Tuesday, January 15, 2013

Malaysia Menunggu Lori Kassim Baba


Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Kassim Baba, sebuah watak yang sangat menarik. Digarap P.Ramlee yang mengambil sebahagian besar kisah dari Hikayat 1001 satu malam. Kassim Baba seorang kaya. Tetapi hatinya disalut sifat kedekut dan tamak. Sebaik Alibaba meminjam cupak dari rumahnya, dia menjadi tidak tenteram. Bagaimana mungkin saudaranya yang miskin itu mempunyai sebarang keperluan kepada cupak? Tidak tenteram dan gelisah, dia tidak dapat tidur. 

Kepada isterinya Aloyah, diadukan kemusykilan. Lantas dia dipujuk untuk bertenang kerana isterinya telah meletakkan pelekat dibelakang cupak yang dipinjamkan.

Menunggu cupak itu dipulangkan, bukanlah sesuatu yang mudah pada Kassim Baba yang bersifat dengki, kedekut dan tamak. Sebaik cupak dipulangkan, diperiksanya belakang cupak yang telah dilekatkan gam. Alangkah terkejutnya Kassim Baba. Wang emas terlekat pada cupak yang dipinjamkan kepada Alibaba yang miskin.

Tidak senang duduk, lalu satu pertemuan dengan Alibaba diatur. Alibaba dijamu makan dan diberikan penghormatan yang belum pernah sebelum ini diberikan kepadanya. Niat Kassim Baba hanya satu. Dia mahu tahu apa rahsia yang disembunyikan saudaranya. Kalau boleh, dia mahu mengaut segala punca dan sumber kekayaan yang memberikan perubahan hidup kepada saudaranya.

Sedap dijamu dan diberikan penghormatan, lalu rahsia Alibaba ditanyakan. Lalu harta karun di Bukit Kurma disebut sebagai sumber kekayaan. Kassim Baba terkejut tetapi masih terus mendesak. Lalu ditanyakan bagaimana bukit berbatu mempunyai harta. Sedangkan pintu untuk memasukinya tidak langsung kelihatan. Lantas Alibaba menyebut tentang kewujudan pintu untuk mengakses harta karun di dalam gua sebalik batu-batuan yang kelihatan kukuh tersebut.

Kassim Baba semakin tidak senang duduk. Bagaimana cara untuk membuka akses kepada harta karun tersebut? Itu soalan yang diajukan. Alibaba, terlalu kerap berhusnu zonn, lantas memberikan kalimah pembuka pintu untuk mengakses harta karun di Bukit Kurma.

Tanpa berterima kasih, sebaik kalimah pembuka pintu kepada akses harta tersebut diberikan, Kassim Baba berlari keluar dari rumah meninggalkan Alibaba terpingga-pingga. Kassim Baba tidak bertangguh lagi. Kassim Baba telah mendapat apa yang diinginkannya. Kassim Baba telah mendapat kebenaran Alibaba untuk menggunakan kalimah pembuka pintu untuk mengakses harta karun disebalik tembok batu yang disangka sukar ditembusi selama ini.

Tanpa berlengah, Kassim Baba yang tamak, membawa bersamanya sebuah lori. Sampai di Bukit Kurma, kalimah pembuka pintu itu dibacakan. Terkejut dengan keupayaan kalimah tersebut memberikan akses kepada harta yang diidamkan, Kassim Baba menjadi semakin tamak. Habis semua harta di dalam gua tersebut dicuri olehnya. Hatta pelampung terakhir yang gunanya untuk menyelamatkan nyawa pun dikebas olehnya. Kassim Baba tidak meninggalkan barang sedikit pun harta setelah mendapat kunci kepada kalimah pembuka gua. Habis semua dikebas. Licin, bersih dan tidak tinggal apa-apa pun.



Kisah Kassim Baba di dalam filem Alibaba Bujang Lapuk sangat kena dengan situasi yang sedang dihadapi umat Islam di Malaysia pada waktu ini. Mereka yang tidak pernah meletakkan politik serta qiblat kedudukan dunia dalam berusaha berdakwah dan mempertahankan agama melihat betapa pentingnya Kalimah Allah dipertahankan dari diberikan kebenaran kepada kumpulan Kristian. Mereka faham, bersama kebenaran untuk menggunakan Kalimah Allah tersebut, akan nanti datang bersamanya ‘lori Kassim Baba’. 

Satu persatu yang cuba kita pertahankan disebalik tembok pemisah tersebut akan cuba dirobek. Sepertimana Kassim Baba, mereka mempunyai akses kewangan yang cukup kuat. Duit dicetak tanpa bersandarkan kepada sebarang komoditi yang bernilai melainkan kuasa ketenteraan dan pemaksaan undang-undang kewangan ciptaan mereka di dunia. Kewangan bukanlah suatu masalah bagi gerakan mereka. mereka boleh datang mengangkut dengan ‘lori’ jika mereka mahu. Cuma kita mempunyai kelebihan di dalam ketegasan mempertahankan segala apa yang ada. Cuma yang amat menyedihkan ialah golongan yang cuba mempertahankan ini sudah semakin sedikit di kalangan kita.

Entah kenapa ketika semakin ramai menghadiri kuliah-kuliah serta ceramah-ceramah agama, semakin goyah pula pegangan sesetengah dari mereka bila ditiup penipuan serta tipu daya gerakan dajjal di bumi Malaysia ini. Apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan sebahagian kecil yang sedang membesar di dalam sistem penyampaian agama di negara ini? Atau mungkinkah hiburan sudah menjadi satu bahan dorongan untuk mendekatkan manusia kepada ceramah dan kuliah-kuliah agama. Satu petikan di dalam akhbar Harakah pada 2008 pernah menyentuh mengenai fenomena penyakit kuliah-kuliah serta ceramah-ceramah agama.



Satu frasa yang saya ingati sehingga hari ini ialah, ‘Guru bawa kitab, tetapi anak murid datang berlenggang’. Begitu juga apabila dikatakan dengan panas dan pedas bahawa kebanyakan orang-orang Islam kini, pergi ke kuliah dan ceramah agama seperti mahu pergi menonton Akademi Fantasia. Mereka mahu berhibur. Mereka pulang terhibur. Sebaik pulang mereka bercerita dan berkongsi lawak dan hiburan ceramah dan kuliah tersebut berbanding isikandungan ilmiah di dalam ceramah sera kuliah yang dihadiri. Perhatikan samada benar atau tidak perhatian yang dilakukan. Perhatikan berapa banyak lawak itu dan lawak ini yang dikongsikan sebaik pulang dan menonton kuliah agama. Perhatikan berapa kerat yang mahu menapis segala yang menghiburkan dan mahu berkongsi intipati ilmiah dari kandungan kuliah dan ceramah tersebut.

Justeru itu, tidak hairanlah jika ‘Kassim Baba’ dalam bentuk gerakan Kristianisasi seolah semakin berjaya di dalam memujuk manusia muslim untuk memberikan kunci pembuka pintu untuk mengakses ‘harta karun’ di sebalik tembok batu yang menghalang mereka. harta karun itu ialah jiwa–jiwa muslim yang mengucap dua kalimah syahadah.

Tunggu sahaja Kassim Baba datang dengan lorinya sebaik kebenaran diberikan. Dia tidak akan menunggu dan dia tidak akan menoleh ke belakang lagi. Habis segala-galanya akan dia angkut. Tidak percaya, lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan kepada jiran dan saudara kita di seberang Selat Melaka. Semoga kita semua cepat sedar dan memperbaiki keadaan agar perkara-perkara dalam bentuk contextualization dan syncretism gerakan dakwah Kristian di bawah tidak berlaku di sini. Kita tidak takut kepada mereka. Kita cuma risau mereka akan mula takut kepada kita bila mode sabar itu mencapai sempadan had terakhir. Jadi fahamilah, apabila muslim keras menolak keinginan mereka untuk mendapatkan kalimah tersebut. Ia untuk kebaikan semua di sini. kepada mereka, tolong ingat pesan Solomon (Sulaiman a.s.) di dalam Book of Proverbs fasal 17 ayat 10 seperti di bawah :

An intelligent person learns more from one rebuke than a fool learns from being beaten a hundred times.

Kepada muslim yang masih belum sedar, bersediakah anda dengan perkara-perkara yang mengelirukan sebahagian besar dari kita seperti ini?




© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

5 comments:

Askm...tuan,video pak gusdur itu memang mengelirukan.Indonesia pun keliru kerana kekuatan gerakan evangelis n jesuits yg dibantu jil.jil didokong sahabat2 berahim permatang pauh.gusdur pun sahabat seperjuangan dia.klu tidak masakan dia melawat pak berahim ngan p.wolfovitz kat eropah dulu.mutual friends.mutual goals.
Pepatah inggeris..birds of a feather, flocks together.
Yg berakal tlng connect tge dots..

Jgn ada yg xpaham n salah paham pepatah inggeris ni sudah...kesian kt tun m!
 
Wa'alaikumsalam w.b.t. Tuan Rizal Hass,

Gus Dur pernah singgah di Pmtg Pauh bersama sahabatnya itu.

birds of a feather, flocks together. Tepat sekali. Hanya yg terjangkit wahan sahaja akan buat2 tak faham dan konar baring dgn kebenaran pepatah tu.

Tgk saja Devil & Angel Tun M. Malang sekali bila semakin ramai manusia suka outsourcekn keupayaan berfikir kepada pihak lain. Mrk hanya berminat untuk dimanipulasi. Berfikir itu menjadi perkara terakhir dlm keutamaan diri mrk.
 
Semalam saya menonton cerita ali baba ini dan teringat pada artikel saudara yg ini..gigih scroll mouse..cuma nak baca semula ...dan fahami semula..manusia kan mudah lupa ;-)
 
Juwita Maya,
malang sekali ruang komen blogspot tidak menyediakan butang like utk komen saudari di atas. Segala puji bagi Allah.
 
Segala puji bagi Allah dan terima kasih juga pada saudara imran kerana saya selalu jadikan blog ini sebagai rujukan. Minta halal ye..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email