Thursday, May 3, 2012

Gerakan Dajjal?


Oleh Imran Haaz

Penulisan ini merupakan sambungan kepada penulisan 'Survival Bangsa Manusia : Hak Asasi Paling Utama' yang diterbitkan sebelum ini. Klik sini untukmembacanya.

Berdasarkan pengalaman berhadapan dengan golongan ini, saya mendapati mereka ini menimbulkan sesuatu isu dengan perancangan-perancangan yang berperingkat. Setiap tingkat perancangan akan dijalankan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang secara zahirnya kelihatan berbeza jemaah dengan mereka yang memulakannya, tetapi pada intipati perbuatan dan perjuangan mereka, mereka sebenarnya beratur di dalam sebuah jamaah yang sama dibantu oleh sebuah gerakan yang sentiasa saya namakannya ‘Gerakan Dajjal’ yang cuba menguasai semua negara di dunia dan negara yang mempunyai populasi muslim secara khususnya supaya sebuah World Government (Kerajaan Dajjal) dapat diwujudkan bagi memerintah dunia. 

Jika kurun-kurun sebelum ini, gerakan tersebut menumpukan perhatian mereka kepada perancangan menguasai benua Eropah dan negara-negara barat, umumnya melalui pelbagai perang dan hutang akibat perang yang perlu ditanggung, kini setelah mereka berjaya menakluk dan memegang dengan erat pemerintahan negara barat, hanya tinggal satu lagi usaha iaitu menundukkan hampir ke semua sistem pemerintahan negara-negara yang didiami majoriti muslim dan diperintah oleh orang-orang Islam untuk tunduk kepada penguasaan mereka. Saatnya tidak lama sahaja lagi untuk dunia menyaksikan kemunculan Dajjal. Menurut Syeikh Imran Hossein, kita yang menjadi serta membentuk generasi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil dan masih bersekolah pada hari ini, berkemungkinan merupakan generasi kedua akhir sebelum generasi anak-anak kita bertemu dengan apa yang sering diberikan amaran oleh para nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Kita adalah merupakan generasi yang seharusnya bertanggungjawab menyediakan generasi yang bakal menyusul ini dengan segala ilmu serta kelengkapan bagi persediaan mereka untuk memasuki zaman fitnah. Sebelah dari kaki kita kini telah kita jejak masuk ke zaman tersebut. Yang akan bergelumang secara total di dalam zaman fitnah itu adalah generasi anak-anak dan anak cucu mereka nanti. Negara kita ini tidak terkecuali. Hanya Mekah dan Madinah sahaja dijamin selamat dari kemasukan Dajjal. Konco-konco Dajjal akan dapat menjejak kedua tanah suci itu, tetapi mereka akan dikeluarkan apabila Mekah dan Madinah digegarkan dengan 'gempa'. Bagi yang memerhatikan dengan dekat semua perkembangan ini, kita akan menyedari bahawa konco-konco serta proksi kepada gerakan terbabit sudah pun bertapak di negara kita sejak sekian lama.


Jika kita perhatikan semua isu yang dibangkitkan sejak Tasik Galilee diisytiharkan tidak akan dapat dirawat kembali (klik sini) ; kita melihat bahawa agenda pencabulan segala yang kelihatan berunsur Islam di negara ini walaupun minima, diperhebatkan usaha mereka. Kumpulan ini telah diberikan masa dan wang yang banyak bagi memastikan boneka bagi World Government ini dapat dipasang di negara ini. Masa mereka semakin suntuk. Pelaburan kewangan yang dihabiskan untuk mereka sudah banyak dihabiskan. Mereka perlukan lonjakan demi lonjakan usaha supaya apa yang telah dirancangkan sejak sekian lama dapat direalisasikan.

Maka kumpulan di dalam jemaah yang kelihatan berpecah secara zahirnya ini akan bergerak bersahut-sahutan apabila sesuatu isu ditimbulkan. Jika kita semua memerhatikan dengan dekat dan rapat jejak-jejak perjuangan mereka, pasti kita akan sedar bahawa nama-nama pertubuhan serta individu-individu yang sama akan bersahut-sahutan memainkan peranan penting bagi memastikan isu yang cuba dimainkan mereka akan bergema kepada setiap cakupan ruang yang telah mereka sasarkan.

Pada mula saya mengenali gerakan ini, saya masih naïf dan tidak mengetahui bahawa setiap isu yang ditimbulkan dan disuarakan pada awalnya, hanyalah sebuah umpanan berbentuk provokasi yang menunggu langkah serta reaksi yang bakal diambil oleh orang-orang Islam supaya penghentaman mereka kepada sistem teologi, sosial dan pemikiran Islam dapat dihinakan mereka semaksimum mungkin.

Modus operandi mereka amat mudah. Sebuah NGO, pertubuhan atau individu akan diamanahkan untuk menggalas beban pemula langkah. Ia bagi memperjuangkan satu bentuk sistem nilai yang amat bertentangan dengan sistem Islam. Kemunculan tuntutan atau perkara yang mereka timbulkan ini hanyalah tip of the iceberg. Gong perang ini sengaja dipalu dengan deras dengan tujuan membuat provokasi supaya muslim bertindak balas di dalam kerangka pemikiran yang dan reaksi yang dimahukan mereka. Ya.. mereka memulakannya dan mereka juga telah memprogramkan di dalam minda-minda muslim tipikal untuk membalas di dalam bentuk reaksi yang juga telah dirancangkan mereka.

Cuma ramai muslim tidak sedar bahawa perancangan mereka ini meliputi sehingga pelbagai bentuk peringkat tindakan yang telah bersedia untuk menangani reaksi dan tindakbalas dari orang-orang Islam sepertimana yang mereka mahukan. Percayalah bahawa kebanyakan dari kita telah lama diprogramkan untuk bertindak sepertimana yang mereka mahukan. Percayalah, tindakbalas yang kita lakukan juga merupakan sebahagian dari perancangan besar mereka. Percayalah bahawa mereka percaya jika sesuatu umat itu, setinggi mana kesabaran yang tertanam di dalam diri mereka, suatu hari akan bertindak diluar batas apabila diasak secara bertubi-tubi tanpa henti dan tanpa hormat kepada suara bantahan mereka. 

Percayalah bahawa Adolf Hitler itu sendiri telah tertipu dan bertindak dengan reaksi yang keras demi menjamin survival bangsa Aryan kerana dia telah dibesarkan di dalam sebuah persekitaran yang sentiasa meletakkan kedudukan anak bangsa yang menjadi jati diri orang-orang Jerman yang asal sebagai warga kelas dua yang diperhambakan oleh sebuah sistem yang menguntungkan minoriti zionis di dalam negara mereka. Percayalah, pembunuhan besar-besaran orang Yahudi di Jerman dan Eropah merupakan sebahagian dari perancangan zionis bagi mencari alasan untuk menguasai keseluruhan Eropah melalui tindakan kekerasan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di dalam negara ini. Muslim masih belum bertindak keras sebagaimana yang kumpulan tersebut sentiasa harapkan. Ini  kerana majoriti orang-orang Islam di negara ini percaya bahawa pihak yang diamanahkan memelihara undang-undang (bukan marjlis peguam) akan memastikan semua kerangka undang-undang tidak dapat diceroboh dan dilanggar sewenang-wenangnya. Lalu mereka menjalankan perancangan pelbagai hala dengan percubaan demi percubaan bagi memastikan pihak-pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang di negara ini, terikat tangan mereka dengan segala macam tekanan dari segi politik, delusi hak asasi, tekanan media serta tekanan antarabangsa yang bergerak di dalam jaringan yang mendukung motif yang  sama.
Setakat ini mereka berjaya membuatkan pihak berkuasa takut untuk bertindak kerana takutkan reaksi pada skala besar-besaran oleh jaringan gerakan mereka samada diperingkat tempatan mahu pun peringkat antarabangsa. Mereka bijak bermain permainan persepsi kerana mereka tahu jika sesuatu persepsi buruk dapat dibina dan difitnahkan ke atas sesuatu negara dan pemerintah yang diamanahkan memerintah negara tersebut, tangan-tangan yang berkuasa membuat apa-apa keputusan di dalam negara akan terikat kerana ugutan ini.

Kita telah diingatkan oleh Rasulullah bahawa dajjal salah satu daripada senjatanya ialah fitnah. Fitnah di dalam gerakan dajjal pula diwarnai teknik manipulasi gaya berfikir manusia supaya setiap yang hitam diperbuat mereka akan kelihatan putih pada inti pemikiran sebilangan besar masyarakat. Kita telah dipesankan oleh rasul-rasul mulia sejak dari pelbagai generasi sebelum Rasulullah. Kita berulang-ulang mencari kemewahan dengan kata-kata baginda di dalam ceramah-ceramah serta kuliah-kuliah yang dikatakan atas nama agama. Tetapi pernahkah kita benar-benar mengambil peduli tentang apa yang diberikan amaran oleh baginda Rasulullah s.a.w.? Lupakah kita akan nasihat Rasulullah bahawa apa yang mungkin disangka kita putih diakhir zaman hakikat sebenarnya merupakan sesuatu yang sangat gelemat kehitamannnya. Sesuatu yang dihidu dan terlihat wangi diakhir zaman itu, pada hakikat sebenarnya lebih busuk dari bangkai yang terbiar mereput tanpa ditanam.

Apakah kita peduli atau pemikiran kita telah mereka berjaya programkan? Percayalah tuan-tuan, majoriti daripada kita telah pun mereka berjaya programkan. Kita kini hanyalah lalang di sebuah padang yang tersangat luas yang sedang dirancangkan oleh gerakan ini untuk menghadapi sebuah kemarau yang akan berlaku tidak lama lagi. Sebaik kemarau itu datang, pawana yang membawa pawaka kemusnahan akan menyusul. Apakah tiada ruang untuk kita kembali memperbaiki serta menakhodakan kembali umat ini untuk pulang semula destinasi yang asal? Ianya boleh dilakukan. Ia harus bermula dengan satu langkah pertama. Umat ini perlu sedar dari sebuah mimpi yang panjang bahawa apa yang dilakukan mereka selama ini, apa jua bentuk reaksi yang dilakukan mereka bila berhadapan sesuatu isu, apa jua bentuk persepsi yang muncul diminda mereka selama ini, sebahagian besar daripada apa yang diperbuat mereka itu hanyalah sebahagian dari kejayaan sebuah program yang telah disusun sejak ribuan tahun lamanya untuk menyediakan manusia bagi menjalani sebuah sistem perhambaan tanpa sedar.

Sistem yang akan menguntungkan sebuah gerakan yang akan menjadi sebuah sokongan yang diperlukan sebelum munculnya dajjal di muka bumi ini. Sebuah gerakan tersusun yang semakin berani menonjolkan kehadiran mereka dimukabumi negara bertuah ini. Gerakan ini telah berjaya menggertak kepimpinan negara bilamana umat Islam tidak lagi dilihat bersatu dan apa jua cadangan supaya umat itu kembali bersatu disambut dengan maki hamun oleh segenap zombie wahan dan pengikut tegar yang memuja serta menyembah mereka bagaikan tuhan.

Talmud Jingga kini telah menggantikan al Qur’an dan sunnah sebagai petunjuk utama. Ketika al Qur’an dan sunnah Rasulullah s.a.w. mengarahkan penyatuan umat,  lalu dirujuk mereka akan Talmud Jingga yang mengarahkan mereka melakukan sesuatu yang bertentangan. Perintah Allah dan rasul-Nya dijual dengan harga yang sedikit. Demi sebuah talmud rekaan manusia yang menjanjikan keuntungan yang tidak pasti, semua yang diperintahkan Allah kini, dimasukkan ke dalam peti simpanan beku supaya ia sejuk dan tidak dibangkitkan.  Itu satu petanda yang sangat baik kepada gerakan dajjal. Petunjuk yang ditunggu-tunggu telah diberikan. Beberapa perkara serta desakan harus dilakukan sehingga seluruh umat Islam yang masih rasional menjadi letih dan lesu berjuang menentang mereka. Mereka tersusun sedangkan kita safnya sangat berkecamuk. Mereka mempunyai modus Vivendi sedangkan kita yang berantakan ini pula adalah merupakan sebahagian dari modus operandi mereka yang berjaya dilaksanakan. Jadi tidak hairanlah jika kita kini terasa bagaikan sebuah hidangan yang sedang dihadap oleh sekumpulan serigala yang lapar dan rakus.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan”. Sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit Ya Rasulullah ? ”. Maka Nabi s.a.w. menjawab “Tidak, bahkan bilangan kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh kamu, dan Allah mencampakkan penyakit wahan ke dalam hatimu”. Sahabat bertanya, “Apakah itu wahan?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Kenapa semua ini berlaku sehinggakan kerajaan yang memerintah negara yang menempatkan majoriti orang-orang Islam ini kini kelihatan seakan takut untuk bertindak menegakkan undang-undang dan membiarkan pelaku jenayah melakukannya secara berleluasa atas nama pengiktirafan hak asasi manusia? Al Qur’an memberikan jawapan serta petunjuk yang jelas tentang kenapa negara-negara Islam seperti Malaysia ini berhadapan dengan satu demi satu isu di dalam satu bentuk susunan terjahan yang menentang segala nilai yang mahu ditegakkan Islam. Al Qur’an juga telah menjelaskan bahawa baja kepada gerakan ini ditanam oleh umat-umat Islam itu sendiri. Umat-umat Islam yang menanam baja itu adalah muslim-muslim seperti saya dan tuan-tuan. Majoriti dari kita mempunyai sumbangan yang membajai gerakan ini. Saya pernah melakukannya. Saya mengaku dan sesungguhnya saya mahu bertaubat. Majoriti dari tuan-tuan juga melakukannya. Kita perlu menyedari kesilapan kita ini. Apakah yang telah kita lakukan sehinggakan kes-kes murtad, homoseksual, fitnah, pelacuran, buang bayi dan perzinaan berleluasa di dalam masyarakat?

Perlakuan kitalah yang telah melemahkan kita. Sebelum menuding jari kepada pihak lain, jari perlu dituding kepada orang-orang Islam sendiri. Sebagai majoriti, pilihan adalah ditangan kita dan bukan mereka. Tetapi kita telah memilih untuk menjadi pelbagai pecahan dengan pelbagai nama yang seakan mendukung Islam sebagai intipati perjuangan, tetapi pada hakikatnya, apa yang diperintahkan Allah dan rasulNya melalui al Qur’an dan sunnah, kita kesampingkan demi mengharapkan cinta dunia. Apa yang telah kita lakukan sehingga membajai gerakan ini akan saya jelaskan di dalam sebuah buku tulisan saya yang, InsyaAllah, akan diterbitkan tidak lama lagi. Ia akan memuat sebuah penulisan berkenaan rahsia serta remedi bagi kebejatan sosial yang tersimpan kemas di dalam surah Hud. Sebelum dari itu, saya ingin mengajak tuan-tuan menghayati serta mendalami tafsir surah Hud sebelum naskah tersebut diterbitkan. Saya menjelaskan apa yang saya faham melalui penelitian saya ke atas tafsir surah tersebut sebelum ini. InsyaAllah pada ketika terbitnya nanti, saya akan jelaskan kenapa kita yang pertama harus dipersalahkan di dalam hal ini.

Di dalam posting sebelum ini, saya telah berjanji untuk menjelaskan kenapa saya tidak menggunakan hujah berbentuk agama bagi memberikan respons kepada gerakan dajjal ini. Saya melakukannya melalui beberapa pemerhatian yang saya lakukan sejak kes Linna Joy mengejutkan umat Islam dari lena yang panjang. Sejak 2005 saya memerhatikan mereka. Sejak itu jugalah saya melakukan beberapa usaha supaya memahami siapa dibelakang mereka, apa bentuk gerakan mereka, bagaimanakah mereka menjalankan agenda mereka di sini dan saya juga ada melakukan beberapa usaha untuk bersemuka samada melalui penulisan, dialog serta menyertai forum-forum mereka. InsyaAllah penulisan ini akan bersambung pada hari Rabu 9 Mei 2012 tepat jam 05:00 pagi.

             : Kadesh Hakodeshim merupakan Tabut Perjanjian yang dianggap sebagai relic paling suci yang menempatkan tablet 10 rukun yang diberikan Tuhan kepada Musa disamping tongkat milik Musa serta pelbagai objek suci yang lain. Kadesh Hakodeshim di dalam bahawa Hebrew membawa maksud Paling suci dari segala yang suci.

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

4 comments:

Kalau hari-hari baca paper boleh nampak ada keselarian dengan artikel di atas.

Take your time, bro.. untuk artikel seterusnya. Insya-Allah.
 
dajjal = fitnah...diaorang mahir dengan perkara ni...masalahnya bila diberi penjelasan dan fakta...mereka tidak mahu menerimanya...tabsub
 
dnnya,
bagi yang memerhatikan dengan akal, mrk akan sependapat dengan tuan..
 
Shamsadis,
baca nanti Gerakan Dajjal bah. 2.. benar mereka telah diprogramkan untuk taksub supaya mereka mudah dijadikan tentera2 nanti..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email