa kerajaan tidak melaan tuntutan mereka. Tuntutan ini di buat semasa UMNO baru berpecah dengan sebahagian besar dari ahlinya menyertai Semangat 46.
o Selepas tu pihak yang mewakili pertubuhan Kristian menghantar sepucuk surat kepada (Tun) Ghafar Baba dalam satu surat bertarikh 11 Januari 1992 dalam percubaan menjelaskan bahawa perkataan yg disebut di atas merupakan sebahagian dari bahasa harian penganut Kristian. Mereka juga berhujah bahawa apa-apa bentuk pengharaman perkataan untnk digunakan oleh kumpulan Kristian, hendaklah dengan alasan bahasa penggunaan perkataan itu benar-benar dianggap mencemar kesucian agama Islam. Tuntutan itu juga tidak dilayan.

o Mereka adakan banyak protes dan menggunakan pelbagai saluran tuntutan.

o Tahun 1992 ini jugalah mereka melancarkan projek D.A.W.N. (Discipling A Whole Nation – Mengkristiankan Seluruh Negara). Perhatikan dimana mereka meletakkan pada perkara pertama apa isu yang menjadi batu penghalang kebebasan mereka untuk berdakwah di Malaysia. Buku tersebut menyatakan sikap PAS yang keras menuntut negara Islam membuatkan UMNO juga bersaing untuk bersikap mesra Islam dan kesudahannya orang-orang bukan Islam mendapat kerugian apabila kedua-dua parti ini bersaing untuk menjadi lebih Islam dari yang lain.

o Oleh kerana melihatkan kerajaan sudah kehilangan sokongan orang Melayu, mereka sekali lagi mendesak kerajaan berkenaan isu ini. Akhirnya, Christian Federation of Malaysia (CFM) dibenarkan menggunakan kesemua perkataan yang disebut di atas kecuali empat, iaitu, Allah, solat, Kaabah dan Baitullah.

o Pemimpin Kristian secara bersatu menolak ketetapan ini dan mendesak kesemua perkataan itu dibenarkan.

o Beberapa akhbar Katolik (Catholic Sabah & Asian Beacon) terpaksa membuat rayuan agar permit terbitan mereka dibenarkan KDN.

o Pada 1996, kerajaan memberikan ruang kepada pihak Kristian menggunakan bahasa melayu untuk penerbitan mereka. Tetapi masih dengan syarat ketat bahawa empat perkataan yang diharamkan seperti yang disebut di atas tidak boleh mereka gunakan.

o 1998, Anuar Ibrahim dipecat dari kabinet. Melihat orang Islam sekali lagi berpecah, mereka mencuba lagi, tetapi tetap gagal di bawah era Dr. Mahathir. Desakan demi desakan diteruskan juga.

o 2001, lima buah gereja dibakar di Malaysia.
o 2003, Dr. Mahathir letak jawatan. Pak Lah ambil alih dengan dasar terbuka. Muslim berpecah dan pada ketika ini timbul pelbagai perkara yang selama ini berjaya dihalang. Islam mula diperkotak-katikkan malah oleh orang Islam sendiri.

o Mei 2004 kumpulan Artikel 11 ditubuhkan. Objektif pertubuhan dan misi mereka boleh ditelitikan dengan klik sini. http://www.article11.org/

o 2005-2006 proposal IFC dibuat dengan beberapa tuntutan. Googlekan untuk membacanya.

o 2007, sebelum menjelang pilihanraya pihak gereja berjumpa dengan pihak MCA dan kemudiannya DAP untuk mendengar perancangan dan manifesto parti-parti terbabit dan untuk menyatakan hasrat dan perubahan-perubahan yang mereka ingin lihat berlaku.

o Perhatikan isu-isu yang ditimbulkan mereka kepada MCA & DAP. Mereka mahu MCA & DAP tahu bahawa jika mereka mahukan sokongan masyarakat Kristian, mereka perlu membantu kumpulan Kristian dalam perkara-perkara yang ditimbulkan berikut. Berikut apa yang mereka sampaikan kepada parti terbabit.


1) Aktiviti Pengislaman Malaysia yang terlalu radikal kata mereka harus disekat.

2) Menentang Malaysia dijadikan negara Islam.

3) Perasaan tidak senang mereka dengan parti-parti politik bukan Islam dalam Barisan Nasional yang diam dan terlalu tunduk kepada UMNO.

4) Peruntukan dan pelaksanaan undang-undang yang dirasakan tidak menyebelahi mereka.

5) Mereka mahukan sebuah mekanisne perundangan yang melindungi dan muslim mudah murtad dan tidak dihalang. Mereka mengatakan BN disebalik semua halangan ini.

6) Mereka tidak senang dengan operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Islam yang semakin menjadi-jadi dan pembabtitan Jabatan Agagam Islam dalam kes tuntutan mayat mualaf.

7) Diskriminasi peruntukan rumah ibadat bukan Islam.

8) Meminta perkataan-perkataan Allah dan 3 lagi yang diharamkan di atas dibenarkan utk mereka gunakan.

9) Mereka berharap bahawa kesemua masalah yang mereka senaraikan di atas dapat diatasi secepat mungkin.


o Mereka memastikan segala tuntutan mereka difahami oleh DAP dan MCA sebelum pilihanraya Mac 2008 berlangsung. Itu hak mereka untuk menyuarakan hasrat dan apa yang diingini mereka. Jika kita di pihak mereka tentu sahaja perkara yang sama kita akan lakukan. Tetapi dalam hal ini, hak kita sebagai muslim dipertikaikan dan diperlekehkan. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan hak ini dengan cara yang berhemah dan aman tanpa menimbulkan kekacauan. Semua orang harus aktif dan semua orang harus mengambil peduli.

o Selepas perjumpaan dengan M.CA pada 16 November 2007, pihak Sidang Injil Borneo memfailkan saman kepada KDN pasal isu nama Allah ini.

o Blogger-blogger sondol muslim mula menyokong perjuangan mereka tanpa mengetahui apa kesan terhadap kedudukan Islam di Malaysia.

o 31 Disember 2009, Hakim Lau Be Lan memutuskan pihak SIB boleh menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.

o 31 Disember 2009, saya membulatkan tekad untuk membebaskan diri dari sebarang faktor pengaruh politik dan tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu kepentingan dunia, baik dalam bentuk baik atau pun buruk. Berhabisan saya akan menentang golongan berskirt mini berbulu kaki belakang lorong gelap di kalangan muslim.


o Malang sekali apabila kemudiannya PAS menggunakan slogan yang sama dengan motto perjuangan kumpulan Kristian dalam isu ini. Allah for All di dalam statement gumby mereka adalah dengan tujuan bagi memastikan pihak Islam memahami mereka disokong PAS dan pihak Kristian memahami mereka juga disokong PAS. Jelas apa yang saya takuti berlaku ke atas PAS sejak sekian lama, telah pun berlaku dalam dua tahun kebelakangan ini, di mana suara ulama' dan mereka yang benar-benar mencintai Islam sudah tenggelam lemas di dalam kebanjiran pihak-pihak yang dihantar untuk merosakkan mereka dari dalam. Sebelum 1998, PAS hanya mempunyai sekitar 400 ribu lebih ahli, sekelip mata selepas satu peristiwa dalam tahun 1998, keahlian mereka meningkat 100 kali ganda. Ketika itulah Pas mula ditembusi dengan segala hama dan kutu penghisap darah. Hanya beberapa kerat pemimpin di dalam PAS masih kekal memperjuangkan agenda utama penubuhan mereka dan ketika isu nama Allah ini timbul, dapat kita kenal siapa orang yang masih boleh kita harapkan berada dalam PAS. Dato' HAron Din, TAib Azamudeen dan beberapa orang lagi. Malangnya suara mereka tenggelam dalam ombak wahan yang memukul pantai PAS. Allah For All untuk pengetahuan tuan-tuan merupakan slogan perjuangan kumpulan Kristian yang mahukan nama Allah digunakan dalam penerbitan mereka. Allah for All juga dimasukkan ke dalam kenyataan akhbar PAS tempoh hari. Apakah statement yang ditunggu-tunggu orang Islam yang menanti penyatuan Muslim telah dirodok dari jalan belakang yang haram oleh pihak-pihak yang berkepentingan? Apakah Pas kini sudah sepenuhnya sudah mudah disabotaj oleh ahli-ahli mereka sendiri yang berbaju Pas tetapi hakikatnya berwala' dengan puppet master dari luar? 

o Kerana tunduk, pihak Kristian redha dengan Pakatan Mereka lalu membenarkan apa yang disebut dalam surah al Baqarah ayat 120: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Al Baqarah 42

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Al An’am 81 – 83

"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Maaf, saya tak bermaksud untuk berlebihan dalam isu politik dan itu yang sudah lama saya elakkan dalam blog ini. Tetapi hal ini mudaratnya sangat besar dan harus saya lebih berterus terang. Saya hanya menyokong mana-mana pihak yang saya yakin kedudukan Islam di negara ini tidak akan terjejas. Isu ini merupakan satu isu yang panjang dan harus diselesaikan dengan cara paling berhemah dan dalam masa yang sama meletakkan kepentingan Islam di kedudukan utama sesuai dengan kedudukannya dalam negara ini. Pihak yang berdiam diri untuk mendapat laba politik dan mempolitikkan isu ini merupakan pihak yang menangguk di air keruh. Motif mereka ialah untuk mendapatkan sokongan dalam pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi. Ini sejarah perjuangan mereka untuk menggunakan nama Allah melalui proses undang-undang dan sokongan undi ditawarkan kepada sesiapa yang mahu menurut kemahuan mereka. Ia bermula sejak 1981. Kronologi ini dinukil bagi menjawab tuduhan spin doctors yang cuba mengkeldaikan isu ini supaya muslim berterusan tidak akan bersatu biar apa juga pemasalahan yang dihadapi. Ada lagi cerita.. insyaAllah saya bentangkan dalam waktu terdekat supaya semua faham bahawa isu ini bukan isu politik yang cuba dipolitikkan oleh kumpulan yang mendapat sokongan dari pihak bukan Islam. Ia sebuah kisah bermula dari zaman Nabi Sulaiman a.s. Tak percaya...? Tunggu saya updatekan psoting di sini.. InsyaAllah. Wallhua'lam.

© 2007 - 2010 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

13 comments:

izin kan sy mengunakan atikel2 dlm blog ini menentang golongan berkepentingan dan sewaktu dengannya.....chik249
 
Salam MIA
minta izin nak copy n paste dalam blog...

tqvm
 
dan saya juga mahu mengetahui tentang sejarah yg bermula dari zaman nabi Sulaiman.sungguh lama perjuangan kafir ni ye
 
Salam chik249,
Boleh saja.. saya izinkan.. Harap dapat sedarkan semua yang sedang mamai..
 
Wa'alaikumsalam ASKS,
Tiada masalah, saya izinkan.. harap semua yang mendapat maklumat ini boleh menggunakannya untuk membuat penilaian sebenar tentang isu ini. Berkenaan dengan sejarah sejak Nabi Sulaiman, insyaAllah akan saya muatkan sebaik habis saya taipkan semua nota dari arkib saya.. Wassalam..
 
Salam,

Dari artikal sahabat kali ini,pada pedapat saya...sahabat sahabat lain yang membaca harus panjang kan artikal ini...lagi lagi saluran yang saya rase amat panas sekarang ini..contohnya FACEBOOK.Kita gunakan kemudahan yang disediakan oleh org yahudi ini utk menyedarkan rakan rakan kita yang lain...

Satu lagi sahabat..tidakkah sahabat risau, yang mana Blog sahabat ini akan di sekat atau sahabat akan di cari oleh org org tertentu..krn artikal artikal yang sahabat terbitkan ini agak panas juge.
 
Salam Maklan,
Itu hanya percubaan nakal oleh pereka pentas dan konsep dan tiada kena mengena dengan kumpulan rahsia tersebut. Jika saudara perhatikan di dalam rangcangan bual bicara Dr. Fadhillah Kamsah (Bersama Dato' Dr. ... di Astro)juga ada simbol2 tersebut di belakang tempat duduknya sebagai props.. Tentu sahja Dr. Fadhillah Kamsah tidak terlibat.. Ia hanya pereka pentas bermain dengan kreativiti mereka. Kumpulan tersebut hanya meletakkan simbol2 mereka pada sesuatu yang memberikan impak untuk tujuan memberi maklumat dan arahan dan bukan hanya sekadar suka-suka. Hati-hati kerana pisau kumpulan ini memotong dengan dua sisi.. Apa yang kita lihat sebagai simbol kewujudan mereka mungkin tidak lebih dari diversion attention yang dicipta mereka utk menjauhkan kita dari objektif utama mereka.. Untuk fahami konsep ini, saya ingatkan Maklan kembali dengan filem P. ramlee, Alibaba Bujang lapok.. dalam scene perompak memangkah rumah Alibaba, Marjinah yang tahu bahawa pangkahan itu bermakna Alibaba sedang di buru bahaya kemudiannya memangkah semua rumah di situ termasuk sebuah jamban.. Akhirnya pihak yang memburu Alibaba hanya berjaya sampai ke jamban lalu cuba menghancurkan jamban tersebut. Hasilnya, Alibaba selamat, yang memburunya pula penat dan busuk bersalut najis kerana telah tertipu dengan simbol2 yang diada-adakan.. Tukarkan watak Alibaba sebagai Freemasn dan perompak bersalut najis sebagai pemburu freemason, jadi yang selamat ialah Alibaba dan yang penat dan busuk ialah kita yang tertipu dengan segala simbol yang diimani dengan keras hati bahawa ia representasi gerakan tersebut...jadi jangan terperangkap kerana mereka bijak.. sangat-sangat bijak.. maaf tak boleh elaborate.. cukup setakat itu.. ia tidak boleh difahami dgn penjelasan pendek.. utk menerangkan kesemuanya terlalu pjg tulisan yang diperlukan dan saya tak 'berminat' utk melakukannya. semoga Allah melindungi kita dari semua penipuan ini. Amin..
 
Wa'alaikumsalam J.Hadi,
Maaf saya belum menghantar jawapan kpd saudara di dalam email. Saya sedang menyiapkan posting berikut dan disusuli japawan kpd saudara dan Irdina K.
Terima kasih atas cadangan utk mengajak semua sahabat melanjutkan artikel di sini ke ruang yang lebih luas dan besar.
J.Hadi, sebenarnya posting ini pada mulanya saya kongsi dengan beberapa pihak yang saya percaya. tetapi memandangkan isu ini sudah diputar belit, maka adalah tidak elok jika saya menyimpannya dan membiarkan fitnah berleluasa. Terkadang kita terpaksa melakukannya utk kebaiklan semua pihak dan menutup api fitnah yang sedang bertiup.. berikan saya sedikit masa.. InsyaAllah saya akan komen email yang saudara kirim kepada saya.. terima kasih.. Semoga saudara dan kita semua di bawah perlindungan Allah pada setiap saat dan masa... Amin. Wassalam.
 
Asssalammualaikum,

Tak perlah sahabat, saya paham keadaan sahabat yang sibuk...tapi satu perkara nak saya tanyakan..bila novel itu akan di terbitkan? lama juga saya tunggu nih.
 
Encik kata audio seksa kubur adalah pembohonagn semata. Bagai mana pula denga video Budak 18 tahun kena seksa kubur seperti ini: http://www.youtube.com/watch?v=E4Cra4yWTfY
 
minta izin copy dalam blog .syukaran :)
 
Salam Luna.. tiada masalah.. diizinkan.. harap ia bawa lebih banyak..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email