Friday, September 16, 2011

Murtadkan Melayu Singapura, Apa Kata Lee Kuan Yew?

oleh M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Gerakan penginjil Kristian merupakan sebuah gerakan yang tidak tahu menghormati undang-undang di mana sahaja mereka bertapak. Suatu ketika, kesungguhan mereka untuk menjalankan aktiviti dakwah ke atas masyarakat Melayu Islam di Singapura dilihat sebagai sesuatu yang amat meresahkan.

Sebuah Negara yang masih muda pada ketika itu, apa sahaja perkara yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan di dalam sebuah masyarakat yang masih baru hendak dibentuk, hendaklah dielakkan. Kesungguhan golongan penginjil di kalangan pendakwah-pendakwah Kristian yang bertempat di Singapura untuk mensasarkan orang-orang Melayu sebagai sasaran mereka, membuatkan Perdana Menteri pertama republik tersebut memanggil beberapa ketua agama di Singapura untuk menyatakan pendiriannya.

Wanita Cantik, Upah $500.00 & Peluang Pekerjaan
Ia berhubung dengan berita-berita yang menjadi isu panas di dalam akhbar Utusan Melayu di mana akhbar tersebut melaporkan terdapat beberapa gerakan daripada kumpulan Kristian Katolik yang menjalankan modus operandi bagi memurtadkan umat Islam.

 Modus Operandi yang digunakan ialah dengan mengupah wanita-wanita cantik untuk menghampiri remaja-remaja Melayu bagi tujuan menggunakan tarikan penampilan mereka untuk mendekatkan pemuda-pemuda tersebut dengan agama Kristian.

Mereka juga diberikan upah sebanyak $500.00 untuk memeluk agama Kristian dan kemudiannya diberikan peluang pekerjaan.

Lee Kuan Yew berang dengan berita tersebut lalu memanggil semua ketua agama yang berada di Singapura ke satu perjumpaan yang diadakan pada 26 Ogos 1965. Dia mengatakan laporan tersebut bakal menjejaskan hubungan Singapura dengan  negara-negara Islam di benua Afrika.

Lee Kuan Yew menyatakan  bahawa berita tersebut merupakan fitnah yang direkasaya oleh Utusan Melayu. Satu bentuk penafian dan spin yang gemar digunakan oleh para pimpinan DAP sehingga hari ini bila kebobrokan mereka terbongkar. Mereka belajar dari kiblat utama mereka, Lee Kuan Yew. Apa sahaja, perlu kesalahan perlu diletakkan di atas bahu Utusan.

Perjumpaan Dengan Inter Religious Council  (IRC) Singapura
Sebelum dari pertemuan Lee Kuan Yew dengan IRC, Lee Kuan Yew mengadakan satu pertemuan berasingan dengan para pemimpin Kristian Singapura bagi membincangkan isu yang ditimbulkan ini. Kemudian barulah pertemuan dengan IRC dilakukan.

Lee Kuan Yew, menyatakan di dalam perjumpaan tersebut bahawa dia mahukan semua pemimpin agama yang hadir di perjumpaan itu supaya memberikan satu jaminan kepada semua rakyat Singapura bahawa toleransi antara agama, bangsa dan masyarakat di Singapura adalah dijamin selamat. Mereka juga disyorkan membuat kebajikan kepada semua pihak tidak kira apa pegangan dan kepercayaan yang diimani.
Berkenaan dengan berita mengenai usaha pihak Kristian yang menjalankan usaha memurtadkan umat Islam. Berikut petikan kata-kata Lee Kuan Yew kepada IRC.

Jangan Murtadkan Orang-Orang Islam,’ Lee Kuan Yew
“I have assured the Christians that Singapore has many people with no religious beliefs whatsoever… I would say more than seventy per cent are either vaguely agnostic or iconoclasts… And There is a very wide field of operation. I see no need for going around looking for the twelve per cent Muslims to try and convert them because I think there are sixty to seventy per cent of people who are in need of some form of religious and moral guidance…” 1

Di dalam petikan di atas Lee Kuan Yew menyatakan bahawa tiada keperluan bagi pendakwah-pendakwah Kristian untuk memurtadkan orang-orang Islam kerana terdapat 60% hingga 70% penduduk Singapura tidak mempunyai apa-apa agama dan pegangan. Adalah lebih baik, menurut Lee Kuan Yew, gerakan kristian menumpukan kepada kepada orang-orang yang tidak beragama yang lebih ramai dari menumpukan gerakan Kristian ke atas 12% penduduk Muslim Negara tersebut.

Apa Nilai Seorang Muslim Di Dalam Misi Pendakwah Kristian?
Tetapi Lee Kuan Yew mungkin tidak sedar, bahawa seorang Muslim yang dimurtadkan itu mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam gerakan mereka. Di dalam lapangan dakwah kristianisasi, seorang Muslim itu diibaratkan seperti contoh kedudukan sebuah Ferrari di dalam alam kenderaan.

Menjadi satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi mereka jika mereka berjaya memurtadkan orang-orang Islam. Tetapi, bukan itu sahaja yang menjadi sasaran gerakan Kristian di Nusantara. Terdapat keperluan segera bagi mereka untuk mengubah demografi agama di Nusantara ini dalam beberapa dekad yang terdekad ini.

Apa pentingnya alam Nusantara ini kepada gerakan mereka? Tunggu sehingga saya siapkan projek penulisan Perj Tu de Nu hujung tahun ini. InsyaAllah, saya berusaha untuk menyiapkannya sebelum hujung tahun 2011 ini. Saya akan maklumkan nanti di blog ini sebaik ianya siap dan mula dijual.

Rujukan               :
  1. Alex Josey; Lee Kuan Yew : The Crucial Years; Times Books International; m/s 289 hingga 290.

© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

3 comments:

Salaam...
Apakah motivasi terkuat pendakyah Kristian ini dalam menyebarkan agama mereka sejak dulu sehingga sekarang?

Padahal, kita yang Islam lah harus bekerja keras untuk menyebarkan ajaran Islam yang syumul yang disempurnakan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Nampaknya umat Islam pada hari ini, khususnya di Malaysia lebih berminat untuk mencipta kontroversi dan mengembang-biakan fitnah tanpa mengira masa dan ketika.
 
W'kmsalam M.Razi..
Benar apa yg dikatakan saudara. Kenapa smgt trsebut sgt ketara wujud pada gerakan mereka tetapi tidak kita.

Masalah utama pihak kita ialah kita tidak pernah dibenarkan dan membenarkan diri kita utk berlapang dada dan bersatu dlm satu jemaah. Tanpa penyatuan berjuta masalah perlu kita lalui satu persatu sehinggakan untuk melakukan sesuatu yg mudah secara bersama pun, perlu kita lalui proses bertelagah yg panjang sebelum sebarang keputusan dpt dibuat.

Rasanya itulah punca utama kelemahan kita disamping faktor2 lain yg tidakdinafikan turut wujud.

Kita perlu terus konsisten utk mengajak semua muslim bersatu atas jalan Islam yg diredhai Allah. InsyaAllah, sedikit demi sedikit hasilnya akan kita nikmati dlm satu tempoh jangka yang panjang jika kita kekal beristiqomah.
 
Insyallah , islam akan menguasai dunia , beberapa tahun lagi, ini kerana intelek bukan islam menyedari bahawa , sejarah membuktikan dunia maju kerana panduan dari AlQuran, mampu mendahului masa, apakah sejarah sesuatu agama itu??, apakah keajaiban kitab, cuma AlQuran, menunjukkan konsisten zaman demi zaman, ..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email