Monday, March 14, 2016

Syerlena, Eksploitasi Wanita & Hantu Lapar

Tujuh tahun lepas, 2009, ketika Air Asia galak menjaja punggung pramugarinya di dalam iklan sebagai komoditi tambah nilai nikmat terbang bersama mereka, saya menulis beberapa artikel protes. Membaca artikel-artikel tersebut, Arwah Tn Hj Azizi Abdullah (Tuk Ya), menghubungi saya dan meminta izin supaya artikel bertajuk "Berdagang Punggung Di Awan Merah" dan satu lagi artikel lain, dapat dimuatkan dalam Utusan Pengguna. 



Alhamdulillah, selepas dari itu, bantahan demi bantahan dibangkitkan umat Islam. Iklan berbaur cadangan-cadangan seksual dari syarikat-syarikat penerbangan langsung hilang dari pandangan. Ketika itu, DAP dan yang seperkauman dengannya, tidak membantah dengan keras. Begitu juga dengan NGO-NGO yang sibuk berlagak memperjuangkan hak asasi wanita pada ketika itu. Lagak mereka, sangat selektif pekak.




2016, isu eksploitasi wanita di dalam iklan syarikat penerbangan muncul kembali. Kali ini, Syarleena DAP cuba menjadi juaranya. Satu teguran yang baik. Tetapi, mengapa hanya berhenti sekadar menegur iklan dari syarikat penerbangan Firefly? Kenapa ketika umat Islam menegur eksploitasi wanita di dalam bidang sukan, peragaan, pengiklanan, program TV dan lain-lain, orang yang sama dari DAP mencebik rasa peduli umat Islam dengan penulisan-penulisan yang bernuansa sinis?





Muncul komen-komen dalam media sosial memuji usaha Syerleena menegur perkara ini. Tetapi dalam masa yang sama, kumpulan yang sama mengungkitkan persoalan, kenapa NGO-NGO Islam dan umat Islam diam berkenaan isu eksploitasi begini? Tiada siapa yang diam sebenarnya. Malah, tindakan Syerleena itu terlewat bertahun-tahun setelah umat Islam bangkit memprotes isu eksploitasi yang sama.

Persoalannya, apakah DAP benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan isu eksploitasi wanita? Sedangkan sehingga hari ini, isu eksploitasi wanita-wanita seksi di dalam persembahan Hantu Lapar seluruh negeri Pulau Pinang pun, tidak mahu mereka tangani secara serius. Mereka jugalah yang merupakan parti yang sedang sibuk mengeksploitasi wanita Islam untuk digunakan sebagai poster girls perjuangan politik sempit mereka.

Jika ikhlas memperjuangkan isu ini, haramkan Juga Exploitasi Wanita Dalam Persembahan Hungry Ghost, eksploitasi politik, iklan-iklan kereta, di dalam drama dan penerbitan dan sebagainya. Dan jika Syerleena juga ikhlas, tidak perlu untuk dia berlagak bagus mengkritik umat Islam apabila menyuarakan isu-isu eksploitasi sebegini.

Yang jelas, dalam memperjuangkan isu eksploitasi wanita, Syerleena dan DAP, masih jauh ketinggalan dan telah lama tertinggal gerabak perjuangan. Bagus kerana cuba mengambil berat. Tetapi jangan hanya sekerat-sekerat dan memilih untuk selektif pekak dalam isu eksploitasi yang lain.







Penulisan-Penulisan Lama Blog Ini Mengenai Isu Eksploitasi Wanita Seperti Di Bawah :

Berdagang Punggung di Awan Merah (Okt 2009)
(http://satuhala.blogspot.my/2009/10/berdagang-punggung-di-awan-merah.html#uds-search-results)

Terbit Dalam Utusan Pengguna (2009)
(http://satuhala.blogspot.my/2010/03/sudah-terbit-di-dalam-up.html)

Juga penulisan-penulisan lain berkenaan isu Feminisme di bawah ini..

1) Demi Sebuah Cita-Cita Mereka Ditelanjangkan

2) Dunia Yang Kejam Terhadap Wanita

3) Hijaberontak

4) Why Be You When You Can Be New

5)Cengkerik Berbunyi Bila Feminis Tercekik Karipap 

6) Panglima Tonney Dan Reban Ayam Terbang


7) Berdagang Punggung Di Awan Merah

8) Pendukung Gerakan Feminisme Kelas Bawahan

8) Aurat Muslimah Penindasan Atau Satu Pembebasan

9) Hijab Adalah Simbol Anti Penindasan Ke Atas Wanita

10) Antara Jihad Kemanusiaan DAP dan Jihad Seks Dalam ISIS

11) Hak untuk wanita bersuara di dalam negara Islam

12) Terlewat 1400 Tahun : Hak Untuk Memilih Identiti

13) Rak Rak Rum

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email